Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Damai Tak Terbanding di Pajar House & Villas, Ubud Bali

2:00:00 PTG Hasif Hamsyari 44 Comments Category : , ,


Walaupun sebelum ni aku tak pernah ke Bali, aku sentiasa tahu yang Bali ada banyak penginapan yang cantik dengan harga yang cukup murah lagi berbaloi. Iyalah, alang-alang dah sampai ke destinasi macam ni, rasanya lagi untung kalau menginap di villa cantik-cantik ni berbanding hostel dan hotel bajet.

Baru-baru ni aku merasai sendiri pengalaman menginap di salah satu villa di Ubud, Bali. Ubud lebih sinonim dengan pemandangan sawah padi yang cukup mengancam serta panorama kampung yang cukup menghijau dan sederhana.

Villa pilihan kami untuk tiga hari dua malam di sini ialah Pajar House & Villas.

Dari Bandara Ngurah Rai (Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai) ke sini mengambil masa lebih kurang dua jam. Ia terletak betul-betul di kawasan kampung, tepatnya dinamakan Kelabang Moding yang mana korang akan melalui kawasan perkampungan yang cukup tepu dengan budaya Bali. Villa yang dibina sejak 2013 ni menyediakan shuttle untuk memudahkan penginapnya ke sini.

Sebenarnya ada dua lokasi berbeza. Satu lokasi ialah di rumah pemilik Pajar House & Villas ini sendiri yang mana memuatkan 15 bilik jenis Deluxe Double dan Standard Double. Satu lagi, lagi terletak di tengah kawasan sawah padi iaitu daripada jenis One Bed Room Villa dan Suite Room.

Inilah pemandangan saat sampai ke sini dengan menaiki motor.
Untuk sampai ke kawasan tengah sawah tu pula memerlukan kami menaiki motosikal sebab jalannya yang agak berbukit sangat kecil dan sempit. Jangan risau sebab di villa ni sentiasa ada pembantu yang akan membawa penginap ke mana-mana di sekitar kawasan ini.

Bilik kami ialah jenis One Bed Room Villa. Keseluruhannya ada tujuh villa kat sini. Memandangkan kami empat orang, kami menginap di dua buah bilik. Yang memisahkan bilik kami ialah kolam renang yang agak luas dan agak dalam (lebih kurang dua meter). Tapi tetap seronok untuk berenang apalagi di kawasan yang cukup privasi ni!

Kami beruntung sebab hari pertama kami datang, tak ada penyewa lain. Jadi seluruh kawasan villa ni macam kami yang punya. Haha.

BILIK

Beginilah rupa bilik kami.
Bercakap soal bilik, aku cukup puas hati. Pada aku boleh tahan luas dan memang cukup selesa. Pemandangan daripada katil aku ialah pemandangan kolam renang dan villa yang kami sewa satu lagi jadi semestinya terasa cukup privasi dan eksklusif.

Ada ruang santai macam beranda rumah yang menghadap sawah padi. Cuma sayangnya, waktu kami datang padi belum ditanam dan nampak kosong. Ini antara sebab aku rasa aku kena datang lagi ke sini nanti. Hehe.
Pemandangan dari katil aku.
Antara ruang santai dengan pemandangan sawah padi.
Katil kami ialah jenis King Size siap dengan kelambu. Almaklumlah, villa di tengah kawasan sawah bendang, nyamuk memang banyak sebenarnya. Tapi selain kelambu, diorang sediakan juga ubat nyamuk jenis elektrik yang cukup membantu untuk menjadikan tidur kami lebih lena.

Ada TV 30 inci dengan siaran  antarabangsa serta mini bar dengan minuman teh dan Nescafe percuma serta pemanas air elektrik. Bathrobe yang cukup stylish pun ada dalam almari baju. Setiap villa ni jugak didatangkan dengan Wi-Fi percuma tau.
Rupa bilik tidur aku.
Apa yang aku lagi suka ialah tandasnya yang memang luas. Tandasnya jenis semi-open bermakna ada ruang mandi indoor dan outdoor. Siap dengan tab mandi okay! Ruang mandi dia tak payah cakaplah - memang cukup selesa. Apalagi dengan penataan batu semulajadi yang disusun menjadi dinding di outdoor shower.

Kemudahan alatan mandian macam tuala mandi, tuala muka, syampu, pencuci badan, set berus gigi pun disediakan jugak.
Cantik, kan!
Outdoor rainshower yang berikan efek cukup cool dengan susunan batuan semulajadi.
Antara kelengkapan mandian yang disediakan.

MAKANAN

Beginilah rupa hidangan sarapan kami.
Sarapan pagi dan minum petang disediakan untuk pengunjung kat sini dan masanya boleh dirunding dengan front desk. Dari menu lokal sampailah Barat pun boleh dipilih. Tambah eksklusif, tempat makan ialah di ruang villa juga tau. Terasa macam dekat rumah dah!
Mi goreng (kanan) dan nasi goreng ialah antara menu lokal yang patut cuba.
Kalau nak makan tengah hari dan makan malam kat sini pun tak ada masalah. Mereka ada sediakan menu yang beraneka dan antara yang aku suka ialah ayam betutu, masakan tradisional yang cukup popular kat sini! 
Ayam betutu yang aku pilih waktu makan malam.

SUNSET

MasyaAllah... Memang memukau!
Satu yang cukup buat aku tergamam kat sini ialah pemandangan matahari terbenam. Dua hari berturut aku kat sini, aku tak lepaskan peluang untuk tengok matahari terbenam kat sini. Bayangkan, ini belum ada sawah padi yang menghijau lagi. Kalau ada mesti da-bomb!

Pemandangan macam nilah yang selalu buat aku tenggelam dalam perasaan sendiri. Sangat menenangkan... Sebab kat sini pemandangannya memang cun gila, tak keterlaluan rasanya aku nak kongsikan sekali kat sini.
 

SERVIS

Massage
Berurut di luar villa je. Memang eksklusif sangat!
Memandangkan aku dah berurut di spa hotel sebelumnya, dua orang lagi nak berurut kat sini. Menariknya, diorang memang ada servis berurut! Memandangkan tempat ini pun dah macam eksklusif untuk kitorang (perasan gila! Haha), diorang berurut pun depan villa je.

Servis Shuttle Bus

Walaupun kawasan villa ni sangatlah tersorok, tak bermakna kami tak boleh ke kawasan bandar untuk meneroka apa lagi yang ada di Ubud ni. Villa ni sediakan shuttle pergi dan balik ke Ubud Centre dari 9 pagi sampai 10 malam. Setiap penginap dibekalkan dengan telefon bimbit untuk terus menelefon front desk untuk pick-up pergi dan balik.

Kalau nak terus ke destinasi yang dituju, akan dikenakan Rp.50 ribu sehala.

Romantic Candlelight Dinner

Dengan harga Rp.800 ribu setiap pasangan, makan malam macam ni semestinya berbaloi untuk yang nak berbulan madu kat sini. Setiap hidangan disediakan satu demi satu oleh chef kat sini secara live di tepi kolam dan dibawah limpahan cahaya bulan dan bintang. Gituuuu....

Berbaloi untuk cuba: 

Yoga Class - 6 pagi atau 4.30 petang (Rp.175 ribu seorang)

Cycling Tour - 9 pagi atau 4 petang (Rp.250 ribu seorang)

Selain tu, servis daripada staf kat sini juga sangatlah terbaik. Pemurah dengan senyuman dan selalu menegur hormat kami sebagai tetamu. Diorang pun cukup peramah dan sentiasa sedia untuk memberi sebarang bantuan. Kerja pun shift jadi akan sentiasa ada orang kat sini.

Aku jugak sempatlah berjumpa dengan salah seorang penduduk tempatan untuk photo oppotunity kan. Nenek tu cukup baik dan peramah. Siap offer aku untuk merasa ketupat lagi.
Inilah nenek yang aku jumpa tu. Sangat baik dan peramah!
Serius cakap, terasa betul-betul diraikan macam sebahagian daripada warga lokal sendiri sepanjang berada kat sini.

KESIMPULAN

Untuk berbulan madu, villa ni aku sangat recommend. Sangat cantik dan romantik baik villa ini sendiri mahupun pemandangan di sekitarnya. Ataupun percutian dengan member-member pun sesuai jugak.

Tapi untuk keluarga dengan anak kecil tak berapa sesuai kot. Mungkin lebih sesuai untuk bilik jenis lain. Sebab tak ada kolam untuk kanak-kanak disediakan.

Tapi secara keseluruhannya, aku cukup puas hati dengan servis kat sini dan tak kisah andaikata aku ke Bali lagi, menginap di sini juga.

Oh, kalau soal harga. Waktu kami menginap ialah Rp.1.6 juta semalam (lebih kurang RM470). Waktu cuti hujung tahun biasanya akan lebih mahal. Sebaiknya booking dulu di Booking.com dan Agoda.

Alamat:
Pajar House & Villas, Ubud Bali,
Kelabang Moding, Ubud
80571 Bali Indonesia.

GPS:


WhatsApp:
(+62)81936026595

E-mel:

Laman Web:

RELATED POSTS

44 komen

  1. Tak pernah sampai lagi ke Bali. Villa die sangat cantik.. Suka sangat tengok gambar-gambar yang dikongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya! Hihi... Kalau ke Bali, cubalah experience villa mereka, terutama di kawasan kampung macam tempat ni. Barulah dapat betul-betul merasai gaya hidup masyarakat lokal dan menikmati pemandangan cantik di sini! :D

      Padam
  2. giler cantik view dr bilik..terus npk pool..lg best tu dia punya pancuq/bilik ayaq/bilik ayorr..fuhhhh mmg awesome..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Ya, memang cun gila. Berendam pun rasa macam malasnya nak keluar. hihi

      Padam
  3. Cantiknya semua gambar2 ni. Dulu masa ke Bali, tinggal area Jimbaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Oh, Jimbaran pun dekat dengan pantai tu kan. Boleh juga nanti nak cuba. :D

      Padam
  4. wowww. bilik air ke tu yang batu bulat2 cantik tu?? fuh.. cantik gilerr.. alahai bila la dapat pi sini.. kalau dapat pi Villa ni.. syoknya rasa.. selesa dan cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. InsyaAllah suatu hari nanti kak. Memang berbaloi sewa villa kat sini sebab cantik-cantik belaka.

      Padam
  5. Ni yg jeles ni tgk view2 cantik.. Paling indah kwasan2 kampung..villa pun lawa.. Ada tmpt berurut.. Syokkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Kan. Cukup menenangkan. Tempat berurut tu boleh pilih sama ada nak dalam bilik atau luar. :D

      Padam
  6. Terus rasa nak bulan madu kat sini...kalau la dapat massage macam tu alangkah bahagianya akak....

    BalasPadam
  7. cantik giler view villa tu dengan kolamnya kat depan, keluar je terus terjun! memang wajarlah puas hati :D

    BalasPadam
  8. cantiknya view kt situ..tp, klo ade ank2 kecik tak susuai kan nk g situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je cuma pengawasan kena lebih sikit lah. Kolam dia memang dalam. Hihi.

      Padam
  9. Tq mention pasal anak..sbb xd kolam budak kan...hmmm mmg cantik resort ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Saya rasa memang tempat ni dibikin untuk honeymoon. Hihi...

      Padam
  10. Wah..nice view hasif!
    Akak tak pernah lagi ke Bali...
    Who knows nanti terbuka hati nk ke bali boleh check on this place kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak! Kalau ke Bali pastikan sewa villa je. Harga dia dah lebih kurang standard harga hotel biasa je kat Malaysia. So lebih berbaloi!

      Padam
  11. Bestnya bilik macam ni depan2 buka jer dah ada swiming pool rasa nak terjun hari-hari. untunglah dapat pergi tempat macam ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Syok betul! Alaa bang. Mesti abang pun akan ke sini juga suatu hari nanti. ;)

      Padam
  12. Bestnya Bali..aritu kitorg pergi ke Green Camp dan few places. Ubud xsmot singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak habis pusing Bali lagi. Hihi. Nanti kena repeat! Konfem!

      Padam
  13. Seronok tengok tempat ni. Cantiknya tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang cukup cantik dan mendamaikan. Kalau ada perancangan ke Bali, bolehlah pertimbangkan untuk menginap kat sini! ;)

      Padam
  14. tempat yang menarik untuk relaks dan tenangkan fikiran

    BalasPadam
  15. Bali. Akak dah ke sana 2 kali tapi masih tidak puas menikmati alam.

    BalasPadam
  16. Cantiknya ruangan mandi dia - terus rasa nak berendam plak balik kang. And again, you take very beautiful pictures!

    BalasPadam
  17. Wahhhh! I miss Bali so much, thinking of going back after CNY.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, you really should! Try out their villas in Ubud!

      Padam
  18. Cantiknya view dia.. insyaallah kalau dapat pergi bali nak duk sini la

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Lebih baik pilih waktu sawah padi tengah menghijau. Cantik!

      Padam
  19. Cantiknye pemandangan....terus berangan nak pergi situ hu hu hu dengan rasa sedih masukkan dalam list berangan Bonde sob sob sob...

    Rasa kedamaian, ketenangan.... hu hu hu indahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bonde! InsyaAllah suatu hari nanti mesti sampai punya tu!

      Padam
  20. Bagi mrk yg suka kesunyian dan suasana kampung nampak mmg seauai apatah lagi jika empat org berkongsi membayar mmg berbaloi ... tak mahal jadinya

    BalasPadam
  21. nice sangat view tu semua. nak masuk dalam list la

    BalasPadam
    Balasan
    1. U should! Rasa puas hati sangat dengan servis kat sini.

      Padam
  22. wow! bestnya tmpt.. nk set tahun depan gi bali la..

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.