Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Masjid Seribu Selawat di Pulau Pangkor!

12:38:00 PG Hasif Hamsyari 47 Comments Category : , ,


Dalam trip aku ke Pulau Pangkor baru-baru ni, aku cukup teruja untuk melihat salah satu tarikan terbaharu yang barangkali akan menjadi mercu tanda cukup ikonik di Pulau Pangkor, Perak iaitu Masjid Al-Badr Seribu Selawat yang terletak di Kampung Teluk Gedong.

Tak hanya unik dengan hakikat ia adalah sebuah masjid terapung (malah yang pertama di Perak), masjid ni mempunyai 1,000 kaligrafi dan ukiran halus daripada kalimah selawat baik di bahagian dalam mahupun di luar masjid!

Mula dibina pada 7 Mac 2014, masjid yang melibatkan belanja RM11.7 juta ini, walau bagaimanapun, baru dibuka kepada orang ramai sekitar Oktober 2016. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017 yang lalu.
Beginilah rupa masjid ini dari luar.
Ada jambatan dengan beberapa 'pintu gerbang' yang cukup cantik menyambut korang.
Jubah yang disediakan untuk pengunjung yang tidak menutup aurat.
Ruang solat di bahagian luar yang cukup luas.
Pintu masuk ke ruang solat utama.
Tambah menarik, idea penubuhannya diilhamkan oleh Menteri Besar Perak sendiri iaitu Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan anak jati Pulau Pangkor.

Aku cukup kagum apabila dimaklumkan ukiran di masjid ini tak terhad kepada penggunaan kalimah dan tulisan berbahasa Arab semata, bahkan corak goemetrinya dihiasi dengan corak bunga tekat, bunga yang menjadi identiti dan kebanggaan orang Perak. Nah, walaupun ia mirip kepada masjid di Turki dan Timur Tengah, kita masih boleh berbangga atas elemen nasional yang diterapkan!
Inilah ruang solat utama. Cukup buat aku terpegun!
Ruang solat untuk wanita.
Corak pada kubah yang cukup mempesonakan.
Salah satu pintu yang menghadap laut Pangkor.
Keadaan di salah satu balkoni masjid yang cukup cantik.
Pandangan dari sisi tepi masjid.
Lebih daripada lokasi suci untuk beribadat, ia pantas menjadi satu lagi produk pelancongan terkenal di Pangkor selain Tokong Fu Lin Kong dan Kubu Belanda.

Lepas ni kalau korang ke pulau peranginan ni, pastikan berkunjung ke masjid ini ya!

RELATED POSTS

47 komen

  1. cantik giler hiasa di masjid ni. Ala-ala Masjid Selat di Melaka gak ni. Semoga penduduk setempat terus mengimarahkan masjid cantik ni sepanjang masa. - JMR23.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Saya pun terus teringat Masjid Selat di Melaka juga. Cuma masjid ni jauh lagi daripada daratan. InsyaALLAH... Aminn atas doanya.

      Padam
  2. Ya Allah, cantiknya masjid ni. Sejuk je mata tengok. Atas laut pulak tu. Teringin sungguh nak pergi

    BalasPadam
  3. cantekkknya.. sejuk mata memandang.. xpenah sampai lagi.. siyes.. suka tgk

    BalasPadam
  4. SA pi pangkor 2 tahun lepas x pernah jumpa masjid ni..kami family pi masjid lain..kena pi jugak nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya kak. Ia masih baru lagi. InsyaAllah nanti singgahlah ya. πŸ˜ƒ

      Padam
  5. wah.. teringinnya masuk masjid ni.. TB pernah berapa kali pi pangkor tapi tak pernah pi Masjid Seribu Selawat ni lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab masa TB pergi masih belum siap atau masih terlalu baru kot. InsyaAllah ada rezeki singgahlah ya! πŸ˜ƒ

      Padam
  6. lawanya u ambik gambar! Dengan masjid tu yang lawa, ditambah lagi still uols, kebaboom terus nampak :) indah sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Rasanya memang tempat ni sendiri lawa. Edit sikit-sikit je. Hihi.

      Padam
  7. baru dapat loading gambar2 lawa.. semuanya masjid pun cantik dgn senibina ukiran lawa. tbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, sifu! Ya, memang masjidnya sangat cantik! :)

      Padam
  8. cantik nya hiasan dalaman masjid ni... senibina ukiran yang unik... permandangannya cukup indah sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. rasa nyaman dan tenteram je berada di sini. :)

      Padam
  9. Subahanallah uniknya, teringin nak pergi sini tq share pasal Masjid ni :)

    yanmieonline.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Kalau ada rezeki, datanglah ke sini ya. :)

      Padam
  10. Memang sukakan kaligrafi. Cantik masjid terapung disini.

    BalasPadam
  11. Binaan masjid dengan kalihrafi sangat menarik. Tema biru yg menenangkan

    BalasPadam
  12. Cantik masjidnya dengan kaligraf yang unik

    BalasPadam
  13. Subhanallah cantiknya beruntung sebab dah sampai masjid tu... next time nak pi pangkor harap dapat juga masuk rumah Allah yang cantik sekali....

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... mudah-mudahan sampai juga ya. Memang berbaloi berkunjung ke sini. :)

      Padam
  14. Wah cantik la masjid ni...
    Kita xsampai lagi masjid ni..
    Sebabnya da xingat bila last pi ke pangkor tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe.. Mana tahu datang lagi lain kali. Pastikan singgah ya! πŸ˜‰

      Padam
  15. Subhanallah - cantiknya. Dengan tertulis selawat dan tona biru, Rawlins perlu datang melawat masjid ini kelak.

    BalasPadam
  16. Masha Allah cantiknya masjid.. pergi pangkor pun tak pernah lagi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datanglah ke Pangkor! Serius banyak benda menarik! πŸ˜ƒ

      Padam
  17. wah really many places to visit now in Pulau pangkor! i didnt even learn that when i took my tour guide license last time! lol

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah.. Thats mean u should come here againlah! Hihi πŸ˜‚

      Padam
  18. The design of the mosque is so detail. The mosque is nice and huge.

    BalasPadam
  19. Cantik betul pemandangan masjid ni gambar ni edit kepada HDR ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Naikkan sedikit brightness dan contrast je ni.. πŸ˜‰

      Padam
  20. Subhanallah, cantiknya ukiran corak dekat dinding masjid tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya! Tambah2 dengan elemen tempatan bunga tekat tu. Cantik sangat!

      Padam
  21. wowwww! RM11.7 juta, memang mahal dan hasilnya tersangatlah indah hasif. Akak tak pernah lagi ke Pangkor, tapi macam ada niat nak bawak family ke sana. InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai kak! Ada kawan blogger pun bawak famili bercuti waktu saya ke sini. Dan memang meriah lagi-lagi waktu cuti sekolah ni. Saya sendiri pun cadang nak bawa famili ke sini lain kali. :)

      Padam
  22. Subhanallah, cantiknya masjid ni. Teringin nak pergi la. Insyaallah nanti kalau kita pi Pulau Pangkor boleh singgah ni. Namanya pun dah unik! Tiada alasan dah tu untuk kita tidak menutup aurat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang lepas ni akan menjadi tarikan mesti singgah. Cantik sangat!

      Padam
  23. Minta izin untuk ambil gambar tau bang..😁

    BalasPadam
  24. Saya minta izin untuk ambil gambar tau bang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon emel ke hasifhamsyari@yahoo.com serta kredit/tag saya jika dimuatnaik di mana-mana. Terima kasih.

      Padam

Tinggalkan komen di sini.