Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Glamping di Lost World of Tambun

11:44:00 PTG Hasif Hamsyari 42 Comments Category : ,

Buat yang masih belum tahu, 'glamping' bermaksud 'glamor camping'. Dalam erti kata lain, glamping ialah perkhemahan mewah yang memberikan keselesaan jauh lebih baik daripada perkhemahan konvensional.

Sebenarnya, dah ada banyak juga lokasi glamping di Malaysia. Antara yang aku pernah pergi, boleh semak di sini.

Baru-baru ni, aku berkesempatan merasa sendiri glamping di salah satu destinasi percutian terkemuka, Lost World of Tambun. Uniknya, tema yang ditekankan ialah 'A Five Billion Star Experience'. Memang luar biasa pengalamannya sebab lebih daripada memberikan penginapan yang selesa, banyak aktiviti menarik boleh dicuba.

Lokasi glamping ni betul-betul terletak di dalam kawasan Taman Tema Lost World of Tambun, tepatnya di Lost World Adventure Park berdekatan dengan 'Needle of Tambun' di Lost World Tin Valley dan Hippo Kingdom. Di sini, ada lebih lima khemah besar yang semuanya ditempatkan di bawah pokok kecuali satu yang terapung di atas tasik.
Antara haiwan yang terdapat di Hippo Kingdom.
Satu khemah didatangkan dengan satu katil bersaiz queen dan dua katil single - bermakna boleh memuatkan empat orang dalam satu khemah. Dua buah kipas pun tersedia untuk menambah keselesaan. Soket untuk korang mengecas gajet korang pun ada di dalam khemah.

Di luar khemah pula, tersedia tempayan dengan 'batuk' yang digunakan untuk membersihkan kaki. Meja dengan kerusi santai pun ada juga, lengkap berlampu apabila menjelang malam. Ruang unggun api pun melengkapkan pengalaman berkhemah tanpa mengenepikan soal keselesaan yang maksima.
Beginilah rupa khemah saya.
Semua khemah dekat dengan Tasik Boga ni. Memang pemandangannya cukup menenangkan!
Tandas pun disediakan juga, siap dengan bilik mandi yang didatangkan dengan pemanas air. Kelengkapan mandian macam gel mandian, syampu dan losyen serta tuala pun disediakan.

Satu yang membuatkan aku rasa berbaloi nak bermalam di sini ialah bayarannya termasuk dengan pas masuk untuk dua hari ke taman tema Lost World of Tambun untuk empat orang. Memang banyak jimat sebenarnya! Lagipun, sejujurnya bagi aku, memang tak puas nak meneroka tempat ni dalam sehari. Jadi ada baiknya kalau bermalam di sini terus!
Alang dah sampai, nak mandi-manda haruslah!
Salah satu aktiviti yang sudah bertanda dalam bucket list aku - meredah Sixth Mile Tunnel!
Kalau rasa berani, boleh cuba aktiviti macam roller coaster ni dan - serious talk - banyak lagi!
Jangan lupa ziarah penghuni tetap kat Lost World of Tambun ni yang sangat beraneka - comel, garang, besar dan kecik - semuanya!
Antara persembahan yang menghidupkan malam di sini. Memukau!
Soal makan, kat sini korang boleh makan di mana-mana - dari dalam gua sampailah ke Jalan Ipoh yang menampilkan variasi makanan cukup sedap!
Atau makan di tengah kawasan paya dan dikelilingi suasana cukup menghijau. Ini memang rare!
Kalau nak tau lebih jelas pengalaman aku, tontonlah video daripada Lost World of Tambun ni. Wah... Bila tonton semula terus jadi rindu nak glamping kat sini!

 Berikut ialah kadar harga untuk pakej glamping di sini sebagai rujukan korang.

4 pax (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) - RM588
  • 1 Katil bersaiz King + 2 Katil Single
  • Buffet Sarapan Pagi di Garden Terrace untuk 4 orang
  • Tiket masuk Taman Tema - 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak untuk dua hari (bernilai RM452)
  • Power socket
  • Tuala
  • Kelengkapan Mandian
  • Kipas
2 pax (2 Dewasa) - RM438
  • 1 Katil bersaiz King
  • Buffet Sarapan Pagi di Garden Terrace untuk 2 orang
  • Tiket masuk Taman Tema - 2 Dewasa untuk dua hari (bernilai RM240)
  • Power socket
  • Tuala
  • Kelengkapan Mandian
  • Kipas
Tambahan orang ke-3 - Kanak-Kanak (RM105)  / Dewasa (RM120)
  • 1 Katil Single
  • Tiket masuk Taman Tema untuk dua hari
  • Tuala
  • Kelengkapan Mandian
Mural besar yang cukup cantik!
 Hubungi Lost World of Tambun

No. Telefon:
05-5408801/02

E-mail:

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Lost World of Tambun. Terima kasih!

RELATED POSTS

42 komen

  1. Wow mcm best. I yg duduk ipoh pun tak pernah glamping kt lwot ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. Lagi dekat maknanya mestilah kena pergi! Memang menarik! :)

      Padam
  2. Saya tak pernah pegi..tapi kalau dapat pegi mesti seronok...cantik pemandangan...

    BalasPadam
  3. Salam, terima kasih atas perkongsian. Tetiba je nk pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Sama-sama. Bawalah kawan atau keluarga, mesti lebih best! :)

      Padam
  4. Menarik weih.. rasa nk pergi sana gak. Tp kena ada geng arr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jomlah! Boleh plan nanti lain kali! Kalau ada geng lagi2 yang sekepala memang lagi best! Haha

      Padam
  5. Bestkan glamping dekat Lost World Of Tambun ni. nak repeat lagi rasanya hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Memang pun! Rasanya banyak kali pun tak jemu lagi2 dengan geng yang sekepala atau famili. Hihi..

      Padam
  6. pengalaman baru ni...nampak lebih adventures !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Sebenarnya ada lagi beberapa port di Malaysia yang ada glamping tapi ini salah satu yang terbaru dan terbaik!

      Padam
  7. Seronok gak ni kalau bawak anak-anak . Sesuai sangat sebab tengah cuti sekolah ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak! Sambil merasai pengalaman unik ni bolehlah berjumpa haiwan2 comel dan melihat haiwan ganas macam harimau. Mesti mereka akan teruja!

      Padam
  8. boleh tahan gak harga utk glamping ni..tapi ok la kan. pengalaman yang berbeza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya kira berbaloi juga kalau dibahagikan. Sebab termasuk tiket ke taman tema sekali! Bukan setakat boleh enjoy glamping, mesti akan lebih puas sebab dapat bermain di taman tema!

      Padam
  9. Bestnya glamping at LWOT. I hope I had the opportunity to try this out too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hopefully you will someday. It is very unique and most importantly, fun!

      Padam
  10. Tak pernah glamping lagi tapi boleh nak ke lost world ni glamping. Dekat je ngan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, lagilah menjadi alasan kukuh untuk merasai sendiri pengalaman ni! Haha.

      Padam
  11. actually banyak kali dah plan dah pi sini tapi macam biasa laa...banyak kekangan kalau dah plan..huhuhu...hopefully LWOT boleh panggil sally next time? hahahaha...

    Glad you had a very good time there bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, pasti ada suatu hari nanti. Hihi. Thank you! :)

      Padam
  12. 1st time dengar perkataan glampin ni. Best nya. Tak pernah perg lost world tambun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya dah lama juga glamping di Malaysia cuma mungkin tak ramai yang tahu. Tapi yang di LWOT ni antara yang terbaharu dan terbaik! Mesti cuba! ;)

      Padam
  13. kita dah pernah pergi lost world tu , guna kad mesra dpt diskan lagi 10% masa tu ...

    tapi masa tu tak ada lagi galmping kot.. nak cuba la kalau ada rezeki lebih lebih , harga tak mahal sgt ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ia masih baharu sis. Cubalah, insyaAllah memang tak rugi sebab pada saya pun harganya memang berbaloi juga.

      Padam
  14. Best ni kalau boleh bercuti macam ni hari-hari asyik kerja sahaja nak juga merasa pergi bercuti tempat macam ni. Tak sangka menarik lost world of tambun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kadang-kadang tempat yang menghijau dan dikelilingi alam semulajadi ni memang sangat therapeutic. Boleh lupakan sekejap beban dan stres kerja. Hihi.

      Padam
  15. Glamping tu boleh muat berapa orang tak silap 4 orang kan ada katil dalam tu bilik air kat luar lah kongsi menarik nampak selesa tido dalam khemas tapi ada katil hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh muat 4 orang dan boleh tambah katil. Bilik air berkongsi tapi tandasnya menarik juga. Unik. Berkenaan tidur di khemah, pada saya selesa je. :D

      Padam
  16. Menarik juga berkhemah macam ni. Selesa. Hehe.Tak pernah lagi ke tempat-tempat macam ni. Bilalah ada rezeki nak kesana agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis! InsyaAllah ada juga tu suatu hari nanti. Boleh release stress daripada beban kerja juga.

      Padam
  17. Pernah masuk lost world of tambun sebab dulu penah kerja kat ipoh jap. Tapi glamping x penah cuba lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ini memang antara tarikan terbaharu mereka untuk pengalaman lebih menyeluruh dan menyeronokkan di LWOT. Nanti cubalah! :)

      Padam
  18. Lama tak glamping... Macam best jer kalau dapat join... Nampak menarik tempat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah best! Bawalah teman dan keluarga! Aktiviti memang cukup banyak! :)

      Padam
  19. wow i tak pernah pi lagi! hopefully can visit there someday!

    BalasPadam
  20. pernah datang sini sekali with Butterfly Blogger & mmg cantik sgt tempatnya. sesuai untuk keluarga jugak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Kalau bawak keluarga maknanya lagi happeninglah! πŸ˜‰

      Padam
  21. Tengok mcm best jer tempat dia, kak tak pernah sampai lagi kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah akak mesti sampai sini punya. Berbaloi kak! Seronok luangkan masa dgn kawan2 atau keluarga di sini. 😁

      Padam

Tinggalkan komen di sini.