Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

[VIDEO] My klia2 Experience

7:29:00 PTG Hasif Hamsyari 44 Comments Category :


Tau tak, klia2 adalah lapangan yang terbang yang sama dengan KLIA. Bezanya, KLIA ialah terminal pertama, dan klia2 ialah terminal kedua!

Ini antara yang ramai tak tahu dan masih kurang jelas. Apa yang lagi parah, ramai yang pandang rendah kat klia2 sampai ramai pulak yang anggap lapangan terbang ni sebagai lapangan terbang kos rendah. Isy... Isy... Isy... Padahal hakikatnya, klia2 ada kelebihan yang setara je dengan KLIA!

Aku tak tahu pada orang lain, tapi setakat aku travel ke mana-mana destinasi, jarang sekali - atau seingat aku, tak pernah - ada sebarang masalah di klia2. Malahan aku lebih enjoy di klia2 ni tau. Sebab tu aku selalunya akan datang dua tiga jam awal - boleh jadi, lebih awal lagi - supaya boleh jalan-jalan dekat kedai-kedai terutama butik pakaian dan kedai makan kat sini sementara menunggu waktu pelepasan.

Haa... Ini antara salah satu kelebihan klia2 yang cukup luas ni selain staf yang ramah, banyak port yang cantik untuk bergambar (ehem!) dan macam-macam lagilah. Haa...

Aku tak sentuh soal syarikat penerbangan sebab itu adalah satu perkara yang berbeza. Apa-apa masalah syarikat penerbangan ialah masalah syarikat penerbangan itu sendiri. Tak adil kalau mahu menuding pada klia2 atau mana-mana lapangan terbang sekalipun.

Pun begitu, selagi mampu, diorang sentiasa sedia memberikan bantuan tau. Misalnya kalau terlepas kapal terbang dan tak tahu apa tindakan kecemasan boleh dilakukan, boleh je rujuk pada mereka secepatnya.

Pendek kata, klia2 sejujurnya memang antara lapangan terbang kegemaran aku di Malaysia. Tontonlah video yang aku dah sediakan ni untuk lebih faham tentang pengalaman aku di klia2 yang mungkin ada antaranya korang masih belum tahu lagi. Hihi.


Apa kata korang?

RELATED POSTS

44 komen

  1. Ana hanya pernah sekali je ke KLIA tu pun saja jalan. Tp ana lg suka klia2 sbb dah biasa dkt sini. Tempat selesa dan byk pilihan. Memang akan dtg 2 3 jam awal so boleh enjoy jln2 dlm ni.

    BalasPadam
  2. TB rasa ok je KLIA2...sama macam awak.. kalau pi mesti nak awal.. sebab nak jalan2 dulu dalam tu.. banyak nak singgah.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. memang sebaiknya datang awal pun supaya perkara2 yang tak dijangka pun boleh diatasi awal juga.

      Padam
  3. zaza antara yang belum pernah jejak KLIA hehe..tengok pun hasil-hasil gambar yang orang share je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh... nanti singgahlah! tak semestinya perlu pergi kalau naik kapal terbang saja. :)

      Padam
  4. Akak dah 2 kali experienced KLIA2, so far takde masalah..cuma jauh nak ke boarding area je..hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Saya faham kak. Kalau kena gate jauh saya biasa jalan2 dulu. Tak semestinya membeli, kadang2 cuma cuci mata tengok barangan baru. haha

      Padam
  5. Memang suka pergi awal kalau boarding via klia2 sebab akan lepak lama2 di Starbucks dia hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha. sekali sekala nanti cubalah kedai-kedai makan lain juga. sedap juga tau!

      Padam
  6. Belum pernah nak tengok kesana . Korang di Indonesia :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti kalau ke Malaysia mesti lalu sini. Datanglah ya. :)

      Padam
  7. Hahahhaha no offense! Still not my fav..bagi saya, cukup la sekali lol..cukup mengajar erti perit lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha. tak apa... mungkin mereka akan baiki juga mana-mana kelemahan nanti. :)

      Padam
  8. Bonde pernah pi site KLIA 2 ni dulu wahhhh teruja sangat... kadang2 pi makan dekat KLIA 2 maklumlah umah dekat jerrr

    BalasPadam
  9. Actually KLIA2 ni paling malas nak pergi kalau kena gate tu jauh sangat belah hujung nak jalan memang penat tapi nasib sepanjang dalan ada macam-macam dan pemandangan cantik hehehehe good video dah boleh jadi Vlogger lah lepas ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bang. pemandangan airport pun boleh jadi fotogenik juga. hihi. terima kasih... insyaAllah...

      Padam
  10. seronok tau dulu tinggal dekat taman nilai rajin betul kE klia, umpama shopping mall heaven la dekat KLIA especially dapat usha usha hansome pilot gitu haha

    BalasPadam
  11. Hmm...So far few times mmg terbang dr KLIA2, KLIA bila nak naik MAS je..hahaha...Actually Sally xde la masalah dgn KLIA2 tp rasanya macam semua org jugak la..boarding gate terlalu la jauh kan..but overall KLIA2 still my fav :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. sesekali exercise. pada saya pun rasa jauh jugak tapi selalu jalan2 dekat2 kedai2 tu jadi taklah terasa sangat.

      Padam
  12. KLIA2 still improving. Hope they will more thing to see, enjoy, play and eat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I think they have a lot already but in near future, I'm sure they'll have a lot more. :D

      Padam
  13. Bestnyaaaaaaa bleh rekod video. Kita takut nak rekod video kat KLIA. Kang kena macam kat airport Bangkok. Suruh stop rekod dan cek henfon dan delete video dan gambar yang dah di ambil sebelum tu. Kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha. tapi masih ada limit juga kak. ada bahagian memang tak boleh dirakam pun.

      Padam
  14. Pernah pergi 2 Kali, best jalan2 Kat sini..mmg btl byk tempt cantk utk ambl gmbr. Seronok jerk lepak Kat sini sambil2 tgk kerenah org ramai hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. klia2 pun dah jadi macam tarikan pelancongan dah. haha

      Padam
  15. Klia 2 memang syok kedai pun banyak boleh cuci mata hihi. Lagipun bukannya naik flight pun Saje jela jalan-jalan bawak anak tengok kapal terbang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga. ramai juga rupanya yang ke klia2 bukan bertujuan nak naik flight. ada yang bershopping dan ada pula yang sekadar nak cuci mata. hihi

      Padam
  16. KLIA 2 ni best gila kot, banyak kemudahan yang disediakan, hotel, restoran, tempat shopping paling best dan pelbagai kemudahan lagi yang ada di KLIA 2 ni, Yang tak best, bila dapat gate yang jauh nun di sana,bahahhahhahahaha... Apapun, akak suka je naik flight di KLIA 2, lengkap semua. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha.. saya pun sama macam akak juga. Setuju juga part gate tu jauh tapi sekarang kalau akak perasan makin banyak kedai sepanjang jalan. jadi taklah berapa bosan/penat lagi2 kalau kedai makan. hihi

      Padam
  17. Sebenarnya KLIA2 lagi best dari KLIA1. Banyak kedai menarik dan pilihan restoran makanan.

    BalasPadam
  18. harap cas KLIA2 RM3 yang dikenakan oleh airasia dihapuskan..hehe - jmr23.com

    BalasPadam
  19. somehow i feel so expensive to take ERL express from KLIA back to town like KL sentral. :S

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. luckily we still have other options! try bus then! ;)

      Padam
  20. KLIA2 nampak lebih menarik berbanding KLIA.. Tapi lebih banyak pergi ke KLIA2 berbanding KLIA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... KLIA banyak penerbangan mewah. Hihi. Apapun, dari segi fasiliti kedua-duanya hebat. :)

      Padam
  21. KLIA2 ok laa puas hati tak rasa sesak sangat walau orang ramai juga

    BalasPadam
  22. i remember not knowing where to go when i first get here. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha! I have to admit, it IS actually huge and spacious!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.