Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Bermain ATV di Pulau Pangkor

4:20:00 PTG Hasif Hamsyari 30 Comments Category : , ,


Percutian kat pulau di Malaysia, selalunya terlalu sinonim dengan pantai cantik yang sangat awesome untuk bersantai dan air jernih yang sangat best kalau nak snorkeling. Sayangnya, kebanyakan antara kita selalu terlepas pandang tarikan atas darat yang tak kurang menarik! Contohnya, bermain ATV di Pulau Pangkor ni!

Kali ketiga aku ke Pulau Pangkor, aku rasa nak cuba kelainan sikit. Sebab tu aku cuba ATV kat sini. Aku pernah je main ATV sebelum ni tapi bukan sampai masuk hutan, lalu pantai bagai. Dalam erti kata lain, pengalaman ATV aku sebelum ni memang tak adventure sangat pun.

Sebab tu aku cukup teruja untuk mencuba sendiri ATV kat sini! Perjalanannya memakan masa antara satu ke dua jam dengan melalui trek di dalam hutan, kawasan kampung dan tepi pantai. Pada aku, ini memang sangat cool!

Sebelum bermula, macam biasalah. Ada sesi briefing untuk menerangkan trek yang akan kami lalui selain cara yang betul untuk mengawal ATV selain langkah dan tips keselamatan. Adalah amat perlu untuk mendengar dan difahami dengan jelas supaya taklah berlaku perkara yang tak diingini. Apalagi ramai antara kami yang pertama kali bermain ATV!
Inilah tempat bermula.
Peta perjalanan yang akan kami lalui.
Tak silap aku masa aku naik ATV ada tak kurang tiga orang marshall yang mengawasi kami di sepanjang perjalanan. Bergantung pada saiz kumpulan jugaklah. Sebab kumpulan kami waktu tu agak ramai juga.

Memang ada treknya yang cukup mencabar dan pada aku agak berbahaya juga tapi tak berlaku apa-apa masalah langsung sebab diorang ni ada untuk bagi tunjuk ajar dan bantuan kalau berlaku sebarang kecemasan.
Jom mula!
Memahami keperluan pelancong macam aku, mestilah nak ada port yang cun untuk bergambar sambil main ATV ni kan. Haha. Awal-awal lagi ada tiga checkpoint yang dah diberitahu. Checkpoint ini tujuannya tak lain ialah untuk bergambar!

1. Checkpoint Tasik Paya (dalam hutan)

Ramai gila kot trip masa tu. Haha.

2. Checkpoint Lapangan Terbang (dengan tulisan besar 'PULAU PANGKOR')

Dengan Kak Uzu dari kisahemasputih.com.

3. Checkpoint Beting Teluk Dalam (tepi pantai)

Cool rasanya bawak ATV tepi pantai. Haha.
Walaupun treknya agak 'gila' jugak, aku yakin yang pertama kali mencuba pun mesti tak ada masalah sebab antara kami yang tak pernah main ATV semuanya cukup teruja. Ada yang tak puas pulak bila dah habis. Haaaa...
Antara trek yang kami lalui.
Muka excited semua. Haha.
Santai tapi ekstrem!
Aku rasa permainan ATV kat Pulau Pangkor ni jugak patut menjadi salah satu aktiviti wajib kalau berkunjung ke sini. Memang seronok apalagi kalau datang dengan member-member. Sebagai lokasi percutian pantai yang pada aku cukup sederhana dari segi bajet, Pulau Pangkor ada banyak lagi potensi pelancongan yang best!
Berikut ialah kadar harga:
  • ATV Manual One Rider - RM80
  • ATV Auto One Rider - RM100
  • ATV Auto 2 Persons - RM150/RM180 
Kalau korang berminat, berikut ialah info untuk korang hubungi. 

Nombor Telefon:
011-1146 9539

WhatsApp:
011-2746 0251

Facebook:
www.facebook.com/atvadventurepangkor/

Aku dah, korang pun kena jugak kalau ke sini!

RELATED POSTS

30 komen

  1. Is cool right? I have ride it when I was at Bentong. We ride in the jungle and some high area. a bit scary but fun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sounds cool! last time i went to this one resort in Bentong. They have ATV ride as well but its rain non stop so we have no choice but to give it a miss. would like to try it next time!

      Padam
  2. Emi pun pernah main ATV, sekitar last 2 year rasanya. tapi masa tu main dekat Pahang. Best! Tapi mula-mula cuak jugak sebab main kawasan berbukit dan siap lalu anak sungai.

    BalasPadam
  3. bestnya !!! Pernah naik ATV masa dekat Perak, tp sekejap je dlm 20 minit mcm tu. Ini nampak best gila. Nak kena cuba jugak kalau dtg ke Pangkor !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Cubalah! Memang seronok. Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali!

      Padam
  4. Tak pernah lagi naik ATV dan tak pernah terpikir pula nak cuba. Sebelum ni, kawan yang naik ATV kat dalam hutan je. Ni pertama kali tahu ada yang kat tepi pantai. Nampak gayanya, kena try juga bawa ATV ni nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Kena cuba sis. Memang berbaloi dan yang penting, seronok!

      Padam
  5. Best la hasif..akak ni jgn kata ATV, basikal pun x pandai bawak..dulu pandai rempit naik motor..la ni x reti dh..bawak keta pun sesekali je..itupun seram..apapun bagus aktiviti ni sebab sihat dan mencabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Takpe kak, ATV sekurang-kurangnya tak perlu kawal sangat sebab empat tayar! Sesiapa pun boleh cuba. Mesti syok!

      Padam
  6. Teringin nak main ATV . Boleh letak dalam wishlist ni

    BalasPadam
  7. Teringinnye la ya Allah nak mainATV ni. Agak agakbudak umur 3 thaun dah boleh main ke tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak.. Rasanya tak sesuailah. Sebab ATV tu memang besar. Dan treknya agak berbahaya untuk budak 3 tahun! haha

      Padam
  8. aloh.. TB teringin nak naik ATV ni tau.. bilalah dapat emrasa.. sebab TB suka tengok tayar dia yang besar tu.. hahaha.. kalau pi pangkor lagi nak naik menda ni gak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus, TB! Nanti cubalah. Memang berbaloi dan seronok!

      Padam
  9. macam-macam jugak ada kt pangkor ni ya. Dulu pernah p tapi x fun macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Maknanya kenalah datang lagi dan rasa sendiri keseronokannya! ;)

      Padam
  10. Yg estrem tu yg best kan...klau biasa2 x best nnt...
    Btw seronoknya tgk gmbr2 hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Untuk yang sukakan aktiviti lasak memang tak boleh terlepas untuk mencuba ATV kat sini. Memang best!

      Padam
  11. pernah main masa study dulu. pertama kali bawak..terkial-kial..lagi bawak tempat licin..seramm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha. tapi yang penting mesti exciting kan..

      Padam
  12. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    BalasPadam
  13. Tak pernah bawak tapi teringin la nak cuba. Kena buat plan pergi Pangkor ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Jangan tak cuba juga tarikan yang ni tau! Haha

      Padam
  14. Bestnya tgl uall naik ATV, kalau sis cuma blh jadi org belakang jer...kalau bwk ke manalah agaknya tercampak..haaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha... Boleh juga. Yang penting mesti happpening! hihi

      Padam

Tinggalkan komen di sini.