Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Snorkeling di Pulau Rubiah, Aceh

6:32:00 PTG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : , , , , ,

Tak perlu pergi tengah laut, berenang di tepian pantai pun boleh nampak ikan berwarna-warni, bukan satu dua tapi banyak gila! Karang yang ada pun tak kurang cantik, malah ada yang unik lagi. Ini semestinya highlight yang paling aku suka dalam trip ke Aceh, Indonesia baru-baru ni.

Dah lama juga aku mengidam nak melihat dunia bawah laut di Aceh ni. Iyalah, pulau-pulau macam Pulau Rubiah dan Pulau Weh memang disebut-sebut sebagai antara lokasi diving dan snorkeling yang tercantik di dunia! Bila dah dapat sendiri peluang tu, ternyata, ia sememangnya layak mendapat gelaran itu.

Sebelum snorkeling, kami makan tengah hari di Sabang, Iboih. Sepanjang trip ni, soal makan memang tak pernah mengecewakan. Sedap!

Sambil-sambil tu, kami jalan-jalan di sekitar pantainya. Memang cantik. Tapi apa yang membuatkan aku takjub ialah airnya yang jernih. Sangat jernih! Berjalan di tepian pantai ni je pun dah buat hati meronta-ronta tak sabar nak tunggu aktiviti snorkeling yang dah dijadualkan.

Selepas makan, kami solat di masjid berdekatan dan terus ke pondok untuk mendapatkan kelengkapan snorkeling. Setel semuanya, kami terus ke jeti untuk bertolak.

Apa yang special, bot kami bukan bot biasa. Glass-bottom boat! Bot berlantai kaca istimewa ni cukup memberikan pengalaman unik buat aku sebab hanya dari atas bot, aku boleh nampak ikan-ikan yang cantik. Yang lagi buat aku tak henti teruja ialah pemandangan cukup luar biasa batu karang yang jarang boleh didapati di tempat lain - karang batik!
Beginilah glass-bottom boat!
Beginilah rupa karang batik yang cukup memukau!
Serius tak tipu, melihat dasar laut sekitar Pulau Weh dan Pulau Rubiah melalui glass-bottom boat ni macam teaser yang sengaja menambahkan keterujaan aku untuk aktiviti seterusnya.

Kami turun ke Pulau Rubiah dan dalam perjalanan ke spot snorkeling, kami sempat singgah ke makam Rubiah. Nama pulau ini dikatakan diambil daripada nama wanita ini. Mengikut legenda, wanita ini dikatakan ditinggalkan suami selepas ingkar arahan untuk memotong kuku.
Makam Rubiah, asal nama pulau ini.
Sampai saja di lokasi snorkeling, kami diberi penerangan terlebih dahulu tentang tatacara pemakaian dan penggunaan kelengkapan snorkeling termasuk tindakan ketika kecemasan. Walaupun ada antara kami yang agak bimbang kerana pertama kali snorkeling, masing-masing jelas teruja!

Aku dah beberapa kali snorkeling juga, tapi aku rasa memang lain snorkeling di sini. Tak perlu berenang jauh atau dibawa ke tengah lautan, berdekatan pantai pun dah boleh nampak banyak jenis ikan yang beraneka warna, saiz dan bentuk. Banyak pulak tu. Sampaikan waktu aku berenang, terasa macam tengah turut serta dalam konvoi ikan-ikan ni. Haha.

Paling aku tak boleh lupakan ialah bilamana guide bawak aku turun lebih dalam sambil berpaut pada karang yang dijamin selamat untuk dipegang. Ia lebih kepada peluang untuk merakamkan gambar sebenarnya. Tapi sejujurnya, seminit dua itu buat aku terpana dengan panorama luar biasa di sekitar kawasan ini. Cukup buat kita terasa betapa indahnya ciptaan Dia.
Ayuh mulakan misi mencari!
Nampal tak jernihnya air dia!
Antara ikan unik yang dapat aku tangkap dengan GoPro aku.
Batu karang dengan banyaknya ikan!
Seronok gila berenang dengan kawanan ikan!
Feeding time!
Pengalaman yang tak mungkin aku boleh lupakan!
Kepuasan yang memang tak tergambar dah!
Pengalaman snorkeling di sini sememangnya tak mungkin dapat aku lupakan. Kalau ada lain peluang, teringin rasanya diving di sini pulak. Haha.

Tak percaya dengan apa yang aku katakan dan gambar yang aku tunjukkan? Ha, tengok pulak video pendek ni! 
Ikuti itinerary penuh trip saya ke Aceh! KLIK SINI.

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur dalam FAM Trip ke Aceh, Indonesia. Terima kasih!

RELATED POSTS

40 komen

  1. Nama pulau pun dah unik Pulau Rubiah hehehe cantik airnya jernih sangat dan banyak karang best nya kalau dapat pergi sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann! insyaAllah, ada rezeki kena datang, bang!

      Padam
  2. Aduh, cantiknya view dan air kat sini. Untung dapat pergi snorkeling kat tempat cantik mcam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Tak sangka juga kecantikan dia memang bukan omong kosong!

      Padam
  3. great place to go, love the pics. I no go before here and wanna try snokerling too

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Hope you'll come here someday and enjoy the beauty for yourself!

      Padam
  4. Allahuakhbar cantiknya ciptaan Yang Maha Besar....akak suka sgt nature macam ni. Jernih sgt airnya....mana tau satu hari nt akan jejak disini. Nice sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Amin! Singgah jangan tak singgah! ;)

      Padam
  5. Subhanallah... Cantik sangat. Air jernih.

    BalasPadam
  6. cantik dia punya glass boat tu, pandai diorang buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah. kalau yang takut nak menyelam boleh bersenang saja atas bot dan lihat dari atas tu je. hihi

      Padam
  7. Cantiknya tempay ni. Tepian pantai je dh blh nampak ikan warna warni paling menarik. Haishhh bila la sy blh pergi ke sne.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... ada masanya nanti tu! Aminn...

      Padam
  8. Tak pernah lagi ke Aceh. Mmg ada perancangan nak ke sana. Nanti bolehlah gi sini kalau ke sana..:)

    BalasPadam
  9. Cantiknya.... Dah lama tak pergi pantai. Boleh masuk dalam list ni..

    BalasPadam
  10. Cantiknya air laut tuh..kalau la aku pandai snorkling mst best lalalala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa, tak perlu pandai ke tak untuk snorkeling. Haha. Dengan adanya safety jacket insyaAllah selamat. Diving itu cerita lain. :D

      Padam
  11. Xpernah lagi snorkeling. Boleh ni try try g aceh kebetulan ada kawan dri sana, boleh try gi sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah bestnya ada kawan di sana! lagi senang nak teroka Aceh! :D

      Padam
  12. Dah lama xsnorkeling.

    Nak tanya, amik gambar under water guna kamera apa ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Snorkeling memang favourite saya bang. Kalau ada diving lesen ni lagilah. haha. Saya guna GoPro.

      Padam
  13. Best kan dunia bawah laut - I could dive for hours in one diving session hehe

    BalasPadam
  14. Bestnya mkn angin, snorkling lg..sis betenang pun xpandai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Snorkeling insyaAllag selamat sis, walaupun tak pandai berenang. Sebab ada jaket keselamatan. hihi. Cubalah nanti. Dekat sini yang lagi best, dekat dengan pantai je pun boleh jumpa dan ikan cantik-cantik. :)

      Padam
  15. Cantiknya gambar gambar! Rindu pulak lama tak pegi snorkeling

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you! Hehe.. Nanti bolehlah cuba datang ke sini! ;)

      Padam
  16. Ya Allah cantiknya tempat ni..boleh masuk dalam travel list ni..tak sabar lak rasa nak jejak kaki ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya! Kena masuk dalam bucket list! Sangat berbaloi! :)

      Padam
  17. Menangis bersyukur tengok gambar Hasif ni. Indahnya dunia dasar laut. Bilalah dapat pergi lagi. Nak kena beli kamera best skit. Hehehehe. Nak ambil gambar ikan cantik-cantik. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dunia bawah laut sini cukup cantik kak. Gambar pun tak perlu susah-susah edit banyak. Action cam sangat sesuai kak. :)

      Padam
  18. salam,

    menarik sgt tempat ni. cume nk tnye kalau pg pulau rubiah/ sabang ni kene pakai agent or blh pg sendiri?

    pulau rubiah tu sendiri ade accommodation ke?

    thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam... Boleh je pergi sendiri. Pakai agen pun boleh.

      Ada penginapan di Pulau Rubiah tapi tak sure apa namanya. Tapi boleh je menginap di Sabang/Pulau Weh. Situ banyak chalet dan resort dan jaraknya pun tak jauh ke Pulau Rubiah.

      Welcome. :)

      Padam
  19. Balasan
    1. Saya punya guna GoPro. Ada satu lagi kamera guide tu. Tak sure jenamanya. hihi

      Padam

Tinggalkan komen di sini.