Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Festival Kenyir 2017 Kembali Lagi!

1:31:00 PTG Hasif Hamsyari 30 Comments Category : ,

Festival Kenyir 2017 akan kembali lagi dengan lagi banyak aktiviti best untuk korang! Inilah masanya untuk korang turun beramai-ramai, bawak keluarga dan kawan-kawan berhibur dengan bermacam aktiviti yang ditawarkan sepanjang 14 hingga 17 September ini!

Antara aktiviti yang cukup mencuri tumpuan saya termasuklah:

  • Belon udara panas
  • Helicopter ride
  • Ride d'Kenyir
  • Pertandingan Ayam Serama
  • Persembahan Kebudayaan - Silat Kura-Kura, Dikir Barat (Halim Yazid) dan lain-lain
  • Konsert Kebudayaan SUKTRA
  • Konsert d'Tasik (dengan artis popular termasuk Aiman Tino, Wani Hasrita, Tajul dan Aris Ariwatan)
  • Malam Kesenian Islam (dengan kumpulan nasyid Inteam)
  • Kenyir Auto Fest
  • Kenyir Photofest
  • Pertandingan Selfie d'Kenyir
  • Pertandingan Sukan Rakyat
  • Pertandingan Sukan Air
  • Street Performance
  • Bundle Corner
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Lukisan
  • Mural
  • Mari Mencuba Permainan Tradisional
  • River Cruise
  • Kenyir Island Hopping
  • Pameran dan jualan agensi/usahawan serta hasil pertanian
  • Food Truck
  • dan banyak lagi!
Kan dah kata... Memang banyak sangat aktiviti! Memang tak akan bosan punya kalau beramai-ramai hadir ke sini. Semua aktivitinya pun memang sesuai untuk semua peringkat usia, dari yang muda sampailah ke tua.

Sebagai memudahkan korang, apakata tengok sendiri jadual aktiviti yang ditawarkan sepanjang empat hari program ini dianjurkan.

Sambil-sambil korang buat aktiviti tu semua, bolehlah luangkan masa meninjau antara tarikan pelancongan kat Tasik Kenyir. Jangan tak percaya, memang banyak tarikan menarik kat sini tau!
Bermandi-manda dengan gajah yang mesra di Kampung Gajah Kenyir!
Santuari Kelah yang pasti memberi pengalaman luar biasa dengan kelah yang jinak!
Taman Orkid Tasik Kenyir dengan panorama-panorama cukup cantik.
Jambatan Gantung yang tak kurang menarik perhatian.
Nah, berikut ialah butir lanjut tentang acara ini. Selamat ber'Festival Kenyir'!
FESTIVAL KENYIR 2017
Tarikh: 14-17 September 2017
Lokasi: Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
Masa: 10 pagi - 10 malam

Media Social
Festival Kenyir: FACEBOOK - INSTAGRAM
Beautiful Terengganu: WEBSITE - FACEBOOK - INSTAGRAM

RELATED POSTS

30 komen

  1. Perkongsian terbaik ^^ harap2 ada rezeki boleh ke sini satu hari nnti

    BalasPadam
  2. waa.. bestnya !!! boleh singgah masa nak balik kampung nanti.. hee~

    BalasPadam
  3. Tak pernah pergi Kenyir hehehehe takut tengok tasiknya luas. Tapi kat sana dah ada pusat bebas cukai kan boleh beli barang murah hehehehe...

    BalasPadam
  4. Menarik juga... lama tak pergi memancing dekat kenyir tue...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. saya sendiri tak pernah memancing kat situ. hehe

      Padam
  5. Bnyak betul doa punya aktiviti. Untunglah Hasif dapat pergi. tringin nak naik belon udara panas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, saya sendiri tak sure lagi dapat pergi atau tak. Memang nak sangat pergi tapi takut ada aral... :(

      Padam
  6. Tak pernah tahu pon pasal festivel Kenyir nih..tahun bila start? byk jugak aktiviti yang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sure start bila tapi kali ni punya memang makin banyak aktiviti katanya. Lagi meriah!

      Padam
  7. Waa macam best pulak. Nak pergi! Nak try belon udara panas tu

    BalasPadam
  8. Waa .. nti klu ada losing blh join travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je! Bawak famili dan rakan-rakan sekali. Lagi meriah! ;)

      Padam
  9. Lama I tak pergi Kenyir. Miss the beautiful place so much.

    BalasPadam
  10. Wahhh festival kenyir! Iday orang terengganu tapi tak pernah pergi sana. Esok ye start, ala kalau kat kampung dah pergi ni. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. kan.. banyak aktiviti sesuai untuk seisi keluarga.

      Padam
  11. Wah! Bestnya. Tak pernah berpeluang lagi pergi sana. Kena heboh kat group family ni. Bolehlah diorang pergi. Thank for info!😊

    BalasPadam
  12. I miss Kenyir so much. Last time pergi was in 2015 dengan Gaya Travel. Masa tu juga la first time jumpa the team and other bloggers!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah.. yeke? memang cukup sentimental lah Kenyir ni rupanya!

      Padam
  13. rindu terengganu. tak puas p banyak lagi ke terengganu ni. macam2 ada

    BalasPadam
  14. Wow best nyer! I am so looking forward for this festival.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sadly, you might need to wait for next year! i bet it will be bigger. ;)

      Padam

Tinggalkan komen di sini.