Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Hari Terbuka Hanana Group Sdn Bhd di Ambassador Putrajaya

12:52:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :

Baru-baru ini, aku meluangkan masa ke rumah terbuka Hanana Group Sdn. Bhd. Kalau korang masih belum biasa, Hanana Group adalah syarikat yang menyediakan pakej perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. Berlokasikan Ambassador Putrajaya iaitu salah satu dewan yang termasuk dalam pakej yang diperkenalkan mereka, majlis pada hari itu sememangnya berlangsung dalam suasana cukup meriah.

Selain memberikan bakal pengantin bimbingan untuk memilih pakej perkahwinan, pengenalan dan diskaun istimewa turut disediakan. Diskaun bukan sebarang diskaun, boleh jimat sampai RM5000 okey! Memang beruntung betul bakal-bakal mempelai yang hadir pada hari tu.
Antara meja yang menyediakan khidmat bantuan untuk khidmat nasihat dan tempahan majlis perkahwinan daripada Hanana Group.
Tetamu juga dijamu dengan seleksi makanan yang cukup meriah sebagai pengenalan kepada para pelanggan tentang menu-menu yang mungkin boleh dipilih sewaktu majlis perkahwinan nanti. Makananya memang lengkap dan antara yang mencuri tumpuan aku ialah kambing bakar, sate ayam dan daging, aneka lauk-pauk macam sambal ayam, sambal sotong, daging kurma dan banyak lagi. Teh, kopi bahkan cendol dan banyak pilihan kuih-muih pun ada. Kira pelanggan juga dapat food testing kat sini!
Aneka lauk-pauk pengantin yang pastinya cukup membuka selera.
Lagi seleksi makanan yang boleh didapati dalam pakej bersama Hanana Group.
Bercakap tentang lokasi Ambassador Putrajaya ni pula, kawasannya memang cukup selesa. Malah memandangkan di hari terbuka ini sendiri dah disusun dan dihias umpama sebuah majlis perkahwinan, memang nampak cukup cantik dan kondusif untuk sebuah majlis persandingan. Oh, pakej perkahwinan sudah semestinya termasuk dengan set dekorasi daripada Hanana Group dan daripada pemerhatian aku, nampaknya hasil kerja mereka memang cukup baik!

Selain Ambassador Putrajaya, Hanana Group juga sedang menyediakan satu lagi lokasi majlis perkahwinan yang bakal dikendalikan mereka iaitu di Lugar De La Boda Garden Wedding. Lokasi ini mengenengahkan konsep 'garden' dan ia merupakan konsep yang pertama di Puchong. Jadi mungkin korang boleh bayangkan sebuah majlis santai seperti berada di dalam taman!

Tak cukup itu, satu lagi pilihan bakal pengantin ialah di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI yang nampaknya memang tak mengecewakan!
Photobooth yang juga boleh ditambah ke dalam pakej.
Apa yang aku boleh katakan, hasil pertemuan dengan pihak Hanana Group sendiri, hasil kerja mereka memang puas hati. Dari makanan, layanan yang bagus dan profesional, kemudahan lain yang cukup menceriakan majlis macam sistem audio yang power, susun atur kerusi dan meja yang kemas dan photobooth. Pada aku, nampaknya memang tak payah pening kepala kalau nak berkahwin - serahkan saja kerja pada mereka. InsyaAllah, aku yakin korang akan berpuas hati dengan hasilnya dan mereka juga pastinya akan memberikan yang terbaik.

Bergambar kenangan di pintu masuk Ambassador Putrajaya.
Nah, kepada bakal-bakal pengantin, apa tunggu lagi! Hubungi mereka untuk berbincang lebih lanjut!






Ambassador Putrajaya,

Hanana Group Sdn Bhd,

92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik, 

Persint 15, 62050 Putrajaya



Telefon:

Farah : 016 - 6700 457

Hanis : 016 - 6700 752

Rezza : 016 - 6700 473

Liana : 016 - 4318 434

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.