Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

5 Aktiviti Menarik di Labuan ketika Sunset!

9:36:00 PG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : ,


Trip aku ke Labuan dengan Gaya Travel Magazine dan Perbadanan Labuan baru-baru ni betul-betul mengubah persepsi tentang Labuan. Enam hari mungkin kedengaran agak lama bagi sesetengah orang untuk menghabiskan masa di Labuan tapi aku rasa berbaloi sebab aku dan rakan-rakan media yang lain alami banyak benda yang menjadikan trip kami sebenarnya menyeronokkan!

Antara highlight yang menjadikan Labuan cukup unik bagi aku ialah pemandangan matahari terbenam yang tak satu hari pun mengecewakan. Dan setiap hari itu juga kami bukan berada di tempat yang sama! Tak sekadar cantik, ada beberapa aktiviti yang pastinya menjadikan pengalaman matahari terbit aku cukup istimewa di Labuan.

Sebab pemandangan matahari terbenam di Labuan adalah antara 'kekuatan' ultimate pelancongan di Labuan, maka aku nak senaraikan antara '5 Aktiviti Menarik di Labuan ketika Sunset'.

1. Beach-walk

Sebagai pemula, beach walk atau bersiar-siar di tepi pantai adalah satu kemestian, apalagi di negeri Mutiara Borneo yang memang ada banyak sangat pantai yang cantik-cantik ni!

Dengan pasir memutih, alun ombak yang 'mesra' memukul pantai dan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa, aku cukup menikmati setiap masa aku bersiar-siar kat pantai Labuan. Kalau ketenangan dari tekanan kerja dan hiruk-pikuk kota yang korang cari, aku sangat rekomenkan aktiviti ini di pantai Labuan.

Lagipun, dengan ditemani bias warna jingga yang mempesonakan, tak ada hal pun kalau jalan sorang-sorang. Malah, lebih sentimental sambil melayan perasaan! Haha.

Antara pantai Labuan yang cun untuk melihat matahari terbenam ialah Pantai Batu Manikar, Pantai Layang-Layangan, Pantai Pancur Hitam dan Pantai Sungai Miri.

2. Menaiki Perahu Larai

Bersedia untuk belayar dengan perahu larai! [Kredit: muhamaddaniramdani_]
Perahu layar atau dalam bahasa Melayu Brunei 'perahu larai' rupanya memang agak popular di Labuan jadi tak hairanlah kalau korang ke sini, adalah satu kemestian untuk mencubanya sekali. Aku sendiri naik tiga kali juga dalam masa dua hari.

Dua daripadanya adalah pada waktu senja berdekatan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dengan Ramsey Point. Serius tak tipu, sambil melihat panorama senja yang memang mengancam, bayu  dengan sesekali percikan air laut cukup menjadikan pengalaman aku waktu itu cukup sukar aku lupakan.
Yup, the more the merrier!

3. Bermain ATV

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan di Labuan juga ialah menaiki ATV. Mungkin sukan yang sederhana lasak ini boleh didapati di banyak lokasi lain di Malaysia tapi apa yang membuatkan permainan ini unik kat Labuan ialah sebab pemandangan matahari terbenam yang memang cukup memukau.

Ada tiga trek yang boleh dilalui iaitu trek desa (melalui kawasan kampung), trek hutan dan trek pantai. Tapi yang paling menarik pada aku ialah trek pantai sebab aku dapat bawa ATV di sepanjang pantai, tepatnya di Pantai Sungai Miri, antara pantai yang pernah dianugerahkan United Nation COBSEA Clean Beach Award 2008 dan tersenarai dalam 101 The Most Beautiful Beaches In South East Asia 2015. Awesome!
Main ATV lebih seronok kalau main dengan rakan-rakan sekali!
Buat masa ini, permainan ATV ni cuma dikendalikan Desa Tunas Hijau. Jika berminat, telefon +6014 358 0027 atau ikuti Instagram mereka, @smartrydersatv.

4. Snorkeling

Ada banyak spot di Labuan yang cukup cool untuk snorkeling. Snorkeling di waktu matahari terbenam sebenarnya memberikan peluang untuk berendam dalam air laut dengan cuaca yang lebih redup. Tapi janganlah sampai di waktu senja yang lewat - selain untuk mengelakkan munculnya binatang laut berbahaya, boleh jadi tak guna juga mengintai ikan dalam cuaca yang sudah pun gelap.

Awal matahari terbenam adalah waktu terbaik. Antara lokasi yang boleh dipertimbangkan ialah Pulau Layang-Layangan, Pulau Papan dan Pulau Rusukan Besar. Kalau tidak snorkeling, bermandi-manda tepi pantai pun masih seronok jugak! Apatah lagi, sesetengahnya menawarkan permainan air yang cukup sesuai untuk bermain dengan kawan-kawan misalnya banana boat dan sofa boat!

5. Makan Malam dengan Menu Makanan Laut


Ramai sudah maklum bahawa Labuan ialah salah satu antara tiga pulau yang bebas cukai di Malaysia dan produk cenderahati yang popular sudah semestinya coklat. Tapi selain tu, sebagai sebuah destinasi pulau, Labuan juga terkenal dengan makanan laut yang segar-segar belaka!

Dan salah satu waktu yang cukup menarik untuk menikmatinya ialah pada waktu makan malam, tepatnya sekitar waktu matahari terbenam. Ada beberapa lokasi restoran dan hotel yang boleh menawarkan pengalaman ni. Tanpa perlu dekorasi yang berlebihan pun, makan malam boleh jadi lebih romantis di Labuan, apalagi kalau korang datang dengan pasangan untuk berbulan madu.
Antara makanan yang kami jamah di restoran tepi pantai, Mawilla Yach Club Restaurant.

Semoga senarai ni membantu menjadikan kembara korang ke Labuan lebih bermakna!

RELATED POSTS

40 komen

  1. Labuan pulau kecil je kan. tak penah sampai lg kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Sekarang sudah makin banyak tarikan terutama pulau-pulau. :D

      Padam
  2. Cantik2 nya gambar. belum pernah lagi berkesempatan ke Labuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... InsyaAllah nanti kalau ada masa, bercutilah ke Labuan pula! Tak mengecewakan!

      Padam
  3. As always, I admire your pictures as it is always beautiful. Photogenic model la you hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai... Segannya! Terima kasih, Rawlins! Gambar you pun lawa-lawa juga!

      Padam
  4. Semua aktiviti tu best. Paling teringin nak cuna yang perahu larai tu. Ada ebza ke layar dengan larai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah cuba lagi perahu layar tapi rasanya tak ada beza. Cuma namanya saja yang lain. Hihi.. Kalau ke Labuan jangan lepaskan peluang ni ya!

      Padam
  5. bolehlah try nanti. before this semua ingat labuan takde apa kan. naik perahu layar tu yang paling best;.susah nak dapat pengalaman macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. Kan! Memang berbaloi sangat bercuti ke Labuan sebenarnya. Cuma ramai masih belum tahu!

      Padam
  6. Memang nak masukkan dalam wishlist ni..sebabnya memang semua tempat yang Hasif rekomen cantik..pemandangan tu cantik sangat..bertuah dapat explore semua tempat ni..kalau bab makan tu memang fav akak la seafood..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak... Selagi ada masa ni, saya cuba untuk explore bukan je luar negara, malah dalam negara juga. Macam Labuan ni... Pada saya memang unik dan cantik!

      Padam
  7. alahai cantiknye suasana dia.. boleh dijadikan destinasi bulan madu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, itu memang idea yang cukup perfek kak! Hehe... Berbulan madulah ke Labuan pula! ;)

      Padam
  8. cantiknya ciptaan yg maha esa...mcm2 aktiviti bole dilakukannya..tq for sharing...menarik la perahu larai tu...mkn seafood pn sodap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Kalau ke Labuan jangan lupa lakukan aktiviti-aktiviti macam ni ya! ;)

      Padam
  9. Cantiknya Labuan! Kak min belum pernah lagi jejakkan kaki ke Labuan. Bila tengok gambar2 Hasif ni terus rasa nak pergi! Cantik gambar2 Hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Thank you, Kak Min! Hopefully nanti Kak Min sampai ke Labuan dan merasai sendiri pengalaman-pengalaman ini ya!

      Padam
  10. Bila lah dapat pergi Labuan ni. Suka Dan jealous tengok gambar kat laut Dan pantai . Bestnya semua aktiviti kat sana. Rindu pulak dengan laut ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. InsyaAllah.. tak jauh pun Labuan. Kena pergi juga dan nikmati keseronokannya ya! ;)

      Padam
  11. amboi melenjan ya main air ngan kengkawan...nampak sangat fun...cantiknya pemandangan kat sini..rasa tenang sangat..boleh holang rasa stress tgk air laut tenang mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Labuan memang sesuai untuk percutian melepaskan tekanan. Seronok lagi-lagi kalau bercuti dengan keluarga. :D

      Padam
  12. Tengok gambar-gambar ni makin teringin pulak sis nak ke Labuan. Kalau ada rezeki lebih nanti insaallah akan sampailah sis kat sana, doa doakan je ya..:D

    BalasPadam
  13. Cantik! Tengok gambar pun dh rasa teruja nak kesana lebih lebih lagi dapat makan makanan laut...rasa melonjak lonjak nk ke sana..serius cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Thank you! Kalau ada kelapangan, bercutilah ke sini ya! Berbaloi!

      Padam
  14. menariknya Labuan !! tak pernah sampai lagi ke Labuan. InsyaAllah, one fine day nanti sampai sana nak cuba lakukan semua aktiviti yg Hasif n the team buat kat sana. bestnya !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... InsyaAllah... Ada banyak lagi aktiviti di Labuan yang memang syok kalau buat bersama kawan-kawan!

      Padam
  15. My goodness the sunset at Labuan is nice. I plan to visit Labuan but still finding travelling companion. I want to try AtV, sailing and watch sunset and enjoy the cheap, fresh and affordable seafood .

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is best if you can bring along your family and friends! :D

      Padam
  16. Besnya jalan-jalan Labuan. Macam-macam aktiviti yer. Sebab tu 6 hari pon rasa tak cukup kan. Memang cantik-cantik lah permandangan dan gambar-gambar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Terima kasih! Ya, banyak spot yang sangat cun untuk bergambar di Labuan!

      Padam
  17. Labuan looks really fun, didn't know it has so any activities plus the view is perfect, I'll hv to add this into places I'll love to visit in Malaysia.

    BalasPadam
  18. Oh! I need Vitamin Sea sekarang juga... aktiviti ni semua sangat menarik.. such a nice vacation..beautiful sunset..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah! Saya sendiri tak sangka yang sunset di Labuan ni memang cantik betul!

      Padam
  19. Labuan ni memang heaven dia punya permandangan. Fuh layan betul sunset dia. Memang destinasi yang awesome.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak! Sesuai sangat untuk honeymooners atau bercuti dengan keluarga!

      Padam
  20. cantik2nya view kat labuan..teringin jugak nak travel ke sanan nati..aktiviti yang paling rare dan nampak seronok tu perahu larai..

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.