Trip 4H3M ke Makassar-Toraja
Kalau mahu melihat sisi unik di Indonesia, aku sangat mencadangkan anda untuk mengembara ke Toraja. Daripada pengalaman aku sendiri, Toraja mempunyai budaya dan keindahan yang sukar dicari di tempat lain. Kalau masih belum tahu, di sinilah wujudnya kepercayaan berkaitan ritual kematian yang dianggap antara paling aneh di dunia!
Sebelum itu, Toraja ialah daerah pergunungan di Sulawesi Selatan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Toraja Utara dan Tana Toraja. Ibu kota bagi Toraja Utara ialah Rantepao manakala ibu kota Tana Toraja ialah Makale. Majoriti penduduknya beragama Kristian namun ada juga yang masih menganut kepercayaan animisme yang dipanggil Aluk To Dolo.
Sekarang, jom ikuti itinerary aku dalam trip Makassar-Toraja baru-baru ini.
HARI 1
Selepas sampai je ke Bandar Udara Sultan Hasanuddin, aku terus dibawa ke Aston Makassar Hotel. Rehat sekejap sebelum malamnya, aku dan rakan media dan kemenpar (Kementerian Pariwisata Indonesia) jalan-jalan di sekitar Makassar ni - saja mahu lihat kehidupan malam di Makassar. Sempatlah aku merasa kudapan yang terkenal kat sini macam pisang epe, bakso bakar, coto Makassar dan sara'ba susu.
![]() |
Dari kiri: Sara'ba susu dan pisang epe dengan keju. |
HARI 2
Rammang-Rammang
![]() |
Sekitar pemandangan cukup menenangkan di Rammang-Rammang. |
Dalam perjalanan tu, aku singgah ke Rammang-Rammang di Maros. Di sinilah terletaknya pergunungan batu kapur kedua terbesar di dunia dan ketiga di Asia.
Untuk masuk ke kawasan ini kena menaiki bot kecil. Dari jeti yang cukup sederhana, kami berlepas menyusuri sungai paya bakau dengan pemandangan-pemandangan alam semulajadi yang cukup memukau. Walhal, ini baru jalan masuk ke destinasi yang kami tuju.
Dalam 30 minit, aku sampai ke Kampung Berua yang didiami 20 keluarga. Sawah padi, kolam ikan, pergunungan batu kapur, dan beberapa ekor kerbaun menjadikan panorama di sini persis sebuah lukisan!
Hotel dan Restoren Bukit Kenari
![]() |
Menu makanan tengah hari kami. |
Masjid Agung Pare-Pare
![]() |
Reka bentuk memukau Masjid Agung Pare-Pare. |
Rumah Makan Jemz Gunung Nona
Sebelum sampai ke sini, kami tempuh perjalanan yang cukup mencabar - turun dan naik bukit! Tapi aku kekal tak berkelip mata sebab pemandangannya masih tetap cantik!
Sesampainya kami di rumah makan yang terletak di Bambapuang ni, kami bukan setakat dijamu dengan kopi Toraja dan pisang goreng, bahkan pemandangan Gunung Nona yang cukup terkenal atas struktur semulajadinya yang dikatakan mirip kemaluan wanita!
Berkaitan: Gunung Ini Menyerupai Alat Sulit Perempuan?
Dan itu jugalah antara asal nama gunung ini - 'nona' maknanya wanita yang masih dara. Ada beberapa kisah di sebalik gunung yang cukup eksotis ini namun satu yang tak boleh dipertikaikan ialah ketenangan pemandangannya sambil secawan kopi di tangan. Fuh!
Toraja Heritage Hotel
![]() |
Bilik aku di Toraja Heritage Hotel. |
Tapi hasil kajian aku, hotel ini antara hotel yang paling popular di Toraja. Ia terletak sekitar 700 meter dari aras laut. Selain ruang hotel yang dibina seperti sebuah taman, hotel dengan 160 bilik ini juga ada jenis bilik berupa rumah tradisional orang Toraja iaitu tongkonan!
Hari 3
Pasar Pagi Rantepao
![]() |
Dari kiri: Antara kedai yang ada; Kopi Toraja yang banyak dijual di sini. |
Palawa'
![]() |
Suasana perkampungan Pallawa yang cukup epik! |
Tapi kalau anda bercadang mahu melihat tongkonan dalam sebuah perkampungan asli, bolehlah berkunjung ke Palawa' ni. Tak setakat mengagumi senirekanya yang unik, anda boleh berjumpa dengan masyarakat tempatan, mempelajari budaya mereka selain mendapatkan cenderamata.
Tongkonan dalam kepercayaan orang Toraja adalah lebih daripada sekadar rumah. Ia bukan setakat dihuni yang masih hidup, bahkan yang sudah mati! Demikian menceritakan uniknya ritual kematian masyarakat di Toraja ni.
Kerana kos ritual kematian yang mahal lagi rumit (setiap upacara pengebumian atau Rambu Solo memerlukan setiap ahli keluarga untuk hadir selain perlu mengorbankan dari lima hingga ratusan kerbau), mayat biasanya disimpan di tongkonan bukan setakat seminggu, bahkan berbulan atau bertahun!
Pasar Bolu
![]() |
Sejenis kerbau tedong bonga yang cukup mahal. Secalit parut pada badannya boleh menjadikan harganya turun mendadak. |
Pasar Bolu adalah pasar ternakan terbesar di Toraja di mana kerbau-kerbau ini mudah didapati. Spesis kerbau yang paling mahal dipanggil tedong bonga. Kerbau jenis ini memiliki pigmen kulit warna putih (albino) dan harganya boleh melonjak sepuluh kali ganda berbanding kerbau biasa!
Selain kerbau, ada bahagian di pasar ini juga menjual khinzir.
Restoran Sallebayu
![]() |
Dari kiri: Pemandangan dari Restoran Sallebayu; Pa'piong Burak. |
Tampang Allo
![]() |
Sekitar kawasan dalam gua Tampang Allo. |
Selain Rambu Solo, upacara kematian yang unik ialah Ma'nene iaitu upacara menggantikan pakaian si mati. Mayat akan dikeluarkan, dibawa berarak ke rumah, salin pakaian dan kembali ke tanah perkuburan semula. Seram kan?
Salah satu lokasi yang cukup popular ialah Tampang Allo. Ia adalah sebuah perkuburan di dalam gua. Waktu aku masuk, masih ada banyak lambakan tulang-temulang dan tengkorak asli. Ada keranda-keranda yang digantung di dinding gua bersama tau-tau masing-masing. Yang digantung ini dikatakan golongan-golongan bangsawan.
Tau-tau ialah patung ukiran kayu dengan susuk manusia, biasanya menyerupai si mati, siap dipakaikan dengan pakaian. Satu fakta menarik, jenis kayu tau-tau ini juga menentukan status si mati. Papan buluh untuk orang bawahan, kapuk untuk kelas sederhana dan batang nangka untuk golongan bangsawan.
Sarappung
Satu lagi cara pengebumian unik di Toraja ialah mayat yang ditanam di dalam pokok. Namun cara ini hanya terpakai untuk bayi yang belum tumbuh gigi. Masyarakat Toraja percaya bahawa bayi ini adalah naif dan tidak berdosa maka ia harus dikembalikan kepada alam.
Mayat bayi ini biasanya ditanam dalam keadaan bertelanjang supaya sampai satu tahap, ia akan 'bersatu' dengan pokok yang dihuni. Jenis pokok yang digunakan pula ialah pokok tarra. Getah pada pokok ini dikatakan umpama 'susu' untuk bayi yang dikebumikan.
Kalau mahu lihat sendiri pokok ini, boleh ke Sarappung. Ada satu lagi di Kambira namun aku dimaklumkan bahawa pokoknya semakin mati.
Lemo
![]() |
Pemandangan agak menggerunkan sebaik tiba di bukit ini. |
Dari jauh, rasa seriau melihat banyaknya tau-tau di tebing bukit. Jika ada kematian, tebing bukit ini akan 'ditebuk' dan mayat akan ditempatkan di dalamnya. Biasanya, satu lubang menempatkan satu keluarga. Di sini juga ada kedai cenderahati yang menjual tau-tau.
Hari 4
Kampung Lolai - Negeri di Atas Awan
![]() |
Awan-gemawan pun dah macam kapas! |
Sebab tu kami bangun seawal jam tiga pagi. Apatah lagi, nak sampai ke sini juga memakan masa sekitar sejam setengah dari hotel, ditambah pula dengan keadaan jalan berbukit yang bersimpang-siur. Fuh mencabar betul!
Puncak Lolai yang kami tuju berketinggian 1,400 meter dari aras laut. Di sinilah adanya pemandangan menakjubkan seawal matahari terbit! Aku cukup teruja sebenarnya sebab malam sebelumnya aku terpukau tengok gambar di laman-laman web tentang Lolai ni.
Namun cuaca yang agak dingin dan berembun pagi tu tak mengizinkan kami untuk menikmati pemandangan seperti dimahukan. Kabus tebal sangat! Maka dengan hampa kami menuruni bukit semula.
Dalam perjalanan turun itulah awan mula terbuka dan pemandangan nampak lebih meyakinkan. Justeru pemandu kami membawa kami ke kawasan lebih rendah sikit iaitu di Bukit Paralayang. Bukit ini, seperti namanya, popular dengan sukan paragliding. Tapi apa yang pasti, pemandangan kat sini pun tak mengecewakan!
KAA Coffee
![]() |
Dari kiri: Aku merasa kopi Toraja; Deppa Torri'. |
Aku bukanlah penggemar kopi tapi okey saja kalau minum secawan. Haha. Tapi apa yang menarik, kopi Toraja suatu ketika dahulu pernah menjadi sebab tercetusnya 'Perang Kopi' sewaktu Bugis cuba menakluki Toraja sekitar 1890.
Aku dimaklumkan, disebabkan tanah Toraja yang sangat subur, ada dua jenis kopi yang ditanam secara meluas di sini iaitu Arabica dan Robusta. Rasa kopi Toraja yang unik menjadikan kopi ini cukup terkenal sehingga mendapat pengiktirafan Geographical Indication Protection (GI)!
Selain membeli serbuk kopi, aku sempat menjamah satu lagi makanan yang popular di Toraja iaitu Deppa Tori' yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah.
Buntu Burake
![]() |
Beginilah pemandangan menakjubkan di Buntu Burake! |
Patung Jesus di sini berketinggian 40 meter dan sebab tu, ia dikatakan patung Jesus kedua tertinggi di dunia selepas Christ the King di Poland (52.2 meter). Pun begitu, patung ini terletak di atas bukit yang berketinggian 1 100 meter dari aras laut sekali gus dikatakan telah menewaskan rekod Christ the Redeemer di puncak Bukit Corcovado, Brazil (710 meter).
Kesimpulan
Dari alam semulajadi sehinggalah budayanya, Toraja memang daerah paling misteri dan unik di dunia. Sebab itu kalau anda belum pergi, ada baiknya dimasukkan ke dalam bucket list anda!
Memang seram dan seriau jugalah masuk ke kawasan-kawasan perkuburan namun aku anggap ini pengalaman unik untuk aku lebih memahami dan menghormati budaya kaum lain.
Lagipun, haruslah sentiasa jaga mulut dan tingkah laku di tempat-tempat 'keras' begini.
Lagipun, haruslah sentiasa jaga mulut dan tingkah laku di tempat-tempat 'keras' begini.
Kalau anda bernasib baik, pastikan tak terlepas melihat sendiri upacara Rambu Solo. Rata-rata penduduk Toraja akan tahu jika ada Rambu Solo memandangkan ia adalah upacara yang cukup meriah umpama pesta. Maka, jangan segan untuk tanya masyarakat setempat ya!
44 komen
Menarik. Suka baca entry nie! Rumah Makan Jemz Gunung Nona tu view lawa. Nie memang kena masukkan dalam bucketlist nie
BalasPadamTerima kasih! Kalau berkelapangan, singgahlah ke sini! InsyaAllah memang puas hati! ;)
Padamya ampun, pemandangannya cantik bangat dah ni. bole masukkan dalam wishlist kak lily ni
BalasPadamBoleh tu, kak! Selalu orang asyik ke Bali atau Bandung, apakata ke sini pula lepas ni kan. Hihi
PadamPernah tonton dokumentari pasal pengkebumian yang unik di sini. Kalau I visit sure 'meremang' satu badan. Yang Palawa and Negeri Atas Awan tu memang menarik. Suka betul baca entri ni. Short and Sweet but still very informative for kaki travel.
BalasPadamTerima kasih! Hihi. Ya, itu memang 'kekuatan' yang menjadikan Toraja terkenal di dunia.
PadamFirst time dengar pasal Makassar Toraja ini di Indonesia, memang banyak betul tempat di Indonesia perlu jelajah, bestnya Hasif dapat jalan-jalan, makan sedap-sedap.
BalasPadamSebenarnya Toraja inilah tempat pertama di Indonesia yang saya singgah. Cuma tak ada masa nak share sampailah sekarang. Haha. Kalau ada rezeki, singgahlah ke sini ya Neeza!
Padammenarik ni...ni yang dikatakan jauh perjalanan luas pandangan..banyak perkara dan aktiviti yang kita dapat belajar dan tahu di negara org..untung muda2 dah dapat pengalaman berharga mcm ni
BalasPadamAlhamdulillah.. Ya, memang tulah tujuannya. Selain melihat kebesaran Dia, kita belajar untuk menghormati sesama manusia juga.
PadamWah bestnya pi Toraja! Banyak tempat tempat menarik rupanya kat sana. Makanan pun best belaka. Paling menarik tempat lambakan tengkorak tu. Seram pulak nengoknya 😅
BalasPadamHehe.. Memang pengalaman rare yang tu. Tapi menarik lah. Seronok sebenarnya sebab dapat tengok budaya orang.
Padamthanks to you I know more about this place. I never been there before, after seeing this pics I think wanna plan to go with friends to explore!
BalasPadamIt is my pleasure. Hopefully you will keep this in your bucket list and enjoy the area soon!
Padambanyak tempat menarik dekat Indonesia ni ye..syokla dapat tau tempat-tempat terpencil ni..dari tempat menarik ke kawasan perkuburan. Kawasan yang hasif bagitau ni jarang nad dengar
BalasPadamHihi... Sebab tempat ni sendiri memang orang selalu terlepas pandang di Indonesia padahal ia memang cukup unik dan memberikan pengalaman berbeza berbanding tempat-tempat lain di Indonesia. Kalau ada rezeki, datanglah ke sini ya!
PadamMakassar dah jadi tempat pelancongan jd sebutan 2, 3 tahun kebelakangan ni. Byk tempat best tp klau travel g negara org mkn2 la yg org suka sgt...mcm excited lak nak tgk sendiri Lemo tu..
BalasPadamYa, betul juga. Kalau ada rezeki, bolehlah ziarah ke tempat ni ya! Seronok mengenal dan belajar budaya orang. :)
PadamCantiknya kat dalam gua tu ada banyak yang menarik rugi tak pergi tapi bila nak terbang lagi ni hehehe lama dah rehat... Makanan pun sedap juga nampak..
BalasPadamHihi... Ni dah habis puasa ni bolehlah singgah nanti bang. Bab makanan pun tak mengecewakan di Toraja ni, cuma kena hati-hati juga bab mencari yang halal.
Padamrugi tak ambil peluang ke Makassar 2 tahun sudah..mmg tau Makassar ni unik dengan antara kisah mayat dibawa berjalan tu memang menarik sangat dan yang beest tengok negeri atas awan tu..cantik
BalasPadamTak apa, boleh ziarah nanti. Sekarang pasti makin banyak tarikan di sini. Memang berbaloi dan unik!
Padambanyak jugak aktiviti bes kat sana. buat 4 hari pun pack. ada yang tak tahu kewujudan tempat tempat ni
BalasPadamBetul tu. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat yang memang luar biasa tapi kami tak sempat singgah. Mungkin kena pergi lagilah kot. Haha.
PadamCantiknya pemandangan dan suasana kat sana. Tak terfikir nak ke sana..tapi bila tengok banyak tempat-tempat cantik, teringin pulak nak jejak kaki kat sana. Mudah2an satu hari nanti dapatlah sis ke sana. Thanks for the info ya..:D
BalasPadamInsyaAllah, Amin... Semoga sis pun akan sampai ke sini ya. Melihat budaya mereka memang pengalaman menarik dan unik selain ada juga tarikan-tarikan memukau yang tak kurang cantiknya.
PadamAkak suka artikel macam ni, simple dan gambar sesuai dengan setiap tempat. Rasa lengkap je percutian kalau dapat buat semua aktiviti ni Hasif. Paling akak suka tengok permandangan dan cuaca sejuk just nice. Hehehe. Nanti nak cuba penulisan macam ni. Sebab akak suka tulis panjang-panjang. Wakaka. Nak buat rumusan aje. Susah sungguh.
BalasPadamTerima kasih, kak! Tapi sebenarnya ada beberapa lagi tempat yang saya tak sempat singgah. Haha. Kalau singgah juga, memang lagi panjang juga artikel ni. XD
PadamHei... kapan berkunjungnya? Kok gak bagi tahu ke kita ya. Padahal kan bisa jumpa loh sama teman teman blogger Makassar hehee..
BalasPadamSalam dari Toraja-Makassar
Tahun lepas lagi, mbak. Hehe. Tak apa, rasanya belum puas lagi berkunjung ke Makassar. Kalau singgah lagi nanti saya khabarkan ya.
PadamWow, from reading your article, I realised that Indonesia has so many different aspects to explore. I really need to relook at Indonesia as a tourism gem, especially in Makassar-Toraja.
BalasPadamDefinitely! I truly admire Indonesia - it has so much to offer! And Toraja is just one of my highly-recommended places to visit in Indonesia. ;)
Padamunique nya tempat ni.. such a beauty... Indeed breathtaking scenery.. lucky nya dapat pergi tempat macam ni..
BalasPadamHihi... Ya, memang sangat cantik! Kalau ada kelapangan, singgahlah ke sini nanti! ;)
PadamNama baru dengar harini Toraja boleh simpan dalam wishlist. Banyak lagi tempat menarik kat Indonesia .Kita hanya tahu segelintir sahaja kan .Best dapat mengenali negeri orang , adat Dan budaya mereka .
BalasPadamBetul tu. Memang banyak lagi tempat di Indonesia yang ramai belum tau. Kalau ada kelapangan, jomlah ke Indonesia!
PadamMemang seram kalau tengok perkuburan macam tu. Siap bawak balik mayat ganti pakaian lagi.
BalasPadamKan! Unik sangat tapi walau bagaimanapun, kenalah hormat kalau sudah itu budaya dan kepercayaan mereka.
PadamRasa terimbau kembali pengalaman visit Tana Toraja masa tahun 2014. Truly a unique Indonesian experience! Dapat juga rasa pisang epe kan. Sedap!
BalasPadamWahhhh.... Sangat menarik... Teruja wafa nak turut pergi ke sini. Best baca blog Abg Hasif ni. TQ
BalasPadamsungguh menarik ,teringin nak ke sana.akan buat laeatan secepat mungkin
BalasPadamsungguh menarik dan mengkagumkan.berapa bajetnya untuk seorang
BalasPadamHi Hasif, blh x share perjalanan utk smpai ke Toraja dr segi transportation..:)
BalasPadammudah tk nk dptkan makanan halal kalau kita kesana? atau perlu bawa instant food sendiri...
BalasPadamTinggalkan komen di sini.