Kekal Berhubung di Jepun dengan Travel Recommends Pocket Wifi!
Jepun memang terkenal dengan keunikannya yang cukup mempesonakan dengan empat musim sepanjang tahun. Ada sahaja aktiviti yang best untuk dilakukan setiap masa! Tak hairanlah Jepun sememangnya salah satu destinasi pelancongan yang aku cukup gemari.
Tapi selalu yang merunsingkan tentulah tentang Wi-Fi kan? Tak kisahlah tua atau muda, nak kekal berhubung bukan setakat muat naik gambar di Instagram, tapi apa yang lebih penting ialah untuk sentiasa tahu keadaan orang yang tersayang.
Sebenarnya ia bukanlah hal yang merunsingkan pun. Travel Recommends kan ada?
Entri kali ni aku nak cadangkan pada korang pocket wifi yang memang tengah popular sekarang iaitu Travel Recommends. Memang diorang sediakan wifi untuk banyak negara sebenarnya tapi aku nak fokuskan pada Jepun, berdasarkan pengalaman aku menggunakannya ke Okayama baru-baru ni.
4G Unlimited, RM18 sehari je!
Yup! Itu yang bestnya Travel Recommends ni!RM18 sehari untuk data Internet tanpa had! Setakat pemerhatian aku, ini antara yang termurah korang boleh dapat kalau melancong ke Jepun. Dan dengan had sampai lima peranti, nak kongsi pun tak jadi hal. Tak payah risau nak gaduh siapa antara travel partners korang yang paling banyak habiskan data. Haha.
Dari segi coverage, pada aku memang memuaskan hati. Tak ada masalah. Trip aku ke Okayama hari tu pun ada singgah ke beberapa kawasan perkampungan dan nampaknya memang lancar je.
Oh, dalam cuaca salji, kami naik turun kaki gunung sekalipun, memang connected sepanjang masa! Tapi, mana-mana peranti pun mestilah akan cepat habis baterinya kalau dalam cuaca sejuk yang amat. Pengalaman aku tak silap router tu tahan dalam 6-7 jam juga kalau digunakan berterusan. Tapi tak menjadi masalah langsung sebab aku memang bawa power bank setiap masa.
Tapi aku ada masalah sikit sebab tersalah tekan rasanya. Jadi aku pun terus hubungi pusat servis mereka yang berkhidmat 24 jam melalui WhatsApp je. Sekejap dah setel. Kira maksud aku cara kerja pusat servis diorang pun laju dan efisyen.
Di mana nak sewa Travel Recommends Pocket Wifi?
Korang kena buat online reservation dulu di website Travel Recommends. Lepas tu akan dapat e-mel pengesahan dan seterusnya kena buat pembayaran.Ada dua pilihan untuk ambil dan memulangkan pocket wifi ni sekali dengan kelengkapannya.
Pilihan pertama (aku cadangkan yang ini), melalui kaunter yang terdapat di KLIA (di bahagian ketibaan, dekat pintu 6 dan 7) atau di KLIA2 (Gateway@KLIA2, Balai Ketibaan Tingkat 2, dalam Tune Store).
Pilihan kedua ialah melalui kurier. Caj RM20 sehala akan dikenakan.
Tak kiralah apa musim sekalipun di Jepun, lepas ni bolehlah pertimbangkan untuk menggunakan Travel Recommends ya!
Layari laman web mereka www.travelrecommends.com .
Ikuti mereka juga di Instagram dan Facebook!
39 komen
not sure dah pernah guna coz biasanya mr hubs kak nora yg uruskan bab ni. kita tinggal pakai jer.. kekekeke..
BalasPadamsepatutnya kena ambil gaukan. so next time i knowlah mana nak dapatkan.. tq for sharinh
Hehe... Faham2. Kadang2 saya pun macam tu juga. Tapi bolehlah tahu sikit-sikit supaya senang nak kongsi tips macam ni. :D
Padamserius murah oii 4G Unlimited, RM18 sehari je!....nanti kalau pergi travel blhlah subribe ni..sbb time travel byk giler gmbr blh shared
BalasPadamYup, boleh share 5 devices pulak tu! Memang mudahlah.
PadamMemang wajib sewa pocket wifi kalau travel ke luar negara. Senang nak berhubung dengan family. Lagipun jimat dari beli simcard atau aktifkan roaming. Boleh share ramai2 lagi kan.
BalasPadamBetul sangat tu kak! Lebih banyak faedahnya kalau menyewa pocket wifi ni.
PadamTak pernah ke Jepun dan tak pernah Travel Recommends pun. Kalau kawan-kawan yang nak pergi Jepun boleh la rekomen wifi kecik ni. Data internet tanpa had tu yang paling suka selain harga pun tak membebankan.
BalasPadamBetul. Boleh share dengan lima orang kawan travel yang lain, mesti lebih jimat.
PadamMemang penting capaian internet walau dimana kita berada. Ada rezeki nanti insyaAllah nak ke Jepun. Nak buat blog Hasif jadi rujukan tau nanti hihi
BalasPadamInsyaAllah semoga selamat perjalanan ke sana ya! Mudah-mudahan puas hatilah dengan Travel Recommends ni! ;)
PadamRM18 per day for the WiFi consider cheap. Last time I used up till RM50 per day at Japan.
BalasPadamYup, it is THAT cheap! What more, you can share up to 5 devices!
PadamTerima kasih kongsi info ni baru tahu. Murah la kan kalau dah boleh kongsi sampai lima orang. Internet dah macam separuh nyawa kalau berjalan ni. Senang nak update dan browsing info
BalasPadamBetul. Lagipun perjalanan jadi lebih mudah dengan adanya internet ni lagi2 nak tau tentang selok-belok jalan dan informasi sesuatu tempat tu.
Padam4G unlimited, RM18 sehari je ?? Fuyyoo..murah gila. Kalau ada peluang, saya nak datang ke Jepun. Terima kasih atas info ni. :)
BalasPadamBaik, tiada masalah. Lepas ni boleh pertimbangkan menggunakan Travel Recommends ya!
PadamNegera lain cover tak? Bgus gak ni.. bln 9 dan 12 travel.. nknusha negera mana lg depa cover
BalasPadamAda, mereka ada cover negara lain juga. Boleh semak menggunakan pautan laman web mereka yang saya sertakan. Hihi.
PadamTerima kasih diatas perkongsian..boleh la guna Travel Recommend, murah nampaknya tu dengan data unlimited..tapi entah bila la akak ke Jepun kan..thanks share Hasif..cantik semua gambar2 diatas..
BalasPadamInsyaAllah suatu hari nanti tu kak. Hihi.. Bukan setakat Jepun, negara lain pun boleh juga. Memang berbaloi!
PadamAida pernah terbaca pasal ni, hasif. Can't remember where & when.
BalasPadamAmat berguna, kan. Now, calls pun kita buat via wasap. Data internet memang penting Di mana pon kita berada.
Yup, betul tu. Memang memudahkan segalanya dengan internet yang tanpa masalah. :)
PadamLepas ni tak ada alasan lak nak update tentang tempat menarik dan juga nak berhubung dengan orang kampung mana-mana dah ada teknologi pocket wifi ni..
BalasPadamBetul tu, Abang Maha! Tak lah risau sangat walaupun berjauhan untuk sementara waktu. :)
PadamKalau travel je wifi memang penting taw. Senang nak update picture on the spot. Rm18 sehari kira murah la tu.
BalasPadamBetul tu. Boleh buat LIVE lagi. Hehe..
Padammemang wajib ada la pocket wifi ni. kalau tak macam mana nak IG story nanti.. roaming mesti slow
BalasPadamHihi. Betul tu! Saya pun rasa yang sama. Memang suka buat LIVE update melalui Instagram Story juga.
PadamZaman sekarang ni kalau travel, akak pun jarang beli kad sim negara yang akak travel tu. Selalu guna pocket wifi aje. Senang. Nak tunggu wifi hotel pun OK. Cuma kalau nak buat Live dan Insta Story tak best lah kalau lambat. Nanti sampai hotel tido aje. Hahaha. Penting pocket wifi. Kita cek negara mana yang mereka bleh offer. Kalau takda, syarikat lain masih ada lg utk kita survey. Hehe. Asalkan trip kita selesa dan jimat. Itu yang penting
BalasPadamBetul tu kak. Lagipun dalam kes emergency, memang bagus ada pocket wifi ni. Travel Recommends pun banyak juga negara yang diorang cover. Boleh cuba check di website mereka. :)
PadamRawlins pun sama, suka ambil pocket wifi kalau travel overseas. Senang sikit dan tak pikir pasal overcharge kan. Hehe
BalasPadamBetul tu. Selesa dan senang lagi2 bila unlimited.
Padamini sangat berguna !!! zaman sekarang nie, memang kemana-mana perlukan akses kepada internet. Baru tahu ada perkhidmatan sebegini ditawarkan. Lepas nie boleh lah ke KLIA2 untuk dapatkan servis internet nie. 18 ringgit sehari je kot. Berbaloi untuk data 4G yang unlimited
BalasPadamBetul tu, Zharif. Kalau share dengan kawan2 pun tak jadi hal. Jimat pun jimat! :D
PadamWifi wajib ada setiap masa walau dimana berada. Patut lah hasif sentiasa update saja sebab pakai poket wifi. Kalau takde internet boleh meroyan kan..hehe
BalasPadamHahaha.. Betul tu! Sebab kita dah terbiasa share melalui media sosial jadi memang kena ada. Lagipun memang lagi mudah sebenarnya.
PadamUntung ada pocket wifi ni.. dha tak perlu risau masalah internet bagai kan.. amboih hasif ni syoknya dapat pi menjelajah merata-rata dunia.. ke jepun pun dah sampai yea.. jeles betui TB.. haha
BalasPadamHihi... Baru je nak mula travel kak. Tapi memang cukup penting sebenarnya pocket wifi ni. Memudahkan perjalanan. Apapun, insyaAllah semoga suatu hari nanti TB pun sampai ke Jepun juga ya!
Padamhah murah sangat lah tu.Saya pun ingat cuba2 lah pergi jepun
BalasPadamdengan budget RM4000 je untuk seminggu.aban rasa cukup ke?(termasuk flight pergi balik)boleh tak abang bagi tips?
Tinggalkan komen di sini.