Foodmarket: Gedung Makanan Kampung 'Trendy' di Kuala Lumpur
Ada orang kata, semoden mana pun variasi makanan yang ada sekarang, susah nak kalahkan menu kampung hasil air tangan mak atau nenek kita. Pada aku, memang ada betulnya jugak!
Dalam misi mencari rezeki, orang bujang macam aku tak ada pilihan tapi kena berhijrah ke Kuala Lumpur. Setiap hari makan luar dan selalunya kedai yang sama sebab dah biasa. Haha. Selalu juga terbayangkan alangkah seronoknya kalau dapat makanan mak setiap hari.
Malah, kalau korang kaki travel macam aku, memang sesuai sangat korang terjah tempat ni. Lagi-lagi kalau mengembara ke negara yang susah nak dapatkan makanan halal, boleh beli siap-siap makanan kampung segera kat sini!
Nah, entri kali ni aku nak kenalkan Foodmarket yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Yup, it is real, guys! Lima minit je naik motor dari rumah aku. Haha. Foodmarket ialah gudang pertama di Kuala Lumpur yang menghimpunkan produk-produk makanan tempatan dari seluruh Malaysia.
Aku rasa tak keterlaluan kalau aku boleh katakan yang ini memang lubuk makanan kampung segera yang korang boleh dapatkan dengan kualiti yang terbaik. Lebih 300 produk daripada 40 usahawan tempatan dari pelbagai negeri ada kat sini.
Antara produk yang mencuri perhatian aku (dan kebanyakan pelanggan yang datang kat sini) ialah Puding Raja yang dibawakan khas dari Pekan, Pahang, Bawang Goreng Premium, lemang sushi sejuk beku, nasi dagang segera, kerepek ikan bersalut telur asin, pekasam daging, tempoyak, aneka kerepek dan manisan tradisi dan banyak lagilah!
Puding Raja Pahang yang memang menggamit deria rasa! |
Bawang Goreng Premium yang bukan setakat boleh ditabur atas makanan, bahkan boleh jadi snek! Sedap! |
![]() |
Aneka produk sejuk beku yang sukar didapati melalui jualan atas talian pun boleh didapati kat sini. |
Aneka perasa untuk cornflakes yang sedap! |
Antara yang laku keras kat sini ialah Acar Rebung Perlis, Sambal Pahang Diraja dan Sambal Hijau. |
Aneka kerepek yang cukup sesuai untuk dijadikan kudap-kudapan minum petang. |
Packaging diorang serius cukup cantik dan kemas. |
Sabar dulu...
Antara juadah pastri dan kek yang bakal menyertai famili besar Foodmarket bermula 1 Februari 2018. |
![]() |
Arah jam dari atas: Ayie Ali, pengacara majlis dengan pemilik kedai Foodmarket, Engku Isa Al Husam; Kunor; Azah Nur antara pembuat pastri dan kek kat sini. |
Aktor Arja Lee yang sempat meluangkan masa menyokong usaha Foodmarket. |
Diorang bergiat aktif dalam memasarkan produk hasil perniagaan bumiputra. Tambah menarik, kebanyakan produk kat sini juga adalah usahawan yang terdiri daripada orang kampung, suri rumah, ibu tunggal, asnaf zakat dan usahawan industri kecil. Foodmarket turut terlibat secara langsung dalam membantu mereka melalui bimbingan teknologi makanan, membaiki label, rekabentuk dan aspek komersial.
Tak hairanlah, ada antara produk kat sini juga menembusi pasaran Jeddah, Arab Saudi melalui Foodmarket!
Ruang yang cukup selesa walaupun sarat dengan aneka produk di bawah satu bumbung. |
![]() |
Aku dah memborong kat sini untuk dibawa travel nanti. Korang bila lagi? Hihi. |
Sebelum aku tamatkan dengan informasi tentang Foodmarket, ada berita gembira untuk korang kat Denai Alam - diorang akan buka cawangan kat sana tak lama lagi. Jadi sila ikut diorang rapat-rapat kat media sosial!
Alamat:
Foodmarket
No.17, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
56000 Kuala Lumpur.
Waktu Perkhidmatan:
10 pagi - 10 malam
Telefon:
+6019 666 4889
Web:
Email:
Sosial Media:
36 komen
semua packaging nampak eksklusif dan rasa nak beli at least satu barang hehe. Untunglah dekat dengan rumah kan hehe
BalasPadamHehehe... Yup, hari2 balik kerja boleh singgah sebenarnya. Keke. Alaaa abang pun selalu singgah sini boleh je pergi ke kedai ni. XD
PadamBaru tau tempat ni.. memang menarik sbb banyak cottage product yg ada kat situ nampaknya. Teringin pula nak rasa snack2 tu.. bolehlah nanti jenjalan singgah ke sini. Thanks sharing info :)
BalasPadamExactly! Lagipun, sambil membeli bolehlah sokong produk tempatan yang tak kurang sedap dan yang lebih penting, berkualiti!
PadamBoleh beli online tak product diorang..teruja akak yang kaki masak dan kaki makan ni..rasa nak cuba product diorang la..puding di raja tu nampak sedap
BalasPadamBoleh, kak, sebab diorang pun sememangnya bermula melalui dalam talian. Boleh check out diorang punya Instagram nanti. ;)
Padamwow bagusnya foodmarket ni, disamping tingkatkan hasil jualan dapat juga memberi peluang kepada asnaf zakat, surirumah untuk mencari wang saku lebih. eh menarik ni rasa macam nak cuba pula makanan dalam balang kaca tu
BalasPadamBetul tu! Sambil berbelanja, sambil menderma sebenarnya. Lagipun, sokonglah produk tempatan gitu! Hehe. Ada banyak lagi produk tau. Kalau datang sini mesti rambang mata! :)
PadamTerima kasih atas perkongsian. Baru tahu pasal foodmarket ni. Bestnya kalau dapat pergi sana. Sebab macam-macam ada kan. Mau rambang mata nak pilih ni. Macam mana lah rupa lemang sushi tu yer.
BalasPadamHehe.. Betul tu, kak! Kenalah datang dan dapatkan sendiri. Hihi.
PadamBanyak juga aneka jenis produk makanan yang ada.puding raja uh serius menarik perhatian untuk cuba. Banyak juga jenis sambal dan budu yanga da.kalau perfi sana,confirm akan rambang.itu nak beli ini nak beli..adoiii kalau dah jadi mak mak ni memang meroyan tgk prodik macam nih
BalasPadamYa, puding raja dia sedap! Tapi kalau dah sampai sini, mesti akan mahu beli yang lain-lain juga. Hehe...
PadamOMG banyak nya produk tempatan dijual di sini. Kalau ke sini pasti aku juga rambang mata. Di Dataran Dwitasik ya ? Nak terjah lah ke sana nanti
BalasPadamYa, #dekatje. Hihi. Jangan lupa singgah!
Padamlah dekat cheras je.. ni memang syurga makanan ni.. nanti kalau mai cheras nak pergi tengoklah foodmarket ni.. thanks hasife! nice info
BalasPadamHehe. Yup, terutama makanan tempatan! Jangan lupa singgah, Haneeza! ;)
PadamOkey, lepas ni nak travel senang nak cari makanan2 selera malaysia yg memenuhi tekak melayu ni.. Haha..
BalasPadamHehe.. Kan.. Kalau melancong pun boleh bawak makanan ni. Boleh lepas rindu dengan makanan tempatan! :D
PadamAlaaaa dekat jelah. Nape tak pernah tahu pun tempat ni.
BalasPadamDah lama mengidam puding raja tu. Susah nak cari. Ok petang ni juga gi sini.
Dia masih baru bukak lagi bang. Dah dekat tu nanti jangan lupa singgah tau! Sure akan terpikat. Hihi.
Padamsekarang ni mudah nak dapatkan makanan kampung.. ada yang segera lagi tu. memang banyak pilihan makanan yang best kat Foodmarket ni. macam2 boleh cuba.
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Haah, memang banyak sangat pilihan sampaikan rambang mata! XD
PadamMenarik! Pernah sampai area Dwitasik tu tak tahu pula ada FoodMarket. Macam-macam pilihan makanan istimewa ada ye. Siap bawa khas dari Pahang tu Puding Raja. Bab sambal hitam, pekasam dan sewaktu dengannya memang kita suka. Maklumlah suka makan kan. Nanti boleh lah pi. Tak jauh juga nak cari barang kat sana.
BalasPadamHehe... Faham2. Tapi sis pandai masak. Kalau bujang macam kita ni harapkan makanan macam ni jelah kalau nak melepas rindu dengan masakan kampung! Hihi.
PadamBukan senang sekarang ni nak cari masakan kampung ni. Memamg susah. Menarik betul konsep Foodmarket ni. Ada jual pelbagai jenis sambal & bawang goreng tu nampak menarik lah.
BalasPadamwww.liahasty.com
Betul tu! Memang menarik dan mudah nak dapatkan makanan kampung! Rasanya pun asli!
PadamWah! best nyer this Foodmarket, i spotted a few things that I am keen to check out and buy there.
BalasPadamHihi. Yes, it very is! You should come and experience it to the max!
Padamwahhh.. senang btol skg makanan siap pack bagai..
BalasPadamYup! Lagi-lagi kalau nak travel kan. Taklah kempunan masakan kampung lagi! Hihi.
PadamIf I don't read this I really don't know there is a foodmarket. Oh my! Soo much of choices there and I really wanna eat that puding diraja. I had this one at Genting and I really hope to find a place selling this.
BalasPadamI wanna go this place tomorrow. So much attracted with this.
Racheal
Yeahhh! Woohoo! Enjoy shopping for your favourite foods and snacks! :D
Padamfancy la packaging dia. puding raja tu nampak sedap
BalasPadamYup. Mereka pun banyak bantu pengusaha IKS ni untuk upgrade produk mereka, terutama dari segi packaging dan marketing. :D
PadamOwh food market ni mcm kedai arab eh? Jual mkanan2 segera dan siap dimakan. Nice2 tapi aku tatau plak ada kdai mcmni kat bandar permaisuri tu
BalasPadamCool lah. Konsep dia lebih funky and trendy. :D
PadamTinggalkan komen di sini.