Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

The Settlement Hotel: Hotel Mewah Budaya

12:53:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : , , ,


Percutian ke Melaka tak akan lengkap kalau tak mengenal dan merasai sendiri kepelbagaian budaya dan keunikan sejarah yang sukar dipertikaikan lagi. Ketika mana banyak tapak bersejarah yang boleh membuka mata dan membangkitkan kekaguman korang pada bumi Hang Tuah ni, korang bahkan boleh 'merasai' sendiri nilai budaya itu waima di hotel penginapan korang sendiri!

Sebab itu kali ni saya nak cadangkan pada korang satu hotel bertaraf empat bintang yang bukan setakat eksklusif, bahkan saya sifatkan 'mewah budaya'. The Settlement Hotel.

Pengalaman bermalam tiga hari dua malam kat sini memang sukar dilupakan. Selain terisi dengan banyak aktiviti menarik, penginapan yang terletak di Ujong Pasir, Melaka ni pun memang ada daya tarikan tersendiri.

Sebagai penganjur utama #SettlementStory, saya dan rakan media dan selebriti lain disambut oleh Mr. Billy, pemilik The Settlement Hotel sendiri dengan staf lainnya yang cukup peramah. Malah mereka ni semua memang tak lekang dengan senyuman.

Selepas dijamu dengan Laksa Nyonya, kuih-muih tradisional, cupcakes red velvet dengan hiasan jongkong emas dan buah limau, Mr. Billy bawa kitorang jalan-jalan sekitar hotel. Ternyata, hotel ini memegang falsafah yang bukan calang-calang, seawal pemilihan lantai hingga ke perabot dan hiasan dalamannya. Semuanya menyimpan cerita dan keunikan yang menjelaskan kenapa saya anggap ia memang sebuah hotel yang mewah dengan budaya.
Mr. Billy menceritakan salah satu tarikan seawal pengunjung menjejakkan kaki ke lobi hotel, sebuah katil diraja berusia 350 tahun.
Di lobi hotel ni, korang dapat saksikan cetakan lukisan pelukis agung Picasso yang asli dan diperakui!
Sudut menunggu dan ruang santai yang cukup luas.
Penggayaan moden kontemporari dengan padanan perabot dengan nilai sentimental tersendiri menjadikan ruang ini cukup unik.
Antara koleksi yang dijadikan dekorasi.
Perhiasan yang ditempah khas ini ialah gambaran peribadi Mr. Billy tentang Puteri Hang Li Po.
Di The Settlement Hotel jugak, saya dan rakan media berpeluang melihat galeri eksklusif pelukis istimewa, Ping Lian Yeak.
Dekat sini jugak ada sebuah kolam, betul-betul berdepan dengan The Library Spa.
The Library Spa ialah spa eksklusif yang ditawarkan The Settlement Hotel.
Hidangan istimewa Laksa Nyonya yang menyambut kitorang delegasi media dan selebriti.
Antara hidangan yang kitorang sempat nikmati sebaik sampai.
BILIK

Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan. Antaranya Deluxe Room Queen, Deluxe Room Twin, Junior Suite King, Junior Suite Twin, Junior Villa, Luxury Villa dan The Settlement Suite.

Bilik saya Deluxe Room Twin, Tingkat 3. Memang hilang segala rasa letih menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur sebaik melihat bilik yang cukup selesa dan boleh tahan luas. Apalagi bila berbaring atas katilnya yang empuknya tak payah cakap dah. Pemandangan dari bilik saya ialah pemandangan Bandar Raya Melaka.

Bilik yang pastinya berpendingin hawa ni didatangkan dengan Wi-Fi percuma, TV LCD 32 inci, peti keselamatan, set seterika, selipar, bath robe, kelengkapan mandian, pengering rambut, mini bar dengan complimentary tea/coffee. Malah, setiap pagi, ada akhbar percuma tau.

Yang tambah mahal untuk bilik ni, mestilah tandasnya! Lantainya ialah marmar semulajadi yang memang membangkitkan aura segar saat pertama kali memijak. Ha, gitu... Lebih dari tu, ada bath tub! Tab mandi yang cukup selesa dan luas dengan ada juga air panas memang cukup padan kalau sekadar nak bermalas-malasan dalam bilik mandi.
Rupa bilik saya yang nampak simple tapi eksklusif.
Welcome gift berupa samfoo untuk dipakai malam tu dengan saguhati istimewa lain!
Rak menyangkut pakaian dengan turut disediakan set seterika, bath robe dan selipar.
Minibar dengan cerek elektrik, set cawan, gelas dan sudu dan beberapa paket teh, kopi, gula dan serbuk susu.
Tandas dengan sentuhan cukup eksklusif dan bergaya.
Saya dan rakan media lain pun sempat singgah ke salah satu penginapan yang cukup mewah ditawarkan kat sini iaitu Luxury Villa. Villa ni didirikan tak jauh daripada Library Spa. Ha, kenalah dengan suasananya yang cukup membangkitkan aura sebuah rumah tradisional Melayu.

Selain tu, yang menjadikan villa ni lebih eksklusif mestilah tandasnya. Kali ini, tab mandinya bukan tab mandi yang selalu kita tengok. Tab mandinya memang gaya tradisional Melayu yang mana korang siap boleh bermandi bunga lagi. Siapa sangka, dalam sebuah bilik berkonsepkan tradisional boleh memberi keselesaan yang tiada tolok bandingnya!
Bahagian depan untuk bilik jenis Luxury Villa.
Ada ruang bersantai di beranda depan pintu bilik Luxury Villa.
Aura mewah persis bilik beradu raja dan permaisuri cukup kuat kat bilik ni. Sebab tu sesuai untuk yang nak berbulan madu!
Luxury Villa menawarkan bilik yang jauh lebih tenang dan mewah.
Set meja dengan teko, cawan, gelas dan paket minuman segera.
Rupa tandas yang cukup sarat dengan nilai tradisional Melayu.
KEMUDAHAN SERVIS SHUTTLE DAN BERBASIKAL

Kalau korang menginap kat sini dan sukar nak berjalan ke Bandar Melaka yang sebenarnya terletak taklah jauh sangat pun, korang masih boleh dapatkan servis shuutle yang disediakan kat sini. Bergantung kepada kapasiti, ada bas dan jugak van pelancong.


Cara ini boleh menjadikan percutian korang lebih selesa dan privasi. Malah, pemandu pelancong pun akan bantu korang dengan menceritakan serba sedikit latar belakang Melaka dan kawasan-kawasan menarik yang korang singgah atau sekadar lalu.

Yang lebih menarik, servis shuttle ke Jonker Street dan Perkampungan Portugis yang terletak sangat dekat ialah percuma!

Alternatif lain, kalau setakat mahu jalan dekat-dekat, apakata naik basikal yang diorang sediakan. Saya ada singgah ke Perkampungan Portugis dengan menaiki basikal saja. Dan belah malam, kami keluar pekena kopi dan roti canai di bandar Melaka, juga dengan hanya berbasikal.

Sesekali mengambil angin dengan berbasikal, seronok jugak!
Saya dan rakan media dan selebriti ke Perkampungan Portugis dengan berbasikal. [Kredit: rubydotmy]
UPACARA YEESANG
Upacara yeesang yang menjadi highlight utama dalam program #SettlementStory.
Memandangkan kehangatan Tahun Baru Cina masih belum surut, The Settlement Hotel menganjurkan upacara Yeesang malam pertama kitorang sampai. Ini adalah pengalaman pertama saya menggaul yeesang. It's truly amazing, enough said! 


Tambah menarik, upacara kali ini ada mencipta sejarah tersendiri. The Longest Yeesang in One Piece of Tropical Wood Table in Malaysia !

Malam itu memang cukup sukar dilupakan. Sangat happening dan rata-rata pengunjung lain pun cukup sporting. Kitorang menari, menyanyi, bermain dan menjamu selera.
Inilah dia... The Longest Yeesang in One Piece of Tropical Wood Table in Malaysia!
Saya dan rakan media dan selebriti lain tak boleh sembunyikan rasa teruja masing-masing!
Dengan Encik Shamsul Bahrine daripada Gaya Travel Magazine!
Lebih daripada tu, boleh nampak toleransi dan semangat muhibah yang kental dalam kalangan pengunjung berlainan latar belakang sama-sama meraikan satu perayaan yang cukup bermakna. Malam itu, lebih daripada sekadar malam bersuka ria semestinya.

Okey, itu je catatan saya untuk kali ni. Kalau korang singgah ke Melaka, bolehlah cuba menginap di sini. Pastinya akan menjadi pengalaman yang cukup sentimental untuk korang dan yang tersayang.
Alamat:
THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Melaka,
Malaysia.

Koordinat GPS:
Latitude: 2.187534
Longitude: 102.268407

No Telefon:
06 - 2921133

Laman Web:

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan dengan kerjasama daripada The Settlement Hotel, Melaka dan Gaya Travel Magazine sempena program #SettlementStory . Terima kasih!

Oh, gambar atas sekali, kredit kepada @thatborneoguy. Haha. Thank you.

RELATED POSTS

2 komen

  1. Heavon betul kalau dpat stay satu malam kat sini... seronok sampai tido nyenyakk.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. memang pun... kalau sekadar nak bermalasan dalam bilik pun best. haha.

      Padam

Tinggalkan komen di sini.