Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Juadah Kampung di Kontiki Restaurant, Hotel The Federal KL

7:04:00 PG Hasif Hamsyari 39 Comments Category : ,


Dalam keriuhan Syawal yang makin dirasai, rasanya belum terlalu lewat kalau nak perkenalkan kepada korang satu lagi destinasi buka puasa yang aku rasakan cukup berbaloi dan selesa. Lebih unik, lokasi yang satu ini letaknya betul-betul di tengah kota Kuala Lumpur.

Yang aku maksudkan ialah Kontiki Restaurant di The Federal Hotel, Kuala Lumpur.
Rupa ruang makan yang luas, banyak tempat duduk dan selesa.
Ruang makannya memang cukup luas dan selesa. Dengan buffet Ramadan yang cukup banyak pilihan hinggakan dibuka warung-warung dengan seleksi menu yang lebih banyak di bahagian alfresco, tepatnya bersebelahan dengan kawasan kolam renang.
Lauk-pauk yang cukup membuka selera!
Dengan bertemakan juadah kampung, buffet Ramadan Kontiki Restaurant untuk tahun ni membawakan lebih 100 juadah tradisional yang cukup menggamit kenangan selera di kampung. Antaranya Pucuk Manis Lemak Keledek, Hati Ayam Goreng Kicap, Ayam Padprik, Paru Goreng Berempah, Dalca Kambing dan Kerang Masak Pedas Asam.

Tapi yang mencuri perhatian sudah semestinya resipi makanan kegemaran Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ada satu ruangan dinamakan Tunku's Kitchen yang didekasikan khas untuk menu-menu kegemarannya seperti Daging Kicap dan Kacang Pis, Ikan Goreng Serai, Sotong Masak Kuning, Ketam Masak Sos Tomato, Itik Golek dan Sambal Udang Petai.
Lagi makanan-makanan yang ditawarkan.
Pulut kuning pun ada lengkap dengan serunding!
Sudah semestinya, menu-menu 'wajib ada' di bulan puasa macam Roti John, Murtabak dengan Kari Ayam dan Roti Canai juga ada disediakan di bahagian al fresco di samping menu-menu lain yang tak kurang mengancam misalnya Sup Gearbox, Nasi Bukhari, Lok-Lok, Kambing dan Ayam dengan Roti Lebanon dan Roti Pita, Dim Sum, Ais Kacang/Cendol, Aiskrim dan lain-lain.

Bahkan, korang sebut je apa makanan-makanan sampingan, sambal-sambal atau kerabu yang korang suka, mesti kebanyakan ada kat sini. Contohnya, gado-gado, rojak buah, ulam-ulaman, acar buah acar rampai, terung bakar dengan sambal, budu, cencaluk, tempoyak, kerabu mangga muda, kerabu kacang botol, kerabu sotong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu perut... Fuh, rasa tak cukup nafas nak sebut satu-satu!
Seleksi ulam-ulaman kampung lengkap dengan sambal pencecah yang banyak disediakan.
Aneka kerabu yang boleh buat rambang mata nak memilih.
Antara juadah pencuci mulut yang tak kurang mempesonakan.
Untuk lebih banyak pilihan, diorang ada juga stesyen BBQ dengan seleksi macam udang harimau, ketam, kepah, ikan kembong, ikan pari, ayam percik, sate, otak-otak, keropok lekor dan banyak lagi.

Oh, sebelum terlupa, yang mencari-cari kambing golek, semestinya ada jugak dekat sini!

Harga

Buffet Ramadan Juadah Kampung di Kontiki Restaurant, Hotel The Federal KL ini bermula pada harga RM138 nett/dewasa, RM35 nett/kanak-kanak dan RM69 nett/warga emas. Buffet ini sedia menanti pelanggan bermula 25 Mei yang lepas sehingga 14 Jun 2018.

30 peratus diskaun sah juga akan diberikan kepada pemegang kad Gracious Reward & FHI Privilege Club.

Berikut maklumat Kontiki Restaurant untuk rujukan korang:

Alamat:
KONTIKI Restaurant 
The Federal Hotel Kuala Lumpur
No 35, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur 

Nombor Telefon:
03-2148 9166 

Email: 

Website:

Meraikan Anak-Anak Yatim daripada Rumah Nur Kasih Bestari

Acara memotong kek dan pemberian sumbangan duit raya.
Waktu aku datang untuk pelancaran buffet Ramadan ini, Federal Hotel International (FHI) bersama-sama FHI Group Hotel melalui Hotel The Federal KL dan Hotel The Capitol KL turut membawa sekumpulan anak-anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.

Rumah ini menempatkan 50 kanak-kanak dalam anggaran usia enam hingga 16 tahun yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak yatim selain anak-anak kurang upaya. Terletak di Segambut, rumah ini diilhamkan oleh Puan Nurul pada 2009.

Anak-anak ini diraikan bukan setakat dengan aneka hidangan makanan, bahkan turut diberikan sumbangan duit raya sebagai berkongsi kegembiraan dan keberkatan bulan Ramadan. Terpancar wajah-wajah ceria daripada adik-adik yang comel ni.

Sementara kita masih dalam bulan Ramadan, marilah sama-sama kita manfaatkan gandaan pahala seperti yang dijanjikan dengan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan!

RELATED POSTS

39 komen

  1. sedapnya tengok bufet kat Kontiki ni dengan selera kampung lagi bertambah tambah kita makan..tahniah FHI sebab tak melupakan anak-anak yang kurang kemampuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Kalau masih sempat, kena singgah dan rasa sendiri hidangan mereka ni. InsyaAllah tak mengecewakan! ;)

      Padam
  2. wow banyak jugak menunya ek, terus terbuka selera kak lily ni sekarang ni. harga ok ok lah, ikut style harga KL kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Kak Lily. Sekali sekala apa salahnya kan? Dari pilihan makanan yang ada, memang berbaloi pada saya!

      Padam
  3. wow.. banyaknya choice makanan. Terus tengok dah lapar ni

    BalasPadam
  4. di kontiki ni suasananya memang best. sbb moden dan selesa. ditambah plak dengan banyak lauk yg disediakan. tengok pada jumlah dessert tu memang fuh!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Memang banyak sangat hidangan yang ada. Berbaloi rasanya berbuka di sini. ;)

      Padam
  5. Memang best dapat berbuka puasa di kontiki nie. Menu2 nya sangat pelbagai dan meriah. Tambahan pula diceriakan lagi dgn kedatangan adik2 dari rumah nur kasih bestari. Seronok bebudak tu dpt duit raya. Kita nie entahlah, mcm xde sape nak bagi. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apalah, rezeki bahagian diorang. Lagipun bagi diorang lagi banyak pahala. Hahaha.. Apapun memang meriah malam tu, kan? Makanan memang serba lengkap rasanya.

      Padam
  6. juadah pencuci mulut dia Antara juadah pencuci mulut yang tak kurang mempesonakan...... tu kan warna kuning tu caramel ke apa.. ala menyampah la kenapa waktu tengahari suruh kita komen ni.. hahahah... harap nafsu makan tengah tidur.. sebab makanan semua nampak marvellous banyak pilihan should pergi ke or not, i dah sampai harini tak ambil preview buffet ramadan yo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuning tu pulut kuning kak. Hahaha. Iya, saya pun tahan je ni baca banyak sangat review Ramadan. Tapi ni salah satu yang saya rasa berbaloi!

      Padam
  7. Syok nya berbuka puasa di sini.. banyak pilihan makanan.. bolehlah makan sampai puas-puas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Tak boleh juga. Kena jaga badan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti! XD

      Padam
  8. uiii rambangnya mata! dulu salu ke sini tahun ni je terpaksa tolak hahaha. ramai yang tak tahu banyak sejarah hotel ini. lejen~!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai... Kalau tak boleh jumpa dah. Wahhh sejarahnya saya tak sempat baca lagi. Maybe nanti saya kena cuba menginap hotelnya pula. Hihi.

      Padam
  9. Alamak...waktu berbuka lambat lagi ni. Hehe. Nampak menyelerakan semua lauk pauk yang dihidangkan. Harga tu agak pricey sikit bagi saya tapi mungkin berbaloi dengan variasi hidangan yang dihidangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tapi untuk sekali sekala mencuba rasanya ok juga. Sebab pada saya berbaloi dengan banyak hidangan yang diorang ada. Hampir lengkap rasanya!

      Padam
  10. Ini baru betul2 juadah kampung.. Siap ada pulut kuning lagi tue... Tahun nie belum berkesempatan nak berbuka dekayt hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Kalau masih berkesempatan dan ada di KL, singgahlah kat sini bang. InsyaAllah puas hati. ;)

      Padam
  11. Juadah kampung ni pergi mana mana pun tetap jadi pilihan utama tau. Juadah kampung lagi sedap.. Nak nak ada pula pulut kuning tu lagi lah nampak sedap.

    BalasPadam
  12. Terlalu banyak hidangan sampai tak tahu mana satu nak pilih kan..akak makan ikut yang termampu je..harga memang agak pricey tapi sesekali reward diri sendiri should be ok kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah juga kak. Saya rasa sikit-sikit je sebab banyak sangat. Haha.

      Padam
  13. Saya nampak pulut kuning tu nampak menawan. Dah lama tak makan pulut dengan rendang. Tapi apa-apapun semua menu kat sini nampak sangat sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Jarang jumpa untuk buffet Ramadan. Hehe...

      Padam
  14. wow..menu2 dia menyelerakan betul la..ada lauk pauk masakan kampung.. dengan ulam2 dan sambal belacan...fuhhh pembuka selera...hehehe.. boleh la nk try sini nnti kalau mai kl..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, cubalah kalau ada di KL! InsyaAllah berbaloi dan puas hati. :D

      Padam
  15. Wow banyaknya makanan kat sini kita pernah pergi buka puasa sekali kat sini tempat menarik dan makan banyak pilihan....

    BalasPadam
  16. Wahhh banyak jugak menu berbuka puasa kat Kontiki Restaurant ni ya. Nyesal pulak tak join hari tu. Kalau ada kesempatan, nak jugak berbuka puasa di sana bersama keluarga nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Mesti happening dan insyaAllah puas hati. :D

      Padam
  17. Such a generous spread of Ramadan buffet fare. I am drooling just looking at this fare, and I just had lunch! Wish I can drop by one of these days before the promotion expires.

    BalasPadam
  18. wah luaskan ruang makan.menu kampung pelbagai pilihan pulak tu..puasa ni memang rambang mata nak pergi buffet mana..tapi tgok yang ni sedap dan byk pilihan..

    btw cecantik la gmbr..suka tgok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Ya, memang sangat berbaloi sebenarnya buffet kat sini. Kalau bawa satu famili pun mesti happening!

      Padam
  19. Nom nom nom... All look so delicious ♥️ I wanna to have buka puasa there with my clients too. Oh my can't wait for that. How I wish is today. Hahaha

    BalasPadam
  20. Meriahnya la. Tak tahu mana satu nak makan dulu. Tengok saja pencuci mulut dia. Banyak sangat apatah lagi menu utama!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.