Ghost Museum, Pulau Pinang Bukan Rumah Hantu Biasa!
Aku bukanlah penggemar rumah hantu tapi waktu ke Pulau Pinang, baru-baru ni, aku rasa aku tak salah singgah ke Ghost Museum ni. Kalau rumah hantu aku selalu terpejam-pejam mata sebab takut (lagipun gelap gelita), di sini aku puas sebab boleh bergambar dengan banyak hantu-hantu kat sini!
Sebenarnya, Ghost Museum ni bukanlah rumah hantu. Seperti namanya, ia adalah muzium yang mempamerkan hantu-hantu daripada kepercayaan mengikut bangsa dan negara. Dari hantu Melayu, orang putih sampailah ke hantu Jepun, namakanlah dan korang akan jumpa 'diorang' kat muzium ni. Tapi tak ada hantu di negara lain yang boleh lawan 'keseraman' hantu Malaysia. Haha.
Tak percaya, korang boleh baca ulasan-ulasan pelancong warga asing di mana-mana portal macam TripAdvisor atau di Facebook rasmi mereka sendiri.
Kalau hantu Melayu, mestilah pocong tak boleh terlepas! |
![]() |
Dari kiri: Orang minyak dan rumah Pontianak. |
Lagi satu bahagian rumah Pontianak yang sedang menanti mangsanya... |
Hantu Cina dengan props yang tak kurang menarik. |
Hantu lanun pun ada kat sini. |
Dan sebagai fakta, inilah juga muzium hantu pertama di Malaysia!
Di Ghost Museum ni menyediakan 13 set dengan 20 jenis patung hantu. Walaupun patung, semuanya nampak realistik dengan props yang menyeramkan, efek macam asap selain muzik yang meremangkan bulu roma!
Lebih berbaloi, kalau sampai ke sini, korang boleh bergambar sepuas-puasnya dengan hantu-hantu yang ada di sini. Kalau mahu ambil lebih feel, korang bahkan boleh mengenakan pakaian hantu yang disediakan di sesetengah bahagian. Cool, kan?
![]() |
Ini 'pontianak' yang bercita-cita nak jadi model ibu mengandung tapi mati masa nak sarung baju di belakang pentas. Lepastu mayat kena langkah kucing hitam jadilah pontianak era baru. Haha. |
Pelancong yang datang ke sini diberi dua pilihan sama ada nak jalan-jalan di sepanjang muzium secara bebas atau menggunakan guide yang disediakan percuma. Fungsi guide ini ialah menerangkan jenis dan latar belakang setiap hantu yang ada di sini.
Pun begitu, aku cadangkan lebih baik meneroka muzium ni secara bebas sebab maklumat berkaitan hantu-hantu ini juga ditampal di setiap bahagian supaya memudahkan pengunjung untuk membaca. Selain itu, Ghost Museum turut menampal sampel foto sebagai idea untuk bergambar di setiap bahagian.
Rumah yang menghimpunkan karakter dalam filem franchise paling seram Jepun - The Ring dan Ju-On. Selamat berjumpa dengan Sadoko, Kayako dan Ju-On. |
Makmal zombie yang lepas kepada bilik penyeksaan (torture room). |
![]() |
Di luar makmal zombie yang agak menyeramkan. |
Kesimpulan
Aku suka muzium ni! Banyak bahagian dan banyak peluang bergambar. Kira berbaloilah dengan bayarannya.
Walaupun di luar diletakkan amaran bagi mereka yang mudah terkejut, ibu mengandung dan sebagainya, pada aku masih selamat. Sebab suka aku ingatkan sekali lagi yang Ghost Museum bukanlah rumah hantu yang gelap gelita dan ada banyak 'hantu' yang kejar kita ya!
Ghost Museum ni lebih rileks. Walaupun patung-patungnya agak menyeramkan, fungsi utamanya bukan untuk menakut-nakutkan tetapi mahu memberi pengetahuan tentang hantu-hantu di dunia.
Sejujurnya aku pun penakutlah jugak tapi di Ghost Museum ni rasa seronok pula. Lagi-lagi dengan kawan-kawan yang sekepala kan. Macam-macam gaya boleh posing dengan hantu-hantu kat sini. Cuma bergantung atas kreativiti je. Haha.
Berikut ialah antara video yang sempat aku rakam ketika ke Ghost Museum baru-baru ni.
Alamat:
Ghost Museum,
57, Lebuh Melayu, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon:
+604 261 2352
Waktu Perkhidmatan:
10 pagi - 7 petang
Harga Tiket:
Dengan MyKad
Dewasa - RM18
Kanak-Kanak / Warga Emas / Pelajar - RM10
Tanpa MyKad
Dewasa - RM 28
Kanak-Kanak / Warga Emas / Pelajar - RM16
Media Sosial:
36 komen
Banyaknya hantu. Ada bermacam-macam jenis yer. Scary pulak tengok. Kalau pergi ni memang tak boleh bawak bebudak. Mau nangis dalam tu nanti ☺
BalasPadamHaha. Kalau jenis berani boleh je sebab ada je budak-budak yang masuk! Ada part yang saya sendiri agak takutlah juga tapi sebab hantunya bukan jenis menyakat - cuma patung - jadi rasa selesa lah. Hihi.
PadamYa allah, kena fikir dua tiga kali nak masuk ke tidak. Takut malam nanti tak dapt tidur malam. Tapi tempat ni memang kelaianan. Dekat Port Dickson pun adakan rumah hantu tak silap saya. cuma belum berapa popular.
BalasPadamHaha. Saya tak pasti kat Port Dickson tu macam mana tapi kat Penang ni konsep muzium. Hantu yang tak menyakat sebab cuma patung. Hihi.
PadamAw.... takutnya....
BalasPadamSekarang baru tau ada ghost museum di pulau pinang ni...
INteresting!
It is one of the few newest attractions in Penang. Maybe one day u should check it out! 😃
PadamPuas Hasif bergammbar dengan hantu ya! Indeed hantu Melayu lebih scary, hantu org putih modem sangat kan. Haha. Siapa yang jadi model hantu tu ye? Kikiki. Lagaknya macam model!
BalasPadamYes, sis. Hantu Melayu tetap lejen! Haha. Oh, model tu kawan media saya. Memang jenis posing kalah Tyra Banks!
PadamSelalu balik je Penang , Kty lalu sini bila lepak kat town tapi sebab sebenarnya agak penakut so tak pernah terfikir nak pergi tambah pula nak ajak orang yang pun penakut tapi bila dah baca entry Hasif ni rasa cam unik pula sebab macam - macam jenis hantu ada and its a muzium yang mengisahkan asal mana hantu ni. Paling rare boleh gayakan dan kenakan pakaian hantu ni. Pergh. Tapi tak mengigau ke nanti?
BalasPadamHaha. Taklah kak. Pada saya, memang enjoy tempat ni. Kalau sorang-sorang kot saya akan fikir dua kali. Tapi kalau ramai-ramai seronok juga. Rasa kelakar pun ada bila semua posing gila-gila. Haha.
PadamHasif...kalau akak walau hantu ni cuma replika tapi disebabkan penakut akak memang x berani..sure termimpi- mimpi nanti ni..hahaha...
BalasPadamFaham... Faham... Ada orang memang tak berani. Keke. Bergantung masing-masinglah tak boleh nak paksa juga sebab ada dua orang kawan kami tak berani ikut masuk waktu ni juga. 😂
PadamTahun kat Penang memang paling banyak sekali muzium semua menda ada muzium tersendiri tapi muzium hantu ni tak pernah terfikir nak masuk hehehehe...
BalasPadamHehe... Cubalah bang! Mana tahu nanti abg pun enjoy dengan muzium ni kan! Mmg menarik dan lain daripada yang lain!
PadamNampak je macam ni, tapi kalau ambil gambar pandai ambil, nampak scary jugak lah gambar tu.
BalasPadamKan... Semuanya soal kreativiti. Yang penting memang sangat cantik sebenarnya untuk bergambar!
PadamMenarik muzium hantu..teringin juga nak pergi..sis mmg suka bab hantu ni..tp mmg hantu Malaysia plg seram sebab nampak kotor kot kan? Hantu omputih smart...haha
BalasPadamBetul kan hantu Malaysia nampak scary..tp mmg Asian ghost ni seram..cam Thai n Jepun boleh tahan seram..omputih smart je..hihi
BalasPadamHaha.. Mungkinlah kot. Kononnya hantu orang putih ni ada kelaslah... gitu. XD
PadamRumah hantu ni lagi real dan best. Klu akk lebih teruja masuk yang ini berbanding rumah hantu yg lain :-)
BalasPadamSamalah kak! Sebab sini lebih rileks dan banyak pulak tu peluang untuk bergambar!
PadamTak kuasalah nak masuk tempat gini. Masalah akan datang bila tinggal sensorang di rumah nanti hahaa..
BalasPadamHahaha... Faham sangat kak! Lagi-lagi bila duduk sorang2 kan. Tiba-tiba terasa ada yang melintas. Alamak!
PadamBanyak rupanya tempat yang tak pergi lagi dekat penang ni eeii ni yang buat nak plan next trip 😖
BalasPadamHihi... Haruslah! Tempat tarikan baru memang banyak dekat Penang! Kebanyakannya pun memang tak mengecewakan! Saya sendiri pun kalau ada rezeki nak teroka Penang lagi!
PadamKslau saya tak ada nak masuk muzium hantu ni sebab spesis penakut.kalau masuk confirm pengsan terus..hahaha
BalasPadamAhahaha... Tak adalah. Hantu kat sini tak mengejut-ngejutkan orang pun. InsyaAllah selamat.
Padamwah nampak macam seram why not tak pergi kan ? Tapi i tak rasa nak bawa anak-anak sebab buat masa sekarang tak nak expose benda seram macam ni tapi kalau depa tak dengar cakap I tinggalkan depa dalam muzium hantu ni aci tak ?
BalasPadamAhahahaha! Habislah nanti masuk paper! Menangis budak-budak tu!
PadamHaaa...tak seram yer?kalau dapat jumpa hantu betul agak-agak lari tak?
BalasPadamHahaha. Tak beranilah nak cakap besar kan. Memang larilah kak. Kalau akak tak lari, saya stay belakang akak jelah. Haha.
PadamOh my this is definitely not for the faint hearted, but I know plenty of friends who would certainly be attracted to this. Plus the photography taken here is nice too - certainly can sense the spooky feeling out of it ;)
BalasPadamHaha.. It's not like what it is looked lah.. It far way better than most ghost houses kot. Though the props and setups are indeed quite eerie.
PadamIka pernah pergi. Sangat menarik. Tak menakutkan pun, seronok lagi ada boleh selfie dengan hantu taw. Harga pun tak mahai sangat
BalasPadamExactly! Seronok sebenarnya lagi-lagi kalau datang dengan member-member kan. Masa nilah nak menyakat member yang penakut walaupun kita sendiri pun taklah berani mana! Haha.
PadamAssalamualaikum Hasif, Allah! Benda paling kecut perut la masuk rumah hantu. First time masuk rumah hantu di Sunway Lagoon, tak cukup nafas segala. Tapi bila tengok yang hasif kongsi ni rasa menarik pulak sebab banyak prop-prop yang best dan boleh bergambar. Harga pun sangat berbaloi dan puas hati. Yang penting boleh ambik gambarkan <3
BalasPadamTinggalkan komen di sini.