Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kembara Budaya Jawa di Jogjakarta

11:49:00 PG Hasif Hamsyari 34 Comments Category :


Kalau tanya rata-rata bucket list orang Malaysia, Jogjakarta mesti salah satu destinasi yang tersenarai paling atas. Selain bajet yang rendah, Jogjakarta sememangnya menawarkan sejumlah tarikan yang cukup menggamit pelancong bukan setakat Malaysia, bahkan negara lain juga!

Dalam trip aku bersama Jabatan Pelancongan Jogjakarta, aku rasa cukup bertuah sebab dapat mengenali Jogjakarta yang cukup istimewa ini, lebih kepada sudut budayanya yang cukup ikonik. 

Sekilas Jogja

  • Jogjakarta ada banyak nama lain - Yogyakarta, Djogja, Yoja/Yojo, Ngayogyakarta, Jogja, Yogya
  • Jogjakarta juga ada banyak gelaran - Kota Pelajar (ada 137 institusi pengajian tinggi), Kota Gudeg (antara makanan wajib di Jogja), Kota Bakpia (kuih tradisional yang cukup sedap), Kota Budaya, Kota Seniman dan banyak lagi!
  • Jogjakarta adalah satu-satunya daerah yang menggunakan sistem kerajaan sendiri di Indonesia yang mana  Gabenor Jogjakarta bukanlah dipilih oleh rakyat tetapi melalui sistem monarki

Berikut ialah antara lokasi yang aku lawati dan aktiviti yang aku sertai.

Tempat dan Aktiviti Menarik di Jogjakarta

Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat

Antara sudut kediaman di dalam kawasan istana.
Kraton (istana) mewah yang dibina pada 1756 ini sememangnya antara lokasi wajib sesiapa yang singgah ke Jogjakarta. Percaya atau tak, walaupun ia dibuka kepada umum, ia masih merupakan tempat bersemayam Kesultanan Jogjakarta.

Kalau sudah namanya istana, semestinya Kraton ini juga menjadi pusat budaya. Bukan setakat mencerminkan reka bentuk dan seni reka Jawa pada setiap perincian dan ruang istana, bahkan ada juga persembahan kebudayaan.

Dan kerana ia juga adalah kediaman Sultan, maka ada tatasusila yang perlu diikuti oleh pengunjung antaranya dilarang memakai topi.
Antara bahagian di dalam istana yang menarik perhatian.

Taman Sari 

Kompleks Mandi yang cukup tersergam.
Cerita tentang taman ini bermula sekitar 1756 yang mana Sultan Hamengkubuwono I menghadiahkan Taman Sari ini sebagai tanda penghargaan buat isteri-isterinya yang setia walaupun sewaktu kesusahan melanda. Taman ini mendapat namanya kerana waktu dahulu, taman ini dipenuhi dengan aroma bunga-bungaan yang semerbak wanginya.

Ada beberapa bahagian yang cukup ikonik seperti kompleks mandi dan Sumur Gumuling, bekas masjid bawah tanah yang cukup Instagram-worthy
Sumur Gumuling.

Muzium Sonobudoyo

Dalam bahasa Jawa, muzium ini dipanggil Hanacaraka. Ia merupakan muzium kedua paling lengkap mengenai kebudayaan dan sejarah Jawa selepas Muzium Nasional Indonesia di Jakarta. Ada sepuluh bahagian pameran di sini yang antara lain ialah Seni Halus, Etnografik, Numismatik dan Arkeologi.

Selain melihat pameran, pelawat juga boleh melihat pertunjukan wayang kulit yang cukup menarik!

Kotagede

Rumah Adat Joglo di Omah UGM.
Kotagede maknanya 'kota besar'. Lokasi inilah yang pernah menjadi ibu kota kepada salah satu kerajaan silam paling berpengaruh, Kerajaan Mataram sekitar abad ke-16. Hari ini, sisa tinggalan sejarah dan tempat tarikan yang memukau menjadikan Kotagede salah satu persinggahan wajib kalau ke Jogjakarta.

Antaranya ialah Masjid Agung Kotagede, Rumah Pesik, Kraton Mataram, Kompleks Makam Pasarean Mataram, Panembahan Senopati. Omah UGM dan Pasar Legi.
Antara bahagian-bahagian yang  menarik sewaktu meneroka kota ini.
Kompleks Masjid Kota Gede yang cukup bersejarah.

Jalan Malioboro



Tanyalah sesiapa yang pernah ke Jogjakarta, Jalan Malioboro mesti akan disinggah. Di sinilah pelancong boleh dapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. Dari kraftangan, baju batik sampailah ke t-shirt dan fridge magnet, semuanya ada di sini.

Kedudukannya di tengah kota dan merupakan jalan utama bertambah unik dengan bangunan-bangunan lama tinggalan Belanda menjadikan suasana di sini cukup mempesonakan. Sesekali bila andong atau kereta kuda lalu, terasa nostalgik!

Papan tanda Jalan Malioboro adalah papan tanda yang cukup ikonik dan sering menjadi tempat rebutan pelancong merakamkan kenangan.

Di sekitar kawasan ini juga korang boleh merasai keenakan gudeg, pecal lele dan bakmi Jawa yang asli selain menghayati kehidupan kota Jogjakarta tak kira siang atau malam.

Tebing Breksi





Walaupun ini antara tarikan baharu, ia lekas mendapat tumpuan pelancong dalam dan luar negara atas sebab kecantikannya sebagai salah satu spot paling fotogenik di Jogjakarta.


Tebing Breksi sebenarnya tercipta daripada batuan volkanik dan batu kapur daripada Gunung Nglanggeran. Ia dahulunya tempat perlombongan namun kini menjadi tempat tarikan. Di sekitar Tebing Breksi ni ada ukiran watak-watak daripada cerita epik Hindu yang menjadikan pemandangannya cukup memukau.

Bayaran masuk adalah percuma namun pelancong perlu membayar sekiranya mahu menggunakan props yang disediakan orang tempatan. Itu pun dengan bayaran seikhlas hati. Antara props yang disediakan ialah burung hantu (banyak dan aneka rupa!) selain set-up untuk sekeping foto Instagram yang masing-masing ada keunikan tersendiri.

Dari atas tebing ini juga, pelancong boleh melihat kelibat Gunung Merapi, Candi Prambanan, Candi Barong dan Candi Sojiwan.

Karnival Wayang Jogja

Antara persembahan yang menjadi perhatian malam itu.
Tahukah anda ulang tahun Jogjakarta disambut pada setiap 7 Oktober?

Sebab itu kalau korang mahu ke Jogjakarta, mungkin boleh pertimbangkan untuk pergi pada tarikh ini. Hal ini disebabkan bandar Jogjakarta akan cukup meriah dengan perhiasan dan perarakan kebudayaan yang dinamakan Karnival Wayang Jogja.

Setiap daerah di Jogja akan mempersembahkan tarian dengan tema tersendiri yang cukup menceritakan kebanggaan mereka kepada Jogjakarta. Mereka kemudian akan berarak dan jalan-jalan utama di tengah bandar Jogjalah yang menjadi pentas kepada satu pesta budaya paling dinantikan saban tahun ini.

Tahun lepas, waktu aku pergi, Jogjakarta menyambut ulang tahun ke-261. Dan tema untuk 2017 memberi tribute kepada watak dalam ceritera wayang kulit seperti Nakula Sadewa, Petruk Ratu, Sugriwa Subali dan Wisanggeni.

Ramayana Ballet

Persembahan Ramayana yang cukup meriah berwarna-warni.
Salah satu mahakarya yang juga kitab suci dalam kepercayaan Hindu yang selalu disebut-sebut ialah epik Ramayana. Naskhah asal yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ini antaranya menceritakan kisah cinta agung antara Ramayana dan Dewi Shinta.

Tak perlu gusar kalau korang belum membacanya sebab pementasan Ramayana Ballet ini memang menceritakan kisah berkenaan. Cumanya, tak ada dialog antara pelakon. Kisah disampaikan dalam bentuk tarian, muzik serta lakonan. 

Apa yang lebih menarik, jika cuaca tidak hujan, pementasan teater ballet ini diadakan berlatarbelakangkan Candi Prambanan sekali gus menjadikan kisah cinta ini cukup mempesonakan.

Cave Tubing di Kali Suci

Buat penggemar sukan sederhana lasak, ini memang cukup terbaik!
Selain citra kebudayaan yang sukar dipertikaikan, Jogjakarta tak kalah dengan pesona alam semulajadinya juga.

Aku berkesempatan mencuba aktiviti cave tubing menyusuri sebatang sungai dengan warna airnya biru turqoise! Perjalanan menyusuri sungai ini memakan masa lebih kurang dua jam di mana pelancong hanya perlu berbaring santai di atas pelampung besar dan menikmati pemandangan menakjubkan di sepanjang perjalanan.

Perjalanannya termasuklah melalui gua di Gunung Kidul yang gah dengan ciptaan stalagtit dan stalagmit serta kelibat kelawar gua yang sesekali kelihatan.

Sejujurnya, ia bukanlah aktiviti yang sukar dan berbahaya. Ia lebih kepada aktiviti yang cukup menenangkan sebenarnya.
Memang memukau pemandangan sepanjang aktiviti ni!

Penginapan

101 Yogyakarta Tugu

Kalau korang mencari-cari hotel yang dekat dengan tarikan-tarikan di tengah bandar Jogjakarta, mungkin boleh cuba menginap di hotel ini.

Ada 150 bilik disediakan yang setiapnya disediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, pendingin hawa, meja kerja dan televisyen kabel. Malah kalau mahu kelainan, 24 antara biliknya menghamparkan pemandangan Gunung Merapi yang popular.

RELATED POSTS

34 komen

  1. Sini memang terkenal dengan sejarah dan budaya dia. Worth nak pergi. Teringat masa kecik dulu, konfius Jogjakarta dengan Jakarta. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kann... Kalau berkenaan budaya, Jogjakarta tak pernah mengecewakan. Aktivitinya pun banyak sangat! Rasa tak puas!

      Padam
  2. Sis dah pergi ke Jogja bulan 3 baru2 ni, memang tempat yg best..ada juga tempat sejarah dan tempat aktiviti baru sis pergi tapi selebihnya banyak cari makan je..hehehe. Next kalau ke sana mmg nak gi jugak tempat2 sejarah yg sis belum pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah, sis. Saya pun masih belum puas lagi sebenarnya. Teringin teroka lebih banyak tentang Jogja. Rindu betul!

      Padam
  3. I tak tau Jogjakarta menarik sangat ni.. until I read your post.. Can plan for vacation d..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Thank you! Yes, you should visit Jogjakarta as it not only has a lot of interesting activities, but most things are quite cheap too!

      Padam
  4. Nih antara tempat yang saya teringin sangat nak pwrgi tau. Nak tau sangat sejarah dan budaya di sana secara dekat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, saya tahu memang kalau rakyat Malaysia, Jogjakarta mesti salah satu tempat yang mahu dilawati di Indonesia. Memang sangat berbaloi dan seronok. Apatah lagi kalau travel dengan kawan-kawan!

      Padam
  5. Jog Jakarta memang in the list tempat yang nak pergi dengan Family. Terima kasih share information cmni sekurangnya boleh la plan awal ke mana nak tuju.

    Benda best pasal Indonesia adalah keunikan budaya dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Interestingly, Indonesia memang cukup menarik pada saya sebab ada banyak keunikan baik dari segi budaya mahupun kekayaan alam semulajadinya!

      Padam
  6. Jogjakarta dan Yogjakarta tempat yang sama ke, confuse dari dulu...apapun suka pergi tempat2 macam ni..sebabnya banyak sejarah dan budaya mereka yang kita boleh belajar..harapa dapat pergi juga one fine day

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, sama je sebab macam saya tulis, Jogjakarta ada banyak nama. InsyaAllah moga tercapai impian ke sini ya kak. Memang berbaloi dan seronok sangat!

      Padam
  7. antara list yang nak pergi..tapi tak tau bila nak pergi jogja ni.Suka tengok budaya orang yang pelbagai ni.Selain dari Bali,rasanya ini tempat kedua yang merupakan pilihan para pelancong kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Ramai sangat kawan yang kaki travel kata, Jogjakarta antara pilihan paling ramai orang Malaysia selain Bali. Jadi maknanya memang tak lengkaplah jelajah Indonesia kalau tak ke Jogja! Hihi...

      Padam
  8. wah semuanya yang hasif pergi i singgah dah kecuali Cave Tubing di Kali Suci tu tak sempat, teringat 5 hari 4 malam di Yogyakarta banyak tempat kami singgah..

    Gunung Merapi dapat lepak kat kaki dia je sebab waktu nak naik tu dapat amaran Gunung Merapi nak meletus, yeap esoknya memang meletus...


    seronoknya Jogja makanan pun sedap cuma tu la...
    pergi mana mana naik borobudur, fuh ramai je seller kat situ suruh beli barang..

    kesian pun ada juga :((((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... Ini part yang cukup menyedihkan saya sebab tak sempat singgah Candi Borobudur padahal itulah tempat yang cukup ikonik kalau cakap soal Jogja! Huwarghhh!!

      Stresnya rasa. Memang kena pergi lagilah gayanya! Apapun memang banyak lagi tarikan di Jogja! Hihi...

      Padam
  9. Jogja adalah sebuah destinasi wisata yang sangat popular di wilayah Indonesia. Terkenal dengan alam dan budaya yang asri alami dengan bangunan bangunan yang bersejarah. Masyarakatnya terkenal sangat sopan dan ramah dengan bahasa yang sangat halus. Siapapun yang berkunjung ke Jogja, pasti akan selalu merindukannya kembali 😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, benar. Senang sangat berada di Kota Jogja. Teringin singgah lagi dan teroka lebih banyak keunikannya! :D

      Padam
  10. Best nya kalau dapat pergi dan explore penuh tempat macam ni. AR Tak pernah sampai lagi jogjakarta. kalau pergi xde nya sempat nak jalan2 macam ni. haha. anyway thanks for the review..awesome sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Hihi.. Ada banyak lagi tau sebenarnya saya tak singgah. Memang rasanya nak pergi lagi!

      Padam
  11. Akak Ingat lagi masa ke sini. Nak bergambar di signboard Malioboro tu ramai betul orang. Siap beratur lagi. Hahaha. Bagus Hasif ada gambar signage camtu. Macam trademark.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak. Memandangkan tempat tu dekat dengan hotel kami, dalam dua kali jugak rasanya kami singgah tempat tu. Jadi sempatlah bergambar. Hihi//

      Padam
  12. Okay baru tahu yokyakarta dengan jogjakarta satu tempat yg sama cuma lain sebutan je. Sumur gemuling tu rupanya di sini. Selalu nampak org upload gmbr di situ. Mmg insta-worthy betul !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Yup, tempat yang samalah! Saya pun suka sangat Sumur Gumuling tu. Cuma harapnya dapat masa lebih lama sebab tak puas bergambar. Instagram-worthy sangat tempatnya!

      Padam
  13. few weeks ago ada plan dgn ofismet utk ke jogja.
    ada paket if more than 4 pax, rm900 per pax full pakej tau, hasif.
    kagum la dgn jogja.
    indah. and aktiviti nyer quite adventure.
    and from entri ni, lebih menarik minat aida tau. tq for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh berapa hari pakej tu. Menarik betul! Takpe, Jogja sentiasa ada tapi jangan tunggu lama sangat. Jeles nanti tengok kawan2 lain dah pergi. Hihi...

      Padam
  14. Wah menarik juga Jogja ya. Tak pernah lagi sampai sini. Tempat pun cecantik semuanya.

    Kalau tak silap, Jogja adalah satunya wilayah di Indonesia yang Sultanya masih memerintah secara terus sebagai walikota kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, bang. Nanti singgahlah ke Jogja. InsyaAllah puas hati!

      Padam
  15. Rindu nak jejak kaki di bumi Indonesia. Jika dulu, saban tahun akan ke sana.. Kalau tak ke Indonesia, ke Thailand... sampai member isteri pelik awat laki dia asik ke Thailand je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Bahaya tu bro. Kalau dah lama tak singgah tu maknanya dah masanya singgah balik lah tu. Memang, selain negara sendiri, Thailand dengan Indonesia pada saya memang cukup menarik!

      Padam
  16. Tak pernah lagi kta sampai jogja. Plan tahin ni. Tapi macam x mngkin je kan. 😅

    BalasPadam
  17. Tak pernah sampai lagi kat Jogjakarta ni tengok macam menarik dan best ada tiket flight murah tak hehehehe boleh lah pergi tahun ni..

    BalasPadam
  18. Menariknya cave tubing tu tapi Rawlins ada sejenis phobia pada kawasan gelap, berair dan berdinding rendah - ini semua pengaruh banyak menonton movie. Haha. InsyaAllah, this year Rawlins akan ke Jogyakarta maka boleh la tiru itinerary ini.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.