Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Gunung Ini Menyerupai Alat Sulit Perempuan?

7:27:00 PG Hasif Hamsyari 25 Comments Category : , , ,

Ketika dalam perjalanan dari Makassar ke Toraja, aku dan rakan media melalui daerah Enrekang, Sulawesi Selatan yang cukup terkenal dengan pemandangan pergunungan yang cukup memukau. Ketika melalui Jalan Poros, aku singgah ke salah satu antara banyak warung yang ada di sisi jalan.

Warung yang aku singgah ialah Rumah Makan Jemz Gunung Nona.

Di kebanyakan warung ini menyediakan ruang yang mana pelanggan boleh bersantap dan minum kopi sambil menikmati pemandangan pergunungan. Dengan cuaca yang dingin dan pemandangan menghijau, barangkali mustahil kalau sesiapa tak jatuh hati dengan tempat ini.


__________________________________

A post shared by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on

Secawan kopi dan pisang goreng yang mesti melengkapkan pengalaman korang kat sini.
Tapi yang menjadi sebutan di sini ialah Gunung Nona atau lebih popular dalam kalangan masyarakat di sini sebagai Buntu Kabobong. Nama lainnya juga disebut Erotic Mountain.

Percaya atau tak, ada satu struktur gunung ini yang memang cukup eksotik, yang barangkali tak akan korang boleh jumpa di lain-lain pelosok di dunia. Ya, ia menyerupai alat kelamin perempuan!

Tak hairanlah nama-nama yang aku sebutkan tadi memang bersangkut-paut dengan bentuk gunung ini sendiri. 'Nona', misalnya, bermaksud perempuan yang masih dara. 'Buntu' bererti gunung dan 'Kabobong' pula maknanya organ sulit perempuan.

Tapi ternyata gunung dengan ketinggian 500 meter dari aras laut ini bukan semata-mata bersangkut pada struktur dan namanya sebab aku dimaklumkan ada beberapa mitos yang dikatakan menjadi punca.

Ini salah satunya.

Dikatakan dulu ada satu kerajaan dinamakan Tindalaun di kaki Gunung Bambapuang yang mana diberkati dengan ekonomi yang cukup pesat dan kehidupan yang cukup bahagia. Malah terlebih bahagia hinggakan mereka mula lupa diri dan penzinaan luar nikah menjadi satu kebiasaan. Sang Raja bernama Kalando Palapana jadi gundah mengenangkan rakyatnya yang semakin di luar kawalan dan kemungkinan akan ditimpa bencana akibat kemurkaan Sang Pencipta. Diperintah orangnya untuk cepat mengatasi masalah namun ironinya, makin parah jadinya.

Dari igauan ngeri menjadi realiti. Kerajaan Tindalauan dimusnahkan atas murka Sang Pencipta dan dari situlah muncul Gunung Nona yang dikatakan jelmaan daripada manusia yang terlaknat.

Dikatakan, di sebelahnya pula ada gunung yang mengunjur ke Gunung Nona dan ia mirip kemaluan lelaki.

Nah, ada moral yang eloknya menjadi panduan dalam kita hidup bermasyarakat.

Gunung Nona dari Google Maps.
Dengan panorama secantik ini, mestinya akan beri suasana yang cukup Instagram-worthy.
Pastikan persinggahan ni ada dalam checklist korang kalau menuju ke Toraja!
Perjalanan 10 jam dari Makassar ke Toraja yang memang mencabar semestinya terubat kalau korang singgah barang sebentar dekat sini. Lebih daripada menghargai nilai sejarah atau strukturnya yang 'mengghairahkan', aku lebih memilih untuk menghargai kecantikan semulajadinya yang tiada tolok banding.

Aku akan kongsikan lebih lanjut perjalanan aku ke Toraja dalam entri akan datang. So, stay tuned!
Pemandangan pergunungan yang cukup memukau.

RELATED POSTS

25 komen

  1. oooo macam tu bentuk dia hehehe. btw cantik sangat tempat ni.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Betul. Memang persinggahan yang rugi kalau tak singgah kalau on the way ke Toraja. :)

      Padam
  3. jauh berjalan, luas pemandangan.. best nye kalau dapat travel macam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Alhamdulillah.. insyaAllah satu hari your turn pula. Amin.. :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Nak settlekan dulu PTPTN yang tertunggak nie.. Ada lagi 12k tertunggak untuk disettlekan, then baru renew passport balik...

      Padam
  5. One fine day hopefully akak dpt amik gambar macam pose hasif tu ha..

    BalasPadam
  6. Cantik lah gambar tuan ambil suka tengok.. Tempat ni pun menarik boleh rancang datang ker sini nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, tuan. Hihi. Itulah... Cukup menenangkan.

      Padam
  7. Kelakor tajuk. Hahaha
    Nakal hasif ni.

    Btw, lawa tempat ni. Tenang je tengok view dia. Mesti syiok lepak atas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang itu keistimewaan gunung ni. Keke... Ya, memang menenangkan. :)

      Padam
  8. Kenapa semua gambar cantik-cantik nie? Pandai betul ambil angle dan posing tu memang seorang model.

    BalasPadam
  9. Cantik nya gambar... Inspired kita tengok... inspired to go and to take photo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Terima kasih! Kalau ada rezeki datanglah ke sini!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.