Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Unboxing Neffos C7 - Pintar lagi Berbaloi!

10:23:00 PG Hasif Hamsyari 36 Comments Category :

Neffos C7 mungkin dah agak lama berada di pasaran tapi baru ni aku berkesempatan untuk dapatkan. Pada aku jenama Neffos antara yang mencuri tumpuan sebab kualiti yang ramai cakap memuaskan sesuai dengan harga mampu milik untuk hampir semua siri yang dikeluarkan.

Spek standard Neffos C7 adalah 2GB RAM, 16GB Storage dan bateri 3060mAh yang pada aku kira sesuai dah. Bergantung pada pengguna, kalau jenis yang mementingkan fungsi dalaman daripada menangkap gambar yang banyak, Neffos C7 dikira memadai.

Nyahkotak (Unboxing) Neffos C7

Aku ada buat satu video unboxing Neffos C7 ni. Boleh tonton kat sini:


Neffos C7 yang berharga RM599 ni didatangkan dengan:
  • Phone charger adapter
  • USB phone cable
  • Screen protector
  • Quick Start Guide
  • Warranty notice
  • Safety notice
  • Sim card pin 

Ciri menarik pada Neffos C7

Ada beberapa ciri menarik yang aku rasa cukup menjadikan Neffos C7 berbaloi dengan harganya.

Paparan antaramuka Smart NFUI 7.0 antara ciri yang buat aku puas hati. Ia lebih kemas, nampak segar dan yang lebih penting, lebih senang dan mesra pengguna.

Malah, ciri IPS-LCD Screen 5.5 inci pula menjadikan kualiti paparannya cukup terang walaupun di bawah cahaya matahari. Bukan setakat sesuai untuk paparan kerja seperti mesej dan media sosial, fungsi ini banyak membantu untuk pengalaman menonton video yang lebih jelas.
Ciri paparan antaramuka (kiri) dan bahagian belakang Neffos C7.
Pengimbas cap jari yang letaknya di belakang Neffos C7 ini antara inisiatif pintar yang cukup menarik. Menyokong pengimbasan sehingga lima jari, fungsi ini juga dikira menakjubkan dengan ciri pengimbasan pantas sehingga 0.2 saat je. Power!

Sebagai penggemar muzik, sebagaimana kebanyakan antara korang juga, hasil pembesar suara (speaker) di Neffos C7 boleh dipuji. Bunyi yang dihasilkan jelas di bahagian bawah Neffos C7, apatah lagi dengan teknologi AWINIC K8 yang berperanan menjadikan bunyi lebih jelas walau dalam suasana yang bising.
Swafoto dengan kamera hadapan Neffos C7.
Neffos C7 juga mengetengahkan fungsi swafoto yang barangkali menjadi tanda ukur kebanyakan telefon pintar hari ini. Untuk fungsi swafoto, kamera hadapan Neffos C7 memiliki resolusi lapan megapiksel. Mungkin rendah berbanding pesaing yang lain, tapi dengan sokongan efek Beauty sehingga 10 tahap boleh laras, hasilnya kira memuaskan.

Bagi lensa kamera belakang pula, resolusinya ialah 13 megapiksel. Sekali lagi, rendah berbanding pesaing yang lain tapi masih memuaskan. Seperti kebanyakan telefon, Neffos C7 juga tidak terkecuali dilengkapi dengan fungsi auto focus untuk hasil tangkapan lebih jelas dan LED flash yang membantu mendapatkan gambar lebih terang pada suasana yang gelap. Teknologi wide angle sehingga 86 darjah juga antara ciri yang menarik kerana membenarkan lebih banyak subjek untuk dimuatkan dalam satu frame yang luas.
Sampel gambar kamera belakang (asli tanpa edit).
Sampel gambar kamera belakang (asli tanpa edit.)
Neffos C7 menyokong fungsi Dual SIM Card. Namun jika anda lebih selesa dengan satu saja SIM card, satu lagi bahagian boleh ditukar dengan slot untuk SD Card dengan kapasiti sehingga 128GB, sebagai menambah muatan storage dalaman 16GB tadi. Fungsi ini mungkin amat berguna pada yang suka menyimpan gambar di dalam telefon sekali gus membantu menjimatkan ruang penyimpanan dalaman.

Ciri lain yang tak kurang menarik ialah eye-protection. Ciri ini juga dimiliki pada kebanyakan telefon pintar hari ini yang mana jika diaktifkan, paparan skrin akan menjadi kekuningan. Dari nilai kesihatan, ia menjaga dan melindungi mata daripada cahaya skrin yang terlalu terang sekali gus menjadikan mata tidak penat.

Komen

Pada harga RM599, Neffos C7 adalah berbaloi untuk pengguna yang menitikberatkan harga yang berpatutan sesuai dengan ciri yang  sederhana namun hasil yang lebih. Aku teruja dengan jenama Neffos ini juga kerana dari segi penjagaan kualiti, ia sememangnya cukup teliti. Seperti yang pernah mereka war-warkan sebelum ini, mereka pernah menjalankan ujian ketahanann dengan menekan butang kuasa sebanyak 200,000 kali, 100,000 kali pada butang volume, 120,00 kali dijatuhkan pada setinggi 10cm dan 250 kali hentakan.

RELATED POSTS

36 komen

  1. dah lama teringin nak beli phone neffos tapi bila nak beli phone je mesti takbeli neffos hahaha :3 btw camera dia sumpah cun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha faham-faham. nanti cubalah juga produk Neffos ni. Kira murah dan kualiti boleh tahan juga.

      Padam
  2. Kawan punya dah beli phone Neffos C7 ni. Suka design phone ni. Kamera pon not bad untuk harga yang sangat berpatutan mcm ni.

    BalasPadam
  3. I love the design and the spec of this phone. Berbaloi kot because of the price is super affordable for everyone.

    BalasPadam
  4. I got used this phone, I like it. Price is affordable, Neffos has few types phone to choose from.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. This is just one of the phones that they offer. It must be interesting to find out other types too!

      Padam
  5. kak lily pun guna phone ni sekarang, not bad jugak kualitinya.senang nak bawak pi travel slim bebenau

    BalasPadam
  6. Tak pernah guna brand neffos.Phone yang tengah guna masih dalam keadaan baik. Touch wood apa apa terjadi,nanti kita boleh mempertimbangkan neffos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham-faham. Kalau ke kedai telefon ke nanti, boleh survey-survey dulu. Hihi.

      Padam
  7. Wah.. berbaloi beli ni sebab dengan harga rm599 boleh dapat telefon pintar yang sangat bergaya..

    BalasPadam
  8. menarik review hasif ni.
    harga pun ok.
    aida baru belikan phone utk anak. harga lebih kurang.
    terlambat baca review ni :)

    BalasPadam
  9. Wah harga dia boleh tahan murah je. Dan kualiti gambar pun baik. Saiz phone tu nampak macam sedikit besar tapi kalau Bella nak beli nanti, mesti lah belek2 dulu dalam tangan kan. Kalau beli ni, boleh buat phone standby. Hmm.. :)

    BalasPadam
  10. dah lama dengar pasal neffos ni... harga dia boleh tahan murah juga lah dengan kualiti yg ada... tgok gmbr2 yang di tangkap pun nampak cantik je dan fokus pd gmbr yg kita mahu.....

    BalasPadam
  11. Not bad juga features neffos c7 ni dgn harga rm599 siap ada dual simcard.. Senang utk yg ada lebih dr 1 nombor kn

    BalasPadam
  12. Dah byk tengok testimonial neffos dh byk +ve comments.camera pun nampak cantik dan kualiti tip top.. igt nak beli utk ayah kak liez..

    BalasPadam
  13. Sis hanya setia pada yang satu..dr dulu kini dan selamanya..hehehe. Tapi kalau ada yg nak bagi free Neffos c7 ni...ambik jugak le..hehehe. Katanya ok jugak kan phone ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat saya guna memang ok. Puas hati dengan kamera dia untuk spec mid-range. Hihi. Nanti survey-surveylah jenama ni dulu.

      Padam
  14. sebelum ni macam diragui je kemampuan neffos ni tapi bila ada member yang pakai, kagum tengok gambar2 yang dia share. tak sangka kualiti kamera neffos sangat memuaskan walaupun harga telefon ni murah. Betul la orang kata, murah tak semestinya tak berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly, kak! Hihi. Memang puas hati sebab berbaloi dengan harganya.

      Padam
  15. Wah review telepon baru ya tuan. banyak betul model baru keluar kan untuk pasaran pelbagai segmen. ada yang premium dan ada yang entri level

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya taklah baru sangat. Cuma kualitinya masih dikira baik berbanding phone jenis mid-range pada harga macam ni. Hihi.

      Padam
  16. Menarik. Harga pun mampu milik..
    Kalau seorang blogger pastinya mementingkan kepuasan bila mengambil gambar la kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa ragu lagi. Hehe. Memang puas hati dengan phone ni.

      Padam
  17. not bad juga neffos ni...gambar ola cantik juga dengan harga yang ditawarkan...still range dlm kategori mampu milik la kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Berbaloi dan performance dia pun setakat ni tak mengecewakan.

      Padam
  18. Tak pernah lagi guna handphone jenama ni. Tapi dah ramai yang bercerita tentng kualiti dan harga yang murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Kalau ke kedai phone ke nanti bolehlah survey-survey dulu. :)

      Padam
  19. First time i heard this brand... will consider it~ thank you for sharing :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's actually been awhile since the brand launched its first phone in Malaysia lah. Haha. But good that now you acknowledge the brand! Maybe you can check out the phone at nearest stores soon. ;)

      Padam
  20. Simple dandan menarik phone ni. Saya x pernah guna phone brand Neffos

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.