Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

'Pesta' Makan sempena Hari Natal di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral!

11:11:00 PTG Hasif Hamsyari 38 Comments Category : ,


Ho... Ho... Ho... 

Pejam celik, pejam celik Hari Natal dan mendekat semula. Untuk yang meraikannya, pasti perayaan kali ini lebih meriah sebab dapat berjumpa dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga dan kawan-kawan. Untuk masyarakat Malaysia secara amnya, perayaan begini secara tak langsung pun menyebarkan semangat muhibah antara kita.

Dan kalau sudah namanya orang Malaysia, salah satu elemen terkuat yang menyatukan kita - tak lain dan tak bukan - mestilah melalui makanan! Haha. Mengaku jelah - sebab aku pun salah seorang daripadanya.

Sempena Hari Natal, apa kata singgah ke Restoran Nook di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral antara 1 Disember sampai 30 Disember ni. Apa yang menariknya, selain menu wajib untuk Hari Natal, korang masih boleh mendapatkan makanan tradisi yang cukup pelbagai, jelas bagi memenuhi citarasa korang yang pastinya akan rambang mata saat sampai di meja hidangan.

Bagi penggemar daging dan ayam, bersiap sedia untuk seleksi yang pastinya lebih-daripada-cukup untuk menampung selera 'hantu' korang tu. Antara menunya ialah kambing panggang herba, tulang rusuk salai rebus, daging Stroganoff (stik sirloin gaya Perancis), ayam panggang peri-peri, daging goulash. Peminat ikan pula mesti mencuba siakap stim diorang yang memang cukup menyelerakan!

Hidangan sampingan yang menarik untuk dicuba juga termasuklah stuffing epal dan buah berangan, kubis Brussels dengan hirisan daging, kentang wedges dengan herba, kentang lecek (mashed potato) dengan bawang putih dan banyak lagi hidangan masakan Barat dan tradisional yang popular.

Mana mungkin akan sempurna Hari Natal tanpa Ayam Turkey Panggang! Aneka makanan sampingan, kondimen dan sos seperti Stuffing Buah Prunes dan Berangan, Sos Giblet, Sos Kranberi, Jus Ayam Asli, Mustard Potato Dauphin Oise, Labu Bakar, Brokoli Polonaise dengan Mentega dan banyak lagi pasti akan terus membuka selera korang.

Kalau yang masih mahukan selera Asia, cubalah Daging Stew dengan Kunyit dan Kelapa, Udang dengan Pes Cili dan Petai, Tauhu Goreng Pedas dengan Kentang, Kuah Dhall French Bean, Bendi Kurma, Udang Mentega dengan Oats, Daging dengan Sos Barbeku Cina dan banyak lagi.
Sebagai melengkapkan sebuah pesta makanan musim Krismas ni cubalah antara pencuci mulut yang disediakan kat sini. Tengok hiasan dan reka bentuknya saja dah cukup menarik!

Dari pelbagai jenis pai macam Epal, Labu, Kacang Pecan dan Lemon Meringue sampailah kek yang beraneka macam Kek Chocolate Log, Kek Keju Cappuccino, Trifle Butterscotch, Pavlova Aneka Beri, Pudding Toffee dengan Sos Karamel, Kek Keju Strawberi, Brownies Coklat Pudina, Profiterole Citrus dan macam-macam lagi!



Nah, tak ada alasan lagi untuk korang tak datang sendiri ke Nook, Aloft KL Sentral ni. Makanannya memang cukup banyak dan yang penting, korang pun dapat meluangkan masa dengan yang tersayang dalam suasana yang cukup selesa.


Buffet istimewa Hari Natal ni dah bermula dari 1 Disember sampai 30 Disember 2017, setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga yang ditawarkan ialah seperti berikut:
  •  RM118 nett (1-30 Disember 2017) 
  • RM128 nett (sewaktu Hari Natal - 25 Disember 2017)
Untuk tempahan, silakan hubungi 03-2723 1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com. Ikuti juga mereka di Facebook dan Instagram!

RELATED POSTS

38 komen

  1. wow cantik gila photos makanan you, time krismas ni memang selalunya dorang serve ayam belanda memang signature

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Betul tu! Ayam belanda tu memang hidangan wajiblah kalau ada buffet krismas macam ni! ;)

      Padam
  2. setuju! makin boleh menyatukan kita semua.. jarang org malaysia bergaduh sebab tak cukup makan..haha - jmr23.com

    BalasPadam
  3. Alahaiii... Sedap-sedap semua makanan tu. Harga pon boleh tahan kan. Sekali sekala ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya kak.. Sekali sekala. Makanannya pun mmg puas hati. 😁

      Padam
  4. Byk nya post psl buffet ni huhuhu kelaut la diet nye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha. Kalau festives season ni diet susah menjadi sis. 😂

      Padam
  5. perghhhhh semua makanan yang di hidang sangat menarik selera especially kambing panggang herba dan tulang rusuk salai rebus tu. desert pula bukan main comel. rasa syg nak makan pula tgk deko desert tu. harga pun quite reasonable.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Ayam belanda tu pun power! Nanti cubalah kalau makan ke sini. 😉

      Padam
  6. Rawlins nie penggila dessert dan Xmas adalah perayaan paling best sebab banyak gila dessert! Tahun nie nak pergi merayau rumah kengkawan pastu paksa dorang datang makan kat Nook

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Krismas mmg meriah lagi2 dengan hidangan dessert. Saya tak suka makan manis2 sangat tapi pada yang gemar memang heavenlah kalau makan di sini. Hihi

      Padam
  7. alaaaa....perut tengah lapa..dok baca entry ni lagi la...sabar je tau..semua makanan nampak menarik dan dari segi harga macam berbaloi jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha. Sorry sis. Kalau ada kelapangan bolehlah singgah ke sini. 😉

      Padam
  8. Ya Allah, makanan dia semua nampak menyelerakan sangat. Yang buat saya paling tertarik kek bentuk kayu log tu. Menarik betul

    BalasPadam
  9. Bestnya Aloft KL ni. Banyak betul pilihan makanan, deko menarik sempena krimas dan nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau ada kelapangan, bolehlah singgah ke sini, sis. InsyaAllah berbaloi! ;)

      Padam
  10. Wow awak kagum kita bukan setakat gambar bercuti gambar makan pun semua cantik2 dan menggiurkan rasa macam nak makan lagi hehehe rugi tak makan banyak2 hari tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk ini kita belajar dengan sifu. Mestilah abang Maha... Haha

      Padam
  11. food looks good... I am already feeling peckish... why you no ajak me... -just kidding....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha.. I pun sebenarnya gantikan kawan last minute! Hihi

      Padam
  12. Their buffet is good. I have try several times and love it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow, really! I would love to repeat having buffet here next time. Probably with my loved ones. ;)

      Padam
  13. SepapnyA tgk dessert dia. Terlioq lak tgok...nanti nak cuba kat sini pulak tahun ni

    BalasPadam
  14. Bestnyaaaaa.... lama pulak rasa tak sentuh makanan hotel ni,hihi. Rugi lak tak ikut haritu

    BalasPadam
  15. Sedapnyaaaa...
    Alahaiiiiiii....
    Harga pulak boleh tahannnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. itulah. ada rezeki datanglah sebelum promosinya habis!

      Padam
  16. Sedap-sedap nampaknya makanan kat sini, boleh pergi makan sempena anniversary ni

    BalasPadam
  17. I still wonder, macam mana diorang boleh masak ayam sebongkah itu. Hahaha.... look yummilicious!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Itu boleh je tanya dengan chef kat sini. Datanglah dan cuba sendiri! :D

      Padam

Tinggalkan komen di sini.