8 Aktiviti Paling Cool di Pulau Kapas, Terengganu
Tapi mengenali aku, tak akan mudah percaya cakap orang selagi tak alami sendiri sesuatu perkara. Termasuklah dalam kes Pulau Kapas ni! Semakin orang kata 'tak ada apa-apa', semakin tinggi keterujaan aku untuk melihat sendiri sesuatu tempat itu.
Jadi baru-baru ni, aku dan kawan-kawan blogger gigih memandu dari Kuala Lumpur terus ke Jeti Marang, Terengganu. Lebih kurang empat ke lima jam sudah sampai. Dari jeti ke Pulau Kapas pulak sekitar 10 ke 15 minit je. Tak sempat nak mabuk laut pun!
Satu yang aku kagum juga, walaupun tak jauh dari tanah besar, pantai dan laut sekitar Pulau Kapas ni memang cukup jernih. Ini serius tak tipu!
Untuk memudahkan korang, aku senaraikan dalam bentuk listicle antara aktiviti yang aku lakukan di Pulau Kapas. Harap-harap kalau korang ada perancangan ke sini nanti, bolehlah jadikan ini sebagai rujukan ya!
Tapi sebelum tu, tahukah korang kenapa namanya Pulau Kapas? Ia cuma gelaran yang merujuk kepada pantainya yang putih bersih, bukanlah di pulau ini terdapat banyak pokok kapas tau! Haha.
Aktiviti Cool di Pulau Kapas
1. Snorkeling dan Diving
Misi mencari ikan dan terumbu karang! |
Cuma nasib kami tak baik sebab penyu muncul waktu kami nak turun dari bot. Bila semua serbu, tak jumpa dah. Haha.
Kalau yang mempunyai lesen untuk diving, mesti akan lebih berpuas hati!
![]() |
Antara terumbu karang yang cantik di dasar laut Pulau Kapas. |
2. Berkanu
Memang syok berkanu dalam waktu petang macam ni. Cun gila pemandangan dia! |
Waktu kami berkanu tu dah petang jugak. Jadi sambil berkanu tu dapatlah menikmati pemandangan matahari terbenam yang cukuplah mengasyikkan. Almaklumlah, waktu matahari terbenam sememangnya antara pemandangan yang cukup aku nanti-nantikan dalam mana-mana trip sekali pun.
Dan di Pulau Kapas ini, pemandangan matahari terbenamnya memang langsung tak mengecewakan!
3. Mendaki bukit untuk pemandangan Bukit Singa
Pemandangan dari bukit yang kami daki. |
Selalunya, pelancong yang ke sini bukanlah mendaki Bukit Singa. Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa. Dari sinilah baru akan nampak pemandangan dari aras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa yang selalu disebut-sebutkan tu.
Pemandangan Bukit Singa dari bahagian tepi (kiri) dan belakang (kanan). |
Tak cukup dengan tu, dari atas bukit ini juga, korang akan dapat lihat pemandangan cukup menakjubkan di sekitar Pulau Kapas. Tak hanya menghayati keindahan alam yang cukup memukau, semestinya satu aktiviti wajib kat sini ialah bergambar!
Tapi sesi bergambar aku kat atas ni jadi lebih ekstra special sikit sebab sekali buat pre-convo photoshoot. Hehe. Reda jelah naik pentas nanti kulit hitam asalkan gambar pre-konvo cantik. Woohoo!
Nota: Jalan untuk sampai ini berbatu licin dan agak berbahaya. Digalakkan memakai kasut yang sesuai dan tahan lasak. Untuk mendaki dan menuruni bukit juga amat curam! Selain tu, tebingnya yang cukup tinggi tiada penghadang jadi dalam setiap keadaan, sila pastikan korang sentiasa ditemani kawan/guide dan mengambil langkah berjaga-jaga.
4. Mandi di dalam Gua Bukit Singa
Beginilah rupa gua di Bukit Singa ni! |
Apa yang pasti, pengalaman bermandi di dalam gua ni cukup syok weyh! Laluannya agak sempit tapi masih seronok sebab airnya memang cukup jernih. Laluan yang sempit juga sebenarnya lebih selamat untuk mudah berpaut pada batu-batu. Kedalaman airnya lebih kurang dua ke tiga meter.
Guanya pun taklah panjang jadi tak gelap pun. Cahaya masih boleh menembusi sampai ke lantai gua jadi memang cukup cantik!
Nota: Arus ombak agak kuat di sini jadi masih perlu selalu berhati-hati dan pastikan sentiasa bersama kawan/guide.
5. Bersiar-siar di sepanjang pantai
Pemandangan mendamaikan di sepanjang pantai di Pulau Kapas. |
Seketika, memang boleh buat kita tenggelam dalam perasaan yang cukup menenangkan. Hilang streslah, kata orang.
Dan di Pulau Kapas pun, memang cukup best, okey!
Satu trademark yang aku perasan di Pulau Kapas ialah terdapat banyak laluan di tepi tebing yang memudahkan korang untuk ke pantai-pantai berdekatan. Memang cantik dan lebih selesa.
6. Island Hopping - Gua Kelawar dan formasi tebing berbentuk hati!
Salah satu tarikan tersembunyi di Pulau Kapas - struktur tebing bukit berbentuk hati! |
Justeru, apa yang kami lakukan sewaktu island hopping ni ialah bersiar-siar dengan menaiki bot melihat antara struktur yang menjadi keunikan di Pulau Kapas. Bahkan, kami turut lalu ke salah satu shark point yang dikatakan terdapat banyak ikan jerung.
Selain tu, kami sempat bersiar-siar ke belakang Pulau Kapas yang mana terdapat sarang kelawar di dalam sebuah gua yang amat besar selain struktur permukaan tebing yang berbentuk hati. Tak syak lagi, inilah hidden gems di Pulau Kapas yang mesti rugi kalau korang terlepas melihatnya!
Dari kiri: Gua sarang kelawar; Shark point. |
7. Bersantai di Kapas Coral Beach Resort
![]() |
Muka hadapan resort yang cukup cantik. |
Ada banyak ruang santai disediakan contohnya padang untuk bola pantai, hammock untuk berehat, ruang barbeku dan ruang kedai makanan yang ada wafle, keropok, mi segera dan aiskrim.
Waktu malam akan ada kugiran membuat persembahan. Memang cukup memukau apalagi dengan udara laut yang menyegarkan.
![]() |
Kedai makanan yang ada banyak pilihan makanan segera. |
![]() |
Dari kiri: Tempat meminjam alatan sukan air; Ruang makan dan kaunter resepsi. |
![]() |
Dari kiri: Hammock, tempat favourite aku untuk bersantai waktu awal pagi; Pemandangan waktu petang dari hammock. |
8. Bergambar di tangga bot
![]() |
'Mercu tanda' baru di Pulau Kapas. Haha. |
Waktu bot tak ada, ia biasanya dibiarkan di gigi pantai jadi masa inilah peluang untuk bergambar.
Hasilnya, ramai ingatkan ia macam simbol di Gili Trawangan, Lombok yang ada buaian tengah laut tu.
Cuma di Pulau Kapas, ada tangga bot yang sebenarnya cukup Instagram-worthy okey!
Kesimpulannya, dengarlah kata-kata aku. Pulau Kapas ada macam-macam weyh!
Siapa nak hubungi kalau nak ke Pulau Kapas?
![]() |
Sewaktu perjalanan ke Bukit Singa. |
Sebenarnya, kami pergi ke sini ikut pakej 3H2M daripada Kapas Vacay. Sebabnya, masing-masing ada kerjaya sendirikan. Nak merancang percutian besar macam ni memang bukanlah mudah. Jadi kami letak je bawah Kapas Vacay ni dan serius cakap, servis mereka ni amatlah memuaskan hati!
Guide kami ni ialah agensi pelancongan di bawah Kapas Coral Beach Resort. Memang cukup sempoi lagi berpengalaman. Tak sekadar melawat tempat-tempat menarik, mereka tahu teknik-teknik terbaik supaya kami dapat pengalaman yang lebih daripada pelancong kebiasaan termasuklah spot-spot terbaik untuk merakamkan gambar kenangan!
Sebab kami memang niat nak bersantai dan meluangkan masa untuk lari daripada stres kerja, maka kami ambil pakej 3H2M. Tapi mereka pun ada pakej one day trip serendah RM49 je. Cool kan?
Mana kami makan?
Nasi Dagang Atas Tol
![]() |
Tengok balik jadi lapar semula. Haha. |
Memandangkan kami sampai awal pagi, guide kami bawa sarapan ke sini dulu. Baru aku tahu yang Nasi Dagang Atas Tol ni cukup popular kat sini!
Yang kami singgah ialah cawangan keduanya. Waktu datang tu, memang ramai orang beratur - panjang gila okay! Sebab kena pula hari Jumaat, hari cuti di Terengganu kan. Tapi alang-alang dah sampai, rugilah kalau tak pekena!
Selain nasi dagang, yang menjadi menu wajib di sini ialah Teh Tarik Ombak Rindu. Pergh! Memang berombak beb!
Rex Nasi Padang Sumatera
![]() |
Antara menu wajib yang cukup menggamit selera! |
Selepas balik dari Pulau Kapas, kami tak terus ke Kuala Lumpur. Terlebih dahulu, kami makan tengah hari di sini yang selalu disebut-sebut dengan makanannya yang cukup sedap!
Setelah menikmati sendiri makanannya, ternyata lebih indah rupa dari khabarnya. Restoran sederhana yang beroperasi sejak 1969 ni memang tak mengecewakan! Padanlah, rempah yang mereka gunakan ialah rempah yang dikisar sendiri dan tak boleh didapati di tempat lain tau!
Setelah menikmati sendiri makanannya, ternyata lebih indah rupa dari khabarnya. Restoran sederhana yang beroperasi sejak 1969 ni memang tak mengecewakan! Padanlah, rempah yang mereka gunakan ialah rempah yang dikisar sendiri dan tak boleh didapati di tempat lain tau!
50 komen
Wishlist nak ke pulau kapas ni sebabnya en suami kata cantik tempat ni. Paling tertarik dengan mandi dalam gua bukit singa tu. Boleh lah plan bila balik ganu nanti. Nak try juga nasi dagang atas tol tu.
BalasPadamTempat mandi dalam gua tu tak ramai orang tau. Dan nasi dagang atas tol tu is a must okay! Nanti bolehlah plan ke sini! Hihi...
PadamAssalamualaikum...maaf tanya kedai nasi dagang atas tol yg cwgan ke2 tu kat mana dkt area marang jugak ke?
Padamnama bukit singa tu macam garang je.. tapi aktiviti yang korang lakukan nampak enjoy.. syoknya kalau dapat luangkan masa dengan aktiviti cool macam ni.. bawak anak sekali boleh tak?? hahaha
BalasPadamUntuk aktiviti pantai saja okay bawak anak-anak. Tapi daki Bukit Singa atau mandi dalam gua tu tak sesuai rasanya. Bahaya. Hihi..
PadamAkak tak pernah sampai lagi kat Pulau Kapas ni tapi selalu baca keindahan dan panorama yang menarik melalui pengalaman kawan- kawan dan majalah travel..bestnya..blom masa sesuai akak nak pi travel ke Pulau Kapas..tunggu semua urusan akak selesai especially kesihatan mak akak kembali pulih seperti sediakala
BalasPadamInsyaAllah... Moga-moga urusan akak dan mak akak dipermudahkan dan cepat sembuh ya.
PadamAlamak, setuju tu..kalau tanya orang terengganu, memang itu jawapan dia. ;tak apa-apa- kt pulau kapas..lepas baca entri ni, barulah kami tahu, pulau kapas memang sesuatuuu.tempat cantik!
BalasPadamHihi.. Itulah. Teman yang cakap macam tu pun terkejut tengok Live Update saya di Instagram. Kesimpulannya kena alami sendiri baru lebih berbaloi. Hehe.
PadamAp nme ig abg?
PadamRos sendiri belum berkesempatan ke Pulau Kapas ni. Bila tengok gambar-gambar ni, alahai cantiklah air dia... kalau ke sini, aktiviti yang Ros nak buat dulu adalah berkanundan island hopping tu. .
BalasPadamHehe.. Memang sesuai sangat! Aktiviti macam ni boleh merilekskan minda lagi-lagi daripada memikirkan beban kerja. :D
PadamBestnya semua aktiviti dia.paling suka aktiviti air dan amik angin tepi pantai.kena melawat sini la nanti next trip
BalasPadamHehe.. Pergi jangan tak pergi! Memang menenangkan pergi ke Pulau Kapas ni!
PadamSejujurnya akak jeles tak dpt join ke Pulau Kapad dengan korang. Paling penting air dia jernih dan view dia cantikkan. Agaknya tahun ni dpt ke tak p pulau. Sobsob
BalasPadamInsyaAllah mesti ada tu. Jomlah jalan sama-sama. Seronok pergi pulau ni!
PadamYa allah bestnya !!! Nampk menarik dan indah sungguh pulau kpas nie. Apa?!!! 49 ringgit sehari ? Murah sangt nie. Sekarang jugak nak pergi booking
BalasPadamHehe.. Yup. Tapi tak termasuk transport dari KL lah. Tapi masih sangat berbaloi kan! Ajak kawan-kawan sekali, mesti happening!
Padamhai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
BalasPadamsincerely , farahain zfa
Hai, Ain! Terima kasih sudi singgah. Salam perkenalan! :)
Padamtk pernah lg smp ke pulau kapas...cantiknya view..nk plak dpt tgk ikan2 tu syok btul..nasi dagang atas tol tu slalu juga tgk org share
BalasPadamHihi... Maknanya nanti kenalah datang dan experience sendiri. Memang berbaloi-baloi!
PadamGreat... I was looking what to play and where to search and now I got you in here...
BalasPadamReally thanks for such great sharing...
You're welcome! Hope you'll enjoy your vacation soon! ;D
PadamMmg cool. Especially yg snorkeling tu. Lama dah x buat aktiviti ni. Tapi pulau kapas mmg best klu melibatkan akt aqua
BalasPadamBetul tu. Snorkeling tu memang mana2 pulau pun wajib. Hehe. Seronok melihat keindahan bawah laut sekali sekala, kan?
PadamWah bestnyer pergi Pulau Kapas.
BalasPadamHaritu pernah pergi masa event Gaya.
Serius to say, this is the clear sea water i ever seen.
Jernih sangat weh. Rindu nak pergi lagi
Kan! Memang crystal clear lah orang kata. Cantik sangat. Kalau weekdays mesti lagi best sebab tak ramai orang sangat.
Padamkalau dah pergi pulau kapas, tak sah la kalau tak snorkeling. mana lagi best ye, pulau kapas atau p.perhentian?
BalasPadamDepends kot. Pulau Perhentian happening sikit tapi Pulau Kapas lebih untuk rileks. Hihi.
PadamSeriusly semua aktiviti nih buat di Pulau Kapas? Berkanu tuh biasa dah. Hat lain tuh macam best je. Nak nak mandi kat Gua Bukit Singa. Bestnya. Air pun jernih ya amat. Subhanallah. Cantk sungguh
BalasPadamYup, semuanya kat Pulau Kapas je. Hehe... Ramai sebenarnya tak tahu. Kalau pergi jangan lupa singgah dan mandi kat gua tu tau!
PadamOMG...i am bookmarking this into my travel bucket list for sure...I so want to go diving and snorkeling... and damn...i would like to jump into the water too...
BalasPadamYou very should, Yana! And please do other activities like climbing up the hill for that breathtaking view as well!
PadamSeronoknya aktiviti di pulau kapas. Indah malaysiaku. Nak pergi jalan-jalan malaysia kena tunggu anak besar, baru boleh angkut semua.
BalasPadamSeronoknya aktiviti di pulau kapas. Indah malaysiaku. Nak pergi jalan-jalan malaysia kena tunggu anak besar, baru boleh angkut semua.
BalasPadamHehe... Betul juga. Untuk aktiviti-aktiviti ni ada yang saya rasa kurang sesuai untuk anak kecil melainkan memang atas kawalan dan pengawasan yang ketat.
PadamFuhhh bestnya pulau kapas. Masa akak pi sana 10 tahun lalu, masa swim tepi pantai tu penuh obor-obor. Terkejut terkejut kena kejutan letrik. Hahaha. Lepas tu baru la tempah island hopping dan swim kat tempat lain. Snorkeling sampai puas. Pulau kapas memang cantik.
BalasPadamOh, yeke? Kami tak ada pula jumpa obor-obor tapi guide ada juga ingatkan supaya berhati-hati. Tapi secara keseluruhannya, Pulau Kapas memang cantik!
PadamIt seems pulau kapas is more than snorkeling and diving activities. Never thought of taking bath at Gua Bukit Singa. Is seems attractive must do activities.
BalasPadamYes, it surely is! You should try it some day. It really an unforgettable experience!
PadamDidn't know Pulau Kaps is filled with so many fun activities, I gotta plan an outing there to witness the beautiful beaches and enjoy myself at the same time!
BalasPadamYup, you will never be disappointed, I believe!
PadamAuww. #BeautifulTerengganu. Tibah ! hahahahaa
BalasPadamHahaha.. Memang betul pun. XD
Padamrindu dah kat Pulau Kapas ni sif. tempat best lepastu yang penting langsung tak rasa bosan sebab banyak giler aktiviti menarik boleh buat kat sana. dulu ingatkan tak ada apa2 jugak tapi sekali pergi nah bukan seperti yang difikirkan. best!
BalasPadamBetul tu kak. Memang syok sangat untuk percutian dengan keluarga atau kawan-kawan kan.
PadamBoleh share itinerary tak? Teringin la plak nak try trip 3h2m. Ingat nk p dlm 3 4 org, tp mostly ejen suruh cari sampai 7 org kalu weekday haha.
BalasPadamBoleh terus contact diorang kat 014 5017517. Rasanya diorang ok je kalau 3-4 orang. π
BalasPadamboleh bagi tahu no agent untuk ke pulau kapas?tq
BalasPadamTinggalkan komen di sini.