Kecantikan Memukau Tokong Fu Lin Kong, Pangkor
Kalau korang Google tempat menarik di Pulau Pangkor, Tokong Fu Lin Kong ini mesti takkan terlepas daripada senarai. Seingat aku sejak aku pernah ziarah tokong ni waktu Tingkatan Tiga (sekitar 2010), lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pangkor!
Terletak di kaki Bukit Pangkor, berdekatan Kampung Sungai Pinang Besar, Tokong Fu Lin Kong ialah tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah tersohor Cina, Lao Tze. Tokong ini dikatakan tokong terbesar yang boleh dijumpai di Pulau Pangkor.
Saat masuk ke kawasan ini lagi, pengunjung mesti akan terpukau dengan pintu gerbang yang cukup tersergam. Di sekitar kawasan bawahnya terdapat beberapa kedai makanan dan cenderamata dengan banyak van-van merah jambu - salah satu identiti Pangkor - membawa pelancong.
Kolam yang tak terlalu besar tapi cukup cantik. |
Haruslah rakamkan kenangan kat sini! |
![]() |
Antara pintu-pintu gerbang yang cukup artistik! |
_________________________
Di sinilah terletaknya Tembok Besar Mini! Haa.. Tak perlu pergi jauh-jauh, di Pangkor sahaja dah ada Tembok Besar juga.
Inilah tempat permulaan untuk Tembok Besar Mini ni. |
Aku sempat mendaki ke salah satu checkpoint tertinggi. Saja nak melihat panorama sekitar kawasannya. Sejujurnya di atas tu tak ada apa sangat pun tapi pemandangannya boleh tahan cun jugak.
![]() |
Inilah bukit yang paling tinggi kat sini! |
Sampai pun akhirnya! |
![]() |
Antara mural pada batu yang banyak boleh dijumpai kat sini. |
Tak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan ini dan tiada kawasan parkir juga disediakan kecuali van pelancong. Mujur aku pun naik motor je waktu ke sini dan parkir pun senang je.
Kalau ke Pulau Pangkor, pastikan Tokong Fu Lin Kong tak terlepas daripada lokasi untuk dilawati ya!
GPS untuk ke sini, KLIK SINI.
43 komen
EEE cantiknya semua gambar dia tangkap. Rasa macam teringin pula nak pergi, bring meeee next time ! haha
BalasPadamHihi... Pulau Pangkor sesuai untuk percutian bajet. Kalau ada rezeki, InsyaAllah mesti sampai tu. ;)
PadamPernah pergi Pangkor..tplama dh, rasanya tak pergi kot tgok tokong ni.
BalasPadamKalau pergi lg..nanti sis jengah ya..:)
Baik, sis. Ini memang antara tarikan utama kat Pangkor jadi rugi kalau tak singgah. Hihi
PadamI didn't know about this place thanks for recommending, the pictures taken are all very nice.
BalasPadamThank you! Yeah, you should come someday! ;)
PadamCantik tokong dia. Will visit one day 😊
BalasPadamYes u should!
PadamBro, header kau gempak gilerr. Anyway, bagus jugak didedahkan mengenai tempat pelancongan seperti ini di Pangkor. Taklah kita selalu fikir yang Pangkor hanya untuk para pelancong berseronok di pantai. Kadangkala, amat penting untuk kita masukkan nilai-nilai budaya dalam destinasi pelancongan kita.
BalasPadamBetul tu bro. Pangkor sememangnya berpotensi dengan banyak lagi tarikan. Apapun thanks bro!
PadamKalau takda blogpost ni. Tak tau pun tempat ni. Kebiasaannya ke Pangkor mesti ke pulau, lepas tu beli makanan laut. Ikan bilis. Orang perempuan ni tidak boleh lari dari shopping kan. Haish. Nak pergi ambil gambar cam hasif. Teringin jalan camni. Tapi takut jalan sorang-sorang. Hahahaha
BalasPadamAhahaha. Biasalah tu Kak Ruby. Saya pun masa mula-mula terfikir Pangkor memang itu juga yang terlintas di kepala. Hihi. Nanti datanglah ya.
Padamcantik tembat abam jalan-jalan ingatkan kat luar negara tadi? nice!
BalasPadamhehe. Kat Malaysia je dah ada dah! Siap Mini Great Wall lagi.
Padamwahhh... cantik betul gambar semua ni. Macam betul2 ada kat sana dah ni. hihihi
BalasPadamHihi.. Terima kasih! Kalau ada ke Pangkor, jangan lupa singgah tau.
PadamOk dah tu boleh jgk merasa berjalan kat china great wall mini
BalasPadamHahaha... Yang mini sudah, lepas ni hopefully dapat sampai ke yang the real one lah pulak. :D
PadamLamanya tak pergi Pulau Pangkor. Struktur dan seni bina tokong fu lin kong ni masih menarik dan cantik lagi kan. Kalau pergi sana memang nak snap pic banyak2.
BalasPadamBetul tu. Ini kali kedua, dah lama daripada yang pertama saya pergi. Diorang memang jaga Tokong Fu Lin Kong ni dengan baik. :)
PadamFirst time dengar nama tempat nie. Next time pergi pangkor pasti akn cuba terjah. The view from the top is so breathtaking. Cantik !
BalasPadamHihi.. Sebenarnya dah lama je famous cuma mungkin sebab tak dihighlightkan sangat kat mana-mana. Apapun, memang puas hati jugak dengan pemandangan dia. :)
Padammemang cantik senibina tokong tu. ala-ala negara China dah rasa dok situ kan
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Pulau Pangkor memang dalam wish list memang nak pergi sana, tengok kat atas nampak cantik view dekat situ...rasa nak explore nanti boleh jadikan entri ni rujukan.
BalasPadamYa, Pulau Pangkor pada saya cukup best kalau bawak famili. Mesti happening!
Padamtak pernah sampai pulau pangkor. nnt nak singgah sini juga la
BalasPadamMesti singgah sebab lokasi ni antara yang terkenal di Pangkor. Rugi kalau tak singgah. ;)
PadamBetul cantik tempat ni. Pernah pegi time ekspedisi pengakap. Tapi sebab dah penat tak lalu nak panjat atas tu haha
BalasPadamAhahaha. Itulah.. Saya faham. Saya teruskan panjat sebab betul2 nak tengok. Last time pergi tak naik pun. 😂
Padameh cantiknyaa!!! kenapa baru tahu ada tempat macam ni, boleh ambik gambar ala2 macam kat negara tanah besar cina hihihi
BalasPadamyanmieonline.com
Kan.. Ahahaha. Sangat unik rekaannya.
PadamWah.. patutlah TB macam pernah tengok tempat ni.. rupanya kat Pangkor.. TB pi dulu tahun 2010 tau.. 10 tahun yang lalu.. hahahaha.. time tu tak banyak sangat beza kalau tengok gambar hasif ni.. mengimbau kenangan betul lah.. kalaulah dapat pi lagi kan bestt
BalasPadamKan.. Diorang masih jaga dengan elok tempat ni. Harapnya, konsistenlah dijaga. 😊
Padamcantik.. bilalah mama nak ke pangkor lagi
BalasPadaminsyaAllah mesti pergi lagi punya tu. hihi
PadamAkak dh pernah pergi tokong ni masa pi Pangkor ngan family..cuma tak tahan dengan bau colok yang dibakar..pemandangan sememangnya cantik..
BalasPadamHaha... Tengok masa dia jugak kot kak. Saya rasa waktu saya datang tu taklah bau sangat kot.
PadamMemang cantik lah tempat ni....
BalasPadamYa, sangat sesuai untuk yang suka mengambil gambar. :D
PadamThe temple really attractive and more beautiful compare to Taiwan Chinese temple.
BalasPadamNever been to one though. But in here, IS beautiful. :D
Padamklentengnya instagramable kali ya :D
BalasPadamKalau x dak tempat parking kereta MCM mana nak pergi Klau naik kereta??
BalasPadamTinggalkan komen di sini.