Mengintai Nostalgia di Timez Hotel Melaka
Sebagai salah satu destinasi pelancongan cukup sentimental di Malaysia, Melaka mempunyai banyak hotel dan resort bagi menampung kebanjiran pelancong saban tahun. Tapi salah satu yang menawarkan pengalaman lain daripada yang lain ialah di hotel yang aku nak kongsikan kali ni.
Timez Hotel, Melaka
Beginilah rupa depan pintu masuk Timez Hotel. |
Apa yang lebih menarik, bangunan asal hotel ini juga telah adalah bangunan pra-sejarah yang diubahsuai menjadikannya sebuah hotel yang tersergam dengan rona putih di tengah Jonker Street. Mengambil peluang atas kelebihan di mana ia didirikan, Timez Hotel tampil membawa konsep kemajmukan budaya dalam setiap penataan di bilik hotelnya.
Bilik
Kad bilik aku dan rupa bilik jenis Oriental Beauty Room. |
Hanya ada 15 bilik (termasuk tiga suites) yang ditawarkan namun setiap satu memiliki keunikan yang tersendiri. Tiada satu bilik pun yang direka dengan gaya sama - malah bilik-bilik ini juga dikategorikan dalam lima jenis budaya yang sinonim dalam lipatan sejarah Melaka - Peranakan, Cina, British, Portugis dan Belanda.
Nah, tak hairanlah dengan keunikannya ini, Timez Hotel berjaya meraih tetamunya dari 45 negara dalam hanya enam bulan sejak dibuka!
Kalau korang nak memahami Melaka lebih daripada melawat tapak bersejarah, sangat sesuai untuk menginap di sini.
Bilik yang aku inap ialah Oriental Beauty Room. Bilik berkonsepkan Cina ini memiliki keunikan dari segi dekorasi kepala katil yang diperbuat daripada ratusan bekas bedak nyonya atau lebih dikenali 'Sam Fong Hoi Tong'. Ha, bekas bedak ni dulu zaman aku kecik memang popular - waima nenek aku pun pernah guna.
![]() |
Masih ingat bekas bedak ini? |
Kekreatifan penciptanya dalam menjadikannya bekas bedak itu sebagai hiasan nyata semakin menarik apabila sebahagian daripada bekas itu diterbalikkan menjadi corak sebuah tulisan Cina iaitu 'Mei' yang bermaksud 'Kecantikan'.
Satu lagi yang aku suka tentang bilik dengan katil bersaiz Queen ni ialah penataan warna pastel yang menimbulkan elemen elegan dalam gayanya. Selain tu, corak tile yang digunakan juga menambah elemen tradisional yang cukup sentimental.
Dan corak ni jugak dibawa sampai ke ruang mandi tau. Memang sangat cantik!
Beginilah rupa ruang tandas bilik aku. |
Antara barangan mandian yang disediakan. |
- Seterika dan papan seterika
- Meja kerja
- Televisyen LED 43 inci
- Wi-Fi percuma
- Cerek elektrik
- Air minuman
- Hot Shower
- Pengering rambut
- Mini Bar dengan Mesin Pembuat Kopi
- Alatan mandian
- Selipar
- Peti Keselamatan
Kafe SuperRabbit
Mural dekat satu sudut kafe ni yang cukup cun. |
Terletak satu aras dengan kaunter reception, Kafe SuperRabbit ialah ruang aku mendapatkan makanan yang lazat-lazat. Makanannya berasaskan Asian-Western yang digabung dalam beberapa menu menjadikannya bukan setakat lazat, bahkan unik!
Menu sarapan pagi perlu dipilih seawal check-in lagi. Aku dan adik aku sepakat memilih set roti bakar dengan sosej dan hirisan daging selain spaghetti.
![]() |
Sarapan pagi aku dan adik aku. |
Beginilah rupa ruangan di kafe ni. |
Dekat sini juga ada satu ruangan yang sesuai untuk private party. |
Manakala menu untuk makan malam dan makan tengah hari perlu ditempah awal. Kadangkala kafe ini menawarkan harga promosi yang cukup murah. Yang lagi best, yang bukan penginap pun boleh walk-in dan menjamu selera kat sini.
Aku sempat makan sekali lagi waktu makan tengah hari. Antara menu yang aku pilih ialah
- SuperRabbit French Fries - kentang goreng dengan sos Bolognese
- Very Local Spaghetti - pasta al dente dengan kari Nyonya dan sos asam
- Charcoal Lover - Burger arang dengan isian Chicken Chop, keju cheddar dan tomato
- Chop Chicken Chop - ayam panggang tanpa tulang yang dah diperap terlebih dahulu dengan salad dan sos
- Ice Chocolate
- Ice Apple Tea
![]() |
Arah jam: Very Local Spaghetti; Charcoal Lover, Chop Chicken Chop dan SuperRabbit French Fries. |
Kafe ini juga sesuai untuk diadakan parti hari jadi, perjumpaan korporat atau lain-lain acara.
Keseluruhannya, memang aku puas hati menginap kat sini. Dari segi servis, staf diorang pun peramah dan sedia membantu. Memandangkan setiap biliknya adalah unik dan mempunyai ceritanya yang tersendiri, aku teringin untuk datang kembali ke sini dan mencuba bilik lainnya pula. Mesti menarik!
Berikut ialah maklumat Timez Hotel Melaka sebagai rujukan korang.
Alamat:
Timez Hotel Melaka
No.31, Jalan Hang Kasturi, 75200 Melaka, Malaysia
Nombor Telefon:
+606 281 2109
+6017 602 1226 (WhatsApp / Call)
+6017 602 1226 (WhatsApp / Call)
E-mel:
Website
Media Sosial:
Tonton video pula!
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Timez Hotel Melaka. Terima kasih!
59 komen
Nampak unik. Kalau unik macam ni ada la kelainan dari hotel kebiasaan tu. Washroom cantik pulak tengoknya.....
BalasPadamBetul tu. Keunikan dia memang rare dan eksklusif!
PadamKemasnya bilik dia. Walaupun nampak kecil tapi bila diaorang guna warna putih untuk hampir keseluruhan kawasan, memang nampak lebih besar sikit. Dan susun atur pun tak serabut.
BalasPadamOh my, bedak jepun tuuuu! Hahahah mengundang memori betul
Kan.. Ahaha. Dulu nenek saya pun selalu guna.
Padamnampak luar mcm biasa tapi tgk dalam hotel..cantik dan moden sgt.meja kayu tu cantik..zaza suka tgk..menu2 hidangan dia pun best2..
BalasPadamyup, kalau ke sini, selain untuk tidur, kena jugak rasa makanan dia tau. insyaAllah takkan kecewa!
Padammak aih hotel ni nampak macam mengimbau kenangan baba nyonya je suatu ketika lalu. bedak sejuk tu rare huhu
BalasPadamhehe.. Kalau ke sini boleh cuba konsep lain juga. Cuba tengok dekat website diorang. Lawa-lawa belaka!
PadamMurah tak sewaan semalam? Memang menarik tatarias bilik tu dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot kan.
BalasPadamRate dia bermula darti RM190. Sangat affordable! Photoshoot kat semua bilik mesti cun. Haha.
PadamAish, macam kena repeat je trip ke Melaka nI. Banyak pulak hotel yang best-best
BalasPadamHehehe.. Kan... Makin banyak hotel menarik di Melaka dan ini salah satu yang mesti cuba!
PadamSelalu kalau ke Melaka ambik guest house je, kalau dah tak ada baru le cari hotel. Bolehlah nanti tgok2 hotel ni kalau ke sana
BalasPadamHihi... Cubalah ke hotel ni. Unik dan sangat affordable!
Padam美, means very beautiful!
BalasPadamvery unique rooms you stay here!
will check out soon!
U should, Wendy! Hihi.
PadamNampak hipster, pilihan makanan kat cafe pun menarik..nanti nak cuba la hotel ni..menarik dengan interior design dengan warna yang attractive..
BalasPadambetul tu kak. check out la diorang punya website. banyak pilihan bilik yang semuanya berbeza tau. unik!
Padamwow the decoration memang very nostalgia! i believe Penang pun boleh buat macam tu.
BalasPadamWhich Income Group Do You Belong To?
I think Penang also has a lot of unique hotels too! Really look forward for my visit to Penang!
PadamThis hotel looks cute and full of nostalgia. A place that I would like to explore soon.
BalasPadamYup, you should! So much to explore within very close proximity!
Padamsyok nya hotel ni... lovely place to stay!
BalasPadamKan! Hihi... You should try it out too, you know. :D
PadamHiasan dalamn memang cantik ikut ciri-ciri seni orang melaka...
BalasPadamMemang sesuai sangat kalau mahu lebih dekat warisan Melaka di hotel ni. :)
PadamCantik la hotel ni. Seriusly memang unik pakai bekas bedak cina tu! Tile coklat tu pun catik. Kena macam tile style rumah Melaka.
BalasPadamKan! Haha. Itu memang menarik perhatian saya.
PadamSuch a lovely hotel.. make me want to go and check them out...
BalasPadamYes, you really should! Memang cantik dan selesa. :)
PadamCantik bilik tu,kemudahan pun lengkap. Makanan yang disediakan semua nampak sedap
BalasPadamBetul tu. Sambil mendapatkan penginapan yang selesa, bolehlah menjamu perut dengan makanan yang sedap juga!
PadamNk tdo hotel melaka mmg tak la sebab dekat je nak jalan2. Hehe..but nice view.. deko pon cantik..byk tmpt menarik ntk shoot gmbar kan.. klu ena dah byk berselfie kot.hehe
BalasPadamSekali sekala menginap di hotel pun cun jugak. Bukan selalu. Haha. Yup, Instagrammable juga hotel ni! Hihi.
Padammenggamit nostalgia betul bedak cina tu hehe. mak saya selalu guna bedak tu dulu. apa pun, dekorasi dalamannya memang cantik. selesa lagi tu
BalasPadamkan.. haha. itu belum tengok bilik lain pulak. nanti kalau ke Melaka jangan lupa cuba inap kat sini! ;)
Padamcantik bilik tu .. rasa nak pergi pulak.
BalasPadamhehe... pergi jangan tak pergi, Lisa! ;)
Padamnice! so detail dan mantap :) dah lama tak ke melaka banyak hotel2 baru, dulu-dula la selalu ulang alik melaka.
BalasPadamTerima kasih, bang! Kalau ke Melaka lagi boleh pertimbangkan pulak hotel ni, okay? :)
PadamBesides its strategic location, I love the hotel punya interior. So nice especially the tiles dalam bilik. Menaikkan lagi authentic feel berada di Melaka.
BalasPadamMasyaAllah, terliur tengok menu-menu yang dihidangkan di Kafe Super Rabbit tu. Anyway, nice review Hasif. I enjoy watching your video review!
Hihi. Thank you so much, Pojie. Next time you're around the area, cubalah hotel ni! Cukup menarik!
PadamCantik dekorasi hotel ni...yg paling rare bekas bedak cina tu..dulu sy pun pakai tau
BalasPadamWah... Yeke? Sekarang dah susah nak dapat...
PadamAsalamualaikum Hasif..hebatnya ilmu dalam blog anda..terbaik..
BalasPadamteruskan usaha berblog ya
Waalaikumussalam... Terima kasih, insyaALLAH.. :D
PadamNak follow tetapi tak keluar ruangan followers..line tak power
BalasPadamah.. xpe. nanti boleh cuba di desktop PC. :)
Padamaku suka sekali sama interiornya, tehel dinding juga bagus.
BalasPadamYa, memang sangat cantik. Kalau ke Melaka lagi nanti silalah cuba ya! :D
PadamBetul2 mengimbau nostalgia ni... Sangat unik!! Dan bedak cina tu memang legend.. haha..
BalasPadamKan... Haha. Ada banyak lagi tau bilik dia dengan tema berlainan. Nanti boleh cuba. ;)
PadamAuuww ur photos mmg incredibly awesome posom!! aah interior dia mmg nice giler boleh try check sini bila g melaka lagi next time :) thanks for sharing!!
BalasPadamHehehe... Thank you so much, sis! Kalau datang Melaka roger-rogerlah!
Padambestnya dapat lepak situ... relax dan tenang sekali.
BalasPadamBetul tu. Walaupun hakikatnya di tengah Jonker Street yang famous tu!
PadamAda kolam renang tak kat sini?
BalasPadamLast time Pisyek singgah di Moty Hotel siap jakuzi bagai dalam bilik.
Fuh.
Oh kat sini tak ada kolam renang. Tapi memang terletak tengah Jonker Street, maknanya banyak tempat tarikan utama terletak dalam walking distance je!
Padambestnya hasif..blh join..
PadamTinggalkan komen di sini.