Mengembara Lebih 'Jelas' dengan AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®
Sebagai pengguna cermin mata sejak zaman sekolah menengah lagi, masalah pemandangan kabur aku selalu bergantung pada cermin mata tu sendiri. Walaupun sememangnya cukup membantu, kadang-kadang terasa kurang selesa juga lagi-lagi apabila muka berminyak. Cermin mata mudah jatuh dan melurut ke bawah.
Untuk kaki mengembara macam aku, semestinya ini menjadi satu masalah. Cuma kerana sudah terbiasa, jadi masalah itu pun aku tak pandang berat sangat.
Pengalaman menggunakan kanta lekap buat pertama kali
Tapi, baru-baru ni, aku mencuba kanta lekap yang baharu saja dilancarkan di Malaysia, AIR OPTIX® Plus Hydraglyde® daripada jenama penjagaan mata Alcon.
Sejujurnya, aku mengaku yang aku tak pernah memakai apa-apa kanta lekap pun sebelum ni.
Serius tak tipu, kali pertama mencuba memang satu usaha yang bukan mudah! Aku cenderung terkelip mata berkali-kali! Aku terfikir logik seorang kawan perempuan - lelaki memang cukup sensitif dengan bahagian mata. Dan logik seorang lagi pula, iyalah, lelaki mana ada bermekap macam perempuan lagi-lagi di bahagian mata. Ini semua serba sedikit memang cukup menyedapkan hati, jadi bolehlah aku ambil masa untuk membiasakan diri.
Lama tak lama pun, adalah dalam 20 minit kot, barulah kanta lekap berjaya masuk ke dalam mata aku. Haha.
Info AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®
Kanta lekap ini ialah kanta lekap bulanan. Ia menggabungkan dua teknologi terkini iaitu SmartShield™ Technology dan HydraGlyde® Moisture Matrix.
SmartShield™ Technology ialah salah satu keistimewaan paling ultimate dalam siri kanta lekap AIR OPTIX®. Teknologi istimewa ini membentuk lapisan pelindung ultra-nipis di permukaan luar kanta sentuh yang dapat melindungi mata daripada bendasing macam deposit protein dan lipid (minyak) serta kesan produk kosmetik terutama bagi wanita macam maskara, pembayang mata, penanggal mekap dan seumpamanya.
HydraGlyde® Moisture Matrix pula memberi efek cukup unik yang mana pengguna dapat menikmati kelembapan kanta lekap untuk tempoh masa yang lebih panjang selain memberi penghidratan yang lebih tahan lama selepas 16 jam.
Pengalaman selepas tiga minggu
Sebagai kaki mengembara, AIR OPTIX® Plus Hydraglyde® sememangnya banyak mengubah pandangan aku, secara literal! Tak ada lagi isu tertinggal bekas cermin matalah, cermin mata melurut sebab muka berminyaklah dan macam-macam lagilah. Terasa lagi bebas!
Untuk pengguna yang baru je berkenalan dengan kanta lekap, aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat dengan memilih AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®. Sebab sebelum aku menggunakan kanta lekap, selalu juga dengan kawan-kawan aku mengeluh sebab kanta diorang cepat kering.
Kombinasi teknologi SmartShield™ dengan HydraGlyde® Moisture Matrix rasanya adalah duo yang pastinya melengkapkan sebuah kanta lekap yang sempurna untuk yang rabun macam aku. Aku sendiri lebih selesa memakai kanta lekap lutsinar supaya tak nampak berlebih-lebihan. Justeru, aku jadi lebih yakin untuk 'keluar' daripada penampilan aku yang biasa.
Dengan AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®, penglihatan bukan setakat menjadi lebih jelas bahkan lebih tahan lama dan konsisten. Lepas ni, bolehlah mengembara dengan lebih bebas. Lagi best, bolehlah aku mencuba lebih banyak aktiviti lasak!
Barangkali, aku adalah antara tujuh daripada 10 pengguna kanta sentuh di Malaysia yang bersetuju bahawa mereka sememangnya selesa menggunakan kanta lekap ini sepanjang satu bulan penggunaannya.
![]() |
Tak perlu lagi bergantung pada cermin mata 24 jam! |
Di mana boleh dapatkan AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®?
Kanta lekap ni boleh didapati di kedai-kedai optometri seluruh Malaysia. Setiap kotak didatangkan dengan tiga kanta.
Harga jualannya disyorkan pada RM86.90 sekotak (termasuk GST).
Untuk maklumat lanjut tentang produk ni, ada baiknya korang mendapatkan update terkini dengan mengikuti Alcon di Facebook diorang. KLIK SINI.
Terima kasih: Kak Imaya & Dani Ramdhani. :)
Terima kasih: Kak Imaya & Dani Ramdhani. :)
47 komen
Yeay, those yang pakai cermin mata especially yang suka travel confirm suka AIR OPTIX® Plus Hydraglyde®. Ye la, based on your experience kan memang struggle pakai spek ni - berminyak la, cermin jadi kabur and etc. Ya Allah, tak boleh imagine payah dia. Only those yang ada ada masalah faham.
BalasPadamOne thing yang menarik juga is that they have transparent version which tak obvious pun kalau pakai lens. Nice one. Anyway, you look different bila tak pakai spek!
Exactly! Travel jadi lebih selesa dan lagi best, banyak aktiviti lasak pun boleh pakai sama. Bolehlah enjoy travel to the max! Woohoo!
PadamMemang yg pakai spek je tau apa erti rimas.sekali sekala nak bebas dari spek kan. Contact lens selesa kita pon selesa nak buat aktiviti
BalasPadamBetul! :)
PadamAkak baru 2 tahun lebih guna spec...adakala culas gak..akak x pernah pakai lens..so kampung kan..hahaha..sebenarnya x selesa dengan lens..tp tengok hasif ok je...rasa nak cuba plak...
BalasPadamdepends pada keselesaan mata masing2 kak. tapi bolehlah mencuba. hihi
Padambetul tu...pakai cermin mata ni terbatas sikit nak buat aktiviti lasak...bagus lah dah ada Airoptik yang memudahkan kita...harga pulak berpatutan sangat..
BalasPadamBetul! Nanti jangan lupa mencubanya ya! ;)
PadamAmboi semenjak pakai lens ni cermin mata nak dipatahkan hehehehe.. Tapi kalau travel sangat sesuai sebab tak perlu nak bawa cermin mata...
BalasPadamhaha. itu action saja bang. kalau travel saya bawa dua2 juga. adalah back up. hihi
PadamThose yang lasak memang kena pakai contact lens sebab senang nak buat aktiviti yang extreme. kalau pakai spek susah sikit takut nanti terjatuh or even worse rosak/pecah/patah. Btw cantik gambar. hehe
BalasPadambetul tu! senang cerita, penggunannya lebih selesa dan convenient. hihi thank you. :)
PadamDah bertahun-tahun guna spec tak pernah lagi nak try pakai lens. Kinah takot nak cuba. Tapi bila hasif pakai ok je, nanti lah kinah cuba
BalasPadamSaya masa mula-mula pakai memang takut jugak. Lama jugaklah. Haha. Tapi sehari dua hari dah okey dah.
Padamwah bolehlah saya cuba sebagai pengembara yang selalu traveling kemana mana
BalasPadamharus! pasti pengalaman travel akan lebih menarik! ;)
PadamMomi tak pakai contact lens, tapi suka tengok orang masukkan contact lens dekat mata haha. btw, produk ni nampak menarik.
BalasPadamaik? haha. pelik tu. Abang Momi tak rabun, kan? Jadi bolehlah pakai yang warna-warni untuk berfesyen gitu. Hihi
PadamKelebihan lain dari Air Optix Aqua ialah dapat digunakan selama 6 hari dan 6 malam berturut-turut
BalasPadamUntuk keselesaan biasanya pakai dalam 12 jam sehari. Kemudian rendamkan semula supaya ia kekal lembap. Memandangkan ia kanta lekap bulanan, pemakaiannya sebenarnya boleh menjangkau sebulan tau!
PadamSesuai kalau buat aktiviti luar. Jika kat rumah pakai spek mata lagi senang agaknya. Sy tak sesuai pakai lens sebab mata terlalu sensitif. Nak pakai pun payah. Hehe. Brand Alcon memang biasa dah sengar. Kalaau cari solution water pun slalu pakai Alcon.
BalasPadamBetul tu, kak. Jenama Alcon memang dikenali dengan kualiti produk yang mengagumkan. Tapi itulah.. bergantung pada kesesuaian mata pemakai juga. :)
PadamSis memang tak boleh pakai, dah banyak kali cuba bermcm2 jenis...sampailah yg lembut..kelopak dlm mata sure luka, skrg dah malas dah nak cuba..
BalasPadamAlahai.. Memang ia bergantung pada keselesaan mata masing2 juga. Mula-mula masa saya pakai pun agak tidak selesa tapi lama-lama rasa okey dah.
PadamNampak gayanya kena tukar jenama kanta lekap lepas nie. Gabungan teknologi yang mesra mata tu memang sangat diperlukan oleh insan pemakai kanta lekap tegar seperti diriku ini. Thanks for your recommendation.
BalasPadamBetul! Cubalah dan rasai perbezaannya. Begitu... haha
PadamHaha..sama je masalah org yang specky ni kan. AS pun selalu alami spek melurut nak jatuh sebab hidung tak berapa nak mancung, plus bila berpeluh lagi la berkali2 ganda licin.
BalasPadamHahaha. Betul tu. Hanya kita sahaja yang memahami antara kita. Sebab tu kanta lekap baharu daripada Alcon ini memang cukup membantu!
PadamTerus tak sama macam sufian suhaimi! Ini lah hasif!!! Hahahaha. Kacak bergaya takda spek. Hehehe
BalasPadamAlahai. Haha... Terima kasih kak. Lepas ni nak menyanyi pulak lah. Eh! XD
PadamRasa macam nak pakai gak.. Mata now macam ada problem... dah bertahun xpakai cermin mata nie... xsanggup nk buat cermin mata yang ke-14
BalasPadamBoleh cuba dulu bro. Ikut keselesaan. Wah.. Yang ke-14 tu kira banyak!
PadamI have not try this brand yet, will check it out and perhaps I should go for my eye test also.
BalasPadamYou should! Sebab kadang-kadang kita tak sedar pun power kerabunan mata tu dah bertambah. Dan nanti bolehlah terus mencuba produk ni! ;)
Padamhepp, jgn patahkan spek tuu. hahahaha
BalasPadamlook nice. boleh try brand lens ni
Hahaha. Itu lakonan semata-mata. Dah lama pakai mestilah sayang sebenarnya! Yup, Mimin kan pengguna tegar kanta lekap. Lepas ni cubalah produk ni pula!
Padamno wonder laa kebaykan post kali ni jarang pakai spek..
BalasPadamIyakah.. Di media sosial saja kot, Tini. Hihi
PadamHasif sudah lebih handsome lepas tak pakai spec!
BalasPadamcant wait to see the real u soon!
Kadang-kadang saja saya pakai. hihi. Lama juga tak jumpa Wendy! Harap nanti kita berjumpa lagi! ;)
PadamHave try their contact lens. Soft lens.
BalasPadamExactly! It feels so good to me. :D
Padamaku taubatlah pake kontak lens :D tak cocok :))
BalasPadamAhahaha.. Iyakah? Nanti mau lihat dululah. Mana tau ganteng benarnya!
Padamwah makin kacak la dia lepas ni.
BalasPadamAhahaha. Carutt... XD
PadamKalau nak pakai lebih 12 jam boleh ke? Atau kena ada 2 pasang utk pagi (kiri kanan) dan malam (kiri kanan)?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.