Lelaki Ini Mendengar Azan di Puncak Patung Jesus Tertinggi Dunia!
Macam yang korang tau, dalam bulan Ramadan lepas aku ke Toraja, Indonesia. Tempat ni disebut-sebut sebagai antara masyarakat yang mengamalkan upacara pengebumian paling pelik di dunia. Tapi yang aku nak ceritakan, bukan tentang pengebumian ni. Tapi pengalaman menarik yang cukup luar biasa aku sendiri alami di salah satu tarikan keagamaan baru di sini.
Yang aku maksudkan ialah Patung Jesus gergasi yang terletak di puncak Buntu Burake, kira-kira lima kilometer dari Makale, ibu kota Tana Toraja.
Satu fakta menarik, ketinggian patung ini sahaja ialah 40 meter, menjadikannya kedua tertinggi di dunia selepas Christ the King yang terletak di Poland dengan ketinggian 52.5 meter. Tapi, dari segi kedudukannya dari aras laut, Patung Jesus di Toraja ini pun ada rekod tersendiri. Ia terletak 1 100 meter dari aras laut sekali gus dikatakan dah pun mengalahkan rekod Patung Jesus Tertinggi Dunia yang dipegang Christ the Redeemer di Rio de Jenairo, Brazil (710 meter dari aras laut di puncak Gunung Corcovado).
__________________________________
![]() |
![]() |
Walaupun belum diiktiraf secara rasmi, ramai menyebut ia merupakan patung Jesus tertinggi di dunia. |
Majoriti penduduk Toraja beragama Kristian. Minoriti di sini ialah Muslim dan mereka yang masih berpegang pada ajaran animisme yang agamanya dipanggil Aluk To Dolo.
Ketika aku datang ke sini, waktunya dalam tengah hari. Tak panas sangat pun dan selain tarikan patung Jesus gergasi ini, yang menjadikannya lebih istimewa ialah panorama Makale yang cukup mempesonakan. Sedikit bahagian Rantepao (ibu kota Toraja Utara) pun boleh nampak dari sini.
![]() |
Panorama Makale dari atas puncak Buntu Burake. |
Aku teringin bergambar di atas ni tapi ada orang pulak. Haha. |
Aku dijelaskan yang patung ni mula dibina pada 2012 lagi dan hanya mula dibuka kepada orang awam sekitar tahun 2015. Dari kajian aku, ada juga yang membantah penubuhannya kerana walaupun Toraja didiami majoriti Kristian, ia masih di dalam negara Republik Indonesia - negara dengan majoriti Muslim paling besar di dunia. Walau bagaimanapun, patung Jesus ini berjaya didirikan juga.
Namun, ada sesuatu yang cukup membuatkan aku tergamam dan kagum.
Ketika leka menghayati keindahan panorama Makale dari puncak Buntu Burake ni, aku terdengar azan Zuhur yang memecah kesunyian. Dan sejenak itu, aku macam terkelu lidah. Sedikit rasa hiba kerana apa yang pemandu pelancong aku katakan rupanya tersaksi di sini.
Dari dalam bas dari Makassar lagi, pemandu pelancong selalu menekankan toleransi agama yang cukup tinggi dalam kalangan masyarakat Toraja. Tanpa mengira agama, mereka masih hidup bermasyarakat dan saling menghormati antara satu sama lain.
Dan pada aku, itu cukup menjadi momen sayu bahawa kita boleh saja hidup rukun damai, tanpa dipandang agama yang dipegang.
![]() |
Pengalaman unik di sini memang tak akan aku lupakan. |
Bukanlah setakat mendengar azan itu buat aku setuju dengan pemandu pelancong itu. Aku turut singgah ke pasar pagi yang mana ada juga penjual yang beragama Islam dan lain-lain penduduknya yang semuanya ramah dan tak lekang dengan senyuman.
Iya, aku memang orang Malaysia dan hidup kita juga majmuk dan antara yang paling stabil dan harmoni di dunia. Cuma mungkin sebab aku di tempat orang, situasi ini membuka mata hati aku yang keharmonian sebegini masih lagi wujud dan itulah yang membuatkan aku rasa sayu. Iyalah, ada antara kita yang berperang antara satu sama lain atas nama agama, tak kisahlah siapa serang siapa atau siapa pemangsa dan siapa mangsa. Ia cuma menyedihkan lagi memalukan.
Ini antara salah satu pengalaman unik yang tak akan aku lupakan dalam trip ke Toraja ini. Aku akan kongsikan lebih lagi tentang trip aku dalam entri akan datang. So, stay tuned!
36 komen
seronok kalau dapat rasa pengalaman mcm ni
BalasPadambetul. sambil travel, kita boleh muhasabah diri juga. :)
Padamcantik sangat pemandangan ni :D
BalasPadamIya. Sangat tenang.
PadamSerius la dengar azan?
BalasPadamWow, experience rare ni
Lawanya tempat ni.. mesti seronok kan tengok view kat sini.
iya.. sebab bawah tu ada masjid juga! tapi pemandangannya memang awesome!
PadamSubhanallah...cantiknya scenery kat sini...ntah bila la dapat pi..serius dengar azan ?
BalasPadamkann! memang cantik! ya, boleh dengar azan sebab di bawahnya juga ada masjid-masjid.
PadamRasanya pernah tengok kat tv3 mengenai upacara pengebumian pelik dekat taroja. Cantik view.
BalasPadamiya, toraja memang terkenal dengan upacara pengebumian yang pelik. hihi
PadamTak tau kat Indonesia ada tempat ni.. always ingat kat Brazil yang tertinggi di dunia! Thanks for sharing!!!!
BalasPadamYup. Tarikan ni masih baru. hihi
PadamCantiknya view kat sini. Teringin jua ingin menjejak kaki ke sana, insyaAllah.
BalasPadaminsyaAllah... :D
PadamDekat Malaysia, azan pun menjadi isu... belum isu-isu yang lain lagi
BalasPadamhihi... tapi Alhamdulillah juga, #MalaysiaMasihAman. hihi
PadamAduhhh pak cantiknya pemandangan. Saya baca story ni pun dah gaya macam org indonesia. Hehehe tapi betullah, kita boleh hidup aman harmoni dgn berbilang bangsa dan agama.
BalasPadamHaha. kan... Semuanya bermula dengan diri sendiri dan sifat muhibah pada perdamaian. hihi.
PadamAllahuakbar
BalasPadamcantiknya tempat ni dik....akak ni bila la nak rasa g tempat2 camni
BalasPadaminsyaAllah, satu hari nanti kak. Aminn...
PadamBaru tau patung Jesus tu ada dekat banyak tempat. Selalunye tengok yang dalam TV dekat negeri negeri orang putih tu je
BalasPadamya, ada banyak lagi sebenarnya. hihi..
PadamMenarik. Alja Tak pernah tahu actually tentang ni apatah lagi jejak ke sini. Baca psl ni pun dah rasa mcm wow and menarik lelagi pemandangan tempat dorang. Subhanallah!
BalasPadamya... memang cantik2 pemandangan di Toraja. Saya akan kongsikan lagi tempat-tempat lain yang tak kurang cantik dalam pos akan datang. Stay tuned!
PadamWuhuhu tengok gambar menariknya betul. Hasif mana video? Tak puasa baca dan tengok gambar laaaa. Hahahaha
BalasPadamVideo ada, Kak Ruby. On the way. Haha..
PadamCantiknya view! Pengalaman betul
BalasPadamItulah.. memang menarik di Toraja ni.
Padamcant believe you made it there! Hopefully im able to visit it someday, still in my list of places to travel to
BalasPadamyup! Toraja is truly worth visiting. :D
PadamYa Auloh. Bestnya hasif! bila nak sampai sana ni...
BalasPadamhihi... InsyaAllah satu hari nanti kak. ;)
PadamI have never been there, nice view and look very serene.
BalasPadamYes, it is! :D
PadamVery soon ..my next visit to Toraja..Jesus πππ
BalasPadamTinggalkan komen di sini.