V E Hotel & Residence: Penginapan Urban di Bangsar
Hotel di sebuah bandar urban semestinya tak lengkap dengan sentuhan moden yang cukup elegan lagi bergaya. Ketika kebanyakan hotel menawarkan penginapan tak jauh beza, mungkin korang boleh cuba ke V E Hotel and Residence di Bangsar South ni yang menjanjikan kelainan dalam kelas tersendiri.
Ketika aku dan rakan blogger tiba ke hotel ni, memang cukup teruja dengan reka ruang lobi yang cukup luas dan gah dengan ciri-ciri eksklusif. Betul-betul memberikan impresi yang penginapan kami kali ini mesti menjanjikan terbaik buat kami.
![]() |
Pintu masuk utamanya yang cukup cantik. |
![]() |
Bahagian resepsi yang bakal menyambut kedatangan korang. |
![]() |
Antara ruang menunggu yang ada. |
Penginapan kitorang bukannya hotel tapi apartment residence yang pastinya jauh menjanjikan suasana yang lebih berkonsepkan rumah dan yang penting, selesa!
Memang tak syak lagi. Sebaik menjengah masuk ke dalam apartment kami, memang masing-masing tak putus-putus sebut wow. Di Tingkat 22, apartmen kami bukan je luas dan moden, pemandangan dia pun mewah beb!
Apartment kami ada dua bilik dengan katil saiz king. Maknanya boleh memuatkan 4 orang. Tapi disebabkan ruangnya luas gila, boleh je nak tambah lagi member dan minta tambahan katil single. Setiap bilik ni pulak ditatarias dengan padanan warna semulajadi macam putih dan warna kayu tetapi masih sarat dengan penataan moden kontemporari. Ada TV juga dalam setiap bilik.
Kalau dah nama pun apartmen, mestilah ada ruang tamu dengan set televisyen, ruang dapur siap dengan dapur dan kelengkapan memasak, peti sejuk, meja makan dan termasuklah mesin basuh baju! Ada tiga tandas disediakan dengan dua daripadanya masing-masing terdapat dalam bilik. Pemanas air semestinya ada
Ada juga partisyen yang mana dilengkapi pulak dengan alatan macam pengering rambut, set seterika, penyangkut baju, meja solek dan peti keselamatan.
![]() |
Pandangan panorama ruang tamu dan dapur di apartmen kami. (Klik gambar untuk lebih besar) |
![]() |
Salah satu ruang bilik yang cukup selesa. |
![]() |
Ruang dapur yang kemas tersusun. |
![]() |
Salah satu ruang tandas yang tak kurang selesa. |
![]() |
Pemandangan daripada bilik kami di Tingkat 22. |
Oh! Tak payah risau tentang Wi-Fi sebab kat sini setiap bilik ada disediaka. Jadi sama ada nak update media sosial korang ke atau siapkan kerja yang lebih penting, boleh je bereskan kat sini dengan suasana cukup tenteram.
Kalau fikir ajak member untuk reunion ke apa, memang sesuai sangat. Macam kitorang, buat kejutan hari jadi untuk dua blogger macho - Abang Yazid Izzat dan Abang Moka (Pena Berkala).
Amacam? Mengancamkan dengan apa yang diorang tawarkan ni?
Kalau dah menginap kat sini, mestilah akan dapat akses ke kemudahan lain. Yang wajib bagi aku ialah kolam renang.
![]() |
Sudut lain kawasan kolam. |
Keluasan kolam renangnya biasa saja. Tapi cukuplah untuk bersantai sambil menikmati pemandangan Bangsar yang sana-sini pesat membangun ni. Kolam untuk kanak-kanak pun disediakan jugak.
Selain tu, kat sini ada gimnasium jugak. Untuk korang yang tak boleh berpisah dengan rutih senaman kesihatan tak perlulah risau kalau bercuti kat sini. Bilik sauna dan Anju Spa pun ada jugak.
Kolam renang, gimnasium, bilik sauna dan spa ni semuanya terletak di Tingkat 3.
Satu kemestian yang korang mesti tertanya-tanya ialah 'makanan dia macam mana?', kan? Dekat sini ada empat in-house kafe dan restoran iaitu The Straits Estate, Kiosk The Deli, Veranda Bar & Lounge dan Poolside Cafe. Jadi memang tak timbul isu perut korang akan berkeroncong. Kalau malas nak keluar, masak je magi dalam apartmen. Haha.
Aku sempat minum pagi di The Straits Estate dan apa yang aku boleh katakan, restorannya memang cukup luas dan selesa. Makanan pun banyak pilihan. Makanan di sini konsepnya buffet. Harganya memang sangat murah kalau dibandingkan dengan penginapan ini yang cukup mewah. Tambah-tambah dengan promosi yang diorang ada. Jadi kena selalu rajin lihat tawaran menarik mereka.
Lokasinya pun memang cukup strategik. Terletak betul-betul bertentangan dengan pusat beli-belah Nexus Bangsar South. Jadi senang sangatlah kalau nak cari barang keperluan ke, atau kedai-kedai makan.
Nah, hampir tak ada sebab untuk aku tak suka dengan V E Hotel & Residence ni. Harganya pun berbaloi. Kalau kongsi dengan member mestilah lagi jimat. Berikut harga penginapan jenis apartmen kami.
- One bedroom Executive: RM392+ per night
- Two bedroom Executive: RM488+ per night
Alright. Kalau korang nak tau lanjut, berikut maklumat V E Hotel & Residence.
Alamat:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon:
+603 2246 2888
Laman Web:
E-mel:
Media Sosial:
0 komen
Tinggalkan komen di sini.