Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Menunggu Matahari Terbit di Tugu Rimau, Gunung Dempo

12:35:00 PG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : , , ,

Untuk orang kebanyakan, termasuk aku, bukan senang mahu bangun seawal 3.30 pagi. Percayalah, sesungguhnya ia memerlukan kegigihan dan keazaman yang tinggi! Apatah lagi selepas seharian menempuh perjalanan yang jauh dan lama sekali, diri menjadi seakan enggan meninggalkan alam mimpi.

Tak banyak gambar matahari terbit di Gunung Dempo yang boleh dijumpai kalau dicari di Google tapi keindahannya sebelum aku sendiri pergi, cukup menjadi motivasi meyakinkan aku bahawa, insyaAllah bangun awal Subuh macam ni pasti cukup berbaloi.

Gunung Dempo yang terletak di daerah Pagar Alam, Sumatera Selatan ialah salah satu tarikan pelancongan yang cukup terkenal lagi-lagi dalam kalangan masyarakat lokal. Ketinggiannya ialah 3,195 dari aras laut menjadikannya yang tertinggi di banjaran Bukit Barisan. Bukit Barisan inilah yang mengelilingi Pagar Alam, menjadikan Pagar Alam semakna dengan namanya.

Pun begitu, yang aku singgah ialah di Tugu Rimau yang terletak kira-kira 1,820 meter dari aras laut. Di sini dikatakan menjadi lokasi terbaik untuk mendapatkan pemandangan menakjubkan matahari terbit di Pagar Alam. Ya, inilah yang menjadi tujuan ultimate kami! 

Dan selepas melalui perjalanan kira-kira satu jam dari Gunung Gare Resort Villa & Hotel, dengan keadaaan jalan yang bagai ular kena palu, dan manusia-manusia di dalam van pula yang masih mamai merindukan bantal nan empuk, pemandangan matahari di sini sesungguhnya sememangnya terbaik bagai dikata!

Dari ketinggian ini juga, aku dapat melihat panorama kota Pagar Alam yang berlatarbelakangkan Bukit Barisan tadi dengan terbentang luas ladang teh yang saujana mata memandang.
Memang sangat mendamaikan pemandangan di sini.
Sebelum matahari terbit.
Memukau!
Oh, lupa mahu aku beritahu. Suhu di sini sewaktu aku datang ialah 18°C - sangat sejuk! Percaya atau tidak, pada waktu tertentu suhunya boleh mencecah antara 10-14°C!
Tip: Jangan lupa bawak baju sejuk yang tebal atau korang boleh menggigil kesejukan.

Tugu Rimau tak mendapat namanya tanpa ada maksud disebaliknya. Di sini memang terdapat satu Tugu Rimau (daripada kata 'Harimau') yang memegang obor dalam pakaian tradisi masyarakat Sumatera Selatan. 

Selain itu, di sini juga ada tulisan bersaiz gergasi dengan nama 'Pagar Alam'. Semestinya tulisan ini menjadi nilai tambah yang cukup menjadikan Tugu Rimau salah satu lokasi pelancongan yang cukup ikonik!
Inilah tulisan Pagar Alam yang ikonik tu!
Selepas lebih dua jam matahari terbit, puas berfoto di Tugu Rimau, kami mulai turun semula ke hotel. Tapi ceritanya belum habis lagi! Pendakian kami awal Subuh yang gelap gelita tadi rupanya melalui kawasan ladang teh yang cukup mempesonakan. Sebab itulah kami minta guide kami untuk berhenti supaya kami boleh merakamkan gambar!

Pokok teh dan daun yang dihasilkan ternyata cukup segar. Kami sempat bertemu dan pakcik dan makcik yang sedang gigih membanting tulang empat kerat mereka dengan memetik daun teh. Selain bertegur sapa ringkas, pastinya ini peluang terbaik untuk kami mendapatkan gambar yang kami inginkan.
Antara kenangan dirakam di sini.
Bu Qasinah sedang memetik daun teh.
Terasa macam dalam filem Hindustan sudah. Haha. Belakang tulah Gunung Dempo!
Tak sangka jalan yang gelap gelita Subuh tadi rupanya mempesonakan begini!
Saujana mata memandang!
Tugu Rimau, Gunung Dempo semestinya antara lokasi yang paling aku suka di Pagar Alam. Tapi kalau ada rezeki, aku teringin kembali ke sin dan mendaki ke puncaknya pula. Aku dimaklumkan bahawa Tugu Rimau selalunya menjadi titik permulaan untuk pendakian ke puncak Gunung Dempo yang mengambil masa lebih kurang enam jam!

Untuk itu, sampai jumpa lagi, Gunung Dempo!
Bergambar kenangan dengan rakan-rakan media untuk trip kali ni.
Tonton video ni untuk lihat sekitar pengalaman aku di Tugu Rimau dan Gunung Dempo!

A post shared by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on
Trip ini terhasil dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Gaya Travel Magazine. Terima kasih!

RELATED POSTS

40 komen

  1. Wah, bestnya...!
    Gigih bangun 3 pagi nak dapatkan view cantik.
    Tapi, kalau tengok hasil dia, memang tak sia-sia lah...

    BalasPadam
  2. awak ni travel luar negara je kan. jeles tul kita.

    BalasPadam
  3. Bestnyaaaaa.....kalau la akak dapat peluang ke sini kan best...

    BalasPadam
  4. pasti tenang melihat kehijauan pemandangan disini. nyamann~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bang. Terasa damai je. Sangat sesuai untuk meredakan diri dari beban kerja dan hiruk pikuk kota. :)

      Padam
  5. Cantik gambar. Kalau ada kesempatan nak juga pergi lihat sendiri pemandangan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! InsyaALLAH... Ada rezeki memang seronok ke sini!

      Padam
  6. cantiknya pemandangan!!! betullah kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman, macam-macam boleh teroka. seronoknya tengok abam kpop travel, hehe, untunglah dah habis belajar boleh jenjalan :-p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai.. Ini sebahagian dari kerja juga. Betul tu, travel sememangnya meluaskan pengalaman dengan bukan setakat menghargai alam, bahkan mengenal budaya di sana. :)

      Padam
  7. Wow so nice tempat ni nanti akan plan untuk pergi sini dan suka tengok gambar dalam blog ni cantik dan menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik, bang! Hihi. Terima kasih... Suka juga tengok gambar-gambar dari blog Abang Maha. Menyelerakan gambar-gambarnya! :D

      Padam
  8. Kalau kena bangun jam 3pagi memang bengkaklah mata jawabnya. Kol 3 biasa mata br nak pejam.huhu. btw memang cantik tempanya. Gambar semua ada style.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha. Tipsnya, memang kena siap tidur awal, penggera kena pasang setiap lima minit atau pakai banyak penggera sekaligus. Tidur dengan member lebih bagus.

      Tapi berbaloilah bangun awal pun. Sebab cantik!

      Padam
  9. Wow cantik pemandangannya. Berbaloi mendaki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik! Tapi taklah mendaki guna kaki. Guna van sebenarnya kalau tak memang kena gerak tengah malam. haha

      Padam
  10. Subhanallah, cantik betul pemandangan di Gunung Dempo. Terima kasih kerana uploadkan gambar pemandangan itu. Nak pergi belum tahu bila boleh sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik, kak. InsyaAllah satu hari nanti kalau ke Pagar Alam bolehlah singgah sini. :)

      Padam
  11. Cantik nya tempat ni. Hrp ada rezeki satu hari nanti

    BalasPadam
  12. Amboi..lawanya view tmpt ni hasif...seronok tgk.pemandangan memukau mcm ni

    BalasPadam
  13. Memang berbaloi sangat bangun awal untuk view macam tu. And iday suka dengan tempat tu sebab ada view mcam tu, berbeza dengan cameron highland. Maybe tempat ni berada di kedudukan tinggi dan menhadap bandar. kalau cameron pula di kawasan terpencil. hehehe

    nice la video. power. hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Mungkin lokasi ini juga lebih tinggi. Dua-duanya ada keunikan tersendiri. :)

      Padam
  14. thanks for sharing! now i only know such a beautiful place! may visit there next time!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  15. Bestnya. Bila dapat peluang begini memang tak lepaskan. Menarik view.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Kann... Pada awalnya tak sangka juga begini indah rupanya.

      Padam
  16. Satu je nak tanya - guna kamera apa ambil gambar nan cantik nie? Cer ajar sket atau buat tutorial cara ambil gambar yang menarik please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiga - GoPro, telefon dan DSLR. hahaha.. Saya bukannya profesional pun. Banyak belajar dengan tengok teknik dan contoh gambar orang lain. :)

      Padam
  17. Cantiknya gambar..tak sia sia bgun pagi buta kalau gambar cantik mcm ni.

    BalasPadam
  18. Cantiknya tempat ni. Terbau-bau hijau dan gunung tu Hasif. Rindu nak travel tempat camni. Sekarang akak travel ke swimming pool hotel je. Hahahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. InsyaAllah.. nanti mesti akan sampai tu kak. Memang sangat menarik dan tenang je dekat sini. :D

      Padam
  19. Naik Gunung Dempo? Serious berbaloi. Tak rugi bangun seawal pukul 3.30 pagi. The view from above is just priceless. You guys are super lucky!

    I visited here before cuma tak berpeluang untuk ke atas Gunung Dempo. Pagar Alam mempunyai banyak keindahan yang para traveller perlu explore. InsyaAllah tak lama lagi it's gonna be a famous destination but I hope that diorang preserve la segala keindahan yang ada di sini.

    Visit ke tea plantation tu pun best. The locals are friendly. They even bagi kita cuba and ajar cara petik daun teh dengan cara yang betul.

    I enjoyed reading this Hasif. Terubat rindu nak visit South Sumatera!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah mana tahu kalau ke sini lagi, you should go to this place, Pojie!

      Lucky you juga sebab ada a few tempat kami tak sempat singgah. Kecewa tapi insyaAllah, there'll always be next time. Cuma harapnya sama juga - moga taklah crowded sangat nanti dan masih dipelihara keasliannya.

      Yup, the locals are indeed very friendly! Pemurah dengan senyuman pula tu. Kita tak terasa asing pun dengan mereka. hihi. :)

      Padam
  20. Cantik sekali pemandangan indah... masuk list travel he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagar Alam memang banyak tarikan semula jadi yang cantik. Memang tak rugi sampai ke sini!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.