Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Hatten Place Melaka: Penginapan Umpama Kediaman

12:00:00 PTG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : ,


Melaka, macam sebahagian antara korang dah tahu, adalah kampung aku. Setiap kali balik kampung, memang rasa dia lain macam, almaklumlah sejak mencari rezeki di Kuala Lumpur ni kan. Haha.

Baru-baru ini, sebelum ke rumah aku sendiri, aku sengaja mahu mencuba kelainan iaitu dengan bermalam di hotel baharu iaitu Hatten Place Melaka. Ia terletak di Hatten City, Taman Melaka Raya. Untuk mercu tanda lebih mudah, hotel ini berkongsi bangunan dengan Elements Mall, Melaka, juga mercu tanda baharu yang semakin popular.

LOBI

Pintu masuk ke hotel ini ada di tingkat G tapi lobinya terletak di Tingkat 12. Memang cukup luas dan selesa. Banyak ruang menunggu dan yang lebih menarik, kawasan lobi ini bersambung dengan pusat membeli belah yang antara lain terdapat banyak kedai-kedai makan dan panggung wayang.
Ruang lobi dan kaunter resepsi yang terletak di Tingkat 12.
Antara ruang menunggu yang banyak dan cukup selesa di ruangan lobi.
Manalah tahu kalau terdatang awal daripada waktu check-innya iaitu jam tiga petang, boleh jalan-jalan atau menonton wayang dulu kan! 

ONE BEDROOM SUITE

Ada enam jenis bilik yang disediakan di sini yang semuanya bukan setakat didatangkan dengan set sarapan pagi, bahkan secawan snow espresso, signature di Coffeevine yang terletak di Tingkat G hotel ini!

Enam jenis bilik ini pula termasuklah Superior Room, Superior Plus Room, Deluxe Room, Family Superior, One Bedroom Suite dan Two Bedroom Suite.

Bilik yang aku inap ialah One Bedroom Suite. Secara keseluruhannya, ada 474 bilik yang ditawarkan kat sini.

Bilik aku serius memang cukup luas (61.4 meter per segi). Ada ruang tamu dilengkapi set televisyen LED 48 inci yang cukup sofistikated di mana di sini juga ada pantri dengan cerek elektrik, paket teh dan kopi komplimentari selain buah-buahan segar dan mini bar. Oh ya, setiap bilik juga ada Wi-Fi percuma tau!
Ruang tamu bilik aku yang didatangkan juga dengan bilik mandi.
Masuk ke ruangan bilik tidur pula, aku dapat katil saiz king yang menghadap satu lagi televisyen dengan saiz sama, memberi keselesaan maksima kalau mahu menonton TV hanya dari katil. Di ruangan kamar tidur ni jugak ada disediakan almari pakaian yang didatangkan dengan bath robe, selipar, peti keselamatan dan set seterika. Juga ada ruangan kerja menghadap pemandangan bandar Melaka yang pastinya cukup menyenangkan bagi business traveller.
Rupa kamar tidur aku.
Antara sudut di dalam kamar tidur.
Ada dua tandas kat bilik ni. Satu di ruang tamu dan satu lagi di bilik tidur. Kedua-duanya memang cukup selesa dan dilengkapi dengan perkakasan mandian serba lengkap. Cuma tandas di bilik tidur aku pastilah lebih istimewa sebab didatangkan dengan tab mandi yang boleh tahan besar. Tak cukup dengan itu, pemandangan daripada bilik mandi aku ni jugak memang cukup cun beb! 

Kalau di ruang tamu dan bilik tidur aku dihamparkan dengan pemandangan bandar Melaka, dari bilik mandi ni pulak aku boleh menikmati pemandangan laut Selat Melaka. Dua pemandangan dalam satu bilik. How cool is that?! Selain tu, pancuran air jenis rainshower juga disediakan.
Rupa bilik air di dalam bilik tidur.
MAKAN TIME!
Ada dua pilihan restoran atau kafe kat sini. Yang pertama ialah Thyme Restaurant untuk all-day dining yang terletak di Tingkat 12, berdekatan dengan lobi. Ruang makan kat sini memang luas sampai boleh memuatkan 320 orang dalam satu-satu masa! Dan pada mata aku, memang nampak trendy betul desain restorannya.
Rupa ruangan di Thyme Restaurant dan antara makanan yang aku jamu hari tu.
Pilihan makanannya pun boleh tahan banyak dan bervariasi. Dari menu lokal sampailah ke menu antarabangsa, semuanya dihidangkan kat sini. Malah kalau tak cukup dengan menu buffet, ada banyak lagi pilihan menu ala carte. Macam yang aku sempat cuba ialah beef burger diorang. Sumpah memang lumayan dengan lapisan daging diorang yang cukup tebal tu, memang cukup mengenyangkan. Pergh!

Tak terhad kepada tetamu di Hatten Place Melaka, orang luar yang nak singgah ke Thyme Restaurant ni pun boleh. Harganya memang cukup murah! Misalnya set Weekend High Tea yang bermula dari 12.30pm hingga 4pm menawarkan harga RM28(dewasa dan kanak-kanak) dan RM25 (warga emas) je!

Satu lagi pilihan yang lebih santai (mungkin lebih hipster juga) ialah di Coffeevine, terletak di Tingkat G. Sesuai untuk minum petang atau perjumpaan dalam suasana lebih rilek dengan ditemani secawan kopi, Coffeevine juga direka dengan suasana cukup modern dan eksklusif dengan beberapa bahagian cukup cun untuk mereka yang mahu merakamkan gambar Instagram yang meletup!
Ruang di Coffevine yang cukup mengancam!
Dari kiri: Lagi bahagian yang cukup Instagram-worthy; snow espresso yang nampak sangat unik!
Aku sempat mencuba sendiri signature kat sini iaitu snow espresso yang cukup mengancam! Pertama kali aku jumpa espresso yang dihidangkan dengan gumpalan gula-gula kapas yang menyerupai salji, sesuailah dengan namanya. Oh, dan hidangan ini adalah percuma untuk setiap tetamu di Hatten Place Melaka ni tau!

RILEKS DENGAN BANYAK LAGI KEMUDAHAN LAIN

Untuk memudahkan tetamu yang menginap kat sini, Tingkat 13 menghimpunkan semua fasiliti lain yang disediakan kat sini. Semuanya boleh diakses oleh tetamu dengan menggunakan kad bilik je.
Kolam renang yang terletak di Tingkat 13.
Antara kemudahan yang disediakan kat sini termasuklah kawasan kolam renang yang boleh tahan luas dengan beberapa ruangan rehat dan gazebo untuk memberikan keselesaan maksima. Kolam infiniti ni pulak menghadap pemandangan selat Melaka jadi sambil berenang tu bolehlah menikmati pemandangannya yang tak kurang mempesonakan. Kolam kanak-kanak serta jakuzi juga disediakan. Waktu operasi kolam ini bermula 7 pagi hingga 8 malam.

Pada yang mementingkan rutin senaman harian, di Tingkat 13 juga ada disediakan dengan kelengkapan alatan gimnasium yang memadai. Waktu operasi gimnasium ini pula bermula 7 pagi hingga 10 malam.

Antara lain, sauna dan bilik stim juga disediakan dengan waktu perkhidmatan bermula 7 pagi hingga 10 malam.

EKSTRA: PERCUMA KE DEK 360˚ TERTINGGI DI MELAKA!

Harga pembukaan sebenarnya RM15 seorang tapi jika anda menginap di Hatten Place Melaka, anda boleh ke Tingkat 44 bangunan ini secara percuma! Tak kira siang atau malam, pemandangan bandaraya Melaka sememangnya memukau. Tak percaya tengok ni!
Pemandangan malam bandaraya Melaka yang cukup memukau.
Aku sempat singgah ke Aromas Coffee Club yang terletak di Tingkat 43 sambil menikmati selain pemandangan Melaka yang tak henti-henti membuatkan aku rasa kagum dengan negeri aku sendiri. Haha. Waktu aku singgah sini tu dah dekat matahari terbenam jadi dengan pencuci mulut kat sini yang cukup memuaskan, memang feeling dia sangat menenangkan!
Beginilah rupa Aromas Coffee Club.

SKYDECK & AROMAS COFFEE CLUB

Waktu Perkhidmatan: 10 pagi - 10 malam (Ahad - Khamis) / 10 pagi -12 tengah malam (Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum)

BISNES DAN ACARA? TAK ADA MASALAH!

Salah satu ruang korporat yang disediakan di Hatten Place Melaka.
Hatten Place Melaka juga ada menyediakan beberapa bilik perjumpaan (meeting) dan acara, dari sekadar perjumpaan atas tujuan bisnes atau acara-acara korporat hinggalah ke acara-acara persendirian, semuanya boleh diadakan kat sini dengan fasiliti yang boleh dikira lengkap dan selesa! Ini termasuklah kemudahan audio-visual dan kakitangan yang serba ramah.

Ada tiga meeting room dinamakan Find Your Inspiration (FYI) 1, FYI2 dan Live Out Loud (LOL) 4 selain tiga function room iaitu LOL 3, LOL 2 dan LOL 1 yang terletak di Tingkat 12. Manakala di Tingkat 13 pula ada Chameleon iaitu ruang serba guna.

KESIMPULAN 

Tak kisahlah travel atas tujuan kerja ataupun peribadi, dengan kawan-kawan mahupun famili, Hatten Place Melaka memang cukup berbaloi. Dengan harga bermula RM110 untuk satu malam, memang banyak sangat kelebihan yang tetamu kat sini boleh nikmati!

Dari servis yang aku sendiri alami, staf-staf kat sini sememangnya ramah dan sentiasa sedia membantu. Sebelum ke sini pun aku ada membaca review dan rata-rata pun memang berpuas hati dengan hospitaliti kat sini. 

Apa yang penting, pendapat aku secara keseluruhan, Hatten Place Melaka sememangnya memberikan satu perasaan umpama berada di rumah sendiri. Cukup selesa dan seronok apalagi kalau bawa famili dan kawan-kawan. Jadi kalau korang ke Melaka, mungkin lepas ni boleh consider untuk menginap kat sini pula!

Alamat
HATTEN PLACE MELAKA,
Hatten City, Jalan Melaka Raya 23,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka.

GPS Coordinate:

Nombor Telefon:
+606 222 9696

E-mel:

Laman Web:

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama Hatten Place Melaka namun apa yang tertulis adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis.

RELATED POSTS

40 komen

  1. ehhh..dah murah tu untuk hi tea jer.Berbaloi lah datang sini.Cukup lengkap ni..dah lah hotel ekslusif dapat pula tengok night view yea.Wahhhhhh. Nak pergi lah sana..

    BalasPadam
  2. How i wish I could stay there.. such a comfy looking hotel.... great to hv a staycation there.. envy envy

    BalasPadam
    Balasan
    1. You should! I really feel it's affordable since you get more than just a stay!

      Padam
  3. Apesal cantik sangat erk..alaa..baru je balik bercuti dari Melaka..kena ppi lagi dan ppilih hotel ni na...menarik sgt ni..terus rasa x sabar nak repwat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Melaka sendiri pun memang tak pernah membosankan. Banyak sangat tarikan dan hotel ni mesti kena cuba lain kali tau!

      Padam
  4. I yet to stay there but would love to try it out. It looks beautiful and comfortable to stay.

    BalasPadam
  5. wow.....cantiknya staycation ini. Syoknya kalau rumah kita kan!
    Pemadangan malam sangat sangat cantik!

    BalasPadam
  6. been wanting to go Melaka. Now know where to stay, shall check out their family package. This hotel no go stay before.

    BalasPadam
  7. Serius nampak mewah gila bilik dan lobby dia. Kalau saya tengok ni, boleh tahan seram nak masuk sebab nampak mahal.Tapi pemandangan bandar melaka malam malam tu Ya Allah cantiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mahal pun sebenarnya! Harganya memang sangat berbaloi tau!

      Padam
  8. Dah pernah menginap kat sini tapi tak explore kolam dia. Wah....cantik jugak ye?. The reason dok sini sebab malas nak bawak kereta kalau nak pusing2 bandar Melaka. Jalan kaki ajer nak pergi mana2 tambahan lokasi Hatten ni sangat strategik!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa sayangnya! Maknanya kena datang lagilah tu. Hihi. Ya, lokasinya pun memang strategik!

      Padam
  9. Ibu pernah review hotel ni sebelum ni. Memang terbaik dan nampak cantik. harga dia memang tip top hehe. Setara dengan kualitinya

    BalasPadam
  10. suka la bilik kalo ada bathtub sbbnya kalo ank xpuas mani kt pool die sambung kt bathtub plak...pool pn nice..wah stay sini dpt ke dek 360 percuma ye..tq share info ni..ada kesempatan bole try stay sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh cuba kalau singgah ke Melaka nanti. Seronok dan memang puas hati!

      Padam
  11. Bestnya hotel ni hasif.Selalu Amni stay dekat Moty Hotel,lepas ni nak try sini pulak sebab harga tu murah sangat!Plus deck 360 tu aish!Ok nk bukak traveloka jap hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Ya, memang convenient sangat duduk kat sini tau. Berbaloi pula tu.

      Padam
  12. Best nye hotel ni. Nampak mewah dan selesa. Hukung tahun ni memang plannkng nk ke melaka. Boleh la try hotel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, memang sesuai sangat walaupun datang dengan keluarga. Banyak tempat menarik berdekatan juga. ;)

      Padam
  13. wow wow mmg cantek hotel dia...alamak ni yang rasa nak turun melaka jenjalan hahahahaha...suka tngok view dr atas nampak sangat esklusif..blh dalam list hotel yang singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Cubalah sekali sekala kalau ke Melaka. Memang puas hati!

      Padam
  14. Masha Allah,Melaka view from the top. Mempesona.
    Hotel lobby tingkat 12 ya, interesting, seolah Memang disuruh pi shopping dulu sebelum check in Dan selepas check out tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Tapi ada juga lif terus dari level G ke lobi hotel, untuk memudahkan tetamu. Apapun memang berbaloi sangat sebenarnya!

      Padam
  15. Wah cantiknya bilik Hatten place ni. Nampak classy dan unik lah . Ni rasa nak pergu bercuti Melaka asap .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Kena! Kalau hujung tahun mesti ramai orang lagi ni. Hehe.

      Padam
  16. Suka banget sama loby dan kamar hotel ini. Lobyx bulet2 gitu kan lucu ya. Btw tuh kamarnya kayak pakai kelambu gitu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nggak ada kelambu. Tapi level ini sudah terlalu tinggi dengan aircond jadi nggak ada masalah malah selesa!

      Padam
  17. Ni dah bukan macam kediaman dah macam istana yang mewah dan cantik hehehehe bestnya bila nak dapat bercuti dan bermalam kat hotel lagi hehehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Gitu! Kalau ke Melaka cubalah inap di sini ya! ;)

      Padam
  18. Harga yang berpatutan untuk hotel ni ya. Nampak classy jugak. Terima kasih atas info dan entri ni ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya! Kalau singgah ke Melaka boleh cuba inap di sini. Mesti puas hati! ;)

      Padam
  19. TQ so so much for sharing! I will confirm bookmark this! I've been wanting to know how inside Hatten Melaka looks like for a long time now! Can bawa Keluarga cuti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. You very should! I feel it is a perfect place for a family vacation. Very comfy and convenient!

      Padam
  20. boleh tau hotel ni ada berapa tingkat?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.