Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman 4H3M di Macao yang Memukau!

10:41:00 PG Hasif Hamsyari 42 Comments Category : ,


Olá Macao!

Ha, jangan terkejut, walaupun Macao ialah sebahagian daripada China, bahasa Portugis masih digunakan secara meluas terutama melalui papan-papan tanda di bandar yang cukup unik ni.

Sejarah ringkasnya, Macao bukanlah dijajah sebaliknya disewakan oleh maharaja China kepada Portugis sejak 1670 dan pernah menjadi pusat perdagangan yang penting untuk China dan Portugis. Pada 1999, ia diisytihar sebagai kawasan pentadbiran khas Republik Rakyat China.

Hari ini, Macao berdiri sebagai salah satu daerah paling kaya di dunia dengan ekonominya antara lain banyak bergantung pada sektor pelancongan. Bahkan, di Macao ada lebih 25 monumen purba dan dataran urban yang meletakkan Macao di Carta Warisan Dunia pada 2005.

Baru-baru ni aku ke Macao atas undangan Macao Government Tourism Office untuk meneroka bandar istimewa yang dah lama dalam bucket list aku ni. Jom ikut antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4H3M di sana.

Aktiviti Menarik di Macao

1. Macao Science Center

Dibina di atas keluasan tanah 20 ribu meter persegi, di dalam Macao Science Center ini ada Pusat Pameran, Planetarium dan Pusat Konvensyen. 

Pusat Pameran menyediakan galeri kekal yang membawa topik macam sains untuk kanak-kanak, teknologi, alam sekitar dan gaya hidup. Planetariumnya pula ialah planetarium pertama di dunia yang dilengkapi dengan paparan 3D dan sistem projektor ultra-high definition (8 000 x 8 000 piksel). Planetarium dalam bentuk kubah ini menayangkan filem ilmiah 3D, khususnya untuk tonton keluarga.

Laman web: www.msc.org.mo

2. G Racing Simulator & Angry Birds Play Center, Ponte 16

Salah satu acara terbesar yang disambut saban tahun di Macao ialah Macao Grand Prix yang memasuki penganjuran kali ke-65 tahun ini. Untuk merasai sendiri pengalaman seolah pemandu F1, aku ke G Racing Simulator di Ponte 16 Resort. Inilah satu-satunya lokasi permainan virtual untuk perlumbaan F1 di Macao yang pasti lagi syok kalau bawak member sekali. Woohoo!

Untuk kanak-kanak, akan ada Angry Birds Play Centre kat sini tak lama lagi. Menarik!


3. Macao Tower

Dibuka pada Disember 2001, Macao Tower ini memiliki ketinggian 338 meter yang memberi pemandangan cukup memukau sekitar Macao sehinggalah Hong Kong dari dek peninjaunya yang berketinggian 223 meter. 

Kalau korang sukakan cabaran, antara aktiviti popular di sini yang boleh dilakukan ialah Skywalk dan Skyjump! Tapi sejujurnya, ia bukanlah murah tau!


4. Mount Fortress & Macao Museum

Dibina oleh Jesuits (lelaki-lelaki kumpulan agama dikenali Persatuan Jesus) sekitar awal abad ke-17, Mount Fortress bertujuan menjadi benteng peperangan daripada Belanda sebelum diambil menjadi kediaman pemerintah ketika itu.

Hari ini, ia dijadikan sebuah muzium yang menyelusuri sejarah Macao dan masyarakatnya sepanjang empat abad lampau hingga sekarang. 

5. Ruins of St. Paul's


Pada 1835, salah satu gereja Katolik terbesar di Asia ini runtuh dalam satu kebakaran, meninggalkan hanya pintu hadapan yang menceritakan sejarah agama Kristian di Asia dengan simbol-simbol tentang agama berkenaan.

Ruins of St. Paul's hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Pada aku, ini salah satu lokasi wajib kalau mahu menandakan korang dah sampai ke Macao. 

6. Senado Square

Barangkali pusat kota yang paling Instagrammable aku pernah singgah, Senado Square selalu menjadi pilihan penganjuran banyak acara dan sambutan untuk orang awam. Satu sebab ia cukup Instagrammable jugak ialah melalui warna bangunannya yang cukup mengancam membangkitkan aura neo-klasik dengan suasana Mediterranean.

Ada banyak spot di sekitarnya yang cukup terkenal macam Sam Kai Vui Kun (Kuan Tai Temple), Love Lane Macao dan Holy House of Mercy (Santa Casa Da Misericordia).

7. The Parisian Macao

Ini hotel mewah yang pertama aku singgah untuk hotel hopping.

Siapapun yang pertama kali ke Macao pasti akan terpesona dengan pemandangan Eiffel Tower yang gah di Cotai Strip ini. Memiliki saiz separuh daripada menara asal di Perancis, replika Eiffel Tower di Macao jugak tak kurang memukau terutama menjelang malam yang mana ada pertunjukan cahaya! Malah, aku turut ke Tingkat 37 menara ini untuk menikmati pemandangan kota Macao yang cukup mengagumkan.

Tak cukup itu, pastikan korang luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping (kalau tidak membeli-belah) di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan desain pengaruh Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan extravaganza!

Laman web: www.parisianmacao.com



8. MGM Macao

Walaupun aku bukanlah peminat seni artistik, aku kagum dengan hotel yang satu ni. Ada lebih 300 hasil seni di dalam bangunan gah berbentuk kotak mekap ni. Dan semuanya bukan hasil tangan orang atau persatuan yang calang-calang! Ia termasuklah sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan secara umum!

Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi kekal terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia!

Laman web: www.mgm.mo/en/cotai

9. Macao Open Top Bus

Salah satu cara yang mudah dan terbaik untuk pusing sekitar Macao ialah dengan menaiki Macao Open Top Bus ni. Ia akan bawa mengelilingi Macao dan berhenti di 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa.

11 hentian yang aku maksudkan tu termasuklah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman's Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macau dan The Venetian Macau. Satu kitaran penuh akan mengambil masa 70 minit dengan guide berbahasa Inggeris dan Mandarin disediakan.

Harga tiket satu hari cuma MOP150 (dewasa) dan MOP100 (kanak-kanak).
  
Beli tiket online di www.goldsparktours.com.

10. The Venetian

Satu lagi mercu tanda yang cukup megah di tengah kota Macao ialah The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao. Kalau The Parisian membawa imej kota Paris, The Venetian pulak membawa imej Venice, sehingga dibinanya terusan buatan yang cukup mengubah bangunan di atas tapak berkeluasan antara terbesar di dunia untuk sebuah bangunan itu menjadi mirip kota Venice.

Selain pengalaman membeli belah dalam suasana yang cukup mewah lagi luar biasa, korang bahkan boleh mencuba pengalaman menaiki gondola sambil dibawa ke keliling bangunan sambil dialunkan lagu klasik oleh pendayungnya.

Oh dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, Boys Over Flower dan muzik video 'New Face' nyanyian Psy.

Laman web: www.venetianmacao.com


11. Giant Panda Pavilion

Aku fikirkan Macao hanya tentang bangunan pencakar langit yang mewah-mewah belaka sesuai dengan gelarannya 'Las Vegas of Asia'. Tapi rupanya, di Coloane yang lebih tenang dan slow-paced gaya hidupnya, atau lebih tepat lagi di tepi bukit di Seac Pai Van Park, terletak rumah kepada beruang panda yang cukup comel!

Terdapat dua ruang tertutup berkeluasan 330 meter persegi dan satu ruang perkarangan terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.

Laman web: www.macaupanda.org.mo


12. Coloane Village

Seperti yang aku cakapkan tadi, Coloane kawasannya lebih tenang. Tapi kat sini juga menyimpan khazanah-khazanah yang cukup menjadikannya satu lagi lokasi tarikan mesti singgah di Macao.

Selalunya perjalanan untuk bersiar-siar di kampung ini bermula di sebuah kedai kecil, Lord Stow's Bakery yang cukup terkenal dengan Macao's Egg Tart kerana di sinilah lahirnya kuih kegemaran orang Macao ni!

Berharga sekitar MOP10 sebiji, rasanya memang sedap dan tak mengecewakan!

Salah satu lagi lokasi popular di kawasan ini ialah St. Francis Xavier Chapel. Dibina pada 1928, ia dipengaruhi senibina Eropah dengan warna krim dan putih yang cukup nostalgik. Apatah lagi dengan susuk dua pokok Banyan yang redup, dua kafe di kiri dan kanannya, mozek batu dan satu tugu peringatan serangan lanun di kawasan ini.

Lebih daripada itu, gereja kecil ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran juga drama Korea Selatan bertajuk Princess Hours!


13. Studio City

Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan tarikan yang ada. Kat sini, aku berpeluang menaiki Golden Reel, roda Ferris berbentuk lapan tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.

Selain tu, aku sempat menikmati perjalanan 4D paling thrilling aku pernah alami dengan ditemani Batman untuk Batman Dark Flight 4D. Jujur cakap, memang lain daripada lain weyh! Cuma kamera tak dibenarkan untuk dibawa masuk, nak tunjuk lebih susah. Hihi.

Laman web: studiocity-macau.com


14. Taipa Houses Museum

Salah satu spot yang aku sangat rekomen kalau korang mahu background yang cun untuk bergambar, Taipa Houses Museum juga adalah peluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.

Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living Museum, Exhibitions Gallery, Creative Casa, Nostalgic House dan House of Receptions.

Laman web: www.icm.gov.mo/en/housesmuseum


15. Cunha Street

Kalau ditanya di manakah lokasi popular untuk membeli cenderahati di Macao, lokal mesti akan sebut Rua do Cunha (Cunha Street) ni. Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.

Selain barang cenderahati yang murah macam post cards, fridge magnet dan lain-lain, selalunya ramai akan beli makanan macam kuih-muih. Ada antaranya berlogo halal dan ada juga yang kandungannya dikira masih selamat walaupun tiada logo halal, kalau ikut kata guide aku waktu tu.


16. Taipa Village Art Space

Berdekatan Cunha Street, di Taipa Village, juga ada Taipa Village Art Space.

Waktu aku datang, ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017). Namun salah satu karya yang meledakkan namanya ialah Tricycle Thief (2014) yang pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan memenangi 2015 Gold Kodak Award bagi kategori filem pendek terbaik.

Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.

Laman web: www.taipavillagemacau.org.mo


Tempat Makan di Macao

Dong Lai Shun Muslim Restaurant

Ini adalah salah satu restoran yang diyakini halal di Macao. Konsep makanan yang diorang ketengahkan ialah hot pot gaya Beijing. Rekod restoran ini pun bukan calang-calang. Sebelumnya, ia memang terkenal di Beijing sebagai salah satu jenama restoran Muslim paling lama bertahan kat sana selain pernah diiktiraf 'China Time-Honored Brands' sekitar 1930-1940.

Alamat: G/F, 484 Rua Cidade De Coimbra, Macau, Macau
No. Telefon: +853 2875 5705


Taste of India

Juga dikenali sebagai TOI, Taste of India ini adalah restoran pertama di Macao yang mendapat pengiktirafan halal. Ia menghidangkan makanan berkonsepkan makanan India macam roti paratha, samosa veggie, kari ayam serta beberapa menu Portugis yang terkenal seperti seafood rice dan pencuci mulut Serradura yang sedap!

Alamat: Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD Vista Magnifica Court
No. Telefon: +853 2872-8413
Laman web: www.toimacau.com


Lou Lan Islam Restaurant

Ini pula restoran Islam dengan konsep makanan Xinjiang. Penduduk Xinjiang majoritinya Muslim dan kedudukannya yang dekat dengan negara seperti Russia dan Pakistan menjadikan makanannya unik daripada yang lain.

Restoran ni agak mahal tapi kalau mahu mencuba masakan Xinjiang, mungkin berbaloi untuk mereka yang suka mencuba rasa yang baru.

Alamat: Rua do Teatro (Second Shop)
No. Telefon: +853 2853 0264

Coast @ MGM Cotai


Coast ialah salah satu restoran chef selebriti di MGM Cotai yang lebih mengetengahkan makanan Californian hasil air tangan Chef Graham Elliot yang popular lewat rancangan realiti masakan Top Chef dan Master Chef. Sebab tu, jangan terkejut melihat pekerja di dalam restoran ini semuanya mengenakan tali leher berbelang biru gelap dan putih dan kaca mata berbingkai putih - demi mengikut stail Chef Graham Elliot yang quirky!

Aku sempat makan malam kat sini dengan menu berasaskan makanan laut. Antara menu yang aku suka ialah Truffle Parmesan Popcorn with Chopped Chive, Shrimp Taco with Mango Salsa and Shredded Coconut, Macanese Tiger Prawn Curry dan Lobster Risotto with Charred Scallion and Pink Peppercon.

Alamat: Coast Restaurant, MGM COTAI, Avenida da Nave Desportiva, Cotai, Macau
No. Telefon: +853 8806 2328
Laman Web: www.mgm.mo/en/cotai/dining/coast


Golden Peacock @ The Venetian


Mungkin di Malaysia kita jarang dengar tentang penarafan bintang Michelin tapi ia sebenarnya antara sistem bintang yang cukup gah di dunia. Dan Golden Peacock di The Venetian ini ialah salah satu restoran yang mendapat penarafan bintang berkenaan. Lebih menarik lagi, ia juga diiktiraf halal.


Makanannya berkonsepkan buffet dengan selera masakan India yang asli! Salah satu minuman yang cukup popular dan harus cuba ialah Mango Lasssi. Sedap!

Alamat: Golden Peacock Restaurant, The Venetian Macao, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanca Casino, Level 1, Shop 1037
No. Telefon: +853 8118 9696
Laman web: www.venetianmacao.com/restaurants/signature/golden-peacock.html

Tapas de Portugal


Disebut-sebut sebagai antara restoran dengan menu Portugis paling lazat di Macao, Tapas de Portugal terletak bersebelahan dengan restoran berbintang Michelin, António Coelho Restaurant. Tapas de Portugal juga menghidangkan menu air tangan chef yang sama. Padanlah restoran ini juga pernah banyak kali memenangi anugerah!

Dekat sini juga aku memilih menu berasaskan makanan laut dan menu vegetarian macam wet seafood rice, fillet ikan siakap masak stim dengan Papelotte dan tumisan sayuran dan kentang. Serradurra kat sini pun sedap!

Alamat: Rua dos Clerigos No.9, Taipa , Macau
No. Telefon: +853 2857 6626
Laman web: www.taipavillagemacau.com/directory/tapas-de-portugal/

Penginapan kami

Legend Palace Hotel



Hotel ni terletak di Macau Fisherman's Wharf, bersebelahan dengan replika Amphitheatre sebagaimana yang terdapat di Rome, Itali. Apa yang lagi best, hotel ini bertaraf lima bintang deluxe! Ini pengalaman pertama aku menginap dalam hotel semewah ini dah semestinya antara yang tak mungkin aku lupakan.


Biliknya dikira macam suite, serba lengkap malah cukup moden. Tirai langsir automatik, TV dalam cermin singki bahkan dua set TV, salah satunya automatik di kaki katil, siap bath tub dan kelengkapan mandian yang mahal, memang terasa cukup eksklusif!

Bahkan, di televisyen juga siap dipersonalize ikut butir diri penginap, siap dengan nama aku dan bahkan siarannya siap diformat dalam Bahasa Melayu untuk alih bahasa dan sarikata. Hebat!

Laman web: legendpalace.com.mo

Itulah antara pengalaman aku di Macao. Sebenarnya, ada banyak lagi tarikan di Macao yang aku teringin teroka terutama bahagian 'The Historic Centre of Macao' macam A-Ma Temple, Moorish Barracks, Lilau Square, Dom Pedro V Theatre selain Guia Fortress dan rumah apinya, Lou Lim Ioc Garden, The House of Dancing Water dan mencuba aktiviti macam Skyjump dan Skywalk di Macao Tower!

Fuh, banyak lagi rupanya! Memang kena pergi lagi ke Macaolah gayanya! Hihi.

Entri ini terlaksana dengan kerjasama Macao Government Tourism Office. Segala pandangan penulis bukanlah mewakili pandangan penganjur. Layari en.macaotourism.gov.mo untuk lebih informasi tentang Macao!

RELATED POSTS

42 komen

  1. Memang Macao dalam bucket list saya. Tahu Macao ni sebelah Hong Kong, tapi baru tahu yang ni sebahagian daripada China. Acaner cari makan kat sana? Ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, ramai ingat Macao ni adalah negara tapi bukan sebenarnya. Ia antara wilayah khas di China je. Makanan ok je. Belum banyak lagi tapi ada. :)

      Padam
  2. Banyak juga tempat menarik di Macao ye. Apa yang buat saya tertarik ialah sebelum nih memang tahu Macao nih dalam negara China tapi tak tahu pula bahasa yang digunakan dalam bahasa Portugis. Memang unik sangat. Dah baca entry ni baru tahu. Kena ambil tahu lebih lagi pasal Macao mana lah tahu ada peluang pergi sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kesan pengaruh Portugis sangat mendalam di wilayah ni. Banyak lagi tempat yang saya tak lawati. Kalau boleh sebenarnya saya nak stay lagi lama dan explore semuanya! Hihi.

      Padam
  3. Macao pun bleh tahan dekat ngan Guangzhou kan..tapi masa akak pi Guangzhou beberapa tahun lepas sempat sampai border Hong Kong je..macao memang ada dalam wishlist akak..walau dikenali sebagai kota perjudian..akak tetap nak pergi macao one fine day..banyak tempat menarik..nanti nak pergi akak akan refer blog Hasif..thanks atas perkongsian ye dik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula belum pernah sampai ke Guangzhou dan Hong Kong lagi. Hihi. Macao memang terkenal dengan gelaran 'Las Vegas of Asia'. Tapi sebenarnya, ia juga banyak menyediakan tarikan lain yang sesuai untuk traveller Muslim macam kita, termasuklah bab makanan.

      Padam
  4. Memang seronok melihat keindahan di Macau ni, sis dah pergi dan memang kagum dengan building yang berlumba lumba untuk kelihatan cantik. Kalau malam lagilah memukau.
    Rasa nak repeat lagi...tapi tu lah kena kumpul ongkosnya dulu, lainlah Hasif gi atas tajaan (jeles ni..hahaha)..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak! Memang melangkaui jangkaan saya sebelum ni tentang Macao.

      Hihi. Alhamdulillah...

      Padam
  5. Sangat menarik sekali entri Macao ni... Banyak tempat menarik, memang tak percaya ada tempat-tempat menarik macam ni, paling tertarik buat Bonde nak ke situ ialah Studio City tu minat sangat gendola tu.. teringin nak naik situ!

    Makanan pulak tak kurang mengoda... nampak ada banyak seafood disitu i'm loving it !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Studio City memang antara favourite saya! Seronok sangat sebab adventurous dan lain daripada yang lain!

      InsyaAllah, kalau ada rezeki dan peluang, silalah ke Macao ya!

      Padam
  6. la.. kat china rupanya igat kat mana.. tempat awesom dan makanan nampak sedap sangat.. kena masuk dalm list bucket ini.. nk travel next year

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Macao antara wilayah yang lari dari stereotype seperti kebanyakan bandar di China. Sangat kemas dan cantik!

      Selamat mengembara! ;)

      Padam
  7. Bestnya Macao ni memang lama teringin nak pergi sebab selalu tengok iklan dan juga promosi mereka. Tambah lagi tengok tempat makan yang banyak sedap-sedap dan halal tu yang memang nak perti tengok lah lepas raya nanti hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Sejujurnya memang ada je spot makanan halal, tapi ada juga sebahagian dalam ni yang tak halal tapi menghidangkan hidangan alternatif atas bantuan guide kami. Kalau ke sana, boleh je diskus dengan manager atau owner sendiri tentang pilihan makanan yang halal dan selamat.

      Apapun, selamat bercuti, Abang Maha!

      Padam
  8. Banyak betul tempat menarik kat macau ni. Kalau ada rezeki kesana boleh rujuk entri ni. Akak memang suka travel. Doakan akak menyusul ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, Amin... Macao memang antara wilayah yang akan saya rekomenkan. Cukup menarik!

      Padam
  9. Menariknya percutian awak kali ini. Baru Ika tahu Golden Peacock di The Venetian di iktiraf Halal. Ingat susah nak cari makanan halal di Macao.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Golden Peacock tu halal. Ada digantung sijilnya di depan kedai selain penarafan bintang Michelin. Power kan!

      Padam
  10. Alaa ni yang Bella jealous ni. Last time pergi Macao tak dapat pergi semua2 tempat2 macam yang Hasif pergi. Ada Bella pergi, ada Bella pergi tempat2 lain jugak. Nak tunggu fam trip lagi la kalau ada. Eh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Biasalah tu kak. Kadang2 ikut target market atau new attractions yang nak dihighlightkan. Okaylah... InsyaAllah moga ada lagi fam trip ya. XD

      Padam
  11. Macau ni yang pamos adalah bungee dia kan yang terjun dari menaratertinggi mereka..selain itu terusan vertican tu pun antara yang menjadi bualan..tiba2 teringat cerita boys over the flower (cerita korea) yang shoot kat sini heheh..lagi satu portugese tart dia famos jugakkan...alamak macam ken apegi juga macau ni satu hari nanti hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa itulah yang saya teringin nak buat! Skyjump di Macao Tower tu ialah antara yang tertinggi di dunia tau! Dan ya, The Venetian tu pernah jadi set penggambaran Boys Over Flower selain kuih yang popular di Macao ialah portuguese tart tu lah!

      InsyaAllah semoga sampai suatu hari nanti ya! ;)

      Padam
  12. Dulu Macao mmg bukan lokasi untuk org muslim.. sbb susah nak.cr makanan.halal dan yg penting tiada yg istimewa. Tpi beberapa thn ni mmg rancak macao buat tawaran utk pelancong muslim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Walaupun ia terkenal sebagai 'Las Vegas Asia', ia masih ada daya tarikan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim. Malah untuk berkeluarga pun tak ada masalah!

      Padam
  13. Okay baru tahu Macao nie bukan dijajah oleh portugis tp dipinjamkan kpd mereka. Tahu jugak serba sedikit pasal Macao nie sbbnya dulu cuba masuk contest utk pergi Macao. Gigih sgt masa tu. Anyway, org kata kalau dtg sana WAJIB cuba egg tart yg famous tu. Xcuba tu, ibarat x dtg Macao. Thanks for sharing this info Hasif !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Betul tu! Ramai yang salah faham sebenarnya tentang susur galur sejarah Macao ni.

      Dan ya, portuguese egg tart memang cukup famous dekat sini memang tak sah kalau tak rasa!

      Padam
  14. I really want to go to Macau one day :D

    BalasPadam
  15. Pergi 4 hari 3 malam je, tapi banyak jugak tempat menarik kat macao yang hasif sempat cover. Hasif ada buat blogpost tentang itinerary dan kos sepanjang kat macaotu tak? Macam nak masukkan macao dalam holiday list emi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, untungnya sebab kami ada guide jadi perjalanan tu lebih mudah dan senang selain banyak benda boleh cover. Itinerary tu ada tapi nanti saya kongsikan di Facebook.

      Padam
  16. After reading your post, I feel like visiting Macau, didn't know there are so many places I could visit and your hotel looks so grand!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, you have so many reasons to visit Macao for your next travel bucket list! And the hotel experience is definitely the best!

      Padam
  17. Suka dengan term "bukan dijajah sebaliknya disewakan", Kenapa dari dulu datuk moyang kita tak berfikiran macam tue...

    macam sekarang nie, dari jual baik disewakan confirm hutang negara dapat dilangsaikan hahah eh, tertukar topik pula...

    Bila sebut pasal Macao... Dalam kepala otak terfikir acara perlumbaan tahunan yang mereka anjurkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Itu no komenlah, Bro!

      Tapi ya, Macao juga terkenal dengan signature event mereka iaitu Macao Grand Prix yang diadakan di tengah bandar. Kalau bukan waktu event tu, tourist boleh lalu di kawasan litar yang sebenarnya juga adalah jalan raya awam tau!

      Padam
  18. I went to Macao twice and my last experience is bungee jump from Macao Tower. Macao not only famous with casino but also their history like senado square, Church, St. Paul and many more. Food also nice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, my! That is incredible! I wish I can do the bungee jump as well one day. Yup, there is much more about Macao other than casinos!

      Padam
  19. Macau sangat best. Walaupun dah 2 kali pergi, tapi tak puas pergi Macau. Banyak tempat cantik.

    Maju gila kan Macau. Seronok tengok bangunan dan hotel dia. Seriously, kagum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bang. Saya pun sebenarnya tak puas lagi ke Macao ni. Hihi. Hopefully nanti boleh singgah lagi. :)

      Padam
  20. Macao memang antara Lokasi selesa untuk Muslim travel. Compare to other place di negara sana, sini akak lebih comfortable dengan orang sana dan cuaca. Sekarang dah ada macam2 eh Hasif. Tunggu anak besar skit baru plan nak pi bercuti kemana. Nak naik kapal terbang lama2 ni risiko bingit telinga anak melalak. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Betul tu kak. Ini kali pertama saya pergi tapi tergamam jugak melihat betapa membangunnya Macao sekarang!

      InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh pergi lagi sekali kak. Pada saya sesuai bawak kanak-kanak juga sebab banyak tarikan untuk famili juga. :)

      Padam
  21. huhu macao masih belom sampai! HAHAHHAHA

    BalasPadam
  22. Hi Hasif, tak ada butang follow ke dekat blog ini?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.