Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Baju Winter Bergaya dan Jimat dengan Sasuke Premium Outlet!

12:02:00 PTG Hasif Hamsyari 50 Comments Category : ,

Nak beli tiket ke negara-negara bersalji ni je dah makan banyak duit, dan persiapannya saja silap-silap boleh jadi sekali ganda. Yang selalu memeningkan kepala untuk kita yang duduk di negara beriklim tropika sepanjang tahun ni mestilah pakaian musim sejuk. Konfem takkan ada selagi tak pergi melancong ke negara bersalji ni.

Dan baju sejuk ni bukan murah! Dengan kualiti yang betul-betul bagus sebenarnya tak kurang RM200 sehelai. Yang ini aku maksudkan jenis jacket - yang berbulu lagilah mahal. Belum kira baju sweater dan thermal wear (long john) yang paling tak pun dalam RM60 juga sehelai untuk kualiti yang terbaik.
Salah satu baju yang aku gayakan masa kat Bandar Okayama, Jepun.

Yang ni agak special sikit sebab dia boleh pakai terbalik juga. Luar warna biru, dalam warna jingga!
Sebagai alternatif, aku nak cadangkan korang dengan rangkaian kedai Sasuke Premium Outlet ni. Mungkin ada antara korang dah biasa dengar tapi pada yang belum, entri kali ini istimewa untuk korang.

Sasuke Premium Outlet ni ialah kedai bumiputra yang menjual pakaian bundle atau preloved. Tak terhad kepada pakaian musim sejuk semata-mata, pakaian lain macam t-shirt, blazer, kasut, jeans waima tas tangan banyak lagi semuanya pun ada kat sini. Baik lelaki, perempuan atau kanak-kanak pun boleh dapatkan pakaian korang kat sini dalam pelbagai saiz, jenis, design dan warna.



Mula-mula aku macam was-was jugak dengan kualiti, iyalah barangan terpakai, kan. Tapi agak mengejutkan jugak, bila aku bandingkan dengan kebanyakan kedai pre-loved yang lain, Sasuke Premium Outlet ni antara yang terbersih, cukup selesa dan kemas. Koleksi pakaian diorang pun masih dalam kondisi yang baik.

Pakaian musim sejuk pun yang harga asal dalam ratus-ratus tu, korang boleh dapatkan dengan harga serendah RM25 kat sini. Kau bayangkanlah betapa jimatnya duit korang yang boleh dibelanjakan dengan lebih berbaloi kat negara sejuk korang nak pergi tu.

Nah, aku ada sediakan video masa aku dan Kak Uzu (www.kisahemasputih.com) jalan-jalan sekitar Bandar Okayama, Jepun baru-baru ni. Fefeeling model sangat. Haha. Apapun, cuma nak tunjukkan yang kitorang memang cukup selesa dengan pakaian ni. Yang lagi penting, dengan pilihan yang banyak, semestinya makin mudah nak mencari yang berkenan di hati sebab pakaian kan penting untuk dapatkan shot-shot cantik. Haha. 


Diorang jugak selalu adakan promosi termasuk cabutan bertuah, potongan harga dan happy hour yang membuatkan pengalaman membeli-belah korang makin berbaloi-baloi! Sebab tu, pastikan korang follow diorang rapat-rapat dekat media sosial, okay?

Berikut ialah alamat maklumat Sasuke Premium Outlet:

Alamat:

Sasuke Danau Kota
No. 13-0, Block B Platinum Walk, Jalan Langkawi, 53300, Setapak Kuala Lumpur.
03-4141 5204 / 010-319 4471
Waze: Sasuke Premium Bundle

Sasuke Kg Pandan

No. 125 Jalan Kg Pandan, Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur
03-9286 6691 / 013-624 0471
Waze: Sasuke Outlet Kg Pandan

Sasuke Bandar Sri Permaisuri
No. 23, Jalan Dwitasik 2, Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur
03-9174 5436 / 013-624 0473
Waze: Sasuke Outlet Permaisuri

Sasuke Bandar Baru Bangi

No. 26-G Jalan Medan Pusat 2c, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
03-8912 6425 / 013-378 0277
Waze: Sasuke Premium Bundle Bandar Baru Bangi

Sasuke Kajang
No 16-G & 17-G, Jalan Jelok 6, 43000 Kajang Selangor
03-8740 1851 / 011-6185 8371
Waze: Sasuke Kajang

Waktu Perkhidmatan:
Weekdays : 10:00AM – 12:00AM
Weekend : 10:00AM – 3:00AM

Website:
sasukepremiumoutlet.my/

Media Sosial:

RELATED POSTS

50 komen

  1. Apa pendapat korang tentang Sasuke Premium Outlet? Kongsikanlah kat ruangan komen ni! :)

    BalasPadam
  2. Sasuke yang paling dekat kat Bandar Baru Bangi ni. Baru je malam tadi parking depan Sasuke sebab nak makan kat Mohd Chan Bandar Baru Bangi. Tak pernah masuk pun kedai ni. Boleh la nak Check It Out nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Sila-sila! Sebab diorang tak semata jual baju winter. Ada jenis pakaian lain jugak yang semuanya kualiti premium!

      Padam
  3. Outlet yang terdekat kat area akak Danau Kota..menarik la design winter jacket dia dengan pilihan warna yang menarik..rasa nak terjah la nanti....siyes akak tak pernah masuk outlet ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. nanti boleh cuba kak sebab memang banyak pilihan yang ada. Tak semata-mata baju winter!

      Padam
  4. Ini mmg menarik.. mmg bagus ada outlet preloved spt ni sbb lebih menjimatkan berbanding nak dapatkan yg baru. Lagi pun klu nak diikutkan, preloved ni pun bnyk yg branded dgn tawaran harga yg lebih rendah berbanding yg baru. Ada gaya dgn jenama yg bagus, poket pun selamat.. Ok, mmg akan singgah juga nanti. Thanks sharing info menarik ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama! Ya, yang penting jimat, selesa dan berbaloi! tak perlu lagi runsing kepala nak beli baju yang tentunya mahal2 belaka.

      Padam
  5. harga menarik
    haihhhh geram pula dengar
    rasa macam nak membeli jer nih
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Kalau baju winter baiklah beli masa nak travel ke tempat winter. Takut membazir pula. Tapi jangan risau, ada banyak lagi jenis pakaian lain ada kat sini!

      Padam
  6. Eh baru tahu pasal sasuke outlet ni. sebab sekarang tengah musim sejuk kat negara qatar ni, memang berguna dan berbaloi kalau beli di sasuke outlet ni. cumanya tak berkesempatan lagi nak balik malaysia, kalau tak boleh singgah kat cawangan bangi tu.

    BalasPadam
  7. Eh murah gila la kalau boleh dapat rm25 yang macam tu. Kita kat malaysia ni time nak pergi bercuti ke negara beriklim sejuk je guna winter coat bagai ni. So nak habiskan duit beli yg mahal2 memang macam membazir jugak lah lagi-lagi kalau rakyat marhaen macam kita ni haha. Next time klu nak cari winter coat kena scroll balik blog hasif ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Sila-sila. Sebab jimat sangat dan mereka pun rajin buat promosi harga diskaun dan cabutan bertuah. Lagipun bisnes orang kita juga, kena support! :D

      Padam
  8. Wah..menarik ni..ari tu tercari2 jgk baju sejuk ni..tp beli kat jalan2 japan je..x tau ade kat sini jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah terjah ke sini juga supaya boleh dapat pilihan yang lebih banyak. ;D

      Padam
  9. wow nampak memang bergaya nampaknya I pun kenalah dapatkan baju winter ni mana tahu lepas ni turn I pula nak ke luar negara seperti paris dan europe..

    BalasPadam
  10. Design dia cantik dan up to date walaupun terpakai. Elok mcm ni dari membazir beli baru. Kita pakai jarang sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat! Banyak kos boleh dipotong dengan membeli kat sini tanpa kompromi soal kualiti dan keselesaan produk. :D

      Padam
  11. Winter clothings memang mahal. Kalau tak kena gaya beli dapat yg bad quality sebab nak murah punya pasal. Sasuke ni menarik gak. At least alternative for us.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Setidaknya kita ada pilihan lebih banyak dan boleh membandingkan harga yang lebih murah tanpa kompromi soal kualiti dan keselesaan kita.

      Padam
  12. Wah bagus nih walaupun murah tapi boleh pakai kan.xkisalh bundle ke preloved ke janji kualiti bagus dan bila pakai bergaya kan.lepas nih boleh cari pakaian dekat outlet ni

    BalasPadam
  13. Thanks for the intro, didn't know there are stores like that around, will check it out, besides winter clothing they seem to have a lot of other choices as well.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Definitely! So you can enjoy shopping for some good, premium quality clothes at more cheaper prices here!

      Padam
  14. Sasuke Naruto ke ni? Hehe. Tak pernah ke negara sejuk lagi. Kalau fikir memang banyak juga kos persiapan tu. Macam kawan pergi Korea, dorang beli baju sejuk kat sana. Btw, dah ada kat sini, bolehlah terjah. Harga ok dapat jimat sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak tahu pulak kalau beli kat negara sejuk lagi murah atau mahal. Tapi saya ada buat perbandingan harga dengan beberapa kedai. Satu baju winter boleh cecah 300-500 tapi kat sini boleh dapat jauh lagi murah. :D

      Padam
  15. Wah...cantik plk baju bundle ye?kak biasa juga beli baju bundle utk en abg;;tp kena pandai pilih..kalu rajim nak ajak anak pergi tgk tempat dia di Danau Kota.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Sebab diorang ni memang sangat menjaga kualiti kak. Jadi produk mereka hampir kebanyakannya dalam keadaan baik. :D

      Padam
  16. Wah menariknya, dapat beli baju winter dengan harga terlajak murah dan kualiti dan design yang bagus. nak try juga la shopping di Sasuke ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haruss! Lagipun setiap cawangan ada koleksi berbeza. Mesti akan rambang mata nak memilih nanti. Hihi.

      Padam
  17. yeayyy, akk pun suka shopping winter coat kat sasuke ni. Walaupun preloved tapi kualiti masih tip top. Akk beli ritu masa nak pi jepun, memang puas hati. Lagipun kalau nak beli yang baru rasa tak berbaloi plak sbb bukan selalu pakai kan.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu kak. Rugi je beli mahal-mahal tapi pakai dua tiga tahun sekali. Atau entah-entah memang tak pakai langsung! Hahaha. Banyak boleh berjimat kat situ.

      Padam
  18. Kita pun pengguna tegar barang sasuke. Murah berkualiti tinggi. Yang penting cantik2. X perlu berhabis duit kalau nk berxuti musim sejuk

    BalasPadam
  19. wah.. murahnya? kalau murah macam ni memang ramai la nak pi beli sini.. design pun lawa2..tapi TB ni macam suka semua design winter coat yang hasif pakai tu.. haha.. yang kaler grey tu paling TB sukaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Terima kasih! Memang cukup selesa sangat dan yang penting cantik kat mata saya juga. XD

      Padam
  20. Dah lama teringin nak ke Sasuke ni, geram pulak tengok baju cantik-cantik kat sana even prelove

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, nanti singgahlah! Sebab kualitinya premium, terasa macam baru tau!

      Padam
  21. belumpernah pergi Sasuke Premium Outlet. kalau berkualiti mesti akan jadi pilihan mereka yg nak travel ke negara sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau ada rezeki ke negara sejuk, pastikan singgah dan survey dulu baju-baju kat sini. Sure takkan rugi! ;D

      Padam
  22. Kena ingat nama ni, sasuke premium oulet. Next time boleh tuju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Jangan lupa pula ya! Boleh follow mereka di media sosial juga sebab mereka sangat rajin buat promosi dan harga diskaun tau!

      Padam
  23. Setuju sangat dengan your statement dalam first paragraph. Travel ke negara beriklim sejuk sememangnya bukan sahaja perlukan kekuatan fizikal (sebab sejuk) but also kena hadapi cabaran nak beli jaket atau baju sejuk sebab mostly memang memakan belanja yang agak besar + nak jaga pakaian sejuk ni satu hal lagi.

    Nice! Kedai Sasuke Premium Outlet ni nampak bersih and kemas siap ada branding lagi. Tak macam most bundle store. Membantu sangat buat mereka yang jarang travel ke negara sejuk. Boleh jimat banyak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly, Pojie! Jimat tu memang berkali-kali ganda sebenarnya. Sebab tu seeloknya memang kena survey dulu. Macam Sasuke Premium Outlet selain murah, pilihannya banyak. Jadi taklah terikat pada satu-satu design je. :D

      Padam
  24. Wahhh....terbaiklah... Boleh simpan maklumat ni.. Thanks for info.. Sasuke terdekat Bangi dan Kajang... LeYa memang suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. dah dekat dengan 2 cawangan tu! Mestilah kena pergi! Hihi.

      Padam
  25. Zaman saya ikut trip company pergi oversea guna kot bajuk sejuk bundle sahaja. Jimat duit sebab bukan pakai selalu. :)

    BalasPadam
  26. Nampak bestnya.. I nak pergi shop baju winter.. looks cool!

    BalasPadam
  27. I thought the shop in Japan and see the outlet in KL. Reasonable price for the sweater compare to shop that sell sweater.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.