Pengalaman Menginap di Sipadan-Kapalai Dive Resort
Resort atas darat macam dah biasa. Atas laut? Luar biasa!
Dah lama sebenarnya aku mengidam nak duduk ke resort yang satu ni. Iyalah, selalu aku baca reviu yang bagus-bagus dan tengok gambar yang memang cun. Jadi bila dapat peluang ke sini, macam mimpi jadi realiti! Jadi kalau korang belum pernah dengar tentang resort eksklusif yang satu ni, bersiap sedialah untuk menjadi macam aku dulu. Haha.
Sipadan-Kapalai Dive Resort terletak beberapa minit je dari Pulau Mabul dan Pulau Sipadan dan sejam dari jeti Semporna. Ia berdiri di atas Lautan Celebes yang terkenal dengan 'syurga' dunia di bawah laut antara yang terbaik di dunia dan dikelilingi pulau-pulau yang bukan calang-calang kecantikannya.
Kalau dengar orang sebut Pulau Kapalai sebenarnya merujuk ke resort ini juga. Ia dibina di tebing pasir cetek di Ligitan Reefs. Di sinilah yang menjadi lokasi banyak ikan dan hidupan laut lain yang eksotik 'bermain'!
Nah, tiga perenggan atas ini saja dah jadi sebab kukuh kenapa aku sangat jatuh cinta dengan resort ni.
Ada 59 bilik yang ada di eco-resort ni. |
Sebenarnya untuk tiga orang tapi boleh tambah katil. |
Bilik aku terletak sebelah hujung sikit. Memang mula-mula dapat macam kecewa jugak. Iyalah, jauh nak berjalan dari restoran dan resepsionis. Sampailah beberapa pekerja yang bantu aku untuk cari bilik kata, aku beruntung sebab bilik akulah yang selalu penyu lalu-lalang. Terus aku jadi happy dan bersyukur yang amat. Haha.
Yup, korang tak salah baca! Memandangkan memang setiap bilik didirikan di atas laut, hidupan laut bebas berenang. Tak mustahil, sambil korang tidur tu pun penyu akan lalu bawah bilik korang tau. Bayangkanlah!
Bilik aku berkongsi seramai 4 orang. Tapi sebab biliknya memang luas, memang rasa selesa sangat. Ada private balcony yang memang cun sangat nak sunbathing sambil menikmati keindahan alam yang tak ternilai kat sini. Waktu matahari terbenam pun memang sangat cantik, okey!
![]() |
Pengalaman melihat matahari terbenam yang lain daripada yang lain! |
![]() |
Serius, penyu boleh jumpa merata! |
Tandas dia pun luas. Sama ada nak mandi shower atau berendam dalam bath tub, dua-duanya selesa. Tersedia siap dengan bath amenities yang lengkap. Bath tub tu pulak terletak sebelah tingkap yang kalau korang bukak, akan terus nampak lautan membiru. Kalau nasib baik, entah-entah sambil berendam tu pun penyu akan sapa tepi tingkap. Eh kejap. Apa pasal seram pulak ayat kias aku ni. Haha.
Salah satu sudut ruang tandas dengan tab mandi. |
![]() |
Bath amenities yang disediakan. |
Yang penting, cerita dia, aku cukup puas hati dengan bilik aku.
Mentang-mentang resort betul-betul atas laut, tak boleh sesuka hati terjun weh! Ada beberapa checkpoint yang disediakan untuk snorkelling dan diving. Kelengkapan semuanya boleh disewa. Kenapa tak boleh sesuka hati terjun? Sebab ada kawasan yang menjadi 'rumah' hidupan laut yang berbahaya. Sebab tu perlukan pengawasan daripada pihak resort sendiri.
RESTORAN
![]() |
Memang luar biasa menjamah makanan sambil menikmati pemandangan tak ternilai macam ni. |
Dekat sini pakejnya full board meals. Nak lebih jelas, ini jadual makannya.
- Sarapan: 6.30 pagi - 8.30 pagi
- Makan Tengah Hari: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
- Minum Petang: 3.00 petang - 5.00 petang.
- Makan Malam: 7.00 malam - 9.00 malam
Snek, minuman kordial, kopi dan teh: 6.30 pagi - 11.00 malam
Dalam erti kata lain, tak timbul isu lapar pun kat sini. Makanan diorang semua boleh tahan sedap dan yang lagi best, banyak pilihan. Kalau balik snorkelling atau diving, memang puas menjamah menu diorang. Atau kalau rasa mahu makan di bilik pun boleh terus order dan nanti akan dimasukkan dalam bil. Senang!
Dan makan di sini, baik siang atau malam memang antara pengalaman kulinari yang takkan aku lupakan. Waktu aku menaip ni pun aku asyik terbayang betapa 'syurga'nya melepak di kawasan sekitar restoran ni. Air dia membiru, serius tak tipu. Sambil makan memang boleh kesan penyu yang merata.
Kalau kurang jelas atau kau fikirkan batu, tengok lama-lama. Kalau 'batu' tu bergerak, memang sah penyu.
Dan aku masih ingat, sambil aku makan, adalah dalam lima ke enam kali penyu muncul di permukaan air ambil udara agaknya. Awesome!
![]() |
Restoran dari jauh. |
![]() |
Sebenarnya restoran ni yang korang akan mula-mula nampak bila sampai ke resort ni. |
![]() |
Sekadar jalan-jalan mengambil angin di sini cukup mendamaikan. |
Di sini tak terhad dengan berjalan atas papan kayu semata-mata sebab ada satu kawasan tebing cetek yang merupakan pulau buatan dan ia memang cantik! Dengan air jernih dan pemandangan saujana membiru, berjalan di gigi air pun terasa cukup perfek untuk menenangkan fikiran.
Aku sukakan suasana matahari terbenam di sini. Angin lautnya sepoi-sepoi sahaja dan aku rasa jalan sorang-sorang pun tak ada masalah - terasa cukup sempurna dengan ditemani suasana begini.
Kalau korang datang atas tujuan berbulan madu, ada satu kawasan yang memang cukup sempurna untuk candle light dinner. Pergh, romantiknya!
![]() |
Panorama yang cukup mengasyikkan. |
![]() |
Tak perlu apa-apa filter dah untuk sekeping gambar yang cantik. |
![]() |
Di sinilah yang aku maksudkan sangat sesuai buat candle light dinner! |
![]() |
Lagi gambar yang aku sempat tangkap. Rindunya! |
![]() |
Ke mana-mana korang jalan pun, mesti akan ada spot yang cukup cun nak bergambar! |
KESELAMATAN
![]() |
Cantik, kan? Pondok tu sebenarnya pondok kawalan polis marin. |
Sebagaimana korang, aku turut mementingkan keselamatan kalau bercuti. Tapi, aku sedar yang bahaya memang ada di mana-mana. Dan memandangkan resort ini pun berada di kawasan yang agak 'panas', aku yakin mesti korang terdetik, 'selamatkah bercuti di sini?'.
Selepas peristiwa yang menggemparkan negara tak lama dulu, pengawalan di Perairan Sabah sudah semakin diperketat. Pasukan Keselamatan Negara, ESSCOM (Eastern Sabah Security Command), Badan Pelancongan di Sabah dan pihak resort ni sendiri dah bekerjasama erat bagi menjamin keselamatan bukan setakat perairan bahkan pelancong di sini.
Yup, di resort ni sendiri ada pasukan keselamatan dan polis marin yang berjaga, Kira-kira 50 orang jumlahnya. Dan ada port diorang sendiri di setiap penjuru resort tau. Bergilir-gilir, mereka menjaga resort 24 jam okey! Terserempak dengan abang-abang pejuang dalam uniform mereka ni perkara biasa dan bila bertemu dengan pelancong, mereka ramah je.
LAIN-LAIN INFO
![]() |
Nak bersantai sambil baca pun cukup layan... |
Aku tau masalah korang kalau nak bercuti yang paling kritikal mesti Internet. Kat sini, di tengah-tengah laut tau jadi line internet Wi-Fi sejujurnya tak berapa kuat. Aku selalunya ke area restoran sebab kat sini kuat jugak. Sempat buat Facebook LIVE lagi kot. Haha. Nak tonton video LIVE tu? KLIK SINI atau SINI.
Satu yang aku cukup kagum, diorang betul-betul mengaplikasikan konsep sebuah eco-resort. Di sini, air yang korang guna dari basuh tangan sampailah ke mandi dalam bilik, semuanya ialah air bersih - bukannya air laut.
Tak cukup dengan tu, tak ada sisa buangan yang dibuang ke dalam laut. Jadi tak hairanlah hidupan laut pun memang tak terganggu bahkan bahagia dekat kawasan ni.
PENERBANGAN KE TAWAU (TWU)
- Malaysia Airlines: 14 kali seminggu untuk Kuala Lumpur (KUL) ke Tawau (TWU)
- AirAsia: 28 kali seminggu untuk KUL ke TWU. 4 kali seminggu untuk Johor Bahru (JHB) ke TWU bermula 28 April 2017
MAKLUMAT SIPADAN-KAPALAI DIVE RESORT
Alamat:
Pulau Sipadan Resort and Tours Sdn Bhd,
484 Bandar Sabindo,
PO Box No 61120, 91021 Tawau,
Sabah, East Malaysia.
Nombor Telefon:
(6089) 765 200
Website:
E-mel:
![]() |
Pintu masuk utama ke Sipadan-Kapalai Dive Resort. |
Baca lagi pengalaman aku meneroka Sabah! KLIK SINI.
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Sabah Tourism Board dan Gaya Travel Magazine. Terima kasih!
45 komen
Seronoknya. InshaAllah ada rezeki nak datang bercuti di sini.
BalasPadamAminn! Boleh cuba datang ke sini. Sangat best!
Padampergh bestnya!! tengok gambar pun dah boleh rasa nyaman. Berapa harga satu malam??
BalasPadamhttps://narutopixel.blogspot.my
Hihi.. Sejujurnya agak mahal sikit. Tapi untuk pengalaman memang berbaloi. Sebaiknya tanya terus dengan pihak resort. ;)
PadamMenariknya keindahan alam kat sini ..
BalasPadamIya. Memang cantik sangat! :D
PadamMenarik 💕
BalasPadamYa. Lain daripada yang lain! 😉
PadamBooking melalui website ke?
BalasPadamMelalui website boleh atau terus telefon mereka pun boleh.
PadamAlahai bestnya bercuti dekat resort atas laut ni.. leh tengok penyu lagi.. huhu.. kalau TB pun mesti rasa nak lama2 kat resort tu.. pemandangannya cantik sangat2.. semua dalam gambar diatas betul2 buat TB simpan angan2 nak ke sana suatu hari nanti.. insyaAllah
BalasPadamInsyaAllah... Moga2 TB pun akan sampai ke sini dengan keluarga tercinta ya. :)
PadamSubhanallah Hasif...cantiknya la plak pemandangan...mesti bercuti kat sini pakejnya mahal kan? Tp sesekali cuti mahal2 sure berbaloi dengan panorama yang sangat cantik ni...
BalasPadamSejujurnya memang mahal sis. Tapi memang berbaloi dengan pengalaman luar biasa yang ditawarkan. InsyaAllah tak rugi. :)
PadamCiptaan Allah semuanya Indah . Bila la diri ini nak sampai di sabah , Tengok gambar sahaja pun dah tergamam tengok indahnya Pulau Sipadan ini . InshaaAllah , ada rezeki satu hari nanti boleh datang situ .
BalasPadamMemang pengalaman luar biasa! Saya sendiri pun harap dapatlah sampai ke sini lagi nanti. Rasa rindu dan tak puas. Hihi..
Padamcun giler pemandangan kat sini..sambil makan, timbul penyu tu yang sangat indah..rasa hari ni gak nak ke sana
BalasPadamitu memang pengalaman cukup berharga yang susah gila nak jumpa kat mana-mana resort lain di Malaysia. Mesti cuba!
PadamDah tak perlu pergi bercuti ke luar negara , dalam malaysia pun ada tempat- tempat menarik , sekali tengok dah macam kat luar negara. Resort cantik pemandangan pun cantik sangat . Tenangkan diri kat sini bestnya
BalasPadamBetul tu. Sebenarnya Malaysia sendiri ada banyak kekuatan produk pelancongan. Sekali-sekala, melanconglah dalam negara! :D
Padamkapalai nie memang cantik sampai sekarang memang cantik dan terjaga. koleksi gambar2 di semporna saya di sana masih di beli orang.
BalasPadamWah... Rezeki tu bang. Memang sangat fotogenik kepulauan kat Sabah ni.
PadamMasyaAllah cantiknya pemandangan dekat resort ni. Air laut jernih siap boleh nampak penyu bawah tu. Kalau dekat semenanjung memang xde nampak cam ni. Bilik resort pun nampak mewah dan selesa sangat. Jeles dah ni. Rasa macam nak book flight g sana je sekarang ni. Kena stay lama sikit baru rasa puas kan.
BalasPadamya, stay lama sikit baru puas la. Walaupun mahal, semestinya berbaloi dengan apa yang kita dapat! :)
PadamYa Allah cantiknya permandangan di sana.. Tak sangka di malaysia ini ada resort yang sangat cantik.. Nanti kalau peluang g melancong sabah boleh pergi ni..
BalasPadamInsyaAllah, mudah-mudahan. Seronok sebenarnya bercuti ke sini. Laidback dan therapeutic!
Padamaduhhh cantiknya. teringin nak pergi weh
BalasPadamInsyaAllah... suatu hari pergilah. :)
PadamWahh bestnya berpeluang bercuti di sana. Dah lama bercita-cita nak ke sana tapi masih belum berkesempatan. Baca blog hasif terus rasa nak pi..
BalasPadamInsyaAllah.. mudah-mudahan sampailah ke sini! :D
PadamCantiknyaaa, nama je orang sabah tapi tak pernah lagi sampai sini hahaha. InsyaALLAH maybe next time.
BalasPadamyanmieonline.com
Ahahaha. Selalu macam tulah juga. Saya pun masih belum habis teroka negeri saya sendiri. hihi
PadamCantiknua tempat ni. Teringin nak pergi jugak. Hasif yang makanan snek teh semue tu harga additional ke?
BalasPadamTaklah. Tu dikira sekali. Hihi. Memang sangat cantik! Pengalaman yang harus dicuba walau sekali seumur hidup!
Padamwow cantiknya!! i want to go sipadan too! will consider to stay here too!
BalasPadamYes, you should. There are a few more resorts but so far, I heard this is one of the best. :D
Padamcantiknya view.. tak sangka pemandangan cantik ni ada di Malaysia.. rindu pula nak pergi Sabah.. teringin nak pergi sini, hari itu sempat ke Kota Kinabalu je.. semalam dekat resort itu berapa rm ya?
BalasPadamYa, memang cukup cantik pemandangannya. Setiap kali teringat teraasa macam baru semalam je pergi. Harganya memang agak mahal. Boleh check melalui hotel ni sendiri sebab harganya mungkin boleh berubah.
PadamCantiknya lahai..teringin nak pergi sini.. bila la ada rezeki tu kan? Mahal jugak kan ni?
BalasPadamYa, sejujurnya memang mahal tapi kira sepadanlah dengan servis yang mereka berikan. Memang pengalaman cukup berharga!
PadamSipadan is a must place to visit. Well known for their beach and is good place for snorkeling.
BalasPadamberapa harga semalam di kapalai resort ni?
BalasPadamAmen....memang terbaik pulau kapalai....mybe selepas menamatkan perkhimatan sebagai unit beruniform (bersara) tidak lama lagi.. saya membawa keluarga saya ke pulau kepalai sekiranya tiada halangan.
BalasPadamberapa harga pakej percutian di pulau kapalai?
BalasPadamSalam Hasif, nak tanya ada contact untuk resort ini tak?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.