Nikmati Melaka Lebih Lagi di Novotel Melaka
Kalau nak diceritakan tentang negeri kelahiran aku, Melaka ni, memang sampai esok pun tak akan habis. Tapi pada aku, sejauh mana pun aku pergi, tetaplah rindu pada kampung halaman sendiri.
Satu yang best tentang Melaka ni ialah tempat-tempat tarikannya kebanyakannya memang terletak berdekatan. Kalau sampai ke satu-satu kawasan, rasanya boleh je berjalan kaki dari satu tarikan ke satu tarikan yang lain.
Misalnya di kawasan Bandar Hilir, Melaka. Katakanlah apa saja, semuanya boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki. Kalau mahu ke mall ada Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade yang masing-masing cuma seberang jalan saja.
Kawasan bersejarah yang memang banyak di Bandar Hilir pun letaknya dekat-dekat je antara satu sama lain. Misalnya pintu gerbang Kota A'Famosa, Bukit St Paul, Stadhuys, Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Muzium Samudera dan macam-macam lagi.
Termasuklah tarikan yang memukau tak kira siang atau malam macam Menara Taming Sari dan Masjid Selat Melaka yang popular tu.
Dan kalau bercuti ke Melaka, memang tak ada masalah bab mencari hotel sebab banyak sangat. Berlambak! Dari yang bajet hinggalah ke kelas premium, aneka jenis hotel korang boleh pilih.
Antara yang aku nak cadangkan ialah Novotel Melaka. Jelas sangat sebab kenapa aku sukakan hotel ni - ia adalah kawasan tumpu kepada segala tempat yang aku sebutkan tadi. Bermakna, dari hotel ini ke setiap tarikan tadi memang dekat sangat dan mudah nak dicapai dengan berjalan kaki.
Pintu utama Novotel Melaka. |
Sebagai seorang yang kerap mengembara, semestinya aku sendiri amatlah menitikberatkan keselesaan terutama sekali bab penginapan sewaktu mengembara. Kadang-kadang tak perlu mewah pun namun yang penting masih selesa.
Dan Novotel Melaka sememangnya tak mengecewakan. Soal keselesaan memang diorang tak kompromi sebab pengalaman aku sendiri menginap dekat sini, memang layanan kira cukup buat aku berpuas hati.
Misalnya, sewaktu menginap di bilik jenis Executive Room hari tu, bukan setakat luas bahkan siap ada pilihan jenis bantal tidur! Antara jenis bantal tu ialah bantal polyester, bantal latex, bantal mikrofiber, dan bantal bulu angsa. Awesome kan?!
Bilik Executive Room di Tingkat 16 yang aku inap. |
Mini bar lengkap dengan mesin pembancuh kopi. |
![]() |
Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik. |
View dari tandas. |
Kemudahan bilik yang disediakan pun memang tip top misalnya telefon, jam loceng, lampu pembacaan waktu malam, televisyen LED 42 inci dengan saluran Astro, plug yang banyak, cerek air, mesin pembancuh kopi, peti simpanan keselamatan, peti sejuk, bantal ekstra, selipar, set seterika, kemudahan air panas, kelengkapan perkakas mandian, penimbang berat dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak cukup satu nafas nak sebut satu demi satu! Haha.
Selain tu, Novotel Melaka juga ada kolam mandi yang memang luas dan selesa sangat. Siap ada kolam khas untuk kanak-kanak dengan taman permainannya sekali.
Kalau korang jenis tak betah tanpa rutin kesihatan macam bersenam, gimnasium dengan kelengkapan yang lengkap pun ada. Dan di tandasnya juga ada bilik sauna tau. Apalagi yang membuatkan rutin senaman korang lebih mudah bilamana semuanya tersedia di penginapan sendiri kan?
Kolam mandi yang meman selesa dan luas! |
Antara ruangan gimnasium yang selesa. |
Malah kalau ada kerja mengejut yang memerlukan akses komputer, Novotel Melaka ada sudut 'Webcorner on Mac' yang turut memberikan akses Internet secara percuma.
Dan sambil mak ayah buat kerja di 'Webcorner on Mac', anak-anak boleh bermain di Kid's Corner yang terletak berdekatan je. Buku cerita, permainan papan (board games) mahupun PlayStation, pun ada. Memang tak bosanlah budak-budak duduk dekat sini kan.
Webcorner on Mac yang memudahkan pengguna. |
Kid's Corner yang mesra kanak-kanak. |
Bab makanan pun memang tak jadi masalah. Aku memang menikmati makanan aku sepanjang menginap di Novotel Melaka ni di restoran hotel yang dinamakan The Square. Baik menu sarapan mahupun makan malam memang tak mengecewakan! Mereka ada aneka pilihan makanan, lokal mahupun antarabangsa yang boleh buat aku pening nak memilih weyh!
The Square. |
The Gourmet. |
Pada yang bukan Muslim, boleh ke The Gourmet yang menyediakan minuman alkohol selain menu minuman seperti kopi. Di sini juga ada persembahan nyanyian setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Nah, memang banyak sebab kenapa aku mahu cadangkan Novotel Melaka kepada korang andai kata ada merancang bercuti ke Melaka. Memang sangat berbaloi dan semestinya memudahkan percutian korang.
Justeru, kalau korang rasa nak menginap kat sini, boleh book terus di Traveloka!
Book Novotel Melaka on Traveloka
Apapun, selamat bercuti ke Melaka! Tonton video ini untuk lebih lanjut tentang Novotel Melaka!
33 komen
Sudut Webcorner on Mac dan Kid's Corner memang buat Novotel nampak special. Terima kasih di atas perkongsian ni. Kalau sis ke Melaka nanti, dah tahu hotel mana nak lepak.
BalasPadamHehe... Yup. Memang sangat praktikal baik untuk percuti famili atau trip kerja. :D
PadamAwesome! Memang ada plan nak bercuti ke Melaka lepas Raya ni, saja nak berjalan. Ingatkan nak balik hari je, tapi memandangkan ada review Novotel ni, menarik jugak. Tayah nak balik hari. Nice nice!
BalasPadamYup. Sehari lagi boleh cuma rehat dan lepak di Novotel Melaka. Sempoi!
PadamThe room looks great, loving the bathroom especially - love the open glass concept. It's rare to come across a hotel gym of that size with complete equipment. Nice!
BalasPadamYup. Even tak ada bath tub, memang nampak sangat selesa, luas dan cantik!
PadamDan yeah, kalau kaki gym mesti akan suka dengan kemudahan yang disediakan. :D
Bestnya stay di Novotel. Bella tak pernah stay di Novotel Melaka lagi. Kalau Novotel di negara lain ada la juga beberapa kali. Pada Bella, apa yang penting bila Bella stay di hotel ialah bantal dan tilamnya. And, Novotel never disappoints. Hopefully Novotel Melaka is also the same, and kalau Bella ada plan ke Melaka nanti, boleh book di Novotel Melaka juga!
BalasPadamBetul tu! After all, katil jugaklah tempat kita melepaskan penat dan lelah selepas seharian berjalan sakan kan? Hihi. Yup, sesuai sangat kalau bercuti ke Melaka dan menginap kat sini. Travel pun senang sebab dekat dengan banyak tarikan!
PadamWahhh cantik dah besar.. fasiliti dia pon ok-ok belaka...
BalasPadamExactly! Memang berbaloi sangat untuk staycation kat sini!
PadamHari tu kita duduk Melaka tapi hotel lain tengok hotel ni pun cantik dan kita rasa macam nak tido sini jer mesti tak bangun dan keluar bilik hehehehe.....
BalasPadamHaah, Melaka memang banyak sangat hotel cantik-cantik dan Novotel Melaka salah satu antaranya. Memang cukup selesa dan berbaloi!
PadamSelalu datang Melaka, tapi normally duduk hotel kat Ayer Keroh je. Tak sangka kat Bandar Hilir pun ada hotel nice.
BalasPadamOmg! Banyak lagi hotel cantik di Bandar Hilir tu, Zayani! Haha. Dari yang konvensional sampailah ke hotel butik, merata! Dan Novotel Melaka salah satu pilihan yang semestinya berbaloi.
Padamcantiknya hotel Novotel Melaka nie. serba-serbi semuanya lengkap. Banyak kemudahan buat penginap di situ. Mmg banyak hotel di sekitar Melaka sampai kadang tak tahu nak pilih yg mana. tahnks atas sharing nie yer Hasif. Anyway, pernah baca jugak dalam satu blog, kalau bantal diperbuat daripada bulu angsa, bantal tu empuk dia maha dahsyat and selesa dia tahap tak nak bangun tidur. hahahaha
BalasPadamExactly! Memang lain macam feel dia! Haha. Nanti kalau ke Melaka bolehlah cuba pengalaman tu di Novotel Melaka ini ya! ;)
PadamEksklusifnya bilik.dia.siap.ada mesin pembancuh kopi. Sebenarnya tak pernah lagi inap di novotel ni. Menarik siap ada kid's corner. Bolehlah book kat sini nanti
BalasPadamYup, untuk staycation dengan keluarga memang cukup sesuai! Cubalah nanti ya!
PadamKalau ada family dtg KL , mesti akak ajak g melak sebab kl takde pape haha. Melaka byk tempat menarik yang cantik-cantik dan penuh sejarah ! Andd byk makanan sedap sedap dan viral mostly byk kat melaka! cuba kalau nak stay kat melaka tu buntu sikit lah. so bila ada novotel ni, pergh setel masalah nak cari tempat tinggal ..
BalasPadamHehehe.. betul sangat tu kak. Nak staycation pun memang tak ada hal lah kat sini!
PadamMelaka adalah tempat yang paling mudah nak bercuti. Sebab hotel banyak, makanan banyak, tempat bersejarah banyak. Tinggal nak tinggalkan duit aje utk berbelanja. Hotel novotel juga sangat mudah utk akses ke mana-mana aje. Hehe. Nanti nak cuba pi menginap di sana. Hehe
BalasPadamHehe.. cubalah kak. InsyaAllah berbaloi. Lagipun hotel ni mesra keluarga jugak. Nak staycation pun seronok!
PadamLama x ke Melaka.. Last sekali masa nak makan asam pedas. Bolehlah rasanya. Kata sedap sgt tp sodap lg asam podas Johor. hhehehehe...
BalasPadamAnyways kak nora suka video clip u.. cool...
Hahaha. Mungkin salah pilih tempat makan tu kak. Terima kasih ya! :D
PadamThis is one of the reputable hotel in Melaka, next round i go there I want to stay there too.
BalasPadamYes, you should! It is interesting and most importantly, conveniently located in the city centre! ;)
Padamcantik juga hotel ini ya..haroi tu perasan hotel ni kebetulan tidur kat equatoirial..ala tiba2 rindu nak datang emlaka balik..bestnya melaka macam2 ada
BalasPadamSaya sendiri pun tak sabar nak balik kampung di Melaka untuk mengundi kak. Hehe. Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan lagi. :D
Padampergh nampakmenarik hotel novotel ni. Sudut webcorner tu yang canggih..hahaha..tapi datang nak bercuti..kihkih..kalau pergi melaka bolehla masuk wishlist hotel ni
BalasPadamHihi... Sudut webcorner tu lebih sesuai untuk kecemasan sebenarnya. Manalah tahu tengah bercuti bos suruh hantar assignment/report ke apa kan. Haha.
PadamCubalah. Yang penting dekat dengan banyak tarikan lain juga!
siap ada kids corner lagi. bagus untuk dijadikan tempat menginap seisi keluar sebab nampak sangat family-friendly. akak suka ke melaka even pergi banyak2 kali pun tak jemu. ada je tempat nak pergi dan banyak jugak tempat2 makan best kat sana.
BalasPadamBetul tu kak. Untuk keluarga sangat sesuai menginap kat hotel ni. Lebih selesa dan dekat dengan banyak tarikan lain pulak tu.
PadamPernah Pergi tinggal satu hari memang berbaloi pagi pagi buffet pun sedap dan banyak pilihan.
BalasPadamBlh kunjungi blog sy tempat makan menarik di melaka
Tinggalkan komen di sini.