Al-Quran Al-Akbar: Kemegahan Al-Quran Terbesar di Dunia di Palembang
Berkunjung ke Palembang selepas ini takkan lengkap tanpa menziarahi lokasi pelancongan keagamaan yang satu ini. Dengan 630 halamannya tercatat di atas kayu tembesu bersaiz 177cm panjang, 140cm lebar dan 2.5cm tebal, ia tercatat sebagai Al-Quran terbesar seumpamanya yang pernah ditulis di dunia!
Aku sempat berkunjung ke sini baru-baru ni dan apa yang boleh aku katakan, sememangnya destinasi pelancongan ini cukup mempesonakan. Sesuai dengan namanya yang bermaksud 'Al-Quran yang Besar', ia mengangkat kebesaran kitab suci itu sebagai panduan terpenting kepada masyarakat Muslim seluruh dunia. Apatah lagi, Indonesia memiliki jumlah penganut agama Islam yang terbanyak di dunia.
Ketelitian pengukirnya jelas terpancar melalui seni yang cukup halus pada papan kayu tembesu ini. |
Sungguh, aku sendiri terasa kerdil dikelilingi ayat-ayat suci Al-Quran dengan tulisan berwarna emas bersaiz gergasi ini. Tak hanya itu, tulisan yang dipahat ini juga dikemaskan lagi dengan ukiran corak abstrak di sekeliling kayu yang cukup cantik dan pastinya rumit. Kegigihan dan ketelitian dalam penghasilannya sekali gus menjadikan Al-Quran di sini lebih daripada sebuah lokasi pelancongan - ia adalah sebuah mahakarya yang cukup mengagumkan.
Terzahir dari mimpi
Lebih daripada itu, ada cerita yang barangkali ramai tak tahu. Idea untuk menulis Al-Quran sebesar ini pada mula datang melalui mimpi. H Syofatillah Mohzaib, yang juga pemilik Pondok Pesantren Al-Ihsaniyah memperoleh mimpi sedang membuat sebuah Al-Quran gergasi. Beliau ketika itu merupakan penulis kaligrafi di Masjid Agung Palembang sekitar tahun 2000.
Mula dibina sejak 2002, jangan terkejut kalau aku beritahu yang ia melibatkan 35 orang pekerja yang kemudian siap menyempurnakannya tujuh tahun kemudian (pada 2009). Dana yang digunakan waktu itu ialah kira-kira 1.2 bilion rupiah. Muzium ini bagaimanapun hanya dirasmikan pada 30 Januari 2012 oleh bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Tip: Pelawat harus mengenakan pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Untuk perempuan yang tidak bertutup kepala, shawl ada disediakan di pintu masuk.
Beginilah pemandangan cukup memukau sebaik pengunjung melangkah masuk. |
Ada lima tingkat yang dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran. |
Melihat sekitar kawasan ini. |
Kiri: Tempat untuk menghulurkan sumbangan bagi pemulihan muzium ini. Kanan: Shawl dan tudung disediakan di pintu masuk untuk perempuan yang tidak bertudung. |
Pun begitu, akibat kekurangan ruang, setakat ini cuma 15 juzuk yang dipamerkan manakala lebihan 30 juzuk lagi sedang disimpan rapi. Sewaktu aku datang, kerja-kerja pembesaran kompleks sedang rancak dilakukan bagi memuatkan kesemua 30 juzuk.
Lokasi muzium ini ialah di Daerah Gandus, Palembang. Perjalanan ke sini akan melewati kawasan kampung jadi jalannya tidak begitu lancar. Apapun, setibanya ke sini semestinya menjadi satu kenangan manis untuk aku menyaksikan kitab suci ini di depan mata.
Dengan tiket masuk berharga 5,000Rp, di sekitar kawasan muzium juga ada banyak kedai-kedai cenderamata termasuklah Al-Quran mini dan kalimah-kalimah suci.
Antara kedai yang menjual cenderamata berdekatan Muzium Al-Quran Al-Akbar. |
Al-Quran kecil yang boleh didapati di sini. |
Trip ini terlaksana dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Majalah Gaya Travel. Terima kasih!
34 komen
SubhanaAllah. Priceless experience ni. Selalu nampak orang kongsi dalam social media and blog. Tengok dalam gambar pun dah terpesona inikan pula kalau tengok depan mata. Mesti goosebumps habis. Interestingly, idea untuk hasilkan masterpiece ni bermula dari sebuah mimpi. Wow!
BalasPadamBetul tu, Pojie! Ini sememangnya satu tarikan pelancongan mesti pergi kalau ke Palembang lepas ni. Tak sabar tunggu projek pembesarannya siap. Kesemua 30 juzuk akan ditempatkan, pasti lebih besar!
Padamone day nak perg sini. menarik
BalasPadamInsyaAllah.. semoga tercapai nanti! Memang cukup menarik!
PadamSubhanallah.. Harap berkesempatan untuk sampai ke sini.. Cantik sangat tempatnye
BalasPadamAmin... InsyaAllah. Semoga tercapai! :D
PadamPengalaman paling berharga yang tak dapat dijual beli...bertuah hasif dapat ke sini..boleh masuk wishlist ni
BalasPadamBetul tu kak. Kalau singgah ke Palembang, jangan lupa singgah ke sini ya!
PadamYa Allah, cantiknya tempat ni Hasif. Kagum gila dengan surat al quran besar tu. Tengok gambar hasif turun tangga yang ada banyak-banyak surat al quran kat sebelah tu lagi kagum. cantik serius
BalasPadamTempat ini memang cantik. Tapi kalau dah siap renovasi mesti lagi cantik. Ada rezeki nanti singgahlah ke sini! ;)
Padamsubahanallah! maha suci allah. sungguh indah kalimah allah terbentang luas dijadikan kaligrafi.Menarik sangat ni.. terpegun melihat
BalasPadamYa, ini memang tarikan yang tak boleh dilepaskan kalau ke Palembang! Waktu saya masuk tu pun macam tergamam sekejap. Kagum!
PadamThat really huge the Al-Quran wording. Impress seeing it.
BalasPadamIt is! :D
PadamYa Allah kagumnya kita dengan negara jiran ni mereka begitu mengagungkan Al Quran sebagai pedoman hidup kita Malaysia istihar negara Islam tak ada pun ehhhh.. Cantik tempat ni nanti kita akan sampai...
BalasPadamInsyaALLAH mana tahu suatu hari nanti kita juga akan punya satu. Wahh... Bagus tu bang. Jangan terlepaskan tempat ni kalau ke Palembang!
PadamPertama kali mengetahui tentang tempat ini... terkejut dan teruja bila melihatnya....
BalasPadamSejak 2012 lagi tempat ni tapi memang betul pun, masih jarang juga orang yang tahu. :D
PadamSubhanAllah cantik dan besar Al-Quran ni. Pertama kali tahu ada tempat yang menempatkan Al-Quran macam ni. Kreatif dan harapnya tempat ni akan terpelihara.
BalasPadamInsyaAllah... Usaha membesarkan kompleks muzium ni sedang rancak dilaksanakan waktu saya datang. Dah siap nanti mesti lagi besar dan cantik!
PadamSubhanAllah menariknya. Tahniah dapat peluang melihat semua ni. Harap-harap dpt juga menyaksikan sendiri nanti.
BalasPadamAlhamdulillah... Memang bersyukur juga dibawa melihat ke lokasi yang satu ini. Amin. Mudah-mudahan tercapai hajat ke sini juga ya!
PadammasyaAllah bestnya ! Bila lah akk nk dpt peluang mcm ni
BalasPadamAlhamdulillah... InsyaAllah tak lama lagi tu kak! :D
PadamWow this is indeed a really big Al-Quran! Thanks for sharing.
BalasPadamIt is! Hihi. It's my pleasure. π
Padamwow that's a very big place to display the Al-Quran! Good for you to experience this!
BalasPadamYourFinanceDoctor
Hihi. It feels good to experience it myself actually. π
PadamMasha Allah sungguh betuah Hasif dapt ke sana menikmati pemandangan yang indah. Al Quran sebesaar tu, sesaap pon sekali pandang mesti akakn terbaca sebaaris dua ayat. Barak Allahu bikum
BalasPadamItulah. Tanpa dipaksa pun boleb mengundang pahala. π
PadamSubhanallah Cantiknya dinding yang penuh dengan ayat Al-Quran. Hebat sekali #kagum
BalasPadamKan.. Saya pun terkagum sendiri melihat kebesarannya. π
Padamsubhanallah, besarnya al-quran tu. kagum sangat dengan dinding sekelilingnya yang dilengkapi ayat-ayat al-quran
BalasPadamYa, memang rasa cukup kerdil bila dikelilingi dengan ayat-ayat suci ini. :)
PadamTinggalkan komen di sini.