Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Buka Puasa 'Selera Kampung' di The Settlement Hotel, Melaka

3:27:00 PTG Hasif Hamsyari 44 Comments Category : , ,

Ruang makanan utama.
Kalau korang pernah baca, aku pernah menginap beberapa kali di The Settlement Hotel, Melaka ni. Selain memiliki keunikan dari segi penggayaan yang mengangkat unsur kekayaan budaya di Melaka, hotel butik ini juga mencerminkan minat pemiliknya yang gemar mengembara. Bahkan, pada Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/17, The Settlement Hotel juga telah dianugerahkan Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar)!

Justeru, jelaslah sebab kenapa aku selalu memilih hotel ini untuk staycation, walaupun sekejap. Haha.


Dari segi servis, bilik, dekorasi, sejarah dan lain-lain, aku pernah ceritakan dalam entri sebelum ni. Tak banyak mahu aku ringkaskan tapi sebagai sebuah hotel butik yang disifatkan antara yang terbaik di Melaka, The Settlement Hotel sememangnya layak dengan kedudukan itu. Beberapa kali aku menginap kat sini pun, setakat ni tak mengecewakan!

Pada korang yang suka bergambar dan mencari-cari spot terbaik untuk laman Instagram korang, di The Settlement Hotel juga memiliki banyak spot yang cantik. Sambil menginap atau makan di sini, bolehlah bergambar juga!
Antara rupa bilik yang ada di The Settlement Hotel.

Buffet Ramadan Selera Kampung

Kedudukannya yang dikelilingi perkampungan Melayu di Ujong Pasir, berdekatan pula dengan Kampung Portugis dan hakikat yang hotel ini sendiri berdiri dengan konsep yang menyerlahkan kemewahan budaya, khususnya di Melaka, tak hairanlah menu buffet Ramadan diorang juga menampilkan makanan daripada menu-menu kampung!

Ruang makan adalah di bahagian paling bawah hotel, berdekatan dengan lobi. Memandangkan ia adalah sebuah hotel butik, pengalaman berbuka puasa kat sini lebih berkonsep macam di sebuah rumah. Malah ada juga ruang makan di bahagian taman.
Dari kiri: Ruang makan di bahagian dalam dan ruang makan di kawasan taman.
Antara lauk-pauk yang cukup membuka selera di The Settlement Hotel.
Menu utama dengan nasi putih cukup membawa memori masakan mak atau nenek di kampung dengan pilihan makanan berlauk seperti ayam kurma, daging bumbu Bali, sambal sotong, udang masak hijau putik pisang dan macam-macam lagi.

Kalau sudah namanya menu kampung, memang tak lengkaplah kalau tak dimakan bersama ulam-ulaman. Ada pelbagai pilihan ulaman contohnya kacang botor atau kelisa, ulam raja, petai, ceri tomato, jering dan timun. Atau kalau sukakan gaya makanan Barat, ada disediakan seleksi sayur-sayuran salad. Pada peminat jeruk, jangan bimbang, di sini juga ada memiliki beberapa jenis jeruk bagi memenuhi selera anda.
Antara ulam-ulaman yang disediakan siap dengan aneka sos seperti thousand island dan semestinya... sambal belacan!
Sinonim dengan masyarakat Melayu, korang juga patut mencuba lemang dengan dua jenis serunding yang disediakan iaitu serunding daging dan serunding ayam. Tiba-tiba buat terasa macam di rumah terbuka Hari Raya pula - padahal puasa pun belum habis lagi!

Menggamit memori sejak zaman kecil sampai sekarang, kegemaran ramai masyarakat Malaysia tidak lain tidak bukan semestinya sate! Dengan dua jenis sate iaitu sate ayam dan sate daging, kuah kacang yang sedap dan nasi impit yang direbus rapi, ini antara yang melengkapkan buka puasa kat sini.

Antara lain, aku turut merasa menu macam singgah ke beberapa warung kecil dan merasa sebahagian antaranya macam char kuey teow, kebab dan roti pita dengan ayam shawarma dan sup dengan aneka mi. Kesemua warung kecil ini berkonsepkan live cooking jadi yang dihasilkan sememang segar dan panas dari sentuhan chef sendiri!
Dari kiri: Lemang dengan serunding ayam dan daging; Sate dengan kuah kacang
Stesen shawarma untuk roti pita dan kebab yang cukup menyelerakan!
Sebagai pencuci mulut, tetamu boleh merasai pelbagai jenis kuih-muih tradisional macam tepung pelita, onde-onde (atau juga dikenali buah Melaka), kuih nyonya, karipap dan seri muka. Kalau mahu kelainan, boehlah cuba bubur kacang hitam juga! Buah-buahan sebagai penutup juga ada disediakan.

Untuk pilihan air, ada dua jenis air kordial disediakan untuk minuman sejuk manakala ada dua jenis minuman panas macam kopi dan teh selain air kosong.
Antara kuih-muih yang ada di sini.
Dari kiri: bubur kacang hitam dan ruang untuk minuman.

Harga

Dengan begitu banyak pilihan makanan, aku rasakan memang cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM58 untuk seorang dewasa!

Manakala warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun pulak boleh menikmati diskaun 50 peratus, bermakna cuma RM29 je. Murahkan?

Buffet Ramadan Selera Kampung di The Settlement Hotel ini sudah pun bermula sejak 21 Mei yang lepas dan bakal berakhir pada 12 Jun 2018.

Antara lain, ruang untuk solat juga disediakan sebagai memenuhi keperluan tetamu Muslim dalam sebuah bilik yang selesa dan berpendingin hawa.

Sekali sekala untuk kelainan, memang sesuai sangat bawakan keluarga berbuka puasa kat sini. Suasananya memang cukup selesa, pelayan yang ramah dan sedia membantu dan pelbagai aneka makanan sudah semestinya memberikan pengalaman buka puasa yang menarik bagi aku.
Dengan rakan-rakan blogger di rooftop hotel ni yang sesuai sangat untuk buat acara tertutup.
Berikut ialah maklumat The Settlement Hotel sebagai rujukan korang.

Alamat:
THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Melaka,
Malaysia.

Koordinat GPS:
Latitude: 2.187534
Longitude: 102.268407

No Telefon:
06 - 2921133

Laman Web:

Media Sosial:

RELATED POSTS

44 komen

  1. Walaupun hotel ini sebenarnya ada area bandar , tapi konsep bufet ini sangat menggamit kenangan seperti berada di kampung ketika berbuka puasa. Well , the price pun reasonable. Sambil gi makan sini boleh juga berehat kat hotel ni yang superb giler cantik kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kak Yanty! Berbaloi sangat untuk staycation kat sini. Staf dia pun ramah, buat kita macam di rumah pulak. Haha.

      Padam
  2. Cantiknya The Settlement ni. Harap dapat menginap semalam pon dah okay

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Bila-bila nak ke Melaka, roger je bang. Kita singgah sini sama-sama. Eh. Haha.

      Padam
  3. Harga just RM58 untuk juadah lazat dan menyelerakan sebegitu? Kenapa la kat Melaka, buat la kat KL nie. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Iya, bang! Kalau ada singgah Melaka, jangan lupa berbuka di sini ya! ;D

      Padam
  4. I love The Settlement Hotel but have not tried their true Malay fare yet. This Ramadan is a good opportunity to savour the buffet. At RM58, it is a good deal!

    BalasPadam
  5. Seriously cantik hotel ni..memang antara butik hotel yang terbaik di Melaka kan..makanan pun nampak sedap tu ha..akak teringin bubur pulut hitam tu la..rasa nak buat Sabtu ni...sedapnya..Eh harga buffet dia pun murah la..RM58..reasonable sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Akak kalau memasak pun memang dah macam buffet Ramadan. Tapi kalau sesekali teragak mahu makan luar alang-alang singgah di Melaka, boleh cuba di sini. Syok!

      Padam
  6. Kita suka ikan masak portugis dia. memang sedap sangat. kalau dapat tu je pun dah cukup haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Iya ke boleh cukup dengan tu je? Hmm... XD

      Padam
  7. rm58 sangat2 berbaloi utk buffet ini. menu mcm2 hado. Tapi skrg ni x larat betul nak mkn buffet. makan ciput je.. lain2 layan pemania mukut mkn ringan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Faham-faham. Sekali sekala bolehlah. :D

      Padam
  8. Masakan melayu ada lah. Nampak sedap dan menarik. Ikan portugis? First time dengar nama menu macam tuh. Apa rasa eh? Aduhhh banyak juga menu yang saya tak pernah tahu dan cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Pada saya sedap! Cubalah rasa di The Settlement Hotel ni. Alang-alang tu boleh singgah Kampung Portugis yang terletak bersebelahan je!

      Padam
  9. menarik.

    ----------
    Ada akaun Instagram & dan nak menang perfume FREE.
    Jom join giveaway kami (IG: @rexylla).
    Syarat penyertaan cukup simple.

    BalasPadam
  10. nostalgic dan cantik! pernah sekali je datang sini. bila sham nak jemput kita nih. anyway cantik la view dia, memang deserve menang award

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Nanti ada masa datanglah lagi! Nak ikut sekali. Haha.

      Padam
  11. Walaupun dekat, aida x pernah sampai sini. Just lalu aje on d way nak ke kuarters kastam :-)
    Menarik jugak makanan nyer. Kampunan gitu. Yg pasti mengenyangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kalau ada kelapangan, singgahlah, alang-alang dah dekat tu. Hihi.

      Padam
  12. Bestnya dapat makan buka jauh-jauh sampai Melaka tu hehehehe... Bila nak bawa kita ker sana boleh belanja kita lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melaka dah kampung saya bang. Haha. Saja je ikut kawan kebetulan ke Melaka untuk buffet ni. Joinlah sekali. :D

      Padam
  13. Interesting!!! the food and the place really looks amazing and truly attracted me to go there.... oh gosh... wrong hour reading this.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... then you should go here and taste it for yourself! even better, try experience their warm hospitality and stay here at least for a night!

      Padam
  14. The desserts looks exquisite, I've spotted so many of it I would love to try, The Settlement looks like a reeally nice hotel, I know where to stay during my visit to Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, you should try staying here. It really worth it!

      Padam
  15. Baru semalam abang emi duk tanya kat group ws, kat melaka buffet kat mana yang best. Nanti emi share artikel hasif ni kat abg emi ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah, kak! Kalau untuk sekeluarga pun ok juga. :D

      Padam
  16. Rasa rugi plak bln lps xamk hotel ni sbgai penginapan mse outstation.. Tpkse cancel last min sebab tukar destinasi..walaupun xberapa jauh.. Mybe next round sini plak.. Tgk deco dia pon cntik je dlm bilik, buffet dia sempena ramadan ke ada cmni or sentiasa? Menu dia byk dan yg best dia murah tuuu!! Ala2 mkn kt kg gitu...terbaikk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini sempena Ramadan. Ada lebih banyak variasi menu lah berbanding buffet harian biasa. Tapi saya pernah makan yang buffet biasa juga. Boleh tahan menarik juga. :)

      Padam
  17. sebuah hotel yang sangat cantik dan serba-serbi lengkap semuanya. entah bila lah nak sampai ke sini. dari ahri tu nampak org review, insyaAllah satu ahri nanti nak menginap kat sini sekiranya berpeluang dtg ke melaka. wow, hidangan buffet ramadhan dia pon best2. berpatutan pulak tu harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Cubalah Zharif. InsyaAllah, mesti akan suka bukan setakat menu buffet Ramadan dia, bahkan bilik dan kemudahan di sini juga.

      Padam
  18. Kalau pergi Melaka nak stay kat hotel ni lah . Harga Ramadan buffet pun berpatutan dengan hidangn lauk yang pelbagai .Semua nya nampak sedap .

    BalasPadam
  19. Ya Allah murahnya harga..spread lun menarik...akk dah lama teringin nak stay dekat hotel ni..nanti kalau ke Melaka nak try stay kt sini lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, mudah-mudahan ya kak. Memang seronok lagi-lagi kalau dengan famili atau member-member.

      Padam
  20. menarik gak settlement hotel ni.banyak kali pergi melaka, belum lagi stay kat sini. Thanks for sharing hotel best ni. Boleh masuk dalam list hotel best kat Melaka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Yup, kalau Google antara hotel best di Melaka pun, The Settlement Hotel ni pun selalunya mesti akan ada. Boleh baca juga banyak review positif mengenainya! ;D

      Padam
  21. sis memang suka tema selera kampung ni tau.. dapat makan, kompom bertambah tambah selera...hahahaha.. harga pon not bad jugak. tak pernah stay kt hotel ni.. nnti klau terpegi ke melakan, boleh try staycation kt sini semlm dua la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, you should! Alang2 tu boleh jalan-jalan sekitar Melaka! Banyak tarikan yang berdekatan. :)

      Padam
  22. Wah berbaloi sangat ni. Permandangan cantik, harga pun berpatutan. Pegi melaka nanti bolehlah singgah sini! Saya suka tgk produk2 butik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ini hotel butik tau, bukan butik pakaian! Haha. Tapi memang berbaloi dan selesa sangat berbuka puasa di sini. Jangan lupa singgah ya!

      Padam
  23. Can't wait to stay at this hotel again soon! Yehay!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.