Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Makan dan Lepak di Restoran Cafaeyen + bersama Aeril Zafrel

8:55:00 PG Hasif Hamsyari 43 Comments Category : , ,

Sebut je nama Aeril Zafrel, satu Malaya mesti kenal. Hero Nahu Rindu ni pun memang antara jejaka idaman Malaya! Sekalipun dah mendirikan rumah tangga dengan pasangan sama padannya, Wawa Zainal, penangan Aeril Zafrel tak pernah berkurang! Aku ada bukti bilamana Aeril Zafrel menyediakan sendiri teh untuk peminat-peminatnya di Restoran Cafaeyen +, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ni!

Program yang bermula jam 3 petang pada 4 Mac lalu boleh tahan menarik. Memandangkan restoran berasaskan masakan Thai, Cafaeyen + pun masih dikira baru, memang sesuai mengundang Aeril Zafrel yang kuat pengaruhnya ni. Apatah lagi, drama hitnya masih sedang ditayangkan.


Keadaan di Cafaeyen + kecoh sebentar bilamana Aeril Zafrel menyarung apron pada badannya sebelum melayan peminat, macam biasa, rata-rata daripada kalangan kaum perempuan. Dahlah dikurniakan wajah yang tampan, badan yang sasa, satu lagi bonus Aeril Zafrel ni, tak pernah lekang dengan senyuman.

Aih! Tengok jelah gambar-gambar ni!
Aeril dibantu staf untuk mengenakan mikrofon.
Selepas mengenakan apron.
Sedia menanti pesanan untuk membuat teh.
Melayan peminat.
Blogger Penaberkala bergambar dengan Aeril Zafrel.
Blogger Dikbee turut tak lepaskan peluang bergambar dengan Aeril.
Haruslah bergambar kenangan!
Makan dan lepak dengan Aeril Zafrel weyh!
Aku dan media blogger sangat beruntung sebab seusai acara, kami dan Aeril Zafrel duduk semeja. Sambil berborak-borak santai mengenali hati budi Aeril Zafrel, kami menjamu selera dengan banyak gila menu best-best dekat Cafaeyen + ni.

Restoran ni cuma lot kedai di dalam sebuah pusat membeli-belah jadi janganlah expect ruangan yang besar-besar. Tapi masih selesa dan dekorasinya jugak diberi sentuhan antarabangsa dengan serapan gaya kontemporari.
Dekorasi dengan konsep papan tanda jalan di Thailand.
Salah satu sudut di bahagian dalam.
Tahu, kan, aku ni blogger makanan juga? Jadi sambil-sambil tu, lihatlah ruang-ruang aku menjamah setiap menu dan lensa kamera aku pun tetap mahu mengambil gambar makanan dan minuman yang kami nikmati.

Nak tahu apa menunya untuk hari itu? Ini dia.

Khao Pad Sab Pra Rod (RM19.90)
Pineapple fried rice with seafood.

Tom Yum Kung Mor Fire (RM38.90)
Creamy and spicy tom yam soup with seafood.

Pad Sab Pra Rod Piaw Wan (RM19.90)
Pineapple fried prawn with cashewnuts.

Seafood Pad Pong Karee (RM25.90)
Stir-fried seafood with curry powder.

Keang Keaw Wan Gai (RM16.90)
Thai green curry chicken.

Pla Kra Phong Lad Prik Sam Rod (RM49.90)
Deep fried seabass topped with thai chili sauce.

Pla Krapong Nun Manow (RM49.90)
Steam seabass in lime sauce.

Kai Yang (RM13.90)
Grilled chicken.

Som Tam (RM12.90)
Thai salad served with fresh green papaya, carrot and crunchy peanut.

Tub Tim Kob (RM8.90)
Water chestnut with coconut milk.

Mango Sticky Rice (RM16.90)
Fresh mango and glutinous rice topped with creamy coconut milk.

Fruity Coke (RM14.90)
Coke blend with mix berries.

Fruity Sprite (RM14.90)
Sprite blend with fruity jelly.
  
Aneka Minuman lain (RM5.90 ke RM8.00)
Dari kiri: Soda, Signature Tea, Green Tea, Coffee dan Roselle.

Nah, kecur air liur bila tengok semula gambar-gambar ni.

Komen aku, makanannya memang terbaik! Rempah dan rasa pada setiap menu kat atas tadi ni memang kena dengan selera aku. Lagi satu, aku dapat tahu yang Cafaeyen + ni memang asalnya daripada Thailand dan baru berkembang di Malaysia.

Apa yang aku nak katakan ialah, korang boleh yakin rasa yang diorang tawarkan memang rasa asli masakan Thai.

Jadi korang dah tahu dekat mana nak cari restoran masakan Thai terbaik di Kuala Lumpur. Siap-siaplah. Kejap lagi lepas Maghrib boleh pergi. Haha. Ini maklumatnya.

Alamat:
Cafaeyen +,
LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, 
IOI Resort City, 
62502 Putrajaya, Malaysia
 
Waktu Perkhidmatan:
Daily: 10am - 10pm

No. Telefon:
03-9054 3193

Social Media:
INSTAGRAM

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Restoran Cafaeyen. Terima kasih!

RELATED POSTS

43 komen

  1. kena pegi ni sbb memang minat mknan thai. so yummy

    BalasPadam
  2. Memang best makan2 n lepak2 ngan Aeril... Tapi Kak LeYa time korang bergambar dah xde.. sbb kene laju shoot event seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Takpe nanti ada masa kita lepak lagi. Tapi Aeril susah dahlah nak jumpa. Ada kita je. Haha

      Padam
  3. banyakkali cari cafe ni tak jumpa teringgin nak makan dekat situ.. ok lepas ni dah tahu boleh pergi... tengok makanan semua sedap dan air yang ada buah fresh tu memang menarik sekali!

    makanan pula nak cuba Pla Krapong Nun Manow dan Tom Yam hu hu hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Kalau peminat makanan Thai memang heavenlah singgah sini. :D

      Padam
  4. That food looks so good.. and I know it is pretty good since I did try it before at their branch in Da Men some time ago...this have me craving for more... wanna go have more.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Kann... Even saya pun rasa lapar bila tengok balik.

      Padam
  5. Cam nak promote Aeril je ni..huhuhu..tarikan utama kan..retisss .. part makan takmola cakap ..perut asyik berkeroncong je ni..bubaiiii..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha... Sebab event ni memang ada dia sekali. Tapi memang seronoklah. Makanan sedap jangan cakap. Hihi.

      Padam
  6. memang kecur air liur tengok makanan makanan ni pagi pagi pulak. tbh i peminat aeril haha keciwa jugaklah bila tau dia kahwin dulu haha

    BalasPadam
  7. wow nampak macam sedap je beverages dia, plus ikan tu masak style cili api ke ? nasib I tak minat laki orang hahahahhahahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. menu yang mana satu? Haha. Amboi statement hujung tuuu

      Padam
  8. Nak kena singgah ni kalau naik sana. Yang pasti mesti tak mengecewakan peminat masakan ala Thai kat sana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut selera saya sedap je. Kalau peminat makanan Thai memang patut cuba!

      Padam
  9. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dgn artis terkenal dan dapat makan thai seafood, kak pun suka makan makanan thai yg memang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Sekali-sekala kak. Apapun, soal makanan memang sedap.

      Padam
  10. woww.. tom yam kung dia.. meletop kottt.. Aerel Zafrel duta yea untuk restoren ni? pandai tarik pelanggan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak... Dia sekadar datang untuk pelancarannya. Ya, dia pun ada pengaruh yang ramai di Malaysia. :)

      Padam
  11. Wahhh geng retis rupanya. Hehe. AZ skrg masih lagi popular. Ada je drama lakonan dia di tv.

    Sedapnya nampak Tonyam tu. Puas makan kalau banyak macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dia ada kelompok peminatnya sendiri.

      Hihi. Kalau bawak famili atau kawan memang lagi syoklah!

      Padam
  12. Untunglah dapat jumpa depan2.. kacak. Hehe.. teringin nak join dgn blogger. Dpt kenal secara dekat.. makanannya boleh tahan..tomyam mmg pemikat selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pemurah dengan senyuman orangnya.

      Ya, makanan pun boleh tahan!

      Padam
  13. wahhh best nampak, sure semua sedap2.. hahahaha baca komen semua teringin nak g kedai xmen nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Kan... Nanti kalau ada kelapangan cubalah sendiri. :)

      Padam
  14. Wah sedap sedap menu yang ada...terliur pula tengok. Lapar pulak dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kalau berkelapangan jangan lupa singgah ya! ;)

      Padam
  15. Harga tidak murah. Taoi berpatutan. Saya suka nasi gorengnya.

    BalasPadam
  16. Bestnya dapat jumpa Aeril..tempat makanan tu menarik..tgk makanan pun nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Sekali-sekala. Nanti kalau lapang datanglah. Bawak famili sekali tau. ;)

      Padam
  17. Dah origin dari Thai, konpom makanan pun pure thai kan. Very tempting. Akak peminat makanan thai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Ya, kalau akak peminat makanan Thai lagilah kena pergi. Mana tau memang berkenan di hati, kan?

      Padam
  18. Hurmm.., jeles ni hahaha... Dapat jumpa Aeril Zafril f2f + makan sedap n kumpul ramai-ramai dgn blogger ... Tapi tomyam Thai tu lagi mengancam nampaknya,.. Aih, nak gi jauh sgt T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... InsyaAllah mana tahu kalau singgah, boleh lah ke restoran ni juga.

      Padam
  19. alaaaa satu cawangan je ke restoran ni,hmmmmmm... macam menarik je semua menu tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni satu jelah. hihi. kalau ada kelapangan jomlah pergi sekali. hihi

      Padam
  20. Wah semua makanan sedap sedap belaka, I nak cuba juga.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.