Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Menikmati 'Switzerland of the East' di Menara Tinjau Tambunan

2:42:00 PTG Hasif Hamsyari 32 Comments Category : , , , ,


Tambunan di Sabah terkenal dengan jolokan Switzerland Timur (Switzerland of the East). Dengan kekayaan alam semulajadi yang mengagumkan, suasana yang harmoni dan damai memang gelaran itu tampak cukup sinonim dengan Tambunan. Tapi tahukah korang ada satu tarikan terbaru di Tambunan yang membolehkan korang menikmati bandar yang cukup sederhana ni dengan pandangan 360 darjah?

Dalam lawatan aku ke Keningau, aku sempat singgah sebentar ke Tambunan dan antara tarikan yang sempat aku singgah ialah Menara Tinjau Tambunan. 'Menara Tinjau' dalam bahasa masyarakat Dusun di sini disebut 'Sinurambi'.

Menara yang dibina dengan kos RM500 ribu untuk Fasa 1 dan Fasa 2 ni dirasmikan awal Januari 2017 sebagai satu simbolik memandangkan tahun 2017 ialah Tahun Melawat Tambunan. Idea penubuhannya pula diilhamkan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Menara ni mula dibangunkan pada 2015. Menariknya, konsep menara ini adalah berdasarkan 'wakid' atau 'sigar' sebagai bumbung menara (fasa 2). Warna yang dipilih macam hijau, kuning, emas dan coklat pulak membayangkan warna buluh yang terkenal dengan Tambunan.

Mahu lihat rupa menara ini? KLIK SINI.
Bila dah sampai sini, haruslah rakamkan kenangan!
Bawalah kawan-kawan sekali. Memang enjoy!
Siapalah tak terpukau dengan suasana cukup segar dan cantik ni!
Posing harus!
Terletak 877 meter daripada aras laut, menara ini walau bagaimanapun berketinggian kira-kira 45 kaki. Ada tiga tahap ketinggian dek yang disediakan sebagai satu alternatif buat pengunjung yang takutkan ketinggian. Tingkat pertama 10 kaki (mampu menampung 18 orang), tingkat kedua 20 kaki (mampu menampung 25 orang) dan yang ketiga ialah 30 kaki (menampung 30 orang).

Untuk sampai ke sini kena naik pacuan empat roda atau kereta yang benar-benar tahan lasak sebab jalannya agak sukar juga. Tapi sepanjang perjalanan adakala ternampak juga pemandangan yang memukau. Haaa, itu belum sampai ke puncak menara tinjau ni lagi!

Dari atas menara tinjau, memang pemandangannya cukup mempesonakan. Kalau kena cuaca dan masa, korang akan boleh nampak kepulan-kepulan awan yang membuatkan korang terasa macam di awang-awangan!
Pemandangan yang akan buat korang terpegun dari sini.
Lagi pemandangan dari menara ini.
Kalau tak ada kepulan awan pun tak perlu risau. Tambunan tidak mendapat jolokan Switzerland Timur tanpa sebab. Pemandangannya masih akan membuat korang kagum pada keindahan yang tak terkata. Kalau nak tau, dari sini pengunjung boleh melihat 80 peratus daripada Lembah Tambunan selain pemandangan sawah padi yang cukup menyejukkan mata.

Apatah lagi, dari atas menara ini juga korang boleh menikmati angin sepoi-sepoi yang cukup segar lagi mendamaikan daripada Banjaran Crocker dan Gunung Trus Madi.

Nah, aku sudah sampai ke sini. Korang bila lagi? Kalau bercadang ke Tambunan, silalah singgah ke sini. Sebab dengan adanya mercu tanda baru ni, rugi kalau tak singgah!


dsds

RELATED POSTS

32 komen

  1. Belum pernah singgah lagi. Cantik dan nyaman sungguh permandangan kat situ. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.. Kalau datang awal pagi sikit mesti lagi lawa... Katanya boleh nampak awan macam gula-gula kapas!

      Padam
  2. Amboi tak habis jalan lagi ker bestnya dia hehehe kali ni kat Switzerland wanabe hehehehe syok jadi blogger travel ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha ni stok lama ni bang. Baru tergerak nak kongsikan di blog. 😅

      Padam
  3. Cantiknyaaaaa....
    Haihhh kena pi jugak ni sekaliiii...
    Thanks hasif bgtau tempat menarik mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome! InsyaAllah ada masa memang nak kembali ke Tambunan dan teroka betul2 keindahannya. 😍

      Padam
  4. Subhanallah cantik sungguh pemandangan bestnya kalau akak dpt menikmati keindahannya...

    BalasPadam
  5. cantiknya. hope dapat pergi one day :)
    btw, header cantik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah sampai tu nanti bang... Hihi. Thank you! 😁

      Padam
  6. Cantik tempat ni . Dengan kehijauan alam semulajadi ..boleh tenang minda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Kalau ada satu resort di atas ni pun mesti cun. 😍

      Padam
  7. So so nice the green green view, wish I can travel to Switzerland one day too. Thanks for sharing cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. As for the alternative, you should check out Tambunan too! There are a lot to experience! 😃

      Padam
  8. Jika ke Tambua nanti in sha Allah akan cari tempat ini... cantik pemandangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Rugi kalau dah sampai Tambunan tak singgah sini. Hihi

      Padam
  9. Agak menarik juga pemandangan dari atas ini. Ingatkan dekat Switzerland tadi hahahah

    BalasPadam
  10. Dah lama dah teringin dah datang Sabah. Tak sangka banyak tempat menarik kat Sabah macam Tambunan ni... InsyaAllah one day akan sampai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bang. Saya pun fikir ahu datang ke sini lagi dan teroka lebih banyak tarikannya. Lagipun tahun ni tahun melawat Tambunan!

      Padam
  11. Masha Allah cantik nya pemandangan. tq dik sharing, akak dapat tgk pic pon jadi ler tuhh. Nak naik ke dek pertama pon rasa nya tak larat lutut ni huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Tak apa, kak. Nak sampai ke sini kena naik guna 4WD. ;)

      Padam
  12. Waa bestnya.. Biarpun sis stay Keningau dekat dgn Tambunan sis blm prnh singgah kt sana, selalu lalu jaa. Hihi.. Apapun welcome to Keningau bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. ini kalau tak pergi nanti tak sah tau! Haha. Singgahlah kalau berkelapangan! ;)

      Padam
  13. Wah.. Cantiknya pemandangan. Saujana mata memandang. Entah bilalah cikla dpt sampai sini... 😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... suatu hari nanti mesti boleh sampai sini punya.

      Padam
  14. Masih keliru ngan jolokan switzerland of the east... Dr aspek apa yg boleh disamakan atau dikiaskan sebagai switzerland?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejujurnya saya sendiri belum pernah sampai ke Switzerland. Apapun, gelaran tu mungkin pada pandangan mereka yang pernah sampai ke kedua-dua tempat kot.

      Padam
  15. Well, well. Sabah memang cantik. Tengok la orang-orang dia, kacak dan cantik. #AHGITUH! Hahaha

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.