Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

10 Sebab Kenapa Percutian Cruise Awesome Gila!

10:22:00 PTG Hasif Hamsyari 60 Comments Category : , , , , ,

Untuk sebahagian kita, mengembara dengan pengangkutan darat atau udara memang dah biasa sampaikan pengangkutan air pun kadang-kadang selalu terlepas pandang. Padahal, memang pengalaman cukup berbeza sebenarnya kalau menaiki pengangkutan air ke destinasi idaman korang!

Aku bukan merujuk pada pengangkutan feri atau bot laju - sampan apatah lagi (mana tahu korang sengaja nak loyar buruk kan). Tapi cruise!

Baru-baru ni, aku merasai sendiri pengalaman menaiki SuperStar Libra daripada Star Cruises. Perjalanan aku ialah Pelabuhan Klang - Langkawi - Phuket - Pulau Pinang - Pelabuhan Klang. Kesemuanya mengambil masa 5D4N.
Aku ada banyak sebab yang membuatkan aku cukup teruja dengan pengalaman pertama aku ni. Ini antaranya:

1. EKSKLUSIF: Pengalaman lain daripada yang lain

Dari atas: Ocean Palace antara restoran yang terdapat di dalam kapal; Ruang dek 9 dengan kolam renang yang luas; Kedai barangan berjenama bebas cukai.
Alasan klise tapi memang betul pun. Setiap kali orang sebut cruise sebelum ni, yang terlintas di fikiran aku ialah percutian yang eksklusif dan mewah. Dalam Superstar Libra ni ada lapan restoran dan bar, satu kelab karaoke, dua kolam renang, dua jakuzi, satu spa, satu kedai serbaneka, satu kedai barangan berjenama bebas cukai dan banyak lagi.

Semua bahagian dalam kapal ni pun direka dalam gaya cukup sofistikated dan elegan.
Rupa Crystal Court Lounge, pintu masuk utama kapal dengan gaya penuh elegan.
Nah, memang eksklusif pun!

*Semua urusan jual beli di dalam kapal berfungsi dengan menggunakan sekeping kad yang akan diberi sebelum berlepas. Penumpang hanya akan membayar pada hari terakhir sebelum check out.

2. JIMAT: Banyak destinasi, satu harga

Di Pantai Cenang, Langkawi.
Dulu, aku sendiri anggap percutian atas cruise ni ialah percutian 'orang kaya-kaya' je. Mungkin betul lah, tapi itu dulu. Lagipun, dulu tak banyak cruise yang berlabuh di Pelabuhan Klang membuatkan percutian menjadi lebih sukar dan mahal.

Sekarang tak lagi! Pelabuhan Klang dah menjadi persinggahan wajib SuperStar Libra yang membawa ke beberapa destinasi cukup eksotik tau! Lagi best, dengan persinggahan ke beberapa destinasi ini, korang cuma perlu bayar sekali je - tak perlu fikir soal bilik penginapan atau makanan dah sebab semua dah dimasukkan sekali.

Nah, ini harganya (untuk pelayaran September - Disember 2017)
  • Pakej 4 Hari 3 Malam (Mininum 2 orang)
    Kuala Lumpur > Langkawi > Phuket > Penang > Kuala Lumpur
    Bermula RM1104 
  • Pakej 4 Hari 3 Malam (Mininum 2 orang) 
    Penang > Kuala Lumpur > Langkawi > Phuket > Penang
    Bermula RM1104 
  • Pakej 3 Hari 2 Malam (Mininum 2 orang)
    Kuala Lumpur > Phuket > Penang > Kuala Lumpur
    Bermula RM854 
  • Pakej 3 Hari 2 Malam (Mininum 2 orang)
    Penang > Kuala Lumpur > Phuket > Penang 
    Bermula RM854

3. SENANG: Banyak destinasi, satu kali packing/unpacking

Bukanlah hal packing ni besar sangat pun tapi pada orang tertentu, it IS a big deal. Iyalah, kalau kau jenis selalu mengembara, banyak kalilah nak kena mengemas barang. Macam aku sendiri, kadang-kadang trip back-to-back (selalunya atas alasan kerja) dan rasa nak mengemas barang tu memang berat sangat. Haha.

Jadi aku rasa betapa jimatnya masa dengan naik cruise ni. Pergi banyak tempat, bahkan merentas negara sekali pun, aku cuma perlu mengemas masa nak pergi dan masa nak balik. Iyalah, tidur pun dalam bilik yang sama. Tak perlu nak pindah-pindah barang pun.

4. SELESA: Dengan pemandangan tingkap yang awesome!

Rupa bilik jenis Oceanview Stateroom.
Ada banyak jenis bilik yang ditawarkan. Macam biasa, harga setiap jenis bilik pun berbeza-beza. Bilik aku masa tu ialah Oceanview Stateroom. Bilik dengan katil twin ni pun dah cukup selesa dah. Lagipun, menginap di bilik pun bukan 24 jam. Banyak masa akan keluar sama ada ke destinasi yang dituju atau menikmati hiburan atas kapal.
Lagi antara bahagian-bahagian di dalam bilik aku ni.
Bilik dengan pendingin hawa ni ada pemanas air, TV, jaket keselamatan dan kelengkapan mandian.

Pemandangan dari tingkapnya pun cantik dan luas! Tenang je kalau menikmati pemandangannya dari dalam bilik ni.

5. TAK MEMBOSANKAN: Banyak aktiviti menarik!

Antara persembahan semalam welcoming party.
Kalau kau fikir percutian cruise setakat makan, tidur, sampai destinasi je, korang salah. Sebab kat sini memang banyak aktiviti yang disediakan, ada yang berbayar dan ada yang percuma. Antara malas atau tak je. Haha.

Dari welcoming party, persembahan berlainan setiap malam (macam tarian, akrobatik dan silap mata) sampailah ke farewell dinner party, permainan dan kuiz, memang tak akan merasa bosan! Atau kalau korang kurang gemar pada aktiviti macam ni, boleh je bersantai di mana-mana ruang.
*Satu aktiviti wajib ialah safety drill yang mana korang kena mendengar sendiri taklimat keselamatan pada hari pertama.

6. CANTIK: Nikmati pemandangan alam cara unik

Salah pemandangan cukup majestic masa kapal bergerak dari Phuket.
Aku sememangnya penggemar panorama alam semula jadi. Antara yang paling aku suka ialah pemandangan matahari terbenam. Dari atas cruise ni, memang lain perasaannya. Tak kurang memukau! Apatah lagi, dengan bayu laut yang sepoi-sepoi je, rasa nak tatap je suasana matahari terbenam tu lama-lama.

Bila kena masanya berdekatan dengan mana-mana pelabuhan, pemandangannya tetap cun.

7. BERMAKNA: Percutian ke destinasi yang terkemuka

Patong Beach, antara lokasi pantai yang cukup terkenal di Phuket.
Destinasi yang ditawarkan memang destinasi yang terkenal lagi cukup eksotik. Macam Langkawi, Pulau Pinang, Krabi, Phuket dan akan datang, Pulau Mcleod, Myanmar. Semuanya, tanpa perlu dipertikaikan lagi, memiliki tarikan yang cukup unik dan menarik.

Antara tempat yang aku singgah kat tiga destinasi ni:
  1. LANGKAWI: Cenang Mall untuk daparkan coklat murah yang sememangnya cukup sinonim kalau sebut je Langkawi; Pantai Cenang untuk ke Kalut Beach Bar N Cafe yang cukup unik dan santai.
  2. PHUKET: Patong Beach untuk bersantai, Bangla Street dan Jungceylon Mall untuk membeli cenderahati, Banzaan Fresh Market untuk makan tengah hari halal selain meninjau pasar basah di sini yang cukup eksotik.
  3. PULAU PINANG: Armenian Street untuk menyewa basikal, bergambar di mural ikonik dan merasai ais kepal; Restoran Tajuddin Hussain untuk hidangan Nasi Briyani yang lazat; Tokong Kuan Yin untuk bergambar dengan banyak burung merpati; ChinaHouse Penang (Kafe Terpanjang di Pulau Pinang) yang juga terdapat galeri muzium; Hin Bus Depot untuk melawat galeri seni awesome.
Kalut Beach Bar N Cafe, antara kafe menarik yang aku sempat singgah di Pantai Cenang, Langkawi.

Satu persinggahan, aku diberi masa dalam 7-8 jam je untuk menerokanya. Kalau bijak merancang, senang je nak jadikan persinggahan korang berbaloi. Terpulang pada korang, sama ada nak meneroka tempat tu dengan jadual dan perancangan sendiri atau dengan pakej yang diorang sediakan (harga berbeza).
Arah jam dari kanan: Mural ikonik yang menjadi spot wajib untuk bergambar di Armenian Street, Ais Kepal antara pencuci mulut terkenal kalau ke Georgetown; Nasi Briyani asli yang boleh didapati di Restoran Tajuddin Hussain.

8. KENYANG: Takkan timbul isu lapar

Antara rupa interior dan menu di Spices, restoran halal di dalam SuperStar Libra.
Sebab pakejnya termasuk makan (lima kali sehari), memang takkan timbul isu lapar. Serius ni! Dan chefnya pun bukan calang-calang orang tau. Antara chef yang diperakui kepakarannya. Lagi best, ketua tukang masaknya ialah daripada Malaysia! Selera tempatan dengan mudah je menjadi sedap di tangan beliau.

Aku sendiri memang menikmati betul masa-masa makan aku kat sini. Ada saja kelainan yang ditawarkan dengan variasi makanan serta restoran yang beraneka.

Star Cruises juga menjadi pelopor kepada restoran makanan halal atas cruise yang pertama di dunia. Restoran yang dimaksudkan ialah Spices dengan selera tempatan yang cukup padu beb! Tujuh restoran lain tak dapat pengiktirafan halal kerana menghidangkan alkohol namun masih pork-free. Berbanding restoran lain, satu-satunya restoran yang menghidangkan kesemua lima waktu makan ialah Mariner's Buffet.
Hidangan makan malam di Mariner Buffet selalunya di alfresco area, berdekatan kawasan kolam renang.

9. ROMANTIK: Pilihan untuk percutian bulan madu

Salah satu sudut di Restoran Four Season yang cukup Instagram-worthy. Haha.
Aku tahu, mesti ada antara korang yang mengidamkan percutian cruise sebagai impian bulan madu korang dengan yang tersayang. Aku rasa, di atas SuperStar Libra ni, setiap impian korang tu boleh terlaksana - barangkali dengan nilai tambah yang cukup menjadikan pelayaran korang lebih bermakna dan sukar dilupakan.

Layanan staf dan anak kapal memang cukup ramah, sentiasa tersenyum dan sedia membantu. Dengan adanya mereka ni, semestinya pengalaman pelayaran akan jadi lebih sukar dilupakan. Mana taknya, dilayan selayak VIP tau!

Untuk makan malam yang romantik pun boleh diatur, begitu juga kejutan hari jadi atau apa-apa lagi sambutan.

10. STAR CRUISES: Just because.

Rupa SuperStar Libra dari luar.
Ditubuhkan sejak 1993, Star Cruise ialah perintis kepada industri pelayaran cruise di Asia Pasifik. Ia juga ialah syarikat pelayaran cruise paling popular Asia! Selain SuperStar Libra, ada lima lagi kapal iaitu SuperStar Virgo, SuperStar Gemini, SuperStar Aquarius, Star Pisces dan The Taipan. Atas pencapaian sepuluh tahun berturut-turut sebagai Pengendali Pelayaran Cruise Terbaik di Asia Pasifik, Star Cruises juga dianugerahkan Travel Trade Gazette's Travel Hall of Fame sembilan kali berturut-turut!

Jadi tak hairanlah sebab kesepuluh kenapa percutian cruise awesome gila bagi aku, ialah sebab ianya Star Cruises!
______________________________
Video Tour SuperStar Libra:

A post shared by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on

Itulah antara sebabnya. Aku harap lepas ni korang pun bolehlah rancang percutian cruise ni. Sentiasalah update dengan Star Cruise sebab kadang-kadang ada promosi. Jadi, ada baiknya korang ikut diorang dekat semua media sosial - aku dah sertakan di hujung entri ini.

Nak tengok bagaimana ruang dalam SuperStar Libra ni dengan panorama 360 darjah di setiap bahagiannya? KLIK SINI.

Pernah ada pengalaman menaiki cruise sebelum ni? Apakata kongsikan di ruangan komen. Mungkin boleh sertakan juga sebab-sebab yang aku tak senaraikan di sini. Hihi.

STAR CRUISES

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Star Cruises. Terima kasih!

RELATED POSTS

60 komen

  1. Pernah sekali je naik cruise ke Phuket. Tak tahu lepas nie bila lagi nak pergi.. Kena settlekan tunggakan PTPTN dulu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. takpe.. slow2. lepas ni makin banyak route diorang akan perkenalkan. lebih banyak pilihan!

      Padam
  2. Nampak macam seronok, tapi kita mabuk laut. Ehhh rasa tak bergoyang bila dia cruising tu? and lagi satu, pernah dgr kawan cakap - tak rasa mabuk sbb dia besar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok cuaca juga. biasanya bila masuk Laut Andaman tu yang bergelora sikit. Tapi pada saya masih terkawal je. hihi

      Padam
  3. Seronoknya...next kalau ada lg diorang offer blogger akak nak join la..jeles tgok Hasif dan kawan2 naik Cruise

    BalasPadam
  4. wah untungnya dikkkk...akk teringin la nak naik cruise

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... insyaAllah suatu hari nanti mesti sampai punya tu. ;)

      Padam
  5. Seronoknya, selalu tengok kapal Superstar Libra ni berlabuh kat Port Penang je, ingat pelancong dari luar negara. Hehe.. nanti boleh booking dan bawa family sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai je pelancong tempatan kak! bawak famili lagi best! ;)

      Padam
  6. tak pernah naik cruise, maybe i'll try it for my next vacation!

    BalasPadam
  7. honestly memang blm pernh kecuali naik kapal Tudm. 😄😄

    memang santai dan indah. ramai sahabat beroengalaman dg percutian cruise cuma say jer blm lg. mayb soon mayb lepas x bz.. thanksfor sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cubalah. memang berbaloi, lagi-lagi dengan yang tersayang.

      Padam
  8. Bestnya naik cruise. Penuh aktiviti yerp.

    BalasPadam
  9. menarikk sangat.Terasa nak terus pergi ni..tapi memmikirkan fulus nak diterbangkan ke lain.Mampu tengok yang ini pun sudah okayyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah.. boleh je start menabung sikit. hihi. sekali sekala meluang masa dengan yang tersayang di sini cukup bermakna. ;)

      Padam
  10. Tak pernah lagi travel atas cruise. Nampak sgt best. Crystal Court Lounge tu mmg ekslusif. Next travel plan maybe boleh naik cruise pulak. Tq for info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi. betul! cubalah. dah mudah sekarang kalau nak naik cruise! dekat pelabuhan klang je!

      Padam
  11. Macam best gitu, tapi akak ni fobia ler nengok air laut bila dah kat tengah2 lautan. Anak cucu mungkin suka kot, nanti nak suggest kat dorang lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi. bolehlah ajak nanti. setakat pengalaman saya, taklah kuat sangat geloranya. bergantung pada musim. hihi

      Padam
  12. Waaa mesti best kan. X pernah lagi merasa naik cruise ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! hihi.. InsyaAllah satu hari nanti mesti boleh cuba juga! ;)

      Padam
  13. bestnya!!! tp few days atas kapal i boleh mabuk. hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. taklah. setiap hari akan tiba ke destinasi baru. so bolehlah keluar bersiar-siar waktu tu. ;)

      Padam
  14. Kempunanan belum ada rezeki nak naik cruise ni heheh teringin sangat bestnya cantik lak tu..

    BalasPadam
  15. bestnya ! dan menarik gitu.. tp sayang.. pasangan dia tkut mabuk laut hahaha adeh .. baru nk fefeling titanic lepas kawen nti

    BalasPadam
  16. fuyooo dapat naik cruisee. teringin gak nak naik feeling titanic.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sini pun bolehhh.. InsyaAllah satu hari nanti tu..

      Padam
  17. Wah menarik.insyaAllah nak p honeymoon naik cruise November ni

    BalasPadam
  18. I never sit on a cruise before. Looks like a good experience that I would like to try it out.

    BalasPadam
  19. bestnya dapat naik cruise. eemm kita bila la nak naik ni ek....

    BalasPadam
  20. naik cruise nie perlu passport x sbb tgk ade phuket

    BalasPadam
  21. BESTNYA DAPAT BERLAYAR. dah lama x p phuket

    BalasPadam
  22. If you ask me, my favourite sudah tentu experience dapat duduk kat open-air deck sambil feeling-feeling titanic, KAROAKE, swimming pool and of course makan. Sedih sebab terlepas peluang untuk merasai pengalaman ini but baca entri Hasif pun dah buat saya terasa seperti berada di atas cruise pada masa tu. Nice one!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu! fefeeling titanic tu jangan cakaplah! memang teringat2 scene tu. haha. i wish u were there too, pojie. boleh karaoke sama2. haha. tq pojie. :)

      Padam
  23. Assalamualaikum..you, harga yang u letak kat atas tu dari travel agent mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini direct dari star cruise. boleh terus check ke website diorang. ;)

      Padam
  24. Balasan
    1. Hi! Are u referring to my job? If so, I'm a full time travel writer for a magazine and part-time blogger. :)

      Padam
  25. Hasif memang akak teringin nak naik cruise tu... Nampak best sangat holiday dalam cruise next time kalau ada peluang ajak akak yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Lepas ni akan ada banyak route kak. Pilih je nak ke mana. Makin mudah sekarang!

      Padam
  26. Wow menarik! Mesti masuk bucket list kalau macam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... kena cepat sebab tak silap sekarang tak silap hari tu dengar macam nak tamat dah.

      Padam
  27. Beli ticket melalui agensi ke atau terus ke online booking?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya pergi atas tiket media. Tapi kalau pergi sendiri, saya lebih selesa ke online booking terus. :)

      Padam
  28. Hi Hasif, how about wifi & cellular? boleh buat call & on data?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.