Pengalaman Snow-Shoe Trekking di Hiruzen, Okayama, Jepun
Aku sebenarnya sukakan aktiviti lasak. Antara kegemaran aku ialah mendaki dan trekking di bukit atau gunung. Walaupun boleh dibilang dengan jari jelah pun, sebenarnya, antara bukit dan gunung yang pernah aku jejak. Tapi tak pernah aku terbayang untuk melakukannya dalam cuaca salji yang lebat!
Pengalaman tu aku peroleh dalam trip aku ke Okayama, Jepun baru-baru ni. Dan sepanjang lima hari aku kat sana, ini antara pengalaman yang cukup terkesan bagi aku!
Aku dan kawan-kawan bergerak dari Hotel Kyukamura Hiruzen-Kogen dalam jam 8.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 9.00 pagi. Sebelumnya kami semua dah mengenakan pakaian khas untuk trekking dalam cuaca sejuk ni - jaket, boot, snow cap, sarung tangan yang semuanya tebal-tebal belaka. Itu belum kira tiga lapis baju bahagian dalam dan thermal wear yang aku pakai. Haha.
Sejuk mencecah -8°C
Ya, sejuk yang mencecah -8° celcius waktu aku sampai di checkpoint tu. Dan salji pun makin melebat...
Tapi disebabkan masing-masing teruja, kami pun meneruskan perjalanan seperti yang dijadualkan meredah laluan kami yang ditimbuni salji tebal sekitar enam ke tujuh inci! Sebab itu gunanya perkakas snow-shoe ni yang memudahkan perjalanan dan boot yang kami pakai pun tak terus tenggelam.
Di awal perjalanan yang melalui kawasan hutan dengan salji yang lebat. |
Dan sejujurnya, dengan ketebalan begitu untuk melangkah memang memerlukan stamina yang banyak. Dalam waktu sekitar lima minit pertama tu pun dah agak semput juga masing-masing sebab dah mula mendaki. Phew!
Tapi dengan bantuan dan sokongan moral guide kami, Mr. Georgie, kami teruskan dengan semangat yang berkobar-kobar, gitu... Haha.
Dalam kami berjalan, salji yang turun semakin berkurang sampailah ke satu kawasan lapang yang memutih di setiap ceruk pandang. Memang memukau! Dan di kawasan ini jugaklah aku terlihat beberapa 'anak' puting beliung yang pun membuatkan aku terkagum sekejap. Tapi sangat kecil, tak lama dan tak berbahaya.
Kami berjalan terus ke satu lagi pokok yang memang cukup ikonik. Manakan tidak, pokok yang satu ini memang cukup besar dan hanya ia sebatang je di kawasan lapang tu. Kata Mr. Georgie, ini antara spot wajib pelancong untuk bergambar.
Mencari jejak binatang liar
Antara jejak musang salji yang kami temui. |
Meneruskan perjalanan, kami terserempak dengan jejak-jejak yang bentuknya macam tapak kaki anjing cuma kurang jelas sebab ada yang tertimbus dengan salji. Mr. Georgie pun bertanya, "Siapa boleh teka tapak kaki binatang apa tu?"
"Musang!" kata aku. Dan jawapan aku, betul. Hehe.
Tak jauh dari tapak kaki musang tadi, kami nampak kesan tapak kaki yang saiznya agak panjang-panjang. Kata Mr. Georgie, itu tapak kaki arnab.
Ini antara dua haiwan liar yang cukup sinonim dan paling senang nak jejak dalam hutan ni. Tapi untuk melihat sendiri binatang-binatang ni amat bergantung pada nasib.
Bermain gelongsor salji
Menuruni bukit dengan langkah berhati-hati. |
Salah satu aktiviti yang membuatkan snow show trekking ni lagi menyeronokkan adalah kerana permainan gelongsor salji ni. Dengan hanya menggunakan plastik guni yang diikat pada pinggang, setiap antara kami kena menuruni bukit yang agak curam dengan punggung beralaskan plastik guni tadi.
Sejujurnya, aku enjoy sangat dengan aktiviti ni. Adalah beberapa spot yang kami lakukan perkara sama. Dan dari rasa was-was terus rasa nak lagi dan lagi. Haha.
Kalau bab main lontar salji, itu sepanjang perjalanan kami main. Haha. Almaklumkan, bukan selalu dapat jumpa salji yang sebenar!
Selain tu, kami juga melintas sungai-sungai kecil yang konfem sejuk ke tulang airnya. Bayangkan jelah, aku buka sarung tangan untuk ambil gambar lima saat je pun dah rasa nak kejung! Tapi dengan tunjuk ajar Mr. Georgie, semua selamat melintasinya. Sungai yang kecil je pun.
Secawan coklat panas, snek coklat dan pemandangan Gunung Hiruzen
Kemuncak aktiviti kami adalah apabila sampai ke satu puncak bukit ni. Dengan perjalanan satu jam setengah, semuanya melepaskan lelah di bawah sebatang pohon atas bukit ini.
Mr. Georgie mengeluarkan beberapa cawan plastik sebelum diisi dengan paket-paket minuman coklat dan air panas. Kami juga dihulurkan beberapa snek coklat sebelum semuanya bersantai sambil menghadap pemandangan cukup menakjubkan Gunung Hiruzen.
![]() |
Secawan hot chocolate yang melegakan lelah kami. |
Gunung Hiruzen berketinggian sekitar 1,200 meter dari aras laut dan merupakan sebahagian daripada Taman Negara Daisen-Oki. Ia juga antara gunung yang menjadi kegemaran pelancong untuk hiking. Cuma untuk beginners selalunya akan trekking di sekitar kaki gunung ini sahaja - macam trip kami ni.
Dalam 15 minit kemudian, kami pun mula bergerak untuk balik ke tempat pertemuan kami awal tadi.
Dalam perjalanan balik ni, kami melalui satu kawasan hutan salji yang nampak macam di alam fantasi. Memang sangat cantik dan saljinya memang putih mulus! Perjalanan diteruskan sampailah ke satu kawasan resort yang rupanya mengingatkan aku pada kek bentuk rumah gingerbread. Haha.
Apa aku boleh katakan, aku memang puas hati. Dua kilometer perjalanan dalam masa lebih kurang dua jam memang ternyata berbaloi. Seronok! Serius aku tak kisah kalau diberi kesempatan untuk kembali ke sini dan mencubanya sekali lagi.
Nah, ini video pendek sewaktu aku lakukan aktiviti snow shoe ni di kaki Gunung Hiruzen, Okayama, Jepun.
Laman web: hiruzenyamaasobi.okoshi-yasu.com
Pertanyaan/Booking dengan Agen: +603 2141 8022 (Sunrise Travel & Tours/www.sunrise.com.my)
Inilah pemandangan yang dreamy-like macam cerita fantasi! |
Rumah yang ditimbuni salji sebelum sampai ke destinasi akhir kami. |
Dengan Mr. Georgie, jurupandu kami. |
Tips
![]() |
Hot pack dengan air teh hijau. |
- Pastikan korang memilih snow-shoe dan boot yang sesuai dan selesa dengan saiz kaki korang. Pastikan juga ia diikat ketat dan kemas. Hal ini penting supaya dalam perjalanan, tak adalah asyik tercabut dan akhirnya menyukarkan perjalanan.
- Bawalah termos dan isi air panas secukupnya. Bawak snek dan air minuman macam teh hijau pun digalakkan.
- Bawa hot pack secukupnya; ini sangat berguna kalau badan korang tak dapat nak adapt dengan cuaca yang terlalu sejuk.
- Bergantung pada jenis dan ketahanan telefon, bawalah powerbank supaya tak terlepas untuk selfie atau mengambil gambar yang cantik-cantik sepanjang perjalanan.
- Walaupun dah mengenakan winter jacket, sila pastikan memakai pakai dalam beberapa lapis (mengikut keselesaan).
- Pastikan korang membawa beg galas yang selesa dan banyak compartment. Tapi, bawalah barangan yang diperlukan sahaja supaya tak terlalu membebankan nanti.
Nah, ini video pendek sewaktu aku lakukan aktiviti snow shoe ni di kaki Gunung Hiruzen, Okayama, Jepun.
Informasi jika nak menyertai aktiviti ni
Harga: ¥5,000 seorang (sekitar RM185) - termasuk sewa snow shoe dan guide.Laman web: hiruzenyamaasobi.okoshi-yasu.com
Pertanyaan/Booking dengan Agen: +603 2141 8022 (Sunrise Travel & Tours/www.sunrise.com.my)
*Snow shoe trekking ni hanya pada musim sejuk. Selain musim ini ada juga trekking hutan dan lawatan ke beberapa tarikan semulajadi seperti air terjun.
Trip ini terlaksana dengan kerjasama Okayama Health Tourism dan Sunrise Travel and Tours.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukanlah mewakili pandangan pihak penganjur.
|
45 komen
apa best sangat tempatnya niiii. jeles akak tau tak. nak masukkan dalam wishlist lah camni. tempat cantik, aktiviti pun menarik. bila lagi nak rasa pengalaman camni kat tempat orang.
BalasPadamhehehe... nanti kena cuba juga kak! memang pengalaman yang lain daripada yang lain!
PadamTak pernah pun snow-shoeeing. Nak tahan kesejukan tu pun satu hal gak. Kena pakai baju yang sesuai la kan....musang kalau tengok dalam cerita mat salleh tu macam ganas2 je.
BalasPadamEh taklah. Haha.. Mereka selalunya takut manusia. Yang agak bahaya mungkin serigala kot. Nanti cubalah. Memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan!
Padamnampak best weih... macam mencabar gitu masuk dalam salji. murah juga kalau rm185 ...siap ada guide
BalasPadamYup! Memang seronok dan berbaloi untuk aktiviti ni. Pengalamannya memang unik!
PadamAlahaiii... Best sangat. Gambar pon semua cantik-cantik. Tebal jugak salji yer. Memang sejuk betul nih. Member baru balik dari jepun. Tapi kesian sebab kena influenza A. Jangkit dari sana.
BalasPadamAlamak... Itulah kadang-kadang travel ini memang berdepan dengan risiko juga. Cuma kena selalu berhati-hati dan travel dengan selamat. Kalau ada rezeki, cubalah ke sini ya!
PadamSeronoknya tengok Hasif main salji tu ha...gambar semua cantik2...ntah bila la akak merasa pergi
BalasPadamInsyaAllah suatu hari nanti tu kak. Hihi. Terima kasih!
PadamBestnya jalan dekat snow.mcm mana ye rasa pijak snow..mcm kita pujak ais yang dikisar tuh ke.sbb kalau tgk orang pijak snow rasa mcm lambat aje dia nak angkat kaki bila nak melangkah
BalasPadamYa! Memang agak mengah juga tapi rasa teruja punya pasal kan, semua jadi bersemangat nak menempuh salji yang tebal tu. Hihi..
PadamHehe tebal betul salji tu..hilma suka salji tp x suka tempat mcm ni hahaa sbb kena pki baju tebal2..
BalasPadamAlaaa kalau dah namanya tempat bersalji memanglah kena pakai baju tebal-tebal. haha
PadamSeronoknyaa teringin nak pergi tempat bersalji macam ni harap ada la rezeki nanti.
BalasPadamSuka aktiviti mencabar macam jungle trekking semua tapi tak berkesempatan lagi
InsyaAllah moga suatu hari nanti sampai ke sini juga. Memang pengalaman yang unik!
PadamBenci lah Hasif. Suka buat org lain jeles tau. Bestnya dpt experience snow. Teringin nak merasa. Entah bila agaknya. Sejuk2 dpt minum hot chocolate tu , mesti best kn !
BalasPadamHihi... Ya seronok, lagi-lagi dengan geng. InsyaAllah moga nanti Zharif pun sampai sini jugak. :D
PadamNi pergi trip sekali dengan Emas Putih ke? Seronokla tgk awak asyik jalan2 tempat yang best2. Jeles ni. Klau ka tempat salji ni musangla tekaan plg tepat dalam fikiran kan. Thanks for the infos anyway. Boleh dijadikan rujukan kelak.
BalasPadamHaah, dengan Emas Putih. Hihi... InsyaAllah moga suatu hari nanti akak pun ke sini juga. Memang menarik pengalamannya!
PadamBestnya hasif! Akak teringin gila nak main snow..kalau anak akk yg sulung tu mesti nak buat olaf tauuu...yg tu x hbis2 perasan elsa pulak tu
BalasPadamahahaha. kami pun feeling let-it-go jugaklah. seronok sebab tak pernah main salji kan sebelum ni. hihi
PadamThis is my first time knowing there's snow shoe tracking, looks really fun and the price is reasonable as well, can't wait to try this out!
BalasPadamYeah, you should! It actually very fun and worth to try!
Padamwah bila hasif cakap pasal stamina tu,
BalasPadami dah cuak,
memang lah pemandangan nampak cantik dan breathtaking,
tapi bila cakap pasal stamina i risau i pancit walaupun baru jalan sekejap..
tu yang kadang-kadang jangan paksa takut nanti jantung over denyut sangat bahaya... boleh mengakibatkan mati terkejut..
apa pun nice experienced !
saya sarankan buatlah regangan badan, yang ringan-ringan pun ok supaya badan lebh bersedialah. tapi insyaAllah boleh... kalau rasa tercungap, guide boleh faham dan rehat sekejap. cuma masa akan jadi lebih lama lah. hihi
PadamWow, you really super. Hiking on the snow is not easy and sumore whether is super cold. Impress with your adventures activities in Japan.
BalasPadamIt is actually doable lah to anyone. And it IS fun - you should try it too!
Padamseronok betul lah dapat bermain salji disana
BalasPadamya memang seronok! hihi.. lagi-lagi tak pernah main salji sebelum ni kan. XD
PadamWaduhhhh...cantik sangat gambar-gambar ni, buatkan sis terasa nak pergi je, Nampak gaya kena kumpul duit bebanyak ni nak ke sana
BalasPadamInsyaALLAH moga nanti sis pun sampai ke sini. Memang seronok sis dan berbaloi dengan pengalaman unik yang ditawarkan!
PadamSeronoknya! berat tak kasut khas yang dorang sediakan untuk mendaki di kawasan salji? kalau berat memang stamina kena double la dari yang biasa. hehe
BalasPadamHmm.. tak berat dan tak ringan sangat. tapi sebab baju sejuk pun dah berat jugak, memang stamina pun penting! haha
PadamOMG I want to try this so badly...it looks like so much fun...I also want to experience snow...life goals..hehhehe
BalasPadamMoga tercapai impian! Amin.. Memang seronok dan berbaloi. :D
PadamSumpah bro! Kalau dah tahap sejuk -8 mmg takle nak go. Boleh beku nanti. Tapi, bila fikir balik. Buat apa dtg2 jauh2,tapi tak cuba en. Membazir je namanya. Tapi serius, teringin nak pegi ke sana. Bila lah agaknya ada peluang rasa main salji
BalasPadamBetul! Lagipun bukan selalu dalam cuaca begini! InsyaAllah moga suatu hari nanti sampai ke sini jugak. :D
PadamTengok permandangan pun dah seronok. Subhanallah cantik kan Allah s.w.t cipta tiap tempat ni unik. Salji, sejuk. Seronok sangat tengok. Kalau akak pi sini mesti bleh kurus. Lemak banyak. Hahaha.
BalasPadamAhahaha... Boleh jadi jugak kak! Tapi memang... melihat negara orang begini sebenarnya makin membuka mata dia dengan kekuasaan dan kebesaranNya. :D
PadamNampak macam senang je ye nak main tu. Tapi bila you cakap memerlukan stamina tu, rasa macam erkk. Aish dah dua orang dah tgk pergi Okayama ni, seronok betul, lagi2 waktu salju mcm ni. Memang cantik dan terbaik utk bercuti kan.
BalasPadamItulah... Saya pun fikir senangnya tapi bila dah cuba sendiri, agak mengah jugalah. Tapi seronok dia memang awesome!
PadamFuh!..memang seronok main salji nie..
BalasPadampemandangan pun cantik giler
Itulah! Memang pengalaman cukup manis untuk saya. Moga-moga diberi rezeki untuk bermain salji di tempat lain pula. InsyaAllah... :)
Padamabang hasif nanti saya ngan kwn kwn nk pergi jepun.harap abang boleh ikut boleh tunjuk ajar.nanti adalah orang yang berpengalam tolong
BalasPadamTinggalkan komen di sini.