Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Bagaimana Travel ke 9 Destinasi di Singapura dalam Masa Sehari?

3:19:00 PTG Hasif Hamsyari 38 Comments Category : ,

Penutup tahun 2017, aku singgah ke Singapura. Tak lama pun, sehari je. Tapi banyak weh tempat yang aku dengan beberapa lagi rakan blogger singgah. Kalau korang belum ke Singapura - walaupun negara jiran kita ni sebelah je woi - dan tak fikir untuk percutian yang panjang, aku sangat cadangkan korang ambil pakej ni daripada RAINI Travel.

Percaya atau tak, harganya bermula daripada RM135 je! Pada aku, memang berbaloi kot sebab ia termasuk kos pengangkutan dari KL sampailah berjalan-jalan sakan kat Singapura. Servisnya pun fleksibel bermakna korang boleh susun juga jadual ikut kesesuaian. Iyalah, mana tahu korang nak bawak famili termasuk anak kecil, tak adalah masalah nanti!

Sejujurnya, ini adalah pertama kali aku ke Singapura. Jadi trip sehari macam ni, kalau pada pandangan aku, cukup sesuai untuk first-timer mengenali Singapura dengan lebih mendalam walaupun dalam masa yang singkat.

Aku tak nak cerita panjang tentang prosesnya semua tapi aku nak fokuskan pada apa yang korang boleh bayangkan pada setiap tempat yang aku singgah dalam masa sehari. Jom mula!

1. Merlion Park


Tak sah kalau tak singgah ke sini dulu sebelum destinasi lainnya sebab kat sinilah terletaknya lambang kemegahan warga Singapura!

Sebab tugu ni dah terlalu dikomersialkan, mungkin ada antara korang yang tak perasan bahawa badan tugu ni ialah ikan atau duyung, manakala kepalanya ialah kepala singa. Biasa dengan istilah mermaid (duyung)? Gabungkan dengan lion (singa) maka jadilah 'merlion'. Gituuu...

Simbolik di sebalik tugu ni menyoroti kesederhanaan Singapura yang bermula sebagai perkampungan nelayan. Dan itulah juga makna Temasek (sebelum dikenali Singapura) dalam bahasa Jawa. Kepala singa itu pula merujuk kepada nama asalnya sesudah itu iaitu Singapura (Kota Singa). 
Suasana di sekitar Merlion Park.
Dari sini, korang boleh nampak beberapa lagi mercu tanda Singapura macam Marina Bay Sands, antara bangunan termahal dunia ($55bilion) dan Esplanade

2. Esplanade Theatre

Esplanade Theatre.
Dengan keluasan 6 000 meter persegi, Esplanade mampu menampung 1 600 orang untuk dewan konsert dan teater dengan kapasiti 2 000 orang. Tarikan kesenian yang dilancarkan pada 2002 ini dinamakan Esplanade kerana kedudukannya di Taman Esplanade.

Persinggahan aku ke sini tak sampai masuk ke dalam pun. Sebab tak sempat. Tapi mudah dicam sebab bentuknya yang unik. Lokal sendiri merujuk bentuknya macam durian sebab 7 000 kepingan aluminium pelindung matahari berbentuk segitiga menjadikannya macam bentuk duri.

Sehingga kini, Esplanade Theatre tersergam sebagai lokasi pementasan seni bertaraf dunia.

3. Bugis Street Market

Bugis Street Market.
Kalau korang tertanya-tanya di mana lokasi membeli belah paling besar, paling murah dan paling 'panas' di Singapura, inilah tempatnya!

Dari buah tangan, aksesori kecantikan, pakaian, alatan elektronik, kosmetik sampailah ke alat tulis, makanan dan minuman, semuanya boleh didapati di antara 800 kedai yang terdapat di sini. Dulu, kawasan ini ialah pasar yang terbuka namun kini sudah berbumbung, memberi keselesaan untuk pengunjung membeli belah walau dalam cuaca yang tak dijangkakan.

Dibuka seawal 11 pagi sehingga 10 malam (atau kadang-kadang sampai jam 12). 

4. Kampung Glam


Jangan terkeliru sebab di Melaka juga ada Kampung Gelam tau. Haha.

Pada 1822, Kampung Glam di Singapura ini telah diperuntukkan untuk komuniti beragama Islam, termasuk Melayu, Arab dan Bugis. Di sini menjadi antara kawasan yang masih tepu dengan nilai keMelayuan. Namun, di sini juga mewah dengan pertembungan budaya Arab dan Bugis, yang mana korang boleh jumpa lorong-lorong macam Bussorah Street dan Arab Street dengan kafe, restoran dan kedai berkonsepkan kebudayaan ini.
Antara barang hiasan yang terdapat di Bussorah Street.
Untuk meneroka sekitar kawasan ini, traveller biasanya akan mula daripada satu lagi mercu tanda Singapura iaitu Masjid Sultan.

Kawasan ini cukup menyeronokkan terutama sewaktu Ramadan.

5. Masjid Sultan

Masjid Sultan.
Di perkampungan yang sarat dengan masyarakat berpegangan Islam, Masjid Sultan menjadi titik tumpu yang cukup ikonik di sini.

Ia dibina pada 1824 untuk Sultan pertama Singapura iaitu Sultan Hussein Shah. Selepas beratus tahun lamanya, masjid ini makin uzur sebelum kemudian diberi wajah baru sentuhan Denis Santry yang membinanya semula pada 1932.

Satu info menarik, kalau ke sini perhatikan kubah-kubah berbentuk bawang yang sebenarnya simbolik kepada penyatuan masyarakat Muslim tanpa mengira ekonomi - mereka menderma walau pun miskin.

6. Restoran Zam Zam 

Memang sedap menikmati murtabak Singapura ni!
Salah satu makanan yang cukup popular di Singapura ialah murtabak. Dan kalau ditanya di mana pemulanya, itulah Restoran Zam Zam, yang terletak tak jauh dari Masjid Sultan!

Restoran India Muslim ni cukup terkenal dengan hidangan murtabak yang datang dalam pelbagai jenis dan saiz selain nasi beriyani. Tak hairanlah setiap masa, restoran ini selalunya penuh. Dari segi harga, agak mahal sedikit tapi masih berbaloi sebab rasa murtabak aslinya yang memang tak boleh dipertikaikan kesedapannya lagi.

Begini luaran restoran yang cukup masyhur ni!

7. Resort World Sentosa

Globe yang cukup sinonim dengan lokasi yang satu ini.
Terletak di Pulau Sentosa, Resort World Sentosa ialah 'syurga' pada keseronokan untuk setiap peringkat umur. Daripada hotel lima bintang bertaraf dunia, tarikan taman tema yang ikonik dan akuarium terbesar di dunia, Resort World Sentosa sentiasa menjadi antara sebab utama pelancongan gemar ke Singapura.

Cuma untuk trip ini, tak dapat nak masuk ke dalam tarikannya, terutamanya Taman Tema Universal Studios. Selain harga tiket yang agak mahal, tak sempat sebenarnya kalau nak pusing satu taman tema tu dalam masa sehari.

Tapi, bergambar dengan globe Universal Studios tu pun sebenarnya sudah cukup memadai! Secara terus terang, ini memang antara sebab ultimate untuk aku kembali lagi ke Singapura lepas ni. Kali ni, untuk merasai sendiri pengalaman di Universal Studios!

8. Palawan Beach

Palawan Beach.
Pantai yang sinonim dengan percutian berkeluarga kalau di Singapura tak lain tak bukan ialah Palawan Beach ni. Kecantikannya memang sukar dipertikai dan keseronokan di sepanjang pantainya menjadikan ia antara lokasi cukup digemari di sini.

Pelancong juga boleh menjejakkan kaki ke titik selatan paling hujung benua Asia yang terletak di sini. Sejujurnya, memang ada perdebatan tentang pengiktirafan itu memandangkan Singapura sendiri ialah sebuah pulau - bermakna bukan sebahagian daripada tanah benua Asia. Malah, mahu ke titik ini juga dihubungkan dengan jambatan gantung.
Jambatan Gantung yang menghubungkan pengunjung ke sebuah lagi pulau kecil.
Papan tanda yang mengatakan pulau ini sebagai paling Selatan di tanah Asia.
Yang dikatakan pemilik sebenar pengiktirafan itu ialah di Tanjung Piai, Johor, Malaysia.

Apapun, pemandangan di sini memang cukup cantik dan memukau! 

9. Gardens by the Bay

Gardens by the Bay.
Diilhamkan daripada bunga spesis orkid, yang merupakan bunga rasmi Singapura, Gardens by the Bay menampilkan pokok-pokok gergasi yang cukup memukau lagi-lagi apabila malam menjelang.

Bukan setakat menghidangkan suasana cukup menghijau, di sini juga dihiasi dengan pelbagai spesis bunga dengan senireka bangunan dan taman yang cukup sofistikated. Untuk masuk ke sini memerlukan bayaran tiket yang agak mahal namun kalau bernasib baik, sebenarnya dari luar sahaja pun sudah boleh nampak pertunjukan cahaya yang diadakan di kawasan dalam taman.

Bagaimana? Menarik, kan?! Itinerari yang cukup padat dan korang boleh sampai ke semua tempat tarikan utama di Singapura. Yang pasti, harga yang ditawarkan murah gila - RM135 seorang!

Tonton dulu video pendek yang aku sediakan ni tentang trip aku ke Singapura bersama RAINI Travel kat sini:


Apalagi, cepat-cepatlah hubungi diorang untuk maklumat lebih lanjut!

Hotline:
016 774 4594

Facebook:

Instagram:

RELATED POSTS

38 komen

  1. ni kalau dapat dekat Nurul, memang lepas tu terus lena.. :p

    BalasPadam
  2. bestnya.. mmg dalam list nk ke singapore. insyallah next year.. hope ini dapat jadikan panduan.. Mekasih hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah... tahun 2018 baru bermula, mana tahu kalau sempat boleh tahun ni. dekat je pun. hihi

      Padam
  3. Wah menarim sangat ni..mcm x caya je RM135 cover semua tu...bestnya..

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Kan... Walaupun masa sehari je, banyak tempat boleh singgah. :)

      Padam
  5. Dah pi Singapore.. siapa yang nk travel dekat2 bleh ke Singapore.. best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Hehe... Menarik juga Singapore rupanya tau!

      Padam
  6. Bestnya jln2 n mkn2 kt sgpore
    Last p sgpore taun 2010..time tu nk p USS..bila ntah nk repeat p sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh.. Saya belum ada rezeki ke USS lagi. Insya-Allah mudah-mudahan tercapai dalam masa terdekat. :D

      Padam
  7. Bestnya p holiday
    Last p sgpore taun 2010
    P sana masuk uss hihu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. Saya belum lagi berpeluang ke USS. InsyaALLAH harap-harap dapatlah suatu hari nanti. huhu

      Padam
  8. woww.. cantik-cantik gambar yang diambil.. terasa macam hidup je gambar-gambar tu.. Gambar di jambatan gantung tu terutamanya.. cantik sangat-sangat.. bets la dapat berjalan ke singapura walaupun sehari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakannya guna kamera telefon je ni. hehe. Terima kasih, kak. Memang seronok. Dengan member2 lagilah happening!

      Padam
  9. Last year pergi Singapore tak dapat ronda semua tempat sebahagian sahaja yang dapat... tengok entri Hasif rasa nak repeat dalam waktu terdekat nih... hadoiii la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. boleh je tu. dekat dah Singapura dengan Malaysia. hihi. Kalau sekadar berjalan melihat tempat, sehari pun mesti dah cukup!

      Padam
  10. perghh apesal gambar lawa2 sangat ni. Guna camera apa? Dari last year plan dgn member nak buat day trip ke singapore tp asyik postpone je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Takpe. Dekat je pun Singapura! Boleh guna khidmat RAINI Travel ni, ok? :D

      Padam
  11. Bagus. Mengubah pandangan orang ramai bahawa ada banyak tempat yang boleh disinggah di Singapore.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Walaupun kecil, Singapura banyak juga tarikannya! Disebabkan itu, kelebihannya ialah tempat-tempat menarik ni terletak berdekatan je antara satu sama lain. :D

      Padam
  12. yuhuu... tengok gambar semua best... klau p tak tau la camana.... hehehe... lompat2 agaknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Lompat je! Sebab banyak sangat tempat yang Instagrammable sebenarnya tau! Kalau tak lompat untuk puas bergambar mesti rugi. hihi

      Padam
  13. Erkkk... LeYa yang kerap ke Singapore sebab ade family kat sana pun ade yg tak pergi lagi tempat yang Hasif bagi ni.. Adeh! Kene naik semula la macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Cubalah. Kalau dah kerap lagilah senang nak ke sini sebab dah biasa dengan jalannya. :D

      Padam
  14. This is awesome, 100+ only to travel to so many places is SG 😍 I love how you edited your picture, what app do you use?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, it's way affordable and worthy. Im using simple apps lah. Haha. Just adjusting brightness and contrast, here and there. :D

      Padam
  15. Cool next time I'll follow your itinerary! I love Singapore but the exchange rate menyakitkan hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Understood! Sebab tu itinerari macam ni lebih menjimatkan bukan setakat wang, bahkan masa. Hehe...

      Padam
  16. teringin gila nak pergi USS tapi tak ada geng...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. saya pun belum pernah masuk lagi USS. insyaALLAH suatu hari nanti. ;)

      Padam
  17. I enjoy shopping in Singapore but the conversion price so expensive.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah... So that's why this kind of one-day trip is much more convenient and cheap. :D

      Padam
  18. bestnya jalan pergi singapore tapi tak masuk uss sbb mahal ok jugak la .. kalu masuk tak cukup sehari tu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... kalau ke USS kena trip lainlah nampaknya. Hahaha

      Padam

Tinggalkan komen di sini.