Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Apa yang Menarik di Tanjong Malim, Perak?

12:04:00 PTG Hasif Hamsyari 54 Comments Category : , , , , ,

Tanjong Malim ialah antara bandar perintis kepada projek bandar belia di Malaysia. Selain Tanjong Malim, bandar belia di Malaysia terletak di Putrajaya, Tuaran (Sabah) dan Lundu (Sarawak). Tapi apa agaknya yang korang boleh expect dengan pengiktirafan ni?

Entri kali ni, aku nak tunjukkan dekat korang, Tanjong Malim semestinya bukan sekadar tentang Pau Sedili - malah lebih lagi! Mestilah ada sesuatu yang menjadikan bandar ni cukup mesra belia macam kita!


Untuk korang yang minat sejarah...

1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Antara rupa bahagian dalam Muzium Pendidikan Nasional.
Siapa kata UPSI cuma institusi untuk bakal-bakal cikgu semata-mata? Sebab institusi keramat ni, sangat mengalu-alukan kunjungan ilmiah korang untuk memahami dan mendalami nilai sejarah yang tersimpan di sini.

Salah satu yang patut korang lawati ialah Muzium Pendidikan Nasional yang mempunyai 21 galeri kekal. Galeri ni akan membawa korang memahami susur galur pendidikan di Tanah Melayu sehinggalah sekarang termasuk mengenali tokoh-tokoh yang cukup signifikan peranannya dalam lapangan dunia pendidikan negara.

Dan ia juga terbina di dalam sebuah bangunan yang dibangunkan pada 1919, dikenali Bangunan Suluh Budiman. Memang sangat cantik muzium ni! Apalagi, ia diinspirasikan oleh Gereja Notre Dame di France dan Salisbury di England. Bangunan ni pun dah digazetkan sebagai Bangunan Warisan Budaya pada 2009.

Alang-alang dah sampai sini, pastikan korang singgah jugak ke tarikan lain macam Rumah Pendeta Za'ba.

A: Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.
GPS: 3.685632, 101.525248
T: +6 05 450 6680
W: www.upsi.edu.my
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Perkhidmatan: 9 pagi - 4 petang setiap hari 

2. Tanjong Malim Street Art
Salah satu lukisan mural yang ada kat sini.
Waktu aku pergi, katanya akan siap sepenuhnya pada Jun 2017. Bermakna masa aku tulis ni mesti dah lagi cantik.

Ini memang tarikan terbaharu di sini. Almaklumlah, kalau sudah namanya bandar belia, mestilah kena ada spot best untuk bergambar supaya boleh dikongsi di laman-laman sosial. Instagram, misalnya.

Di lorong-lorong belakang rumah kedai ni bukan je ada lukisan-lukisan cantik tentang sejarah Tanjong Malim, bahkan ada juga mural kartun yang mesti buat kanak-kanak teruja.

Berdekatan dengan lokasi ini pun ada pasar malam dan tapak gelanggang roller blade!

Tip: Tanjong Malim Street Art ni terletak di tengah bandar ni. Jangan segan tanya lokal untuk tunjukkan lokasinya. 

Untuk korang, pencinta alam semulajadi...

3. Ladang Halia Environment Natural Element (ENE) 
Aku menanam benih halia siap bertulis nama. Hihi.
Dekat sini, korang boleh lihat dengan lebih dekat penanaman serta pemprosesan halia Bentong. Memang asalnya ditanam di Bentong dan Janda Baik, Pahang. Tapi sebab sekarang ia dah jadi produk komersil dengan permintaan yang tinggi, di Tanjong Malim pun diwujudkan ladangnya. Kalau korang masih belum tau, halia Bentong bersaiz lebih besar berbanding halia biasa dan kualiti nutrisinya juga dikatakan lebih banyak.

Tak cukup dengan tu, korang boleh jugak dapatkan produk-produk kat sini secara segar dan borong

A: ENE Ginger Farm (TM1), Lot 12097, Rizal Jalan Kawasaki, Industri Behrang 2020, Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak
T: +6 012 370 3082
FB: Environment Natural Element

4. Ulu Slim Hotspring
Aktiviti merebus telur di sini memang satu kemestian!
Tahukah korang yang di Tanjong Malim ada kolam air panas yang mencatatkan bacaan suhu yang tertinggi di semenanjung dan ketiga di Asia? Ia terletak di Kampung Ulu Slim. Suhu tertinggi yang dicatatkan di sini ialah 104 darjah celcius!

Apa yang lagi seronok, korang boleh cuba aktiviti merebus telur di kolam ni. Kalau telur rebus, cuma rendam dalam 5 minit je. Kalau separuh masak, boleh rebus kurang daripada masa tu. Lagi syok makan terus di situ. Jadi ada baiknya korang bawak kicap dan serbuk blackpepper atau apa-apa perasa yang korang suka. Kalau lupa, ada kedai runcit berdekatan. Memang heaven!

Oleh sebab ia bukan disebabkan gunung berapi, maka tak ada bau sulfur yang kuat kat sini. Para pengkaji berpendapat suhu bawah tanah boleh mencecah 1 200 darjah celcius pada kedalaman 10 ribu kaki!

A: Kolam Air Panas Ulu Slim, 35800 Slim River Perak
GPS: 3.898818, 101.497906

___________________________

Untuk korang yang sukakan cabaran lasak
5. Go-Kart & Akademi Memanah Tg Malim
Kedudukannya betul-betul di bawah jambatan Tanjong Malim.
Aku memang suka aktiviti lasak dan salah satu yang paling aku suka ialah go-kart. Cuma aku taklah profesional sangat pun. Almaklumlah, aku bukan tauke go-kart atau yang kerap ke litar go-kart atas banyak komitmen lain.

Tapi kalau ke Tanjong Malim, korang kena cuba datang sini. Litar ni terletak sangat dekat dengan stesen komuter Tanjong Malim. Dan litar ni pun terletak betul-betul di bawah jambatan gantung. Kelengkapannya juga bagus dan stafnya pun ramah.

Selain go-kart, ada memanah juga. Ruang makan dengan banyak warung-warung selain tempat karaoke mesti akan melengkapkan masa santai korang dengan member-member.

A: Go-Kart & Akademi Memanah Tanjong Malim, Lot 1770, Mukim Ulu Bernam, Tanjong Malim, Perak
Waktu Perkhidmatan: 10 pagi - 7.30 petang setiap hari (kecuali Khamis)
T: +6 017 450 9488
FB: Go-Kart & Akademi Memanah Tg Malim

6. White Water Rafting di Ulu Slim River
Wajah-wajah teruja!
Sedia nak bikin adrenalin korang mengalir sederas aliran air sungai Slim River? Jadi cubalah aktiviti ni! Memang sangat cool! Tahap kesukaran kat sini ialah antara 1 sampai 3. Tapi dalam cuaca tertentu, ia boleh mencecah 4! Dari pengalaman aku sendiri, semakin sukar bermakna semakin awesome!

Sungai Ulu Slim ni terletak kira-kira satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur. Tapi bila dah sampai, korang kena menaiki pacuan empat roda atau trak selama sejam pulak ke tempat pelepasannya dengan keadaan jalan yang berbatu.

Untuk yang pertama kali, pastikan korang dengar arahan jurupandu dan guide korang dengan baik dan jelas supaya korang akan lebih menikmati aktiviti ni dengan lebih selamat.

A: Chili Rafter Resources, No. 2A, Jalan Makmur 7, Taman Slim Makmur, 35800 Slim River, Perak
T: +6 012 397 8796
IG: @chilirafter 

7. Water Tubing, Abseiling & Flying Fox di Teratak Riverview
Yang paling aku cadangkan, mestilah flying fox ni sebab...
Kalau White Water Rafting terlalu mencabar bagi korang, bolehlah buat aktiviti yang tiga ni. Di Teratak Riverview, tiga aktiviti ni memang selalunya satu kemestian yang melengkapkan penginapan korang kat sini.

Kalau disuruh pilih, aku akan cadangkan flying fox. Pengalaman flying fox kat sini memang lain daripada yang lain tau. Mana boleh korang dapat melakukan flying fox sambil terbang antara Perak dan Selangor di tempat lain?

Aku yakin, kalau korang jenis aktif dalam persatuan dan aktiviti lasak, mesti dah pernah sampai ke Teratak Riverview. Dah banyak institusi dan badan kerajaan/swasta yang buat kem bina diri kat sini. Aku sendiri pun dah dua kali. Dan memang tak pernah bosan lakukan aktiviti lasak kat sini. Coach diorang pun bukan setakat terlatih, sempoi pulak tu.

Untuk korang yang perut lapar...

8. Pau Sedili UPSI
Pengunjung pun boleh mencuba sendiri membuat Pau Sedili!
Kalau sebut je Tanjong Malim, mana boleh terlepas daripada makanan fluffy yang satu ni. Tanjong Malim ni sendiri dah terkenal sebagai bandar pau! Ada beberapa lokasi yang korang boleh merasai sendiri keenakan Pau Sedili di Tanjong Malim dan salah satunya ialah di UPSI.

Iyalah, alang-alang korang berjalan ke Muzium Pendidikan Nasional atau menziarah rumah Pendeta Za'ba di sini, bolehlah rehat dan menikmati Pau Sedili ni.

Pau Sedili di UPSI ni dibangunkan atas usaha pensyarah, Dr. Suriani Mohamed sejak 2014. Sebab yakin dengan potensi ini, UPSI mendedikasikan sebuah bangunan khas yang kini mampu menghasilkan 500 pau sehari!

Ada tujuh inti yang ditawarkan. Antaranya kacang merah, sardin, ayam, coklat dan kaya. Tapi yang menjadi sebut-sebutan ialah inti labu yang mesti buat korang nak makan lagi dan lagi!

9. Restoran Garden Seafood
Udang butter dengan rasa yang cukup mengancam!
Restoran ni terkenal bukan setakat dalam kalangan masyarakat setempat, bahkan pelancong. Sebab kebanyakan operator pelancongan menjadikan restoran ni salah satu persinggahan untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Restoran ni sebenarnya restoran Cina tapi memiliki sijil halal yang sah. Maka tak hairanlah yang restoran ni bukan setakat menarik pelanggan berbangsa Cina, bahkan Melayu dan India.

Ada banyak hidangan makanan yang ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi. Antaranya ialah sizzling talapia, sotong madu dan steam turbot fish.

A: Garden Seafood Cuisine Sdn. Bhd., 7 & 8, Jalan Wangsa Utama, Taman Wangsa, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu Perkhidmatan: 12 tengah hari - 10.30 malam setiap hari
T/F: +6 05 458 3398 / +6 017 870 3398
GPS: 3.698414, 101.513422

10. Hitz Cafe
Rupa dalaman Hitz Cafe.
Kalau korang tercari-cari restoran yang ada nilai-nilai hipster sikit, Hitz Cafe antara yang popular kat sini. Menu yang korang wajib rasa kalau ke sini ialah makanan fusion dan pastri. Tapi selain makanan yang lazat, dekorasi dalaman restoran ni pun memang sangat Instagram-worthy!

Selain tu, layanan yang mesra pelanggan daripada staf kat sini pun antara yang aku rasakan patut dipuji.

Kalau nak ke sini boleh walk-in je. Tapi lagi best, kalau korang nak adakan parti kejutan hari jadi, majlis korporat atau parti makan malam, sini pun ada pakej yang berbaloi!

A: 10, Jalan Chong Ah Peng, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu Perkhidmatan: 11 pagi - 8 malam (Isnin-Jumaat) & 11 pagi - 7 malam (Sabtu-Ahad)
T: +6 05 458 1888
GPS: 3.681254, 101.520141

11. Sarang Art Hub
Sarang Art Hub yang diilhamkan oleh sutradara Mamat Khalid ni lebih daripada sebuah restoran.
Untuk korang yang berjiwa seni, ini mungkin port lepak terbaik yang korang boleh jumpa di Tanjong Malim. Diilhamkan pengarah filem Mamat Khalid, restoran ni turut menjadi hab untuk anak-anak muda mengekspresikan seni mereka dengan platform yang cukup santai dan menarik. Sesuailah namanya, 'sarang'.

Dan seni yang aku maksudkan bukan semata-mata lukisan dan penulisan, bahkan nyanyian dan bermain alat muzik! Selalu ada jamming dekat sini jugak untuk menemani malam santai korang. Menurut Mamat Khalid jugak, kulinari pun adalah satu seni!

Sama ada korang mahu ke sini untuk menghargai seni atau menyerlahkan bakat artistik korang, nikmatilah menu makanan yang mesti akan melengkapkan pengalaman kulinari di sini.

A: Sarang Art Hub, Jalan Rumah Rehat, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu Perkhidatan: 2.30 petang - 12 tengah malam. (Isnin - Jumaat kecuali Khamis) 
T: +6 012 525 8798
E: sarangarthub@gmail.com
GPS: 3.680466, 101.522028 

12. Restoran Sri Angsana, UPSI
Antara menu fine dining yang aku nikmati hari tu.
Restoran ni tak beroperasi macam restoran biasa sebab restoran ni sebenarnya 'restoran olok-olok' (mock-restaurant). Diuruskan oleh pensyarah UPSI sendiri, Nor Azizah Ahmad, 'pekerjanya' pula terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Justeru, peranannya lebih kepada melengkapkan tugasan akhir pelajar untuk penyediaan dan penghidangan makanan seperti sebuah restoran fine dining.

Dari pengalaman aku, makanannya boleh tahan! Kalau nak ke sini perlu dalam jumlah yang ramai dan buat tempahan awal. Itupun bergantung pada jadual dan tenaga kerja pelajar yang ada.

A: Restoran Sri Angsana, Bangunan Yusof Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
T: +6 012 345 3426

Untuk korang yang gemar bercuti di eco-resort...

13. Teratak River View
Uniknya, Teratak River View terletak di dua bahagian, Perak dan Selangor dan dipisahkan dengan sebatang sungai yang syok untuk mandi-manda!
Sesiapa yang aktif dengan persatuan dan badan beruniform mesti dah pernah singgah kat tempat ni. Suasananya taklah mewah tapi kira selesa dan sesuai dengan persekitarannya. Dalam erti kata lain, sesuai sangat adakan kem jati diri atau seumpamanya kat sini.

Lokasinya agak terpencil sikit. Nak sampai sini kena naik trak dalam 15 minit. Janganlah harap boleh sentiasa update Instagram story korang sebab sini tak ada line - kalau ada pun macam hidup segan mati tak mau.

Tapi jangan risau. Dengan banyak aktiviti yang ditawarkan, tak timbul soal korang akan bosan. Antaranya, berkhemah, water tubing, flying fox, meredah sungai, abseiling, mandi sungai dan banyak lagi.

A: Teratak River View, Lot 1301, Lubuk Nibung, Mukim Hulu Bernam Timur, 35900 Tanjong Malim, Batang Padang, Perak
T: +6 013 533 5033 / +6 019 511 5033 / +6 017 343 1346
W: teratakriverview.blogspot.my
GPS: 3.685326, 101.529692  

14. Akademi ESPEK
Ada 20 kabin yang boleh memuatkan 120 orang dalam satu-satu masa.
Kalau tidur dalam hutan dah terlalu mainstream, cubalah tidur dalam kebun kelapa sawit ni ha. Unik jugak tau! Apalagi Akademi ESPEK ni terletak sebelah jeram yang dipanggil Lubuk Timah! Memang cun sangat kalau nak berendam kat air yang sejuk ni.

Aktivitinya pun cukup banyak; memancing (3 kolam catch-and-release), perkhemahan, menunggang ATV, jungle trekking Lata Berembun, flying fox, white water rafting, mountain bikes, fourwheel drive, paintball dan macam-macam lagilah!

Tempat ni pun sangat awesome adakan kursus-kursus macam kepimpinan atau jati diri atau sekadar mahu bersantai, berehat dengan keluarga sambil mendekatkan diri dengan alam semulajadi. 

A: Akademi ESPEK, Kampung Ulu Slim, 35800 Slim River, Perak
T: +6 03 4270 4021
W: www.espek.com.my
GPS: 3.895579, 101.499485

Amacam? Cool gila, kan? Tahun ni pun Tahun Melawat Perak. Jadi bolehlah mula packing barang dan mengembaralah!

Entri ini terhasil dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak melalui Gaya Travel Magazine.

RELATED POSTS

54 komen

  1. Balasan
    1. kann.. unik pengalaman ni! bolehlah cuba kalau ke sini!

      Padam
  2. lah datang Tanjung Malim tak roger Yanie pun hihi.. Yanie ada di Tanjung Malim.. hihi

    BalasPadam
  3. banyak rupanya tempat menarik dekat tanjung malim...menarik! IQ pernah pergi white water rafting tu 5 tahun lepas dengan budak2 U dulu. program kelab. memang best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya! Dan rata-rata memang difokuskan untuk belia dan sekeluarga. Memang seronok. :)

      Padam
  4. Rindunya tanjong malim. Dah banyak benda best2 sekarang. Time ktorg study kt sna dlu takde lagi smua ni.hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Itulah. Singgahlah ke Tanjong Malim balik dan experience sendiri tarikan2 baru ni. ;)

      Padam
  5. okay nak pergi Tanjung Malim street art tu. thanks for sharing adik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. inilah masanya nak posing sakan, kan? haha

      Padam
  6. Tak sangka banyak plak aktiviti yang boleh dilakukan kan Tanjong Malim. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  7. Padat betul info! Tapi akak nak Pau lainnnn. Hahahaha. Well welcome to Tanjong Malim. Pernah jadi kampung akak dulu. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. pau apa kakkk.. haha. kampung akak? wahh.. beruntung!

      Padam
  8. Bestnyaaaaa hasif! Macam tak pernah ke Tanjung Malim lagi sebenarnya. Masuk dalam wishlist la gini. Keep it up hasif. Teruskan senarai tempat2 menarik dalam Malaysia pwishhhhhhh... senang nak rujuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann! Saya suka aktiviti lasak kat sini. Boleh plan kita pergi ramai2! Insya-Allah, akan teruskan. Thank you, kak!

      Padam
  9. Banyak rupanya yang menarik dekat Tg Malim... Kita orang sana pun xhabis lawat semua tempat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Itulah. Saya pun tahu melalui trip yang awesome ni!

      Padam
  10. Thanks for sharing. Banyak rupanya tempat2 menarik kat tanjong malim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No problem! Hihi. Nanti jangan lupa singgah!

      Padam
  11. Tak tahu banyak tmpat menarik kat sana..tq atas perkongsian. Next time leh terjah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Terjah jangan tak terjah. Haha.. Sama-sama...

      Padam
  12. Wahhhh good info. panjang story bestnya p sane. xpenah smpai sane lg. mcm nk g jugak sesekali.

    BalasPadam
  13. Byk rupanya benda best kt tanjung malim ni..xpernah discover pon..hihi

    BalasPadam
  14. Tak habis jelajah tg malim lagi..baru sampai pekan dia je..huhu..kesian akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha takpe.. haa 2017 Tahun Melawat Perak. Jom jalan-jalan!

      Padam
  15. Tanjung malim pun dah ade street art. Nak kene pergi ni. Last year pergi street art hunt satu malaysia dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah!! Syoknya street art hunt! Kalau macam tu, Street Art kat Tanjong Malim pun tak boleh miss!

      Padam
  16. wah tak sangka banyak juga aktiviti menarik kat tanjong maim. 3 tahun belajar sana tak pernah nampak lagi tempat yg menarik macam ni. rasa kena terjah juga ni. Macam mana boleh tersorok tempat cantik macam ni? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Lepas ni bolehlah ke Tanjong Malim untuk travel pulak! 😉

      Padam
  17. x sangka ada banyak aktiviti menarik di Tangjung Malim. Selalunya pandu lepas je..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau macam tu bolehlah singgah lain kali. Seronok tau! 😁

      Padam
  18. Tak pernah datang sini. Nanti boleh la datang Tanjung malim ni

    BalasPadam
  19. seronoknya budak2 muda sekarang ni kan..macam2 aktiviti ada ...kaak lina tak sempat merasa aktiviti2 macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lagi kak. Tak semestinya muda di usia, yang lagi penting muda di jiwa gitu. Haha. 😅😃

      Padam
  20. Tak pernah tahu tanjung malim ada tempat tempat best macam ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Saya sendiri pun tau lepas join trip ni. Jadi nanti bercutilah ke Tanjong Malim ya!

      Padam
  21. Tu dia, macam-macam ada di Tanjung Malim. Bestnya kalau dapat pi weekeng getaway kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Sesuai sangat! Bawak member-member lagi syok!

      Padam
  22. selalu pergi tanjung malim sebab hantar adik masuk upsi je.hihi.menarik sarang art hub dengan street art tu! tunggu adik habis cuti sem nanti nak pergi singgahla.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kena2! Alang-alang dah sampai tu kan! Hehe...

      Padam
  23. Wow macam best jer, i like Sarang Art Hub.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk yang berjiwa seni mahupun sekadar bersantai, memang syok kat sini! Lagipun tempatnya pun sangat Instagram-worthy!

      Padam
  24. Tak tau langsung pasal Tanjung Malim ni selama ni. Great sharing! Takleh pandang sebelah mata je lain kali kalau mai sini. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... No problem. Nanti kalau ke Tanjong Malim bolehlah cuba dan singgah tarikan-tarikan ni ya!

      Padam
  25. Lama tak buat flying fox, rindu pula! Macam macam dah aktiviti ada dekat seluruh Malaysia ni, kena start round Malaysia balik nampak gayanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Jom nanti kita jelajah. Saya pun suka jugak sukan lasak! hehe

      Padam
  26. Argh, aku suka sejarah! Tempat macam UPSI dan muzium tu menariklah buatku.

    Makasih sudah share, Hasyim.

    BalasPadam
  27. Wahhhh menarik ni. rupanya banyak tempat menarik dekat Tanjung Malim ye. Good info for sharing.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.