Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Tarikan Sejarah Ikonik Lombong Bijih Timah Sungai Lembing

2:53:00 PG Hasif Hamsyari 36 Comments Category : , , ,

Terkenal sebagai lombong bijih timah bawah tanah terbesar dan terdalam di dunia, lokasi yang saya nak cadangkan kali ni sememangnya satu tarikan bersejarah yang barangkali rugi kalau korang tak singgah. Kalau sudah rekodnya 'di dunia', jangan terperanjat sejurus membaca fakta seterusnya.

Kalau digabungkan semua terowong di sini, panjangnya boleh mencecah 322 km - lebih panjang daripada jarak perjalanan antara Kuantan ke Kuala Lumpur!

Aku dan rakan media yang lain kena memulakan perjalanan dari salah satu terowong utama iaitu terowong Tabeto. Walau bagaimanapun, penduduk setempat memanggilnya sebagai Tai Pei Tong. Sebagai memulakan perjalanan meneroka terowong yang terkenal dengan jolokan 'El Dorado of the East' ni, kami menaiki lokomotif atau gerabak mini kereta api yang dahulunya menjadi pengangkutan utama pelombong di sini.
Dengan rakan media menaiki lokomotif mini ni untuk masuk ke Terowong Tabeto. [Kredit: Encik Hamdan, Santai Travel]
Pendek je lokomotif ni dan perjalanannya pun taklah berapa jauh. Kira-kira 80 meter je. Selepas tu, kami kena berjalan kaki meneroka terowong-terowong di sini. Percaya atau tak, lombong ni dulu mencecah kedalaman sehingga 500 meter. Padanlah ia terdalam di dunia!

Pengalaman berjalan kaki di sini pun menarik jugak. Dalam cahaya yang samar-samar, lokasinya nampak agak misteri dengan sesekali terdengar bunyi titisan air yang membentuk stalagtit kecil-kecil di bumbung gua. Ada parit air yang kecil jugak di tepi-tepi gua.
Antara bentukan stalaktit kecil-kecil di bumbung gua.
Terowong angin yang membawa udara berserta aliran air.
Apa yang pasti, walaupun ia sebuah terowong, sebenarnya keadaan di dalam taklah panas pun. Sejuk. Sebab di dinding-dinding gua ni terdapat liang-liang udara yang memang terbina macam tu sejak dulu lagi.

Di sini terdapat 14 lombong tapi bijih timah dikatakan terbanyak dihasilkan di lombong paling dalam dan paling panjang iaitu di Lombong Myah. Lombong lain antaranya dinamakan Gunong, Pollocks dan Willinks.
Antara lubang atau terowong yang ditutup daripada orang ramai.
Sebenarnya ada lagi lubang-lubang melombong tapi ditutup daripada orang awam atas faktor-faktor keselamatan. Kenapa? Sebab keadaannya yang sempit dan gelap. Bayangkanlah bagaimana pelombong-pelombong dahulu sampai merangkak ke kawasan ni mencari rezeki!

LUBANG SEJUTA RINGGIT
Paparan sejarah ringkas tentang Lubang Sejuta Ringgit.
Ini ialah salah satu legenda yang menjadi highlight dalam penerokaan kami dekat sini. Menjejak masuk ke satu bahagian, ada sebuah lubang cukup tinggi tapi agak sempit yang pernah menjadi saksi perlombongan haram yang berlaku di sini.

Perlombongan haram ini berlaku sejak 1987. Untuk satu jangka masa yang lama, 20 orang pelombong ini melombong timah secara haram di sebalik kegelapan malam. Dan hasil jualan ke pasaran gelap, diorang ni berjaya kumpulkan lebih kurang RM1 juta!

Dengan hasil perlombongan yang begitu punya banyak, struktur dinding di Lubang Sejuta Ringgit ni dahulu pun tidak selamat.
Replika manusia ini menggambarkan bagaimana pelombongan haram berlaku di lubang ini.
PENGALAMAN PENEROKAAN TEROWONG

Aku amat mencadangkan korang singgah ke sini kalau ke Sungai Lembing. Bagi yang suka travel sambil belajar sejarah macam ni, lagilah wajib. Bagi photo traveller, dekat sini pun barangkali hotspot untuk mendapatkan gambar yang cantik dan lawa, apalagi dengan pemandangan terowong asli kat sini. Atau bagi korang yang sekadar mahu bersantai atau menambah pengetahuan am pun boleh.


Pengalaman kat sini sebetulnya menarik jugak. Di sepanjang perjalanan, banyak informasi berlampu yang ditampal pada dinding menceritakan antara sejarah di sini. Malah, patung-patung serta alat-alat melombong pun melengkapkan sebuah perjalanan berkonsepkan educational tour. Ha, kalau nak bawak pelajar sekolah ke sini pun best jugak.

Pastinya informasi yang disediakan jugak menjadi sumber berguna untuk saya dan rakan media lain.
Simulasi bagaimana lombong ini berfungsi dulupun menarik. Macam di satu ruang, korang akan dapat mencuba sendiri satu simulasi yang 'membawa' korang merentas aras yang terdapat di lombong ni. Sehingga kedalaman 1,400 kaki di bawah tanah, paras paling dalam kat lombong ini dahulu. Iyalah, inikan lombong bijih timah terdalam di dunia. Tak mustahil lah ada lif yang dinamakan 'The Kiew'.
Tangga laluan ulang-alik dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
Lagi ruangan yang menjelaskan aktiviti perlombongan di sini.
Inilah kotak simulasi 'The Kiew' yang bakal 'membawa' korang merentas aras di dalam kawasan perlombongan ini.
Terdapat juga tayangan video di dalam terowong ini sendiri yang memberikan kami gambaran lebih realistik bagaimana keadaan terowong ini dan pelombong-pelombongnya suatu ketika dahulu.

Staf yang berada kat sini pun cukup membantu. Tanyalah diorang apa sahaja, semuanya akan diterangkan lebih jelas.

Dekat sini juga disediakan ruang rehat dan kedai cenderamata Sungai Lembing.
Ini pastinya salah satu persinggahan wajib kalau ke Sungai Lembing!
Untuk korang yang berminat nak ke sini, ini maklumat tiketnya.

PELANCONG TEMPATAN
Dewasa: RM15.90
Kanak-Kanak: RM7.95

PELANCONG ASING
Dewasa: RM31.80
Kanak-Kanak: RM15.90
*Jika datang berkumpulan, ada potongan harga akan diberikan.
Pintu masuk ke Tai Pei Tong.
Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017. Terima kasih!

RELATED POSTS

36 komen

  1. Wah Menarik!!! LeYa nak ajak Otomen singgah teroka ke sini pula laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus!! Selain berikan pengalaman berbeza, banyak sejarah boleh belajar. ;)

      Padam
  2. Menarik tu untuk mengetahui tentang aktiviti perlombongan

    BalasPadam
  3. i dah pernah pergi sini time tu 4 bulan lepas lahirkan anak, waktu tu hari pembukaan rasa sangat bertuah jadi orang yang dapat hadir masa majlis pelancaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh untungnya! Saya pun kalau tak ada trip ni tak tahu pasal kewujudannya. 😂

      Padam
  4. bila lihat gambar-gambar ni.. TB terasa nak tanya satu soalan je.. macam mana pengudaraan dalam tu ye? mean bau udara tu adakah seperti bau tanah ke.. hahaha.. apa soalan TB ni.. hahaha.. walauapa pun, pastinya lawatan ini memberi 1000 ilmu dan memori buat awak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalamnya sederhana sejuk. Tak adalah bau tanah pun. Hihi.ya memang pengalaman luar biasa! Nanti cubalah ya!

      Padam
  5. baru tahu ada tempat macamni. macam best juga pergi sini kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok bang! Kalau ada rezeki, jangan lupa singgah ya!

      Padam
  6. wahhh best dapat tengok teroka lombong biji timah.. tak pernah lagi pergi tempat begini.. taw mengenai biji timah sikit2 jer.. nanti boleh ajak suami pergi tempat sejarah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bagus tu! Untuk famili, lawatan ke sini memang sangat berilmu!

      Padam
  7. Sungguh mencabar ni! Cabaran dan boleh explore aktiviti perlombongan... cool!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejujurnya taklah mencabar pun sebab laluan disediakan. Tapi memang unik!

      Padam
  8. Menariknya aktiviti jelajah lombong tin mining ni. Harga pun berpatutan. Kena plan pergi sini ni

    BalasPadam
  9. Kalau ke lombong bijih timah, mesti rasa bangga sebab keluarga ruby semua berasal dari kapal korek. Melombong ni bukan senang. Kerja susah. Kalau lihat bagaimana mencari bijih timah dari tapak kaki gajah dan manusia mula mencari. Banyak kudrat digunakan. Beruntung kita hidup pada masa sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak ruby. Lawatan ni serba sedikit mengingatkan kita betapa payahnya nenek moyang kita membanting tulang empat kerat mereka demi mencari sesuap nasi.

      Padam
  10. Pengalaman menarik ni... teringin nak explore dekat lombong bijih timah, Sg Lembing ni... pernah tengok keluar dekat majalah 3, InsyaAllah klu diberi peluang nanti pasti pergi.

    BalasPadam
  11. Ni kalau husband sy tahu kewujudan peninggalan sejaran ni tentundia beria ajak pergi. Kitaorg mmg suka dtg tempat mcm ni. Appreciate dgn peninggalan dan kenalkan anak tempat yg unik dan susah mrk nak jumpa di kota

    BalasPadam
  12. menarinya kami baru nak jalan2 Perak sekarang nie.. hope dapat la singgah melawat kawasan sejarah nie nanti.

    BalasPadam
  13. menarik betul tempat nie !! 322km tu panjang tu. hebatnya. nak pergi lah. harga tiket pon murah. tak pernah lagi pergi ke terowong2 mining.

    BalasPadam
  14. Menariknya Terowong Tabeto kat Sungai Lembing ni. tak penah jenguk pahang. suka lah nak explore tempat mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Memang pengalaman dia lain daripada yang lain!

      Padam
  15. This is so exciting I've never been into a cave before. Should really try it out.

    BalasPadam
  16. bila tengok terowong tu, teringat masa masuk gua kelam, perlis dulu. nanti bolehlah melawat lombong bijij timah ni.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya taklah seperti gua kelam pun. Tapi pengalaman di sini cukup rare dengan kawasan perlombongan yang cukup unik di Malaysia!

      Padam
  17. Pahang negeri yang besar di Semenannjung, belum habis jalan lagi. Biasa pi Tanjung Lumpur, Kuantan, Tasik Chini dan Cherating sahaja.
    Boleh cuba ini dilain kali.
    Cantik gambar-gambar yang dikongsikan!...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. InsyaAllah, moga-moga kakak sampai ke sini juga nanti ya!

      Padam
  18. Best tgk tu kan...
    To masa masuk lombong gelap2 tu kan..pernah gak terpikir mcm ni la.keadaan nya dalam kubur nnt.gelap2 ..sorg2..ohoi

    BalasPadam
  19. Pengalaman menarik ni. Biasanya kita baca di buku shj bgmana aktiviti perlombongan dijalankan. Tq for sharing, ada peluang boleh ke sini nanti.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.