Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

14 Tarikan Memukau di Padang, Indonesia

12:33:00 PTG Hasif Hamsyari 44 Comments Category : ,


Antara sebab besar yang membuatkan aku tertarik dengan Padang, Indonesia ialah nilai adatnya yang tak jauh beza dengan masyarakat Minang di Negeri Sembilan. Persinggahan aku ke negeri di Sumatera Barat ini membuatkan aku kagum betapa walaupun terpisah jauh merentas Selat Melaka, persamaan budaya ternyata mengikat kita sebagai saudara serumpun.

Tapi rupa-rupanya, Kota Padang menyimpan banyak lagi tarikan yang menarik. Kalau anda bercadang ke Bukit Tinggi, ada baiknya anda teroka dulu tarikan-tarikan yang ada di bumi Padang ini terlebih dahulu.

Anda boleh juga ikuti perjalanan saya (live update) untuk trip ini di Instagram Story! KLIK SINI.

1. Sederhana Padang

Pintu utama ke restoran Sederhana Padang.
Sebaik mendarat di Bandara Internasional Minangkabau (lebih kurang satu jam setengah dari Kuala Lumpur), aku terus dibawa untuk makan tengah hari di sini. Padang memiliki menu kulinari yang cukup terkenal bukan setakat di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia - namanya Nasi Padang!
Dari kiri: Bergambar di tepi restoran; Antara makanan yang dihidangkan untuk makan tengah hari kami.
Hidangan nasi padang merangkumi pelbagai jenis lauk-pauk yang dihidangkan dalam pinggan-pinggan kecil. Antara menu yang berbaloi dicuba termasuklah ayam cabe ijo, kepala kakap kecil, pucuak ubi, gado-gado dan udang berlado. Pelanggan akan dikenakan caj hanya untuk lauk yang dimakan saja, walaupun sedikit.


2. Monumen Korban Gempa Padang

Monumen Korban Gempa yang terletak di tengah Kota Padang.
Antara luka parah yang meninggalkan kesan mendalam dalam lipatan sejarah Kota Padang ialah gempa bumi pada kekuatan 7.9 skala ritcher pada 30 September 2009. Mana tidaknya, pada petang hari berkenaan, lebih seribu nyawa terkorban dan hampir 150 ribu rumah runtuh menyembah bumi.

Di sini, aku dapat melihat antara nama-nama mangsa gempa selain sebuah tugu berlukiskan mata yang sedang menangis di mana bawahnya pula terpapar suasana pilu yang menggambarkan keadaan sewaktu gempa. Di belakang tugu ini ada empat lagi monumen menukilkan puisi-puisi kebangkitan warga Padang yang cukup meniup semangat patriotisme, waima untuk orang luar macam aku. Antaranya Kita Bersaudara karya Djunaidi Perwata, Pesan dari Puing Puing (Dr. H. Fauzi Bahar), Dalam Duka, Kami Bangkit (Susilo Bambang Yudhoyono) dan Doa Seorang Gubernur (Gamawan Fauzi).


3. Kelenteng See Hin Kiong

Kelenteng See Hin Kiong yang tersergam di Kampung Pondok.
Antara sudut di dalam tokong ini.
'Kelenteng' dalam bahasa mudahnya ialah tokong. Kelenteng See Hin Kiong ini adalah tokong pertama yang didirikan di Padang iaitu seawal tahun 1841. Bangunan asalnya pernah melalui beberapa kejadian tragis termasuklah kebakaran pada 1861 dan gempa bumi pada 2009. Namun ia dibangunkan kembali pada lokasi berdekatan dengan tapak asal dan kekal menjadi tarikan keagamaan, meneruskan kesinambungannya yang didirikan oleh bangsa HOK HWA dari Tiongkok.

Laman web: seehinkiong.com

4. Jambatan Siti Nurbaya

Pemandangan dari Jambatan Siti Nurbaya.
Kalau ditanya apa tarikan yang ikonik di Kota Padang ini tidak lain ialah Jambatan Siti Nurbaya yang menghubungkan kota tua Padang dengan Taman Siti Nurbaya. Siti Nurbaya pula sememangnya satu nama yang tidak asing lagi kalau menurut orang lokal. Ia adalah sebuah novel karya agung Marah Rusli yang menyoroti pengorbanan dan cinta Siti Nurbaya untuk ayah dan kekasihnya.

Dari jambatan sepanjang 156 meter di atas sungai Batang Arau ini, aku dapat menikmati pemandangan Padang yang cukup sederhana namun memukau.

Di sekitar jambatan ini, anda juga boleh menikmati makanan seperti pisang bakar, jagung bakar dan sate Padang.


5. Pantai Air Manis

Sekitar pemandangan di Pantai Air Manis.
Agak ramai orang di sini waktu aku datang - kebanyakannya keluarga - kerana pantai ini sendiri stategik dan memang sesuai untuk keluarga dengan banyak kedai cenderamata dan kedai makan di sepanjang pantai. Bahkan kenderaan ATV antara yang popular di sini dengan kadar bayaran 100 ribu rupiah (sekitar RM30) untuk sejam.

Antara lain, surau, tandas dan parking percuma juga disediakan. Bayaran masuk ke pantai ini ialah lima ribu rupiah (sekitar RM1.50) untuk seorang dewasa.


6. Batu Malin Kundang

Rupa seketul batu yang menyerupai seorang lelaki yang sedang bersujud.
Lebih daripada pantai yang mesra keluarga, Pantai Air Manis menyimpan satu lokasi bersejarah yang cukup ikonik dalam pengkisahan cerita tauladan yang disampaikan sejak zaman-berzaman - legenda Malin Kundang atau juga dikenali Si Tanggang di Malaysia.

Aku pernah baca tentang Batu Malin Kundang ini namun apabila menyaksikannya sendiri di hadapan mata, terus rasa seriau, aneh dan cukup memberikan pengajaran. Batunya berbentuk seorang lelaki yang sedang bersujud dengan di sekitarnya ialah batu-batu yang berbentuk kapal yang telah hancur.

Antara serpihan kapal yang turut sama menjadi batu.
Aku tak berani mahu memutuskan sama ada ia betul atau sebaliknya tapi rata-rata masyarakat lokal menganggap legenda itu sememangnya pernah berlaku dan batu-batu itu sememangnya dalam keadaan asalnya. Apa pendapat anda?


7. Kampung Limau Manis

Persembahan Gendang Tambua Danau Malinjau.
Dari kiri: Tari Sampan dan Tari Buai-Buai.
Sebagai satu usaha melestarikan budaya Minang, Kampung Limau Manis kerap menganjurkan persembahan kebudayaan merangkumi makanan, tarian, pakaian dan muzik. Aku sempat menikmati makanan asli di sini selain melihat persembahan khas yang ada antaranya sukar ditemui lagi termasuklah lagu-lagu tradisional Minangkabau, Gendang Tambua Danau Malinjau, Silat Galatiak Anak Nagari, Tari Buai-Buai dan Tari Sampan.

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi Palito Nyalo di +62 812-6744-6792.

8. Pantai Carlos

Suasana sederhana di Pantai Carlos menjelang senja.
Pantai Carlos atau juga dikenali Pantai Bungus khususnya terkenal dengan pantai nelayan. Aku sempat singgah ke sini pada sebelah pagi dan sebelah petang kerana di sinilah bermulanya perjalanan aku untuk meneroka dua pulau di Padang.

Jika anda berminat untuk meneroka pulau-pulau di Padang macam Pulau Pagang, Pulau Pasumpahan, Pulau Pumutusan, Pulau Sirandah dan Pulau Suwarnadwipa, boleh menghubungi Rindu Pulau (Instagram: @rindu_pulau). 

9. Pulau Pagang

Papan tanda Pulau Pagang yang cukup popular dalam kalangan pelancong yang ke sini.
Berkeluasan hanya sekitar 10 hektar, Pulau Pagang ini boleh dipusing dalam tempoh sekitar sejam saja. Apa yang pasti, Pulau Pagang memiliki pantai yang cukup putih macam tak terusik dengan ombak pantainya yang cukup nyaman, sesuai untuk snorkeling mahupun sekadar bersantai di tepi pantai. Ikan di sini juga agak banyak dan kalau bernasib baik, boleh jumpa penyu liar disekitarnya.
Pemandangan sekitar Pulau Pagang.
Menyelam bersama ikan-ikan di pantai Pulau Pagang.
Walaupun fasiliti di sini masih agak terbatas, aku rasa Pulau Pagang ada potensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong dalam masa terdekat memandangkan ia masih dikira baru.


10. Pulau Suwarnadwipa

Tarikan utama di Pulau Suwarnadwipa - buaian di dasar laut!
Pulau Suwarnadwipa atau juga bermakna Pulau Emas sebenarnya sebuah resort di tepi pantai dengan pasir putih dan air yang membiru. Memandangkan ia sebuah resort, maka fasiliti di sini lengkap dan masih dalam keadaan baik kerana ia terjaga dengan banyak kerusi-kerusi rehat di sepanjang pantai.
Keindahan bawah laut Pulau Suwarnadwipa yang tidak kurang mempesona.
Sekitar Pulau Suwarnadwipa.
Di sini juga menawarkan banyak aktiviti seperti berkanu, selam skuba selain snorkeling. Namun apa yang menarik perhatian aku, kat sini ada buaian. Bukan setakat di atas, bahkan di bawah laut! Kalau anda seorang penyelam atau suka mencuba aktiviti ekstrem macam aku, maka aku sarankan cubalah selam ke buaian bawah laut ini. Kedalamannya sekitar 3-4 meter saja dan anda boleh berpaut pada tali untuk turun ke dasar. Serius, syok dan gambarnya konfem puas hati! 

11. Pantai Padang

Pantai Padang yang selalu menjadi pilihan warga lokal untuk bersantai.
Pantai Padang antara pantai yang cukup giat dengan pelbagai aktiviti memandangkan ia terletak berdekatan dengan pusat kota. Di sepanjang pantai, anda boleh menemukan pelbagai jenis kedai dan gerai-gerai segera. Dari pantai ini juga, aku boleh melihat panorama Gunung Padang.

Menariknya, Pantai Padang lebih dikenali dengan nama Taplau merujuk bahasa Minang bererti tepi laut.

12. Gunung Padang dan Makam Siti Nurbaya

Pemandangan dari puncak Gunung Padang.
Kalau dari Pantai Padang aku boleh menikmati papan tanda Padang yang letaknya di Gunung Padang, kali ini aku mendaki sendiri gunung ini. Perjalanan ke puncaknya mengambil masa sekitar 20 minit (bergantung stamina) dan di pertengahan jalan, aku sempat menziarah di makam Siti Nurbaya yang cukup masyhur namanya di Padang ini.
Dari kiri: Satu lagi sudut di puncak Gunung Padang; Makam Siti Nurbaya.
Namun apa yang pasti, pemandangan dari puncak gunung ini tak kurang memukau. Anda boleh menikmati pemandangan kota padang mahupun laut bebasnya yang membiru.

13. Rumah Makan Lamun Ombak

Rumah Makan Lamun Ombak dan antara makanan serta minuman yang dihidangkan.
Satu lagi kedai makan yang menghidangkan Nasi Padang ialah restoran ini. Waktu aku datang tu memang ramai juga orang dan yang pasti, makanannya tak mengecewakan. Sesuai sangat jika anda yang memang sukakan hidangan Padang - mungkin dengan secawan jus alpukat (avocado) atau es jeruk yang popular!


14. Sanjai Ummi Aufa Hakim

Dari kiri: Antara ruang di SanjaiUmmi Aufa Hakim yang menjual pelbagai jenis makanan Padang; Oleh-oleh yang aku beli di kedai sebelahnya.
Sebagai pelengkap kunjungan aku ke Padang, aku singgah ke kedai ini untuk beli makanan berupa kudap-kudapan sebagai oleh-oleh. Sebelahnya pula ada kedai barangan cenderahati berupa pakaian, fridge magnet dan sebagainya. 


Penginapan: d'Ox Ville Hotel

Antara ruang-ruang di d'Ox Ville Hotel.
Ada lima jenis bilik yang ditawarkan di sini dan biliknya selesa manakala harganya pun berpatutan. Penginapannya juga termasuk sarapan pagi. Ada kolam renang, function and meeting room selain satu kafe dan satu restoran. Desainnya juga sederhana dan nampak sangat trendy. Memuaskan!

Laman web: oxvillehotel.com
____

Demikianlah antara lokasi-lokasi yang aku singgah dalam lawatan aku ke Kota Padang. Walaupun masih ada banyak lagi tarikan macam Adityawarman Museum, Masjid Raya Sumatera Barat, Air Terjun Sarasah, Ngungun Saok dan lain-lain, aku harap artikel ni serba-sedikit memudahkan perjalanan anda untuk meneroka Kota Padang!

Sedikit info juga, anda boleh menikmati pengangkutan bas 'City Tour' percuma ke beberapa destinasi di Kota Padang termasuk;
  1. LPC Menara
  2. Tugu Gempa
  3. Klenteng
  4. Simpang Nipah
  5. Air Manis
  6. Gunung Padang
  7. Pantai Padang
  8. Masjid Raya Sumatera Barat
Macam aku hari tu naik dari Pantai Padang (lokasinya di depan kafe Melodi Cinta). Memang cukup memudahkan!
Bergambar kenangan bersama rakan blogger, staf Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kota Padang dan duta-duta Kota Padang di Pulau Suwarnadwipa.
Artikel ini terlaksana dengan kerjasama Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kota Padang. Terima kasih!

RELATED POSTS

44 komen

  1. Ya Allah! Menariknya tempat² di Padang Indonesia ni! Pada satu nama tapi sangat banyak tempat dan sejarah² yang tersimpul rapi disebalik nama. Allahuakbar! Indah belaka pemandangan, palin teruja sejarah² yang ditinggalkan. Baru tahu adanya batu malin kundang disana. Nama2 mangsa korban juga turut menarik perhatian bila difikirkan korban nyawa sehingga 1k manusia dan hancur musnah banyak rumah dan kediaman. Rasa sebak bila dikongsikan. Ohya, cx tak pernah lagi rasa nasi padang! Macam menarik. Dahlah murah dia caj! Ikut apa yg kita makan. Harap² dpt pergi ke Padang suatu hari nanti. Btw, thanks for sharing! Best entry! New knowledge for me. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much, CX! Ya, Padang memang menarik. Ramai orang selalu terlepas menikmati tarikan-tarikan di Padang ni sebab biasanya orang terus ke Bukit Tinggi je. Hihi.

      Padam
  2. huarghhhh salah satu wishlist nak datang bercuti ke sini T.T teringin sangat bila tengok orang bercuti tempat cantik macam ni. kena usaha kumpul duit lagi ni.next year harap ada la rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan! Sebenarnya bajet ke sini masih berbaloi dan tak mahal sangat. Tiket pun boleh dapat murah terutama kalau ada promo. Memang kena grab cepat-cepat! Hihi.

      Padam
  3. wow so many nice pics here, glad you sharing here. Wanted to plan where to go vacation but didn't know where. Shall buzz my dear of this wonderful place to visit, he says he has friend in Indonesia but not sure where. Maybe it's time he find out so he can visit his friends too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. That'd be a good idea! And yes, you should visit Padang - it really worth it!

      Padam
    2. saya pun tertarik mau kesana

      Padam
  4. Pernah ke Padang juga cuma dalam list ni ke Lamun Ombak restaurant sebab selepas itu kami ke Bukittinggi pulak. Nak balik pun 1 malam di Padang kemudian bertolak balik ke Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu biasa sebab memang ramai singgah Kota Padang sebab nak ke Bukittingi je. Haaa pasni kalau ke Padang lagi peruntukkanlah sehari dua kat Kota Padang dulu! ;)

      Padam
  5. Padang, Indonesia memang satu tempat yang pernah masuk dalam wishlist saya. Selain ingin mengenali budaya di padang, saya juga ingin rasa masakan padang yang original. Kagum lihat banyak tempat yang menarik. Thanks for sharing. Boleh jadi rujukan sesiapa yang mahu ke padang nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah moga-moga membantu. Padang memang menarik dan antara destinasi pelancongan di Indonesia yang unik! ;)

      Padam
  6. Antara wilayah di Indonesia yang kita nak pergi sangat. Tak sangka ada banyak rupanya tempat-tempat menarik yang belum kita tau. Paling tertarik dengan buaian dalam air dekat Pulau Suwarnadwipa tu. Air dah lah jernih. Ni yang buat tak sabar nk ke sana.

    BalasPadam
  7. Wahh!!..menarik betul Padang Indonesia ni...banyak tempat tinggalan sejarah yang menjadi tempat pelancongan...orang2 minang di malaysia pasti berasal dari dari juga....makanannya juga pastu sedap-sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, kalau dari segi sejarah memang Padang ada budaya yang rapat dengan masyarakat Minang di Negeri Sembilan. Makanan dia jangan cakaplah. Memang puas hati!

      Padam
  8. Makanan Padang memang Fav sis tapi ke Padang belum lagi tercapai. Memang hajat hati nak ke sana satu hari nanti sebab ramai kawan-kawan dah gi Padang dan selalu bercerita best ke sana. Nampak gaya kena jugak letakkan Padang salah satu tempat yang sis harus pergi dan perkongsian ini akan sis jadikan sebagai rujukan sis sekiranya sis ke sana..Insa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. InsyaAllah semoga artikel ni kelak membantu memudahkan perjalanan sis. Memang sangat berbaloi berkunjung ke Padang ni!

      Padam
  9. Tk pernah lg smp Padang indonesia..byk juga tmpt2 menarik bole dilawati..oh di padang pn ada buai yg mcm di lombok tu ye..tmpt makan yg SEDERHANA tu dh pernh mkn tp di BANDUNG..tq for sharing ..mn tau ada plan ke Padang bole refer entry ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Harap-harap artikel ni membantu ya. Padang memang best dan saya sendiri tak sangka ada pantai dan pulau yang unik yang ramai orang kita terlepas pandang bila ke Padang!

      Padam
  10. Cerita pasal Padang memang teringat dengan menu makanan dia sememangnya salah satu favorite saya. Tapi kalau kat Malaysia mahal kan? Kat sana mewah makan. Ape pun sangat jeles dengan Hasif dapat main buai dalam laut tu. Seronoknya lahai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang kat sini hari-hari makan Nasi Padang. Haha. Sedap! Dan yeah, pasal buaian tu memang unik dan kalau dah sampai sini, memang rugi yang amat kalau tak ambil gambar kat bawah laut tu!

      Padam
  11. Best kannn especially the food there. I have an opportunity to bring my parent to Padang - Bukit Tinggi. That was our last family trip together. My parent was so happy...Now they super old and unable to travel with us anymore.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awwhh... I think it's good enough to bring them travel to nearer places. But as for you, perhaps it would be a good idea to give another visit but this time to explore Kota Padang only. It is surprisingly interesting destination!

      Padam
  12. Allahu bestnya padang.teringin nak kesana untuk makan bagai. Dengar cerita padang ni macam bandar budaya.insyallah nnti sampai kesana.tq sif for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang budayanya unik dan lebih menarik sebab berkait rapat dengan budaya Minang di Negeri Sembilan. Harap-harap artikel ni boleh membantu kalau bercadang ke sana nanti! ;)

      Padam
  13. Banyaknya yang menarik kat Padang Indonesia kita tak pernah sampai semua tempat best dan baru bagi kita memang kena pergi terutama mencuba semua makana kat sana menyelerakan hehehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesza.. Untuk konten blog soal makanan memang penting kan! Bolehlah ke sini dan explore sendiri masakan asli Padang!

      Padam
  14. banyak jga yang best di padang rupanya,, ingatkan bali je yang ada tempat macam ni.. seriau juga tgk badu yang kononnya malin kundang tu.. teringin nak tengok depan mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap destinasi di Indonesia ada keunikan tersendiri dan Padang juga tak terkecuali. Nanti bolehlah masukkan dalam travel list dan batu Malin Kundang tu antara yang must-visit okay!

      Padam
  15. Wow... kamu sudah ke padang ya? Aku orang Indonesia tp.blom kesana hehehee... coz dari tempatku masih perlu naik pesawat 2 kali jadinagak susah menjangkau dan butuh waktu cuti yg agak long

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya bisa aja sih tapi perlukan planning yang bagus dan berbaloi juga. Padang sememangnya asikk.

      Padam
  16. nice compilation! makes it easy for people like us who wish to travel there but didn't know where to start with. some of those definitely suit to my liking!

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Then you should put it in your travel list! Padang has a lot more to explore! :D

      Padam
  17. masyaAllah ....cantik2 gambar ....saya pun suka pergi tempat2 yang ada sejarah ...Padang ni pun ada dalam senarai tempat ingin kunjungi .....selain pemandangan yg cantik , nak cuba juga pelbagai makanan dan lihat budaya orang2 di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Padang is really for you! Mesti awak akan suka dengan budaya, makanan dan tempat-tempat menarik kat sini. :D

      Padam
  18. WAh, banyak tempat best di Padang..Makanan pun nampak sedap sedap tu. Tertarik dengan batu bentuk Malin Kundang tu. Tengok gambar pun seriau gak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak taulah betul atau tidak tapi masyarakat setempat rata-rata percaya yang ia batu yang disumpah. Marilah datang ke Padang - memang berbaloi!

      Padam
  19. Jelesnya tengok hasif jalan sana sini..Pergi negara orang tengok dunia luar..cantik gambr semua..terasa nak pergi..banyak juga tempat menarik dekat padang indonesia ni erk..terbaiklaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak lagi tempat kena explore kalau ke Padang! Kalau ada kesempatan, akak pun kena singgah ke sini sebab menarik!

      Padam
  20. Kak baru balik ikut trip ke Padang,alhamdulillah rezeki dpt join trip fam ni, padang memang menarik tp kak blm dpt lg pg ke lain2 pulau di Padang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann! Kota Padang antara destinasi yang cukup berpotensi sebenarnya. Rugi sebab ramai yang terlepas pandang keunikannya. InsyaAllah mana tahu lepas ni akak ke Padang lagi, bolehlah ke pulau-pulaunya pula!

      Padam
  21. Jernihnyaa air di Pulau pagang tu.. Cantik view kat Padang.. Selalu tengok orang pergi Bukit Tinggi je. Hee 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Lepas ni kalau ke Padang, boleh peruntukkan sehari dua di Kota Padang dulu sebab di sini pun tak kurang menariknya!

      Padam
  22. I p padang tahun 2006 kut. Nampak beza betul nih. Tp kalau p sana wajiblah pekena. Nasi padang. Sedap yakmat!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi kannn.. Dah lama sangat tu kak. Memang kena singgah ke Padang lagilah cerita dia. XD

      Padam

Tinggalkan komen di sini.