The Rucksack Caratel - Jonker Wing: Penginapan di tengah Semuanya
Kalau ditanya di mana lokasi yang popular dalam kalangan pelancong di Melaka, mestilah di Bandar Hilir! Bangunan Merah Stadhuys, Christ Church, Jonker Street, Sungai Melaka, Muzium Samudera, Dataran Pahlawan, semuanya terletak berdekatan je. Dan di tengah tarikan bersejarah yang memukau ini, aku ada satu lokasi penginapan yang aku nak cadangkan dalam artikel kali ni.
The Rucksack Caratel - Jonker Wing
![]() |
Pintu utama The Rucksack Caratel - Jonker Wing. |
Jangan terkeliru dengan hotel yang pernah aku review sebelum ini iaitu The Rucksack Caratel - Garden Wing. Artikel tu boleh dibaca DI SINI.
Hotel ini ialah hotel terbaru dalam rangkaian jenama The Rucksack Caratel. Ia terletak betul-betul di tengah bandar Melaka, seperti yang aku katakan - hampir semua tarikan pelancongan utama di Melaka boleh dicapai dengan hanya seminit ke lima minit jalan kaki je dari hotel ni!
Bangunannya sendiri ialah bangunan lama di Jalan Laksamana, yang menjadi saksi kepada jatuh bangun Melaka sejak zaman penjajah lagi.
Bangunannya sendiri ialah bangunan lama di Jalan Laksamana, yang menjadi saksi kepada jatuh bangun Melaka sejak zaman penjajah lagi.
Jadi kalau korang mencari penginapan yang cukup memudahkan percutian korang, cubalah menginap di sini!
Satu yang aku suka tentang hotel ni ialah penataan gaya yang cukup sofistikated. Di segenap ruang, terpamer sentuhan gabungan gaya Peranakan, Portugis, Belanda dan semestinya Barat. Tak mustahil lah kalau hotel ni memang cukup Instagram-worthy!
Tak perlu pergi jauh, ruang lobi sahaja dah cukup menarik perhatian aku. Lobinya bergabung terus dengan ruang Kafe Big Mamas yang baru dibuka Oktober lalu.
Ruang lobi ni jugak sesuai diadakan acara macam parti hari jadi, pelancaran produk, perjumpaan korporat mahupun acara rangkaian.
Ada 25 bilik je dekat hotel ni tapi semuanya memiliki keunikan tersendiri. Untuk penginapan aku baru-baru ni, aku memilih bilik jenis 'The Puteri'. Kenapa aku memilih bilik ni? Sebab bilik ni pada pemerhatian aku sangat cantik dan, yang penting, selesa!
Bilik aku yang boleh memuatkan dua orang ni juga di bahagian penjuru hotel dengan pemandangan bahagian belakang yang lebih terbuka. Untuk lebih privasi, aku sangat mencadangkan bilik jenis ini. Harganya pun bermula daripada RM247 per malam yang pada aku kira berbaloi!
Selain tu, bilik ni juga memiliki tandas yang paling luas antara semua. Haaa... Maksudnya, keselesaannya pastilah lebih lagi!
Antara jenis bilik lain yang disediakan ialah Jonker Queen, Jonker Twin, Grand Jonker dan Grand Famosa.
Berikut ialah ciri asas yang lengkap untuk setiap jenis bilik:
Berikut ialah maklumat tentang The Rucksack Caratel - Jonker Wing sebagai rujukan korang.
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada The Rucksack Caratel - Jonker Wing. Terima kasih!
LOBI
Salah satu port cukup Instagrammable di bahagian lobi. |
Tak perlu pergi jauh, ruang lobi sahaja dah cukup menarik perhatian aku. Lobinya bergabung terus dengan ruang Kafe Big Mamas yang baru dibuka Oktober lalu.
Bahagian reception di bahagian tengah yang bersambung terus dengan kafe Big Mamas. |
BILIK
![]() |
Katil di bilik 'The Puteri'. |
Bilik aku yang boleh memuatkan dua orang ni juga di bahagian penjuru hotel dengan pemandangan bahagian belakang yang lebih terbuka. Untuk lebih privasi, aku sangat mencadangkan bilik jenis ini. Harganya pun bermula daripada RM247 per malam yang pada aku kira berbaloi!
Beginilah ruang kamar bilik aku. |
Meja dengan cable TV. |
![]() |
Dari kiri: Kuih nyonya dengan cerek elektrik, cawan dan minuman disediakan secara percuma; antara kemudahan lain termasuklah seterika dan peti besi keselamatan. |
Beginilah ruang tandasnya yang memang luas gila! |
![]() |
Antara kemudahan yang disediakan di dalam tandas. |
Peringatan: Setiap katil tidak dibenarkan katil tambahan.
Berikut ialah ciri asas yang lengkap untuk setiap jenis bilik:
- kabel TV
- kemudahan mandian yang lengkap
- peti simpanan keselamatan
- hot shower
- selipar
- rak pakaian
- pengering rambut
- cerek elektrik
- telefon
- peti sejuk mini
- seterika dan papan seterika
- Wi-Fi percuma
Berikut ialah maklumat tentang The Rucksack Caratel - Jonker Wing sebagai rujukan korang.
Alamat:
The Rucksack Caratel - Jonker Wing,
16, Jalan Laksamana, Bandar Hilir,
75000 Melaka, Malaysia.
Nombor Telefon:
+06 - 281 1751
E-mel:
Media Sosial:
#solovethefeeling #therucksackcaratel
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada The Rucksack Caratel - Jonker Wing. Terima kasih!
47 komen
bestnya hotel ni, nampak sangat kelas. Nak buat stok gambar ootd pun sangat nice
BalasPadamiya... memang cun sangat! sangat cool dan hipster! :D
PadamUniknya hotel macam ni. Lain sket la daripada hotel yang biasa duduk tu....
BalasPadamYa. Banyak sangat kelebihannya yang menjadikan hotel ni antara pilihan ultimate untuk para travellers ke Melaka!
Padamcantiknya bilik dia nampak classsy dan hipster ! setiap gambar masuk insgram ni !
BalasPadamhehehe. memang pun! boleh pening juga memilih gambar untuk Instagram. Hahaha.
Padamnampak selesa dan menenangkan biliknya.. kemas dan palign penting.. tandas dia besarrrr weh.. boleh muat 2-3 orang mandi tu... haha..
BalasPadamTapi tak adalah sampai nak ajak dua tiga orang sekali masuk! Lain pula jadinya nanti. Hahaha. Tapi sejujurnya memang sangat luas.
Padamwah , susunan lain dari yang lain , yang penting keselesaan pengunjung
BalasPadamBetul tu. Dan The Rucksack Caratel - Jonker Wing ni memang tak berkompromi soal keselesaan pengunjung. Don't worry! :)
Padamdamn nice. i'd love to go here too
BalasPadamYeah, you really should, on your next visit to Melaka ya!
PadamNampak menarik hotel ni dan sesuai utk orang bujang2 gitu..
BalasPadamYa, betul! Memang sesuai sangat. :D
PadamMenariknya hotel ni. Boleh la nak try menginap di sini bila bercuti ke Melaka nanti
BalasPadamYa, memang berbaloi. Semua tarikan pun dekat. Mudah!
PadamBila tgk harga mcm mahal tapi bila tgk gambar ruang bilik semua baru rasa memang berbaloi dgn harga tu. Selesa, menarik dan nampak bersih. Terletak di tgh bandar yg penting.
BalasPadamBetul. Memang sangat dekat dengan hampir semua tarikan utama kat Bandar Hilir ni. Pada saya cukup berbaloi!
PadamBestnya. Banyak instagrammable spots. Jaranglah dtg Melaka menginap. Selalu balik hari je. Lepas nie mungkin boleh consider hotel nie. Nampak menarik dan selesa !
BalasPadamBetul tu. Cubalah sekali-sekala. ;)
Padammenarik hotel hipster ni nampak nice... semua keperluan lengkap.. bolehlah pilih hotel ni kalau nak bermalam dekat melaka nanti cantik gambar photoshot ni...
BalasPadamHihi. Terima kasih. Kalau nak dapatkan idea untuk gambar cantik, cubalah gunakan #solovethefeeling tu kat Instagram ya. :)
Padamya ampun gambar cantik...nampak menarik hotel ni...swag dan stylo heheh..haruslah terjah satu hari nanti
BalasPadamMesti.. Memang berbaloi! ;)
Padampaling berkenan bab toilet n dekorasi bilik. ala2 hipster n cantek. baru je poergi melaka tapi dok a famosa. tak pe next time nak pi menginap sini. tenkiu ye fot that info
BalasPadamA' Famosa tu memang dah cukup terkenal. Sebenarnya masih banyak lagi hotel2 cantik di sekitar Melaka ni. Dan The Rucksack Caratel ni ialah antara yang terbaharu!
PadamCantiknya hotel ni. Bathroom pun nampak luas dan kemas. Mesti best stay kat sini
BalasPadamhihi. memang best bang. Nanti kalau ke Melaka, bolehlah consider hotel ni. Selesa dan mudah ke semua tempat!
PadamMak ai tandas dia besarnya. Tp nampak selasa especially siapa nak g honeymoon. Senang nak berjalan2 di melaka lepas tu
BalasPadamBetul tu kak. Percutian pun mesti akan smooth since semua terletak dekat2 je.
PadamThe hotel so clean and instagramable. I like the modern design.
BalasPadamIt is! You should try it someday. :D
PadamTerbaiklah nampaknya servis dan perkhidmatan hotel ini. Peti sejuk mini dah jadi kewajipan untuk ada setiap bilik hotel sekarang
BalasPadamIya.. Hihi. senang nak sejukkan minuman atau makanan bahan mudah rosak. :D
PadamI love the toilet! Anything with black n white tiles are just so vintage! The place looks clean, will keep this in mind when I happen to dropby Melacca for a visit.
BalasPadamYes, you should! May you have a good time soon!
Padamstylo giler hotel ni..simpla. tapi nampak elegan. tambah lagi dengan hasil photo bro yang mantap!
BalasPadamhihi. Terima kasih! Hotel ni sendiri memang cun...
PadamHasiffffff.... akak datang ni haaaaaa.... cantik gila dekorasi dalam bilik ni. dia punya rekaa perabut pun unik. Apatah lagi dekorasi dalam toilet tu. Cantik! Puas hati stay situ. Nanti la nak cuba stay sana one day bila ke Melaka.
BalasPadamBaik, kak. Kalau ke Melaka, rogerlah saya. Kita jalan2 sama. Hihi.
PadamCantiknya dekorasi bilik hotel nih..stylo la..
BalasPadamYup, memang puas hati dengan design dia. Selesa yang amat!
PadamWah cantik hotel walaupun ia adalah bangunan lama.
BalasPadamYa, betul tu. Memang cantik!
Padamnampak menarik hotel ni. neeza kalau ke melaka memang ke hatten je tapi tulah lepas baca entri hasif mungkin dipertimbangkan
BalasPadamBanyak hotel lain di Melaka Neeza. Ni salah satu yang patut cuba!
Padamhehehe sebenanye usha hotel ni sbb nmpk awk update rtu la, giler #hipster
BalasPadamTinggalkan komen di sini.