Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Terengganu Week di Foodmarket, Bandar Sri Permaisuri!

12:06:00 PG Hasif Hamsyari 38 Comments Category :

Sebelum ini, aku pernah ceritakan tentang pembukaan kedai makanan kampung yang cukup trendy di Kuala Lumpur. Tak lain tak bukan, yang aku maksudkan ialah Foodmarket yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Kalau belum baca, boleh KLIK SINI.

Tapi dalam entri kali ni, aku nak kongsikan dengan korang yang mereka buat pertama kalinya akan menganjurkan 'Terengganu Week' pada 25 April hingga 29 April 2018. Selama lima hari ini, korang tak boleh lepaskan peluang untuk mendapatkan produk-produk khas yang didatangkan dari Terengganu.

Uniknya, acara ini juga sebenarnya diadakan bersempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu pada 26 April 2018.

Siapalah yang akan menolak makanan-makanan menggiurkan macam keropok lekor losong, nasi dagang dan satar yang sedap-ya-ampun tu! Untuk anak jati Terengganu yang dekat Kuala Lumpur tu, semestinya wajib datang ke Foodmarket ni.

Selain tu, aku sendiri teruja sebab pengunjung juga berpeluang mengenali banyak kuih-muih tradisional orang Terengganu yang kebanyakannya, aku sendiri pun tak pernah tahu. Sebagai contoh, kuih Tok Aji Serban, Krekoh Puek, Qasidah, Koleh Lemok, Bekang, Kayu Keramat dan macam-macam lagilah! Kalau dah jarang dengar, maknanya mestilah kuih-muih ini pun rare dan susah dapat kan? Melainkan di acara Terengganu Week ni!
Antara produk yang wajib korang dapatkan; Nasi Dagang Terengganu (kanan) dan Lekor.
Lagi sebahagian produk Terengganu yang boleh didapati di Foodmarket.
Dengan hampir 100 jenis produk keusahawanan industri kecil dan sederhana (IKS) dan kampung hasil sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), korang boleh bayangkan betapa meriahnya Terengganu Week ini nanti yang akan bertukar suasananya persis Pasar Payang, tapi dalam versi yang lebih kemas, moden dan chic!

Antara tarikan lain yang tak kurang mengujakan termasuklah demo masakan selain cabutan bertuah dengan hadiah tajaan percutian ke Terengganu bagi pengunjung yang bertuah.

Sebab tempatnya juga sangat Instagrammable, pastikan nanti jangan lupa bergambar dan selfie kat sana ya dan tag mereka di Instagram.

Dengan geng blogger yang ke Foodmarket baru-baru ni.
Jom pakat singgah ramai-ramai ke Foodmarket!

Berikut ialah informasi Foodmarket sebagai rujukan korang.

Alamat:
Foodmarket
No.17, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
56000 Kuala Lumpur.
(Waze: Foodmarket)
(Berdekatan Q Bistro dan berhadapan Hidaya Mart & 7Eleven) 

Waktu Perkhidmatan:
10 pagi - 10 malam
Telefon:
+6019 666 4889
Web:
Email:
 Sosial Media:

RELATED POSTS

38 komen

  1. wah sampai ke sana produk dari terengganu yo.. nampaknya nak kena cek lah i cari sata...sata dari terengganu sedap oiiih.. selain tu pilihan hati i juga ialah keropok lekor juga guys... yum yum yummm... :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... seronok gila sesekali ada pesta macam ni kan? mengubat rindu!

      Padam
  2. Waah seru ya kayanya, Apalagi bareng kawan kawan. Dari reviewnya sepertinya tempatnya asyik ya buat foto-foto. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sangat cantik dan Instagrammable. Sambil membeli-belah boleh bergambar sekali! Hehe

      Padam
  3. makanan terengganu antara yg best la, kan hasif.
    aida kalau ke terengganu & kelantan = makan makan makan.
    terlalu byk makanan yg sg best yg tak boleh tak makan :)
    kepok lekor, satar, pais, laksa terengganu... omg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Memang betul tu! Dulu waktu puasa di universiti, selalu saya beli Nasi Dagang. Sedap!

      Padam
  4. Alaaaaa...kenapa sekejap sangat diorang buat erk..akak nak terjah la..nak heret gak cik abg akak.,.kalau dia x nak pi akak pi sorang..hehehe..macam tau je kan..akak ni suka pi tempat2 macam foodmarket ni..mesti banyak yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... sesuai sangat tu kak. Memang berbaloi. Inilah masanya nak dapatkan produk2 berkualiti!

      Padam
  5. Antara makanan yang pasti akan menjadi pilihan saya mestilah keropok lekor. Bagus ada Terengganu Week ni. Bagi orang Terengganu yang rindu masakan kampung kalau berkunjung ke sini boleh lah terubat rindu kat kampung halaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat orang Terengganu ke, penggemar makanan Terengganu macam saya pun sangatlah beruntung. Hihi. Dahlah ada antaranya susah dicari di KL ni kan!

      Padam
  6. Thanks for the info. Macam menarik jer foodmarket ni sebab suka jugak makanan dari pantai timur. Tapi nama-nama kuih yang disebutkan tu memang tak pernah dengar ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun! Hehe... Banyak yang saya tak tahu lagi. Sesuai sangat waktu macam ni nak kenal dan rasa kan!

      Padam
  7. Dekat BSP ke ek? OK, nanti balik Cheras kita singgah sini. Banyak pilihan barang, packaging pun cantik ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Sebenarnya, Foodmarket sendiri memang membantu pengusaha kampung dan IKS termasuklah dari segi designing package supaya lebih moden dan menarik.

      Padam
  8. Tidak dinafikan sangat sedap makanan dari Terengganu seperti nasi dagang dan juga keropok lekor. Bestnya foodmarket menganjurkan acara seperti 'Terengganu Week' ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Memang satu inisiatif yang bagus sebab sekurang-kurangnya, warga KL yang datang dari pelbagai latar belakang negeri ni boleh merasai keunikan makanan Terengganu. Hihi...

      Padam
  9. Foodmarket ni nampak best dan meriah. Macam2 ada. Kalau duk sini mmg berjam2 mengambil masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Kedainya kecil sahaja tapi memang banyak produk yang ada. Memang berbaloi sangat singgah.

      Padam
  10. kalau pergi terengganu mmg tak sah beli makanan mcm ni. termasukla saya, padahal makanan kelantan lebih kurang je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Iyalah, masing2 walaupun lebih kurang sama, tapi ada keunikannya juga kan!

      Padam
  11. Suka sangat food pantai timur terutama dari negeri Ganu Kitaaaa. ..
    Paling suka sata. Sedappp nya!
    Thanks info.. .Nanti nak pi terjah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woohoo! Hopefully awak enjoy berpesta Terengganu di Foodmarket nanti!

      Padam
  12. Bestnya!!! Dah la mknana tranung sedap2! Fav akk ni..klau dekat dah lama terjah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... InsyaALLAH mesti diorang akan buat lagi ni. Jangan tak pergi nanti. :D

      Padam
  13. look at all those products. Really make me wanna buy it. I like Terengganu food as it is closed to my mom's hometown - Kelantan and they have almost the same food together... rindu to the max now..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Inilah masanya nak mengubat rindu! Jangan lupa terjah Terengganu Week di Foodmarket ya!

      Padam
  14. Wowieee, banyaknya makanan dia, Ruby suka negeri Terengganu ni, dia punya makanan dan permandangan Fuh tangkap jiwa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly, kan Kak Ruby! Saya sendiri dah lama rasanya tak ke Terengganu. Rindu suasana kampung dia.

      Padam
  15. Makanan Terengganu pun favorite I dah boleh diterima tekak jugak. Nak dapatkan produk-produk dari Terengganu sepanjang Terengganu Week ni. BOleh buat stock kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. Sesuai sangat sebab diorang punya memang produk segera dan tahan lama. Jadi bila terasa nak makan makanan Terengganu boleh terus dapatkan - lagi-lagi rumah saya memang dekat. Lima minit je. Keke.

      Padam
  16. Kuih muih Terengganu memang banyak sangat. Setiap kali balik Ganu mesti cari kuih2 dekat sini. Of course kepok losong is a must. Ni kalau bawa FIL ke sini mesti dorang suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Nanti bolehlah dapatkan produk mereka kat sini ya! Berbaloi-baloi sangat ni!

      Padam
  17. Produk produk trengganu ada di food market kuala lumpur? Ramailah orang trengganu nanti ke food market itu ya buat nikmati menu makanan khas trengganu tuh. Pasti pada beli lah karena rindu masakan kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Rasanya yang bukan orang Terengganu pun mesti akan serbu juga sebab makanannya memang sedap-sedap belaka!

      Padam
  18. wahhh best nya
    adoi terlepas sebab tak ada dekat KL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai sayangnya.. Tak apa insyaAllah mereka akan anjurkan lagi. Nanti jangan tak singgah pula ya!

      Padam
  19. hasif nanti nak cari tempoyak kat sini. lupa nak beli tempoh hari

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.