Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Mengagumi Wajah Baru Masjid Tercantik di Indonesia - Masjid Raya Baiturrahman

9:15:00 PTG Hasif Hamsyari 20 Comments Category : , , ,

Kalau melancong ke Aceh, tak akan lengkap kalau tak singgah ke Masjid Raya Baiturrahman. Selepas renovasinya siap 13 Mei lalu, masjid ini kini jauh lebih indah dan menakjubkan apatah lagi ia kini menyerupai Masjid Nabawi di Madinah!

Sebab tu aku bersyukur dan rasa cukup beruntung. Dalam trip ke Aceh yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah baru-baru ni, aku sempat singgah dan bersolat di sini.

Sejauh pembacaan aku dan keterangan yang diberikan guide aku, Masjid Raya Baiturrahman ternyata bukan sembarangan masjid. Sejak dibina pada 1612, masjid ni dah menjadi saksi kepada banyak peristiwa bersejarah, dari peperangan sampailah ke bencana tsunami. Tapi masjid ini masih berdiri kukuh sampai ke hari ini.

Sedikit sejarah ringkas, masjid ini awalnya dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Masjid ini pernah menjadi markas untuk perbincangan taktik dan strategi perang dan benteng pertahanan orang Aceh. Pada 1873, masjid ini pernah dibakar oleh Kerajaan Belanda yang menyerang Kesultanan Aceh. Semestinya orang Aceh bertambah marah dan semangat juang jihad dinyalakan oleh salah seorang tokoh srikandi kebanggaan Indonesia, Cut Nyak Dhien bagi memerangi penjajah habis-habisan.

Dalam strategi untuk meraih perhatian dan meredakan kemarahan luar biasa masyarakat Aceh, Kerajaan Belanda membina semula masjid ini. Ia berlaku pada zaman Sultan Muhammad Daud Syah Johan Berdaulat yang merupakan sultan Aceh terakhir.

Memandangkan ia dibina semula oleh orang Belanda, masyarakat Aceh pada awalnya sukar menerima namun perlahan-lahan, masjid itu mula dibesarkan dan digunakan sehinggalah ia kini menjadi pusat kegiatan masyarakat Aceh.

Dalam tragedi tsunami 26 Disember 2004, masjid ini kekal berdiri ketika mana bangunan di sekitarnya runtuh menyembah bumi. Ia turut menjadi benteng perlindungan orang Aceh selain tempat evakuasi mangsa yang terkorban.

Pergh, sekarang korang boleh bayangkan betapa bersejarahnya masjid ni. Tak hairanlah yang ia kini bukan sekadar rumah ibadah bahkan simbol yang cukup ikonik kepada sejarah, budaya dan semangat orang Aceh.

Hari ini, Masjid Raya Baiturrahman memang cukup luar biasa. Renovasi yang menelan belanja sekitar Rp 458 bilion (kira-kira RM1.47 juta) ini benar-benar menonjolkan karisma dan kemegahan tersendiri bagi masjid istimewa ini.
Wajah baru yang pastinya menjadi satu lokasi wajib bagi pelancong yang datang ke Aceh.
Inilah payung elektrik yang menjadi nilai tambah kepada keunikannya yang mirip Masjid Nabawi.
Rupa dari bawah khemah yang luas terbuka.
Antara bahagian masjid yang cukup mempamerkan nilai seni yang cantik.
Salah satu pintu masjid.
Renovasi paling terkesan dan yang paling memukau semestinya 12 unit payung elektrik dengan ukuran 24x24 meter yang menjadikan pekarangan masjid ini persis Masjid Nabawi. Percaya atau tak, kadar tampungan jemaah masjid ini dah meningkat hampir dua kali ganda (dari 9 ribu ke lebih 24 ribu jemaah) dalam satu-satu masa!

Pekarangan yang sebelumnya ialah hamparan rumput kini diganti menjadi lantai marmar. 33 pokok kurma dan satu pokok geulumpang juga ditanam di halaman masjid.

Keindahan yang sebelumnya dikekalkan macam pancuran air dengan gaya Kesultanan Turki Uthmani memang cukup mempesonakan.

Bercerita soal dalaman masjid berkubah tujuh ini pula, memang tak kurang cantiknya. Memukau dengan seni bina Kesultanan Aceh yang dipertahankan.
Ruang solat utama yang cukup selesa.
Seni bina Kesultanan Aceh masih dikekalkan di dalam masjid ini.
Bahagian dalamnya sahaja boleh memuatkan 9 ribu orang dalam satu-satu masa.
Untuk ke sini, setiap pengunjung dimestikan menutup aurat. Perempuan pula tidak dibenarkan berseluar jeans. Ada jubah disediakan sekiranya mahu masuk ke masjid ini.

Sejenak berada di sini membuatkan aku tak henti-henti merasa kagum. Ada satu semangat yang cukup menebal memperingatkan segala sejarah yang tersaksi oleh masjid ini. Lebih daripada itu, keindahannya yang luar biasa pastinya satu panorama yang sukar dilupakan sesiapa yang menziarah ke sini.

Suka aku membaca ayat yang dilontarkan Wakil Presiden Indonesia, Jusuf Kalla tentang wajah baru masjid ini. Eloklah aku rasa sebagai penutup entri aku kali ini.
"Masjid Raya Baiturrahman di Serambi Mekah dengan gaya Madinah (Masjid Nabawi). Jadi lengkap." Jusuf Kalla, Wakil Presiden Indonesia.
Kemegahan Aceh yang cukup memukau.
Ikuti itinerary penuh trip saya ke Aceh! KLIK SINI.

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur. Terima kasih!

RELATED POSTS

20 komen

  1. Ya Allah kagum aku dengan keindahan seni bina Islam memang sangat cantik. Tapi harap cantik dan makin meriah dengan orang yang datang solat jangan sekadar cantik jer kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. saya pun tergamam jugak dengan keindahannya. InsyaAllah, Aceh terkenal dengan masyarakat yang kuat pegangan agamanya. Masjid ni memang tempat tumpu di sana. :)

      Padam
  2. Ya Allah..cantiknya.Tenang je mata memandang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Lain macam rasa dia bila sampai sini. Menenangkan...

      Padam
  3. CCL yang tengok gambar masjid ni pun terpegun dengan kecantikkkan seni bina dia ,apatah lagi HH yang berpeluang jejak kaki kat masjid ni lagi rasa terpegun kan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tergamam sebab cantik sangat! Lepas tu bila dengar sejarah masjid antara yang tertua di Indonesia ni pun semakin kagum. :)

      Padam
  4. cantik gambar2...masjid ni pun cantik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Gambar cantik sebab masjid ni memang cantik! Hihi. Thank you, bang! :D

      Padam
  5. Ya Allah cantiknya... Tak sangka secantik ni, terasa macam nak ke Aceh pulak lepas ni...

    BalasPadam
  6. Subhanallah.. mmg cantik.. lantai pun berkilat sampai nampak refleks bangunan dan org yg berdiri.. nice sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Untuk photo traveller pun cukup sesuai jadikan masjid ni sebagai subjek. :D

      Padam
  7. nice photos here, Indonesia long time no go. I went with parents years back, yeah more than 15 years back.

    BalasPadam
  8. SubhanaAllah - cantiknya masjid ini. Beruntungnya awak dapat melawat ke sana.

    BalasPadam
  9. Subahannallah cantiknyaaa, boleh masuk list travel nanti ni. Tq share entry ni ;)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  10. Menarik masjidnya... Sampai sekarang masih belum jejaki Aceh.

    BalasPadam

Comment