Pesona Comel Patung Beruang di TeddyVille Museum, Pulau Pinang
Siapalah yang tidak terpaut dengan kecomelan patung beruang. Dari yang sekecil-kecil pemeluk budak kecil sampailah ke yang sebesar-besar orang dewasa, patung beruang sememangnya best untuk dipeluk. Aku tau, mesti ada antara korang yang sampai jadikan patung beruang korang bantal busuk!
Tapi tahukah kat korang yang di Malaysia juga sudah ada muzium patung beruang? Muzium yang pertama seumpamanya di Malaysia ini juga menyimpan koleksi patung beruang yang terbanyak di Malaysia - iaitu kira-kira seribu patung beruang - di dalam sebuah muzium berkeluasan 9,000 kaki persegi!
Di mana lokasinya? Di TeddyVille Museum, Pulau Pinang. Tempat menarik ni berada di Level G (dalam bangunan), DoubleTree Resort by Hilton Penang di Batu Ferringhi.
Sejarah patung beruang
Sedikit fakta menarik tentang kenapa patung beruang selalu dipanggil teddy bear? Sebab ia dinamakan bersempena nama Presiden Amerika Syarikat ke-26, Theodore Roosevelt. 'Teddy' adalah nama timangan Theodore yang dia sendiri tidak sukai. Dan patung beruang yang pertama juga pertama kali dicipta pada tahun 1902.
Apa pula istimewanya Theodore sampai mendapat pengiktirafan kepada nama yang kekal digunapakai sampai sekarang ni? Pada 1902, sewaktu menyelesaikan kemelut di daerah Mississippi dan Lousiana, dia meluangkan masa untuk mengikuti satu pertandingan berburu. Namun, apabila dia diminta untuk menembak seekor beruang hitam Amerika yang diikat pada sebatang pokok, dia bukan setakat menolak bahkan meminta beruang itu dilepaskan.
Theodore, seperti kebanyakan kita hari ini, menganggap ia tidak mencerminkan semangat kesukanan yang sebenar (memandangkan ia adalah pertandingan memburu).
Situasi berkenaan mendapat liputan meluas media sehingga menjadi topik dalam kartun politik di akhbar The Washington Post oleh Clifford Berryman. Morris Michtom pula terinspirasi daripada kartun berkenaan lalu meminta izin Theodore untuk menamakannya 'Teddy's Bear' dan meletakkan patung anak beruang pertama di cermin pameran kedainya. Seperti yang dijangka, patung berkenaan laku keras!
Mini Penang, dalam versi beruang
Berbalik kepada TeddyVille Museum, ia terbahagi kepada 23 bahagian yang membawa pelawat ke beberapa lokasi ikonik di Pulau Pinang selain ada bahagian yang memberi tribute kepada tokoh yang menjadi kebanggaan di Pulau Pinang.
Antara bahagian yang dimaksudkan ialah Galeri Utama yang menempatkan patung-patung eksklusif dan ada pula antaranya yang cukup mahal (mencecah puluhan ribu ringgit) dan ada pula koleksi patung beruang yang berusia hampir seratus tahun!
![]() |
Bahagian Galeri Utama yang menempatkan sejarah patung beruang dan sebahagian koleksi antara yang termahal dan tertua di dunia. |
Dan bahagian-bahagian seterusnya akan membawa korang ke bahagian yang menampilkan tempat-tempat utama di Pulau Pinang dengan penduduknya ialah patung-patung beruang! Haha!
Antaranya ialah Kota Cornwallis, Weld Quay, Batu Ferringhi, Tokong Kek Lok Si, Bayan Lepas, Little Indian, Bayan Lepas dan Jambatan Pulau Pinang. Malah, pertandingan perahu naga yang popular juga ada juga bahagiannya.
Selain itu, ada juga bahagian yang didedikasikan untuk perayaan mengikut bangsa macam Thaipusam, Rumah Kampung Melayu selain keistimewaan dan keunikan Malaysia dan Pulau Pinang, khususnya, macam warung durian, char kuey teow, kain batik dan biskut ghee heang tau.
Replika rumah kampung Melayu sewaktu hari raya. Patung beruang bertudung dan berbaju Melayu pun ada! Haha. |
![]() |
Antara bahagian yang memaparkan budaya masyarakat India. |
![]() |
Arah jam dari kiri atas: Kota Cornwallis, Weld Quay, Borabora dan Bukit Bendera. |
![]() |
Arah jam dari atas kiri: Anjung Gurney, warung durian, teknologi perindustrian dan mural ikonik di Jalan Armenian. |
![]() |
Arah jam dari atas kiri: Kehidupan Peranakan, aktiviti mencanting batik dan kedai biskut ghee heang tau. |
![]() |
Dari kiri: Jambatan Pulau Pinang dan pertandingan perahu naga. |
Untuk tokoh, antara yang menjadi perhatian ialah bahagian tribute untuk legenda Tan Sri P. Ramlee, pembuat kasut antarabangsa terkenal Datuk Jimmy Choo dan tokoh sukan skuash Datuk Nicol Ann David selain jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
![]() |
Arah pusingan jam dari kiri atas: Tan Sri P. Ramlee, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David dan Datuk Jimmy Choo. |
Pada aku, memang tempat ni sesuai sangat untuk bawa famili, terutama kanak-kanak. Bukan setakat mengagumi kecomelan patung-patung beruang, mereka juga boleh mengenali Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Mereka siap sediakan papan informasi tentang setiap tempat dan tokoh di setiap bahagian sebagai memberi pengetahuan kepada pelancong.
Apa yang lebih menarik, setiap kali masuk ke satu bahagian yang lain, muziknya juga akan bertukar, sesuai dengan cerita dan tema sesuatu bahagian tersebut.
Tidak hanya melihat pameran, korang juga boleh bergambar dengan beruang-beruang yang ada kat sini. Ada banyak port untuk bergambar yang pastinya boleh menjadi kenangan di Instagram korang. Malah, ada juga mural interaktif yang memberi efek ilusi tatkala bergambar.
![]() |
Dari kiri: photo op dengan teknik ilusi dan patung gergasi berdekatan kaunter. |
Macam kebanyakan muzium lain, bahagian yang terakhir ialah kedai cenderahati yang mana korang boleh mendapatkan koleksi patung beruang atau cenderahati lain berkaitan beruang yang sesuai dijadikan oleh-oleh selain perhiasan bilik.
![]() |
Inilah kedai cenderahati untuk mendapatkan produk-produk patung beruang! |
Inilah muka pintu ke TeddyVille Museum. |
Jadi lepas ni kalau ke Pulau Pinang, pastikan korang tak melepaskan peluang untuk menziarahi muzium patung beruang terbesar dan terbanyak di Malaysia ini ya!
Berikut ialah maklumat TeddyVille Museum untuk rujukan korang.
Alamat:
TeddyVille Museum,
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia.
Harga Tiket:
Dewasa - RM36 (MyKad RM27)
Pelajar - RM29 (MyKad RM22)
Kanak-kanak - RM25 (MyKad RM15)
Waktu Perkhidmatan:
Setiap hari (9am - 6pm)
No. Telefon:
016-550 5949
E-mel:
Laman Web:
Media Sosial:
Facebook: www.facebook.com/teddyvillemuseum
43 komen
Comelnya muzium ni. Saya tahu ada juga bear museum tapi jauh sangat kat Korea nun. Dah ada muzium ni boleh la bawa anak ke sini. Geram2 tengok teddy bear kat sini...
BalasPadamHehe.. Ini dekat je sekarang! Memang sesuai sangat untuk bercuti dengan keluarga ke sini, apalagi dengan anak kecil! :D
PadamEiii comelnya awak teddy bear...geram tengokkk.. cik tom memang plan nak pergi penang hujung tahun ni..boleh msk wishlist museum ni...harga tiket pun ok..
BalasPadambetul tu. tempatnya agak tersorok sikit tapi memang cukup berbaloi! singgah jangan tak singgah ya! ;D
Padamsis org je Penang tapi ntah bila dapat pergi sini. Geram aih comel nk mampuih teddy bear tu semua. wajib masuk list ni..
BalasPadamHaaa lagilah kena pergi, kakak! Haha. Dah dekat sangat dah. Nanti share gambar banyak-banyak ya!
PadamMujur akak tengok bebetul,rupanya ada individu lain dikalangan beruang. Tarikan ini seperti yang terdapat di Jeju Island.
BalasPadamHaha. Ramai juga rupanya tak perasan ya. Iya, tapi sekarang dah ada di Malaysia je. Lagi dekat! ;)
PadamLia dah pergi juga teddyville museum ni. Menang best dan baru tahu sejarah teddybear ni. Patung pun comel2 je geram tengok.
BalasPadamKan... Saya pun rasa teruja dapat jumpa banyak gila patung beruang ni. hihi
PadamComel betul bear kat sini. Teddyville ni kena masuk dalam list kalau nak g penang nnt..mesti anak2 teruja tengok bear2 ni..
BalasPadamBetul tu kak. Sayang kalau tak pergi sebab inilah satu-satunya muzium patung beruang di Malaysia tau!
PadamAda sejarah rupanya patung2 kat sini. Harga tiket pun reasonable lagi. Selalu pergi penang tapi x pernah sampai lahi kat sini
BalasPadamHaa maknanya lain kali kenalah singgah ke sini. Memang berbaloi sangat! :D
Padamoh ada sejarah rupanya nama Teddy tu..
BalasPadamgeramnya tengok, banyak teddy bear.. memang minat, dulu suka beli kumpul. tapi, sekarang dah buang semua teddy bear, takut pula tetiba. hihihi
Hahaha. Faham-faham. Saya suka teddy bear tapi tak ada pun kat rumah. Keke.
PadamBestnyaaaaa....akak suka..akak suka...boleh masuk wishlist ni..sure anak akak pun suka ni..bukan budak- budak je suka ni Hasif...mak budak lagi teruja kan...memang kena pi la nanti ni
BalasPadamHaha... Faham, kak! Saya yang lelaki bujang pun suka jugak. Comel kot! Sedap betul buat peluk. Hihi.
PadamHahaha comelnya. kalau anak akak confirm lari takut. Tapi suka bear. tak faham kekadang bebudak ni. Cafe comel pun tak mo bergambar dan makan. Takpe tunggu mereka besar skit akak bawa mereka. hehehe
BalasPadamHaha... Ya, mana tahu mereka suka dengan tempat ni pula kan? Sambil-sambil tu boleh tahu tempat-tempat di Penang juga. ;)
PadamOh camni rupanya Teddyville Museum ni yea, pernah lalu jee tak pernah masuk lagi hehee..comelnyaaa, macam best jugak pergi jalan2 amek gambar bagai kat sini kan! budak2 pon mesti suka ni pergi sini. Next time if pergi Penang lagi nak singgah pulak lah hehee 😁
BalasPadamHaah, dia di dalam hotel. Memang saya mula-mula agak skeptikal. Tapi bila masuk rasa seronok pula sebab banyak sangat patung beruang yang comel-comel. Hihi.
PadamAlahai comelnya teddy bear pakai baju melayi, baju kurung, bertudung bagai..rasa nak tampo tampo kan aje. Lepas nih kalau lergi Pulau Pinang boleh singgah sini
BalasPadamHahaha.. Geram kan! Comel sangat! Ya, nanti ke Pulau Pinang jangan lupa singgah! ;)
PadamEh kenapa baru tahu kewujudan tmpt nie erk. Baru lagi dibuka nie sbbnya dulu gi Penang xde lagi muzium teddy bear nie. Rasa mcm dah cute dah nama teddy tu, tp si theodore tu x suka pulak 😅
BalasPadamMujur namanya sekarang Teddy Bear. Kalau Theodore panjang dan terbelit jugaklah lidah, kan? Hihi...
PadamIka orang Penang. Tapi tak tau tempat ini ada. Kena pi la hujung bulan ni. Suka teddy bear.
BalasPadamWah... Alang-alang dah sampai tu memang rugi kalau tak singgah. Selamat bercuti! :D
PadamAlahai comelnyaaa patung beruang ni! Lama pulak tak ke Penang! :) Nanti blh lah ajak kawan-kawan ke Penang. Lepak2 sana best gak.
BalasPadamJemput baca blog kita : http://www.coklateyes.my/2018/03/boost-kelembapan-kulit-sehingga-400.html
Betul tu! Memang seronok sangat lagi-lagi kalau datang satu famili atau dengan member-member. :D
PadamComelnya patung-patung beruang ni. Thanks for the info. Baru tahu ada muzium patung beruang terbesar dan terbanyak kat Malaysia ni. Berapa lah harga patung beruang paling mahal yer.
BalasPadamHehe... Boleh cecah puluh ribu tau! Memang hebat betul penangan teddy bear ni kan!
Padamcomelnya ! selalu pergi penang tapi serius tak pernah terfikir nak datang sini T.T now tak study dekat penang dah entah bila nak pergi
BalasPadamAlahai... Mesti kena travel juga ke Penang! Banyak sangat tempat menarik yang baru tau! ;)
Padambaru tau tentang asal usul teddy bear tu dari mana. Thanks sharing. info yang menarik. Macam best jer bawa anak2 melawat muzium ni. boleh masuk dalam list holiday tahun ni
BalasPadamYeay! Mesti berbaloi bawa anak-anak ke sini sebab selain bergambar dengan beruang-beruang comel, boleh tau banyak info sampingan juga!
PadamThose teddy bears are super duper cute.. so nice and great...
BalasPadamIt is indeed! U should come and meet them personally and it will much more great! 😃
PadamOMG! so many teddy bears! I really didn't know that such museum existed...definitely visiting on my next trip to penang...and yes one of my newer teddy bear is my bantal busuk now...hahaha
BalasPadamHahaha... Its common kot. Sure, u have to visit this place. It is truly incredible!
PadamOMG!!! i want the bug bear bear! if i go into the museum confirm i tak nak balik sehingga i dapat the big teddy bear tu. hahaha best nyer tempat ini.
BalasPadamHahaha. Itulah. Even yang dewasa pun mesti akan jatuh hati dengan tempat ni!
Padam1st time datang sini. cantiklah blog awak! kita masuk dah dalam bloglist kita ;)
BalasPadamTinggalkan komen di sini.