Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Menginap 3H2M di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan

11:06:00 PTG Hasif Hamsyari 49 Comments Category : , ,


Dah lama sebenarnya aku teringin menginap di tengah hutan Borneo - salah satu hutan hujan tropika tertua dan terkaya dengan flora dan fauna di dunia. Dan pengalaman itu aku peroleh dalam trip aku ke Sandakan baru ni, di sebuah penginapan betul-betul sebelah Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia.

Penginapan yang aku maksudkan ialah Borneo Natural Sukau Bilit Resort.

Berikut ialah itinerari selama tiga hari dua malam aku menginap kat sini.

Hari Pertama

Selepas terbang seawal 6.30 pagi dari klia2, aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan. Aku dan kawan-kawan blogger terus ke Hotel Sandakan, meet-up point kami untuk ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort.

Lebih kurang 11.30 pagi, kami bertolak dari Hotel Sandakan ke resort dan menempuh perjalanan lebih kurang satu jam setengah.

Sebaik sampai, kami dijamu dengan minuman ringan. Ruang resepsi sekali digabungkan dengan ruang makan. Menariknya, kami turut disambut dengan iringan muzik tradisional! Ruang ini menghadap Sungai Kinabatangan
Beginilah ruang makan dan ruang lobi resort.
Memandangkan di Sungai Kinabatangan ini terdapat banyak buaya liar, maka mandi di sungai adalah dilarang sama sekali. Jangan ambil ringan kalau staf kata 'tak boleh mandi' sebab mereka betul-betul memaksudkannya atau segalanya atas risiko dan tanggungan sendiri. Hehe...

Apapun, memang cukup cun pemandangan sekitar resort. Untuk ke setiap bilik akan menggunakan jambatan daripada kayu belian yang cukup cantik dengan hiasan lampu pada waktu malam.

Kemudian, kami check-in ke bilik kami daripada jenis Cottage (Kinabatangan). Biliknya agak sempit tapi masih selesa. Didatangkan dengan satu katil queen dan satu katil single. Ruang tandas agak luas dengan rain shower yang memang favourite aku dan lengkap dengan peralatan mandi asas macam syampu badan dan rambut, berus gigi dan sebagainya.
Dari kanan: Rupa bilik dan tandas di bilik jenis Kinabatangan.

Sinilah tempat yang syok untuk melayan perasaan yang aku maksudkan. Sesekali aku ambil binokular dan melihat burung dan tupai.
Tapi apa yang membuatkan aku teruja dengan bilik ni ialah ada satu ruang macam balkoni bersebelahan dengan katil aku. Sempatlah aku menggelamun sendiri melayan perasaan sebab port ni memang port terbaik untuk berbuat demikian! Haha.

Iyalah, pemandangannya menghadap hutan yang menghijau dengan bunyi unggas yang cukup therapeutic. Terasa nak tidur dekat area balkoni tu pun ada. Hihi.

Dalam pukul 3 petang, kami turun ke jeti untuk aktiviti pertama kami iaitu afternoon river cruise mengarah ke hulu sungai. Antara binatang yang kami nampak ialah silver leaf monkey dan semestinya, proboscis monkey yang terkenal tu. Kelibat buaya? Bukan nasib lagi. Tak apa, esok ada morning cruise pula!
Menikmati pemandangan menenangkan di sepanjang Sungai Kinabatangan.
Aku kagum bila tengok satu pokok ni penuh dengan kawanan monyet proboscis yang melihat matahari terbenam.
Aku pun terpukau dengan pemandangan senja yang menakjubkan macam ni.
Tip: Bawalah binokular sekiranya ada untuk melihat haiwan dengan lebih jelas. Kalau tak ada, boleh pinjam dengan harga RM30 sekali pakai dan pulang sewaktu check-out.

Sekitar dua jam setengah lepas tu, kami bersihkan diri dan menikmati makan malam kami. Istimewanya malam pertama ni, ada aktiviti santai yang mana staf resort menyanyi dan menari dengan tetamu termasuk kami. Haha.

Seronoklah juga sebab dapat sertai aktiviti begini dengan orang yang tak pun kita kenali - termasuk ramai orang putih yang datang bercuti juga. Dari bernyanyi lagu Anak Kampung dan Sayang Kinabalu, menari poco-poco hinggalah ke permainan limbo dance. Semuanya sangat sporting!
Kami dan pelancong asing semua berhibur malam tu!
Aktiviti terakhir malam pertama ni ialah night walk yang mana kami dibawa ke kawasan hutan berdekatan resort untuk mengamati hidupan malam kat sini. Lipan, labah-labah, musang, burung raja udang dan skunk antara yang kami temui.

Apa yang turut mengujakan aku ialah sampai di satu kawasan yang tiada pokok-pokok tinggi, kami diarah menutup sebarang lampu dan mendongak ke langit. Subhanallah! Itu memang antara pemandangan yang tercantik aku pernah tengok.

Bintang di langit Sukau memang cantik gila dan banyak! Cuma aku tak sempat nak ambil gambar kerana masa yang singkat. Ada baiknya kalau korang sendiri datang dan alami. Hihi.
Antara penemuan kami yang sempat dirakam lensa kamera.

Hari Kedua

Aktiviti morning cruise bermula seawal enam pagi. Kami dibawa ke arah hilir sungai dan di sinilah kami menjejak binatang yang bangun awal pagi. Monyet-monyet dan termasuklah kelibat buaya yang bersaiz agak besar dan panjang juga!
Inilah 'raja' yang menjadi tumpuan utama pelancong menyusuri Sungai Kinabatangan! Buaya!
Satu tips kalau jumpa haiwan-haiwan secara dekat begini, kena senyap sunyi. Sebab tu enjin bot pun akan dimatikan sebaik ternampak kelibat binatang seperti buaya ni.

Selain tu, kami turut terserempak dengan burung enggang yang berterbangan, bangau-bangau, helang dan burung raja udang.

Puas hati dengan penemuan pagi itu, kami kemudian menikmati sarapan pagi. 

9.30 pagi, kami mulakan aktiviti jungle trekking. Tak banyak yang kami temui kecuali denai gajah dan babi hutan. Selebihnya kami berjalan di sekitar kawasan Kampung Bilit. Sempatlah kami melihat sekitar kawasan kampung yang masih sederhana dan tenang saja kehidupannya. Bahkan kami menjamah air tangan penduduk di sini di satu warung. Goreng pisang cecah sambalnya memang sedap - dan murah!
Menjejak binatang di dalam hutan pula!
Aktiviti jalan-jalan di Kampung Bilit yang cukup sederhana dan slow-paced. Tenang...
Kemudian, kami ambil masa untuk lihat antara bilik-bilik lain yang ditawarkan kat sini. Memang cantik dan menarik! Sesuai sangat untuk percutian berkeluarga, apalagi untuk berbulan madu!

Memandangkan masih ada banyak masa selepas makan tengah hari, aku ambil keputusan untuk rehat di hammock, bahagian atas resepsi dan ruang makan. Memang nyaman sangat dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sampai tertidur aku dibuatnya! 
Bersantai di hammock atas bahagian lobi dan restoran.
Memasuki waktu petang, rupanya banyak sangat monyet di kawasan resort kami. Jenis kera kampung jenis yang nakal dan suka mencuri - ia lebih tertarik pada plastik. Jadi seeloknya kena selalu berhati-hati. Mereka ni pun jenis tak takut dengan orang!

Tapi selain kera, rupanya proboscis monkey dan silver leaf monkey pun bergayut atas sekitar kawasan bilik kami! Memang cukup rare!

Lebih kurang jam 4 petang, kami mula river cruise kami yang ketiga, kali ini ke arah hulu sungai. Kami memasuki kawasan sungai yang lebih sempit dan nampak banyak juga kelibat anak buaya! Ada juga jejantas yang menjadi laluan untuk monyet-monyet menyeberang.

Kami turut melihat ular paya bakau yang belang hitam kuning tu - di sebalik pokok langsuyar liar - selain black giant squirrel dan biawak yang bersantai malas atas dahan pokok.
Arah jam dari kiri: monyet proboscis, di kawasan ular paya bakau, biawak atas dahan pokok dan monyet yang tak kacau orang. Haha
Kalau di resort tadi, keranya memang nakal. Tapi kalau kera hutan, memang cukup tertib! Kami melihat dengan cukup dekat dan mereka langsung tak mengendahkan kami. Melihat mereka dalam habitat semulajadi begini memang menarik juga!

Tamat river cruise, kami bersihkan badan, makan malam dan meluangkan masa mendengar cerita-cerita masyarakat setempat daripada guide kami, Aloy. Bedtime stories lah kiranya (yang buat semua tak senang duduk lepas tu). Hehe.

Hari ketiga

Pemandangan matahari terbit dari bot kami. Dari berkabus tebal hinggalah ke pancaran matahari yang memukau!
Morning cruise yang terakhir dengan kawan-kawan blogger.
Jam 6 pagi, kami bertolak untuk morning cruise terakhir kami. Targetnya mahu melihat orang utan tapi bukan nasib kami. Yang kami jumpa ialah sarangnya sahaja. Kalau bernasib baik, pelancong pun boleh terserempak dengan gajah pygmy yang terdapat banyak juga di sekitar Sungai Kinabatangan ni.

Apapun, binatang lain macam dalam cruise sebelum ni pun kami jumpa lagi.

Usai bersarapan, kami pun check-out dan berlepas pulang ke Hotel Sandakan pada 8.30 pagi.

Kesimpulan

Pengalaman bersama Borneo Natural Sukau Bilit Resort ni semestinya antara yang cukup manis bagi aku.
Percutian kat sini memang syok, tak kisahlah untuk korang yang sukakan cabaran, mahu melihat keunikan flora dan fauna di sepanjang Sungai Kinabatangan dan hutan Borneo mahupun sekadar mahu bersantai dalam suasana yang cukup menghijau dan menyamankan.

Aku dimaklumkan yang lebih 90 peratus pelancong di sini ialah warga asing. Ini menunjukkan betapa kurangnya orang kita sendiri mahu melihat keunikan yang kita sendiri miliki sewaktu dunia luar pula berpusu-pusu ke sini.

Jadi, ada baiknya kalau korang pun ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort ni jugak. Pada aku, harganya pun berbaloi dan servis mereka cukup baik. Staf-staf yang aku temui semuanya ramah-ramah belaka!

Selain daripada itinerary yang disediakan, pelancong jugak boleh customize sendiri jika ada aktiviti lain yang mahu dilakukan namun dengan bayaran harga berbeza. Misalnya, meneroka Gua Gomantong yang terletak tak jauh dari resort.
Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sandakan
Berikut ialah maklumat jika korang nak merasai pengalaman sebagaimana yang aku dah lalui.

Harga untuk Pakej 3D2N - River Safari:
Dormitory - RM385 seorang
Cottage - RM477 seorang (twin share)
Deluxe - RM530 seorang (twin share)

Harga termasuk:
Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
Guide untuk semua aktiviti
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan
Makan dan minum

Harga tidak termasuk:
Barangan kelengkapan lain (sewa)
Perbelanjaan peribadi
Makan dan minum selain dinyatakan
Penginapan tambahan

Tempahan:
+6017 972 9128 (Fred)
+608 921 8372

Laman web:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama Borneo Natural Sukau Bilit Resort dan Asia Green Travels. Segala pandangan penulis bukanlah mewakili pandangan penganjur.

RELATED POSTS

49 komen

  1. Belum pernah pergi bermalam dalam hutan di tempat yang cantik macam ni. Biasa kalau masuk hutan, hostelnya biasa2 je. Memang menarikla Hasif. Bella akan ajak kawan2 travel dtg sinilah. Gerunla tgk buaya tu! Adoyai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Saya masa nampak buaya tu macam teruja gila! Pertama kali tengok di habitat liar kan! Tapi memang cantik tempatnya, kak. Nanti cubalah. Berbaloi!

      Padam
  2. Bestnyaaa tak pernah sampai sini lagi
    Tengok aktiviti dia semua best
    Bilik pun cantik
    Boleh la plan next trip

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak! Sekali-sekala meneroka kecantikan dan kekayaan alam semulajadi negara kita memang sangat berbaloi. Tenang pulak tu!

      Padam
  3. Tak pernah sampai, dan bila baca pengalaman ni rasa teruja. Eh, gambar pokok yang ada sekawan monyet tu cantik! tak sangka banyak macam tu ek atas satu pokok.

    Percutian macma ni, memang best. boleh tenangkan fikiran dan buat kita tinggalkan sekejap kesibukan tugas harian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Memang mempesonakan juga pemandangan pokok dengan banyak monyet proboscis tu. Teruja jadinya!

      Ya, memang menenangkan fikiran. Udaranya pun segar. Nyaman sangat...

      Padam
  4. Seronoknya menghirup udara segar lari jauh dari kesibukkan kota metropolitan..jauh dari hutan batu masuk hutan yang real dengan bunyi dan pemandangan alam semulajadi...menjadi pengalaman yang hebat dan x dapat dijual beli kalau akak yang dapat peluang ni..i really need all this scenery...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga akak pun sampai ke sini sebab harganya pun pada saya berpatutan. Lagipun sekali sekala memang sesuai sangat merehatkan diri di sini. :)

      Padam
  5. Seronok kalau dapat peluang untuk ke tempat2 yang very close to nature ni. Pemandangan nya pun semua sangat cantik. Best ek asyik jalan je Hasif ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Sekali sekala je ni. Tapi memang seronok! Selain melihat sendiri keunikan dan keindahan alam semulajadi, lagi penting dapat merehatkan diri juga. :)

      Padam
  6. best nyaaaaa join trip macam ni.Bila la nak dapat macam ni.
    #done follow blog hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah suatu hari nanti mesti ada punya. Dah follow cakapsinilah jugak. :D

      Padam
  7. Ya Allah! this is really amazing! Sally mmg teringin sangat nak ke Sabah, tak kisah la belah mana pun...mmg suka dengan flora dan fauna kat sana yg pada Sally menarik sikit daripada Semenanjung..

    Chop! Bed time story tuu cerita hantu ke apaaa? hahahaha

    OMG! Bestnya dapat tgk haiwan haiwan daripada habitat asal mereka...syoknyaaa!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada rezeki, datanglah ke sini! Memang syok! Banyak sebenarnya keistimewaan hutan Borneo, sayang sangat kita sendiri tidak mengambil kesempatan untuk meneroka.

      Haha... Macam biasa... cerita seram2 macam tu. keke

      Padam
    2. Thanks for the recommendation, the price and resort seems pretty resonable to me. I'll plan a trip soon. InsyaAllah!

      Padam
  8. Selalunya benda explore nature ni dipenuhi dengan warga asing. Mereka lebih hargai apa warisan yang kita ada. Sayang nya rakyat malaysia x explore kawasan ni. Kalau diberi peluang memang lia nak sangat pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... dekat je, Lia. Nanti kalau ada rezeki dan kesempatan singgahlah ke sini ya!

      Padam
  9. Seronoknya dapat merasai sendiri pengalaman keindahan alam semulajadi camtu jauh dari kesibukan kota. Lari sekejap dari kesibukan bekerja..dapat rehatkan fikiran.

    Pengalaman yang cukup berharga tu tidak semua orang berpeluang merasainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan, bolehlah mencuba menginap kat sini. Aktivitinya best dan memang cukup menenangkan!

      Padam
  10. Wowww...bestnya lah dapat tengok buaya...seriau tak?? kalau sis mesti kecut perut. Best betullah aktiviti mcm ni...kalau lah ada daya memang terasa nak buat aktiviti mcm ni, tapi tu lah...umur dah lanjut ni susah nak gerak laju apatah lagi nak lasak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak adalah mencabar sangat, kak. Untuk aktiviti berkeluarga memang sesuai sangat. Lagipun boleh runding dengan guide supaya follow pace kita. Hihi... InsyaAllah kalau ada rezeki dan kesempatan, datanglah ke sini ya!

      Padam
  11. The view is so much breathtaking and whatever captured inside your blog has make me even wanna visit this beautiful place.. oh my... can't wait for my next holiday.. but the only i scare the most is the crocodile... lolz - Rach

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... As long as you follow what the guide has instructed, everything should be fine la.. It was one of the most incredible experiences, you know! :D

      Padam
  12. Teringin nak bermalam kat tempat macam ni. I love that tempat mengelamun beside your bed.Whoaaaa!!!! You jumpa buaya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya nak tengok buaya dengan full body tepi sungai ke... Yang jumpa anak dia je. Yang besar-besar ni jumpa dalam air je. Tapi kira oklah jugak. Hihi... Kalau ada rezeki dan kesempatan datanglah ke sini ya!

      Padam
  13. Such a relaxing trip and never try before staying in the jungle. Must be fun as early morning can heard the bird chip and take a fresh breeze.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly! Just what I need at the moment tau. It feels so calming!

      Padam
  14. Alaaaa... bestnya tengok korang. rugi tak dpt join. Tapi betul la, selalunya kalau pakej percutian mcm ni kebanyakannya warga luar yg akan memonopoli. Mungkin warga tempatan lebih suka bercuti di bandar ataupun di tepi laut kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm.. Mungkin jugalah kak. Tapi itu sememangnya satu kerugian yang cukup besar. Takpe, untuk akak maybe kita akan pergi lain kali? Hihi... Seronok!

      Padam
  15. Gambar kat entri hasif semua cantik2 geram tengok. Mmg nampk wow betul tempat ni. Hopefully one day dapt datang ke sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Terima kasih! InsyaAllah semoga suatu hari nanti sampai ke sini ya!

      Padam
  16. Tak pernah sampai sana. Bestnya! Pakej pun murah je haa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. Nanti bolehlah rancang ke sini next cuti ya! Bawak famili atau geng2 sekepala pun syok sangat. Boleh release stres!

      Padam
  17. Kemain eh Hasif. I pun teringin nak pegi Sabah, tapi masih takde kesempatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah tak lama lagi tu. Sabah pun memang one of mt favourite sebab banyak sangat hasil kekayaan alam semulajadi. rugi kalau kita sendiri tak lawati. 😁

      Padam
  18. Fuhhh best nie... Teringin nak jejaki kepulauan Borneo.. Tapi tue la, semenanjung pun tak habis jelajah lagi nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Tak apa... Sabah pun taklah jauh mana. Saya sukakan Sabah sebab banyak sangat tarikan semulajadinya yang memang cantik dan mengagumkan.

      Padam
  19. Percutian yang close to nature betul ni..jumpa buaya bagai. Tak takut ker? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Weirdly tak takut pun. Sebab semua teruja. Seronok sangat sebenarnya!

      Padam
  20. Fuh..puas membaca.

    seronok giler tengok gambar dan baca pengalaman orang yang pernah pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Terima kasih... Kalau berpeluang, pergilah ke sini juga ya! Bawa famili atau kawan sekali - mesti lagi best! :D

      Padam
  21. I saw some of you posted on social media. Omg this resort is somewhere I want to go for my retreat just to relax and be close to nature.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, you very should! It is interesting actually knowing we have this kind of resort, and it will be even more interesting when you experience it for yourself!

      Padam
  22. Kalau kita pergi ke resort resort yang eksotik macam ni memang kebanyakan guess adalah foreigners. Locals mungkin lebih suka ke tempat yang lebih happening dan boleh shopping.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm.. betul juga tu. Sempat berborak dengan salah satu pegawai pelancongan satu daerah di negara luar, trend pelancong Malaysia memang ke arah shopping...

      Padam
  23. Terasa nak tidur dekat area balkoni tu pun ada. haha kalau tak takut kena kacau ngn mokey silalah tido

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Kan. Senang cerita hampir semua area mmg buat kita terbuai-buailah!

      Padam
  24. Balik teringat2 suasana kat Sukau ni. Bestlaaaa. Dah lah bilik dia cantik. Itu yang terlepas sesi morning river cruise tu sebab bilik cantik dan best sangat. TERnyenyak tidur sampai tak sedar pulak. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Kannn... Kalaulah boleh extend sehari lagi. Just untuk duduk rehat je kat area resort. Mesti best! Maknanya kena repeatlah ni!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.