Anugerah Juara Lagu ke-32: Bukti Malaysia Sudah Ter'JAMPI'
Ahad lepas aku dengan beberapa orang lagi geng blogger berkesempatan ke Axiata Arena untuk Anugerah Juara Lagu ke-32 (#AJL32). Setakat penganjuran #AJL32 ni, aku tak pernah tonton secara langsung. Lagipun aku bukan jenis suka ke konsert pun! Boleh dibilang dengan beberapa jari je antara konsert yang aku pernah pergi.
Tapi sempena #AJL32, aku rasa aku tak silap sebab datang sendiri menyaksikan secara langsung, terima kasih kepada tonton.com.my. Lagi istimewa, aku bawak tiga orang pembaca blog aku untuk sama-sama menonton antara anugerah muzik paling berprestij di Malaysia ni. Woohoo!
Aku, rakan-rakan blogger, tiga pembaca blog aku dan sekalian rakyat Malaysia pun rasanya setuju betapa malam tu memang cukup memukau. Happening gila weyh! Sejenak aku rasa bangga sebab produksi Malaysia mampu hasilkan konsert segah ini. Dari muzik, persembahan artis, props, persembahan pembuka dan penutup, gandingan pengacara dan penonton yang sporting buatkan malam tu hampir tak nampak cacat cela. Kudos to the team!
Tema kali ni aku ingatkan mula-mula biasa. Fesyen dan Muzik. Tapi rupa-rupanya memang da bomb! Baru aku faham bagaimana konsep bilamana fesyen dan muzik digabungkan dalam satu acara yang gilang-gemilang macam #AJL32 ni. Paling special mestilah trofi yang bertatahkan Swarovski tu! Eksklusif gila!

Dan sebelum konsert lagi aku dah dimaklumkan yang penonton kat rumah akan dapat saksikan efek kamera yang penonton di dewan ini sendiri takkan dapat menyaksikannya. Lepas aku tonton balik satu demi satu persembahan di Youtube, macam - pergh! Memang next level punya efek!
Persembahan Terbaik tu memang aku dah jangka. Altimet memang sengaja agaknya nak imbau kenangan zaman Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Noraniza Idris bawak sekampung atas pentas kalau lagu tercalon dalam kategori Etnik Kreatif. Haha. Tapi serius rindu gila waktu tu weyh!
Dan Vokal Terbaik pun rasanya aku dah boleh agak. Gandingan Syamel dengan Ernie Zakri tu memang padu beb. Aku dalam dewan tu pun meremang mendengarnya. Memang layaklah diorang menang dan dapat standing ovation!
Tapi tiga kategori utama tu memang susah gila nak buat ramalan. Hampir semua hebat-hebat kot malam tu. Nah, tengoklah sendiri persembahan ikut senarai pemenang ni ha:
Persembahan Terbaik
Amboi
Penyanyi: Altimet
Vokal Terbaik
Aku Cinta
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel
Tempat ke-3
Tergantung Sepi
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Gouffran/Ibnu
Penulis Lirik: Gouffran/Ibnu
Amboi
Penyanyi: Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet
Vokal Terbaik
Aku Cinta
Penyanyi: Syamel & Ernie Zakri
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel
Tempat ke-3
Tergantung Sepi
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Gouffran/Ibnu
Penulis Lirik: Gouffran/Ibnu
Naib Juara
Sejati
Penyanyi: Azmi Caliph Busker (asal Faizal Tahir)
Komposer: Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Juara
Jampi
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
Pergh. Dahlah disebut-sebut sebagai lagu paling viral 2017, kemuncaknya terasa sempurna bila Jampi nyanyian Hael Husaini ni dijulang menjadi juara #AJL32 ni. Aku sendiri memang dah lama follow Hael Husaini dan aku rasa dia memang ada bakat yang cukup besar. Selayaknya dia menang pun.
Apapun, setiap yang bertanding malam tu mesti dah berikan yang terbaik. Adatlah menang atau kalah dalam pertandingan. Yang penting, audiens kat dewan mahupun kat rumah menikmati malam tu sebagai antara anugerah yang cukup memaparkan kekuatan industri muzik kita, baik dengan bakat baru mahupun yang lama.
Nah, lagi best sebab #AJL32 dikuasakan dengan tonton! Lepas ni kalau korang nak tonton acara LIVE macam #AJL32, bolehlah tengok di tonton.com.my ! Banyak kot kelebihan lain antara streaming live channel rangkaian Media Prima, selain drama dan filem yang letup-letup!
Semoga industri muzik tanah air terus maju!
Apa pendapat korang dengan keputusan ni? Tinggalkanlah komen di ruangan kat bawah ni!

7 komen
Apa pendapat korang dengan keputusan yang juru profesional pilih? Tepatkah ramalan korang sebelum #AJL32? Apakata tinggalkan komen kat sini!
BalasPadamtak berpulang nak tgk pun AJL hari tu. lepas dia menang baru tahu yg lagu tu tajuknya JAMPI. hehe
BalasPadamAhahaha alahai! Lagu paling viral 2017 kot!
Padamsuka Amboi Amboi Amboi
BalasPadamDari segi persembahan, Altimet memang tak syak lagi.Awesome gila!
Padamnasib Iqram tak naik
Padamhahaha
aduhai. hahaha. no komenlah. XD
PadamTinggalkan komen di sini.