13 Panduan kalau di Klang, Selangor!
Bandar Klang sememangnya kawasan perdagangan yang penting di Semenanjung Malaysia ni. Almaklumkan, dekat pulak dengan Pelabuhan Klang. Tapi lebih daripada tu, Klang sememangnya memiliki tarikan yang menarik untuk diteroka. Jadi bersempena program Eat Travel Write 5.0 baru-baru ni, aku nak perkenalkan lokasi-lokasi best korang kena singgah kalau ke Klang.
MANA NAK SINGGAH?
1. Royal Klang Heritage Walk
![]() |
Teroka Klang dengan cara lebih santai dan informatif. |
Jadi kalau korang fikir bagaimana caranya nak pusing sekitar Klang dengan hanya berjalan kaki, boleh cuba ikut Royal Klang Heritage Walk ni.
Waktu: 9 pagi (pendaftaran), 9.15 pagi hingga 11.45 pagi (2.5 jam), setiap hujung minggu
Bayaran: Percuma
Tempat bermula: Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
2. GM Klang
![]() |
Pintu masuk utama GM Klang. |
Blok A saja boleh memuatkan seribu peniaga, dengan kategori produk dibahagikan kepada setiap lima tingkat. Blok B yang baru je dibuka pula menjadi hab untuk pencinta fesyen manakala Blok C khas untuk korang yang mencari keperluan dan perkakasan rumah serta perkahwinan.
ATM, Wi-Fi, servis logistik dan kurier, kedai makanan pun disediakan kat sini.
Alamat: GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603-33251788
Waktu Perkhidmatan: 10am - 7pm (Blok A & B), 10am - 10pm (Blok C), setiap hari
3. Tanjung Harapan
![]() |
Tanjung Harapan antara yang cukup menggamit perasaan. |
Kalau cuaca baik, boleh juga berbasikal dekat sini. Berdekatan sini juga ada Muara Ikan Bakar.
4. Pulau Ketam
Majoriti penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. |
Pulau ini sebenarnya perkampungan nelayan yang cukup sederhana. Majoriti penduduknya berbangsa Cina dan ada antara mereka sukar bercakap dalam Bahasa Melayu, apatah lagi Bahasa Inggeris. Pengangkutan utama di sini ialah basikal dan motorsikal automatik. Memandangkan ia sebenarnya pulau, semestinya makanan terkenal di sini ialah makanan laut. Pun begitu, agak sukar mencari makanan halal.
Seharian di sini, korang bolehlah meluangkan masa berbasikal sambil melihat keindahan perkampungan nelayan ini di waktu senja, melawat pasar, pembuatan ikan dan sotong kering serta menyusuri rumah-rumah kedai mahupun kediaman di sini. Atau boleh juga menyewa bot untuk dibawa pusing ke sekitar kawasannya.
![]() |
Ada mural-mural yang cukup cantik untuk menghiasa laman Instagram korang jugak. |
*Kekerapan bot ke Pulau Ketam sangat sekejap. Mudah je nak cari.
5. Istana Alam Shah
![]() |
Rupa Istana Alam Shah dari luar. |
Lawatan ke sini sememangnya boleh membuatkan pelancong kagum melihat dengan lebih dekat sebuah istana yang tersergam indah. Di sini, pelancong bukan setakat boleh melihat sendiri bilik pejabat sultan, ruang santapan diraja, takhta dan bilik mesyuarat diraja, bahkan boleh melihat koleksi sultan yang tak semua orang boleh dapat peluang ni tau. Antaranya termasuk Galeri Bola Sepak Selangor dan Galeri Automobil Diraja yang menyimpan koleksi kenderaan baginda.
Pegawai istana akan turut menemani pengunjung menerangkan setiap sudut istana. |
APA NAK MAKAN?
6. Lontong Klang
![]() |
Lontong Klang. |
Sebut je Klang, lontong barangkali yang pertama akan bermain di minda. Dan lokasi yang terbaik korang boleh dapat rasai keenakannya ialah di Lontong Klang, berdekatan dengan Pasar Jawa. Sekarang, kedai Lontong Klang dah ada tiga cawangan iaitu di Klang, Shah Alam dan Bukit Tinggi.
Lontong Klang memang cukup terkenal untuk sarapan pagi. Sebab tu korang dinasihatkan datang awal supaya tak kecewa nanti. Apatah lagi, di sinilah resipi aslinya bermula sehinggakan cawangan seperti di Shah Alam pun sentiasa menjadi serbuan orang ramai!
Di kedai makan yang cukup sederhana berusia lebih 30 tahun, pengalaman kulinari korang pastinya takkan sempurna tanpa semangkuk Lontong Klang asli kat sini. Harga bermula RM4 dan menu lain yang tak rugi cuba ialah nasi lemak dan roti canai.
Alamat: Lontong Klang, Emporium Makan, 1A, Jalan Harper, Klang, Selangor.
Waktu Perkhidmatan: 7am - 11am. Tutup Isnin ketiga setiap bulan.
7. Roti Telur Goyang di Chong Kok Kopitiam
![]() |
Menu ringkas yang cukup lazat untuk sebuah hidangan sarapan pagi. |
Kalau rasa dah sedap dan harga pun berbaloi, janganlah hairan melihat kedai ini sentiasa penuh dengan kehadiran ramai pelanggan.
Alamat: 5, Jalan Stesen, 41000 Klang, Selangor
Telefon: +603-33710996
Waktu Perkhidmatan: 7am - 6pm (Isnin hingga Sabtu), 7am - 2pm (Ahad)
8. Nasi Daun Pisang dan Jus Kedondong Asam Boi di Restoran Yap Kee
![]() |
Kelazatan asli yang memukau! |
Sama macam namanya, nasi dengan kuah kari dan sayuran serta sedikit papadom ni dihidangkan atas daun pisang. Tapi rasanya memang cukup rempah dan mesti membuatkan makan tengah hari korang bukan setakat mengenyangkan, bahkan memuaskan! Tambah lebih sedap kalau ditemani dengan secawan minuman jus kedondong asam boi, pilihan terbaik untuk dinikmati dalam cuaca yang panas terik.
9. Telur Berlada di Claypot Asam Pedas Andak, Kampung Kuantan
![]() |
Antara menu lazat yang harus cuba kalau ke sini. |
Antara lain yang harus cuba semestinya Asam Pedas Claypot terutama dengan menu daging tetel dan ikan pari.
Air yang ditawarkan pun tak mengecewakan. Kalau tak percaya, cubalah pesan air bateri, air Selangor, kedondong asam boi, blackberry samba atau mangga chocolate.
Didirikan di hadapan rumah kampung berusia lebih 100 tahun, pastinya makan di sini mengembalikan nostalgia masakan kampung yang tiada tolok bandingnya.
Alamat: TBG 97, Kampung Kuantan, 41300 Klang
Telefon: +603-3344 4192
10. Kuih-Muih dan ABC Tembikai Palm Grove di Warung Pak Din
![]() |
ABC Tembikai Palm Grove yang cukup perfek untuk cuaca panas. |
Untuk pencuci mulut, aku sangat mencadangkan menu unik ABC Tembikai Palm Grove. Terbaik!
![]() |
Rupa pintu masuk ke Warung Pak Din yang cukup ringkas. |
Telefon: +6013-281 1788
Waktu Perkhidmatan: 11am - 6pm setiap hari kecuali Jumaat
11. Sate Famili Wak Sidek
Sate yang diperam dengan ramuan khas pastinya menggiurkan apabila dibakar di atas bara. |
Rasanya memang cukup membuatkan aku nak terus makan dan makan. Sambil-sambil tu, boleh juga cuba nasi impit dan kuah kacang selain nasi lemak yang tak kurang enak.'
Alamat: Jalan Meranti Putih 1/KU10, Taman Desa Permai, Meru, 41050 Klang
Telefon: +6011- 4000 9966
Waktu Perkhidmatan: 3pm - 11pm (setiap hari kecuali Ahad)
MANA NAK TIDUR?
12. Aliya Hotel
![]() |
Kolam renang di Aliya Hotel. |
Antara masakan yang ada di Selera Coffee House. |
Alamat: Aliya Hotel Klang, Lot 336, Seksyen 23, Jalan Meru, Kapar, 41000 Klang.
Telefon: +603-3341 1313
Laman Web: www.aliyahotel.com
13. Sea Lion Hotel, Pulau Ketam
Mr. Cha Keng Lee (kiri), Ketua Kampung dan pemilik Sea Lion Hotel Pulau Ketam memberi penerangan kepada kami. |
Diorang pun sediakan servis bot dan basikal untuk memudahkan korang meneroka pulau ni.
Alamat: Sea Lion Hotel, S3, Jalan Merdeka, 42940 Pulau Ketam
Telefon: +603-3110 4121 / +603-3110 5121 / +603 3119 4072
Laman Web: sealion.com.my/
_______________________________
Program Eat Travel Write 5.0 dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
26 komen
Salam Hasif, great info about Klang!
BalasPadamCorrection on the Royal Klang Heritage Walk timing:
Waktu: 9 pagi (Pendaftaran), 9.15 hingga 11.45 pagi (2.5 jam), setiap hujung minggu
Bayaran: Percuma
Tempat bermula: Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Thank you. Keep up the great work!
Terima kasih! Sudah update. :)
PadamTerima kasih...
PadamBanyak juga lokasi menarik di Klang.. Selalu just ke GM Klang je hahaha
BalasPadamApa-apa pun Nasi Daun Pisang dan Jus Kedondong Asam Boi macam menyengat je.. Kena cuba nie
Uisy! Serius tak tipu, memang sedap!
PadamKlang pun boleh jalan-jalan sampai banyak syok ni! Enjoy!
BalasPadamKan! Haha.. Nanti boleh play tourist di sini. Hihi.
PadamBanyak juga attractions di Klang. Walaupun bandar lama, tapi still banyak tempat yang perlu explore.
BalasPadamPernah pergi Pulau Ketam. Seriously, best gila. Kampung yang unik, cantik dan lain dari yang lain.
Iya. Pulau Ketam cantik. Tenang je...
PadamCantiknya semua tempat tu ha...nampak menarik tapi SA x pernah sampai area ni lagi....
BalasPadamMaksudnya nanti kenalah singgah. Haha. Banyak boleh teroka. :)
PadamBanyak tempat-tempat menarik dekat klang yer. Penah sampai dekat tanjung harapan, pulau ketam & GM Klang jer. Itu pon beberapa tahun lepas ☺
BalasPadamYa, datanglah sekali lagi dan explore lagi. Tarikan kat sini tak kurang mengancam!
PadamEh. Tak sangka banyak pula lokasi yang boleh jalan2 kat Klang kan. Next rasa cam nak melawat GM plak. Hehe
BalasPadamGM tu satu kemestian! Haha. Ramai yang datang ke Klang sebab GM ni lah! Harga borong!
PadamGM Klang paling famos, ada masuk dalam TV.. hihi, bnyk baju dan tudung. Orang perempuan suka tempat nih..
BalasPadamHaha. Itu memang obvious kot. XD
Padamduduk Klang 11 tahun Tak pernah tahu kat Klang ada Lontong Sedap, boleh try cari nanti tempat tu, thanks for sharing :)
BalasPadamHaha. Sebelum ni pula saya memang selalu dengar orang selalu bercakap tentang Lontong Klang. Inilah kali pertama saya rasa. Tak mengecewakan!
Padambanyak jugak tempat mnarik di klang.. tq nfor info.. bagus sgt..
BalasPadamYa. Nanti singgahlah ya! Sama-sama...
PadamBanyak jugak tempat tempat menarik dekat klang ni. Tak sangka pulak. Selama duduk shah alam ni, takpernah pulak terfikir nak pergi ke klang untuk jalan jalan sebab asyik fikir dekat klang jem teruk
BalasPadamKan! Saya masa studi di UiTM Shah Alam pun tak terfikir nak jalan-jalan di Klang. Tapi sekarang dah tahulah tarikan-tarikannya. hihi
PadamLama betoi tak ke klang. Baca entry ni terasa pulak nak kesana balik
BalasPadamKlang banyak gak tempat menarikkan. Memang tempat akak jugaklah klang ni,hihi
BalasPadamBanyak rupanya tempat menarik dekat Klang. Lepasni boleh la try pergi!
BalasPadamTinggalkan komen di sini.