Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Legend Palace Hotel: 'Istana' Emas di Tengah Macao

9:52:00 PG Hasif Hamsyari 28 Comments Category : , , ,


Setakat ni, aku belum ada lagi pengalaman menginap di hotel bertaraf lima bintang deluxe, apatah lagi yang di luar negara sehinggalah trip aku ke Macao baru-baru ni. Aku rasa sayangnya kalau aku tak tuliskan pengalaman tu dekat sini sebab memang tak boleh dilupakan!

Macao, seperti yang ramai antara kita sedia maklum, ialah 'syurga' kepada hotel-hotel mewah yang bukan calang-calang rekod mereka. Disebabkan itu, rugi rasanya kalau tidak menikmati sendiri hotel ini sementara dah sampai kat sana. Dan hotelnya punya bukan setakat menyediakan penginapan yang serba mewah, bahkan ada banyak tarikan lain dalam sebuah hotel seperti taman tema, pusat beli belah dan macam-macam lagi yang menjadikan hotel hopping satu kemestian kalau di Macao. 


Tapi kalau untuk penginapan, aku bermalam di Legend Palace Hotel, Macao. Tak sangka aku yang hotel ni bertaraf lima bintang deluxe sampailah aku membaca brochure tentang Macao. Haha.

Hotel ni terletak di Macau Fisherman's Wharf, salah satu lokasi bersepadu yang menempatkan dua lagi hotel, ruangan pameran dan konvensyen, pangkalan kapal persiaran, kemudahan pusat membeli belah dan restoran.

Exterior dan Lobi

Rupa depan Legend Palace Hotel yang berkilauan megah dengan warna emas.
Dari luar, Legend Palace Hotel memang tersergam persis sebuah istana. Bahkan, ia lebih 'hidup' dengan warna kuning emas yang cukup memukau menjelang malam.Walaupun ia bukanlah terletak di kawasan yang lebih popular macam di Cotai Strip, pesona hotel ni membawa aura eksklusif seolah-olah ia sahaja hotel mewah yang ada di Avenida da Amizade ni.

Bahagian lobi yang diberi sentuhan cukup mewah.
Lobinya pula boleh tahan luas. Staf-staf seawal menyambut kedatangan aku dan kawan-kawan lagi memang cukup ramah dan sentiasa bersedia memberikan bantuan. Di dalam lobi ini juga ada beberapa kedai emas. Yup, jangan risau - korang tak salah baca.

Bilik - Superior Room

Rupa ruang kamar di bilik aku.
Ha, inilah bahagian yang lagi best!

Aku cukup suka dengan bilik aku sebab memang cukup selesa, mewah dan luas. Dari seawal membuka pintu, aku disambut dengan ruang persalinan dengan almari besar yang antara lain memuatkan peti keselamatan, almari pakaian, bathrobes, selipar dan set seterika.

Kemudian, ada ruang tamu dengan set perkakas kayu yang cukup elegan, daripada kerusi sampailah ke meja kerja. Di ruangan ini juga ada Smart HDTV yang bukan setakat mempunyai banyak saluran antarabangsa, bahkan diperibadikan dengan siap bertulis nama aku pada skrin TV seawal aku membukanya. Memahami keperluan tetamu beragama Islam, mereka juga menyediakan sejadah lengkap dengan kompas arah kiblat!
Antara sudut-sudut kat ruang tamu dengan kemudahan lain macam kompas kiblat dan sejadah.
Antara ruang tamu dengan ruang kamar tidur pula ada partisyen yang berupa pintu sliding yang memberikan lebih privasi waktu nak tidur malam.

Ruangan kamar tidur ini pula dilengkapi dengan katil bersaiz King (200 x 200cm), kerusi santai, mini bar dan satu Smart HD TV automatik yang boleh dilaraskan hingga 180 darjah. Bermakna, kalau perlukan hiburan sewaktu nak tidur, boleh capai remote dan tekan, tunggu sampai TV tu naik secara automatik dan tontonlah!


Tetamu bahkan boleh menyewa filem terus melalui TV ini sendiri atau menyewa pemain DVD daripada room service. Apa yang penting, Wi-Fi juga tersedia secara percuma.

Bilik aku ni juga ada ruang balkoni menghadap bahagian dalam bangunan yang serius cantik menjelang malam. Macam limpahan cahaya emas di setiap pelosok bangunan!

Antara ruang kamar tidur dan ruang tamu dengan balkoni, tirainya juga adalah tirai automatik.

Satu lagi bahagian yang cukup luar biasa tentang bilik ni ialah bahagian bilik airnya. Ada tiga bahagian yang dipisahkan dengan pintu dan cermin kaca iaitu tandas, ruang singki dan bilik mandi.
Antara bahagian dalam tandas yang cukup eksklusif!
Ruang tandasnya memang selesa, siap ada boleh dengar lagu lagi dengan tandas bidet. Manakala ruang singkinya pula ada TV di dalam cermin (ini memang pertama kali aku lihat) selain remote kalis air, set mandian jenama L'oocitane dan dua air mineral. Ruang bilik mandi pula dilengkapi dengan bath tub, tuala mandi, pancuran air jenis rainshower yang disaluti warna emas.

Makan dan Minum

Pintu hadapan Brasserie de Paris.
Ada beberapa pilihan ruang makan dan minum di dalam bangunan ini antaranya The Grand Palace, Brasserie de Paris, Infinite, Lounge on Eight, The Gallery dan Float. Aku sempat ke dua restoran kat sini je iaitu Brasserie de Paris (sarapan harian) dan Lounge on Eight (minum petang).
Antara rupa ruang dalam Brasserie de Paris dan antara makanan yang disediakan.
Secara keseluruhannya, makanannya boleh tahan. Untuk tetamu Muslim, harus tahu memilih makanan yang halal. Kebanyakan makanan daging adalah mentah jadi boleh terus pilih dan lihat sendiri masakannya.

Ruang makan di Brasserie de Paris memang cukup luas dan banyak meja manakala di Lounge on Eight pula lebih terhad ruangnya dan lebih eksklusif, apatah lagi dengan pemandangan memukau bandaraya Macao ni.
A post shared by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on

Kemudahan lain

Dari kiri: gimnasium dan kolam renang.
Legend Palace Hotel juga ada menyediakan kemudahan seperti gimnasium dan kolam renang. Gimnasiumnya boleh tahan luas dan selesa dengan kelengkapan yang lengkap manakala kolamnya pun luas dengan pool chair yang selesa. Antara lain, mereka juga menyediakan Sense Health Club (untuk urutan spa), business centre dan bilik persidangan.

Legend Palace Hotel ini juga terletak berdekatan dengan banyak lagi tarikan di dalam kawasan Macao Fisherman's Wharf. Jadi kalau punya masa, boleh jalan kaki saja di sekitar kawasannya. Antara yang mesti singgah ialah replika Amphitheater seperti yang terdapat di Rome, Itali selain kawasan mall yang juga ada antaranya restoran makanan halal.

Kesimpulan

Menginap di Legend Palace Hotel pastinya satu penginapan yang cukup ideal kalau melancong ke Macao, tak kiralah untuk lawatan bisnes mahupun bercuti. Ia mungkin bukan terletak di Cotai Strip yang terdapat banyak hotel mewah yang lain tetapi untuk pilihan lebih privasi lagi eksklusif, Legend Palace Hotel adalah hotel yang amat aku cadangkan. Lagi satu, hampir segenap ruang di dalamnya Instagrammable okey!
Tak jadi hal ke tempat lain sebab pengangkutan ke tempat-tempat menarik agak mudah juga nak didapati di Macao ni!


Berikut ialah maklumat Legend Palace Hotel untuk rujukan korang.

Alamat:
Legend Palace Hotel,
Macau Fisherman’s Wharf, Avenida da Amizade

 Nombor Telefon:
(853) 8801 8801

Nombor Faks:
 (853) 8801 8802

Laman Web:

E-mel:

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama Macao Government Tourism Office. Segala pandangan penulis bukanlah mewakili pandangan penganjur. Layari en.macaotourism.gov.mo untuk lebih informasi tentang Macao!

RELATED POSTS

28 komen

  1. Memang nampak mewah sangat hotelnya. Saya pernah la stay hotel mewah sekali dua, tapi bukan dekat Macau, tapi tak nampak semewah hotel ni.

    BalasPadam
  2. looks like nice place to visit. Haven't been to Macau but seeing this hotel make me feel wanna book there to stay next time. Hopefully can go soon for travel with family.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, it is! I bet you'll be having a great time there! Woohoo!

      Padam
  3. this is truly one amazing place that must go and i miss this place so much.. wanna check the flight ticket now as so long never been to macau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Yeah, you should! Quite a lot of new attractions and I hope you'll have a safe and good time there!

      Padam
  4. Nampak mewah hotel ni. Mesti mahal harganya. Tak pernah sampai Macao lagi. Cuma Beijing ajer pernah tiba. Maybe nanti ada rezeki boleh berkelana ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat! Macao banyak tarikan yang menghiburkan. Sesuai juga kalau datang berkeluarga. Mesti seronok! ;)

      Padam
  5. Cantiknya ! Nampak mewah gila deko hotel dengan bilik dia.teringin nak datang macau ni mesti best kan harap ada rezeki nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... InsyaAllah... Memang berbaloi dan menyeronokkan. Bawalah keluarga sekali. Mesti lebih seronok!

      Padam
  6. Fuyoooo.... !! Lobby dia, room dia, toilet dia, cafe dia....
    Perghhhh... semua lawa giler lah!!
    Memang harus share. Thanks tau citer dalam blog bsgi ramai tahu keunikkan Legend Palace Hotel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Sama-sama... Sebab saya memang puas hati dengan servis hotel ni jadi rasa sayang kalau tak share.

      Padam
  7. dulu pernah stay dekat hotel area fisherman wharf tu. tak ingat nama apa hotel tu tapi time tu hotel tu masih baru. tak sngka dah banyak hotel membangun. rindunya nak ke macao

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa dah dekat. Di Macao Fisherman's Wharf ni memang ada 3 hotel. Tarikannya juga dah makin bertambah. Hihi..

      Padam
  8. MasyaAllah Hasif. Hotel dia memang wowwww gila.. akak tengok depan hotel dia pun terpaku sekejap. Pastu bilik-bilik dia. Fasiliti kat sana pun membuatkan tak lekang mata bila tengok. Kalau akak taknak keluar dah dari hotel tu. Lawo nauuuuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Itulah kak. Kalaulah ada masa lagi, nak je duduk sehari dalam bilik ni je. Memang puas hati sangat servis kat sini!

      Padam
  9. Wahhhh mewah betul ye hotel nie Hasif. Siap ada kedai emas di lobi ? Itu suatu perkara yg sangat rare. N agak terkejut juga bila hotel mewah sebegini, nak2 di macao pulak, amat prihatin dgn keperluan muslim seperti sejadah dn juga kiblat. Itu sangat wow !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Mereka ambil berat tentang latar belakang tetamu mereka. Bahkan subtitle untuk rancangan TV pun terus diset ke Bahasa.

      Padam
  10. Macau is really a great place to go. Lively casinos and the hotels are world class for sure. In fact I just got back from Macau and saw this hotel, it is very well built and a lot of thought has gone into the details. Beautiful!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Memang cukup menarik! Macao adalah destinasi yang ada daya keunikan tersendiri. :D

      Padam
  11. Wow mmg luxury hotel.. even entrance dia dah nampak murah.. bestnya sesekali dapat duduk bilik mewah mcm ni... mcm raja sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Rasa bertuah jugak dapat menginap di sini. Satu pengalaman yang luar biasa!

      Padam
  12. Paling best pasal macau, siang ke, malam ke, best untuk jenjalan sebab banyak tarikan. Lagi satu, free transportation. Mudah nak gerak ke mana-mana. Hotel dia semua besar giler, lawa-lawa pulak tu. Nak pergi lagi rasanya ke Macau, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Sebab tu ramai kata satu kemestian untuk menginap di salah satu antaranya sebab pengalaman lain daripada lain yang ditawarkan!

      Padam
  13. Pergi Macau tapi just day trip tak stay sana dari HK . Bestnya bilil hotel tu nampak mewah Dan kelas sangat . Bila lah dapat pergi lagi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Kalau baru pergi kena tunggu lama sikit. Baru berbaloi kalau ada banyak tarikan baru, kan? Hihi...

      Padam
  14. Perghhh..exclusive sangat niii...teringat palace of d goldeb horses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Ya, kak. Saya pun tak sangka mewah gila rupanya hotel ni!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.