Kafe Unik Macam dalam Komik - 2D Bubbletea Cafe!
Aku terperasan satu post Instagrammer popular tentang kafe 2D di Korea Selatan, lepas tu kawan dari Indonesia bertanya tentang kafe konsep unicorn kat Malaysia yang kebetulan mempromosikan kafe 2D yang bakal dibuka selang dua hari lepas tu iaitu pada 13 April 2019.
Memang kebetulan sangatlah jadi tanpa fikir panjang, aku pun buat plan dengan Neysa Assila untuk ke kafe ni pada hari pertama ia dibuka. Tak jauh pun, terletak dekat Sunway GEO Avenue, Subang Jaya je.
Konsep
Lagipun, bagus juga diadakan kafe ni. Tak perlu pergi sampai ke Korea, kat Malaysia pun dah ada!
Konsep dekorasi dalam kafe ni ada dua. Mula-mula bila masuk, konsep dekorasinya Barat dengan lukisan Mona Lisa, Creation of Adam dan sebagainya. Lepas tu bila masuk ke bahagian dalam, dah konsep Asia pula dengan dekorasi seperti rumah Jepun, bahkan ada satu bahagian macam pentas, kena buka kasut sebab ada meja Jepun sekali.
![]() |
Antara bahagian dalam kafe ini. |
![]() |
Mana-mana sudut pun Instagram-worthy sangat! |
![]() |
Lagi bahagian cantik untuk bergambar! |
Kafe ni sesuai untuk semua orang, tak kira tua atau muda. Malah kalau ada yang nak sewa untuk apa-apa acara pun boleh diadakan kat sini.
Makanan dan Minuman
Sebab utama aku ke sini sebab aku rasakan kafe dia unik (baca: Instagrammable). Mula-mula aku sampai aku pun keliru - ini kafe ke galeri muzium? Tapi lepas tanya lebih lanjut staf diorang baru aku faham.
Menu kat sini ialah makanan Barat. Menurut pemilliknya, mereka belum muktamadkan lagi menu sebab masih terlalu baru. Buat masa ni diorang cuma guna konsep trial-and-error. Neysa cuba Pasta Gochujang Chicken yang aku sempat rasa, agak tawar. Aku pulak cuba Thick Toast Crabmeat yang pada aku biasa je. Masih ada ruang untuk penambahbaikan, mana tahu bila dah betul-betul rasmi akan jadi lebih sedap? Lagipun selera setiap orang lain-lain.
Tapi highlight dekat sini ialah bubbletea. Rasanya pun biasa je. Dan tak ada jenis sejuk atau panas ya - cuma suam. Lebih berbaloi kalau ada pilihan panas atau sejuk sebab macam aku lebih memilih yang sejuk sebenarnya. Untuk minuman, Neysa cuba Brown Sugar Milk Tea manakala aku pulak, Brown Sugar Latte.
Apa yang pasti, packaging makanan dan minuman memang menarik. Diorang cukup faham untuk ambil berat soal tema dan dekorasi sampaikan botol air tu pun dilukis untuk nampak macam lukisan okey!
Menu kat sini ialah makanan Barat. Menurut pemilliknya, mereka belum muktamadkan lagi menu sebab masih terlalu baru. Buat masa ni diorang cuma guna konsep trial-and-error. Neysa cuba Pasta Gochujang Chicken yang aku sempat rasa, agak tawar. Aku pulak cuba Thick Toast Crabmeat yang pada aku biasa je. Masih ada ruang untuk penambahbaikan, mana tahu bila dah betul-betul rasmi akan jadi lebih sedap? Lagipun selera setiap orang lain-lain.
![]() |
Dari kiri: Pasta Gochujang Chicken; Brown Sugar Latte dengan Thick Toast Crabmeat. |
Apa yang pasti, packaging makanan dan minuman memang menarik. Diorang cukup faham untuk ambil berat soal tema dan dekorasi sampaikan botol air tu pun dilukis untuk nampak macam lukisan okey!
Penafian (Waktu Operasi, Menu dan Deko)
Macam yang aku katakan, kafe ni baru berusia sehari waktu aku datang. Selain menu yang masih belum tetap, waktu operasi pun belum muktamad. Untuk sementara waktu, pemiliknya memaklumkan aku bahawa mereka buka seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Masih ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. Pelukisnya, Yuu masih dalam fasa-fasa terakhir untuk melengkapkan semuanya.
Pelancarannya berkemungkinan pada hujung bulan April ni.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikut diorang di Instagram:
https://instagram.com/2d.bubbletea .
Masih ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. Pelukisnya, Yuu masih dalam fasa-fasa terakhir untuk melengkapkan semuanya.
Pelancarannya berkemungkinan pada hujung bulan April ni.
Good news!
Aku sempat korek berita daripada pemiliknya yang setakat ni dah ada empat cawangan yang confirm akan dibangunkan. Tempat yang bakal memiliki kafe ni tapi dengan tema berbeza ialah SS15 dan Johor Bahru. Melaka dan Pulau Pinang antara dalam perancangan.Untuk maklumat lanjut, boleh ikut diorang di Instagram:
https://instagram.com/2d.bubbletea .
Alamat:
2D Bubbletea Cafe,
F-03-10, Sunway GEO Avenue,
Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
45 komen
Apa pendapat korang tentang kafe ni? Sharelah kat sini! 🙌
BalasPadamWahh nanti kt johor ada bukak ye. Ok la tu tak perlu pegi jauh2 ke korea.hehe. lepasni viral la.
BalasPadamHihi. Tengah viral di twitter sekarang ni. Itulah mudah sekarang dah 😃
Padamnape klik link IG not found ekk?? alaaa.. baru ingat nak skodeng ig diorang.. hehe
BalasPadamAlamak. Ok kak dah edit. Hihi.
Padamwow..wow 1st time tengok cafe mcm ni..lawa2 gambar uols ambil..sampai tercengang2 eh ni cartoon ke..is it reallll??haaha dem good lah cafe ni..yezzaaaa nak buka kat penang ye..bolehlah datang ni
BalasPadamHaah real lah! Hihi. Nanti tema lain2 mesti best juga! 😍
PadamMenariknya tengok. Tapi bila tengok dekor dia lama-lama jadi sakit kepala sikit hahahha. Tapi idea kreatif macam ni lah buat orang datang kan. Harap harap kualiti makanan pun ok
BalasPadamYa memang menarik konsepnya. Kena pergi! 😉
PadamSerius memang instagrammable betul. Nampak macam dalam lukisan pun ada. Sure ramai ke sini nanti sebab keunikan dekorasi kafe ni selain dr menu2nya yang menarik.
BalasPadamYa sebab masih baru kena pergi cepat ni. Hihi
PadamAstaga. Cantiknya la dekorasi kat kafe nie - nampak sangat macam dunia kartun. Rawlins macam nak mekap hitam putih gak and jadi sebahagian dari dekorasi kat kafe nie hehe
BalasPadamWah kalau Rawlins datang ni mesti lagi viral! Kalau tempat macam ni memang best sebab boleh uji kreativiti. 😍
PadamKak Bell tak percayalah ni adalah sebuah cafe. Macam tipu je. Hmmmm. Lama kita dok tengok gambar. Ni nak kena pergi tengok sendiri ni. Still rasa tak percaya. Hehe.
BalasPadamFaham. Ramai kawan-kawan pun confused juga. Kak Bell memang kena datang sendiri. Mesti berbaloi!
PadamInteresting! Just looks like you are in the cartoon world! Full of imagination! Worth to pay a visit and hope that the food is delicious and kids-friendly too!
BalasPadamExactly! Above anything, this place is highly recommend if you would like to find some unique cafes that offer an Instagrammable spot at the same time. 😁
PadamSerius ahhh cafe tu gitu? Ingatkan gambar edit, lawa dan kreatif betul lah! Sangat sangat instagramable tu, nanti ramai lah yang akan kesana untuk berfoto kat situ tu.
BalasPadamHihi. Itulah. Tengah viral sekarang ni. Kena pergi cepat sebelum ramai lagi serbu. Hihi.
PadamOMG! Bestnye. So instagrammable. Nampak betul macam dalam comic ni. I memang nak singgah la tempat ni nanti. The deco serious unique.
BalasPadamKan! Saya sendiri pun tertarik pergi sebab unik sangat! 😃
PadamKreatif betul kafe ni! Memang lain dari yang lain. Syok selfie banyak-banyak kat kafe ni. hehe. Kalau masuk kafe ni mesti berangan jadi kartun dah hihi
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Itulah! Memang lain daripada lain! 😍
PadamIni betul ker atau hanya ilusi kita jer tak percaya lah ada cafe 2D macam ni sangat unik dan menarik gilerrr lah heheheh nanti Hasif belanja kita makan sini ok wakakakaka..
BalasPadamAbang lagilah kena ke sini.menang menarik konsep dia! Alamak kalau sampai belanja tu kena tunggu lama sikit la kot. Hihi.
PadamWow sangat bila tengok hasif post cafe ni kat IG hari tu. kagum yer dengan orang-orang kreatif ni, semua nampak macam real jer. boleh buat jadi komik. hehe
BalasPadamKan! Itu yang bestnya sebab boleh menguji kreativiti. 😁
Padamada juga tgok dkt twitter ada org pgi kafe ni. mmg unik dan kreatif. teringin nak rasa sendiri dkt kafe ni. in shaa Allah suatu hari nnti :)
BalasPadamInsyaAllah. Kena pergi awal sebelum kena serbu nanti. Hihi.
PadamOkey tak sabar tunggu open kat jb pulak. Sangat suka,tempat2 camni. Asal ada tempat nk posing n snap memang tula tempat yang dicari.hehe..
BalasPadamSamalah. Hihi. Pergi ke sini pun sebab keunikan dia yg sangat kreatif dan Instagrammable! Hihi.
PadamYa ampun... Kenapa menarik? Serius kak nina tertarik dengan style yang mereka ketengahkan. Cantik ambik gambar kat sini. Unik sekali. Nanti nak terjah laaaa...
BalasPadamYup memang best sangat sebab boleh uji kreativiti untuk dptkan gambar2 menarik. 😍
PadamAla kenapa tak buka di Seremban. Ermmm first tengok gambar Hasif ni memabg dha tertarik dah dengan konsep 2D restoren ni. Memang cantik sangat sagat. Bab dekorasi pada makaman nampak nice cuma dari segi rasa macam Hasif cakap kena perlu improvement lagilah kan supaya customer puas hati dengan rasa makanan
BalasPadamYup. Lagi satu mereka masih terlalu baru jadi ada baiknya kita bagi ruang dulu kan. Saya tak kisah singgah lagi sebab dari segi keunikan, restoran ni memang win! 🙌
PadamWahhhh cantik betul cafe nie. Unik dan belum ada lagi di tempat lain. Pasti menjadi lokasi anak muda untuk begambar. Sangt cantik ! Rasa mcm berada dalam komik. Bestnya. Nak datanglah nanti
BalasPadamKena datang tau Zharif! Memang rasa macam dalam komik!
PadamKepeningan sekejap tengok deco cafe ni. Hitam putih je?
BalasPadamAllah.. Rasa macam berpusing jap kepala tengok.
Kalau lepas ni menu dorang meletop, mesti cafe ni mendapat sambutan.
Hihi sebenarnya dah viral dah di Twitter tapi bukan sebab makanan, sebab dekorasi diorang yang unik! Sangat Instagram worthy!
PadamWah yang ni lah kafe yang viral tu kan. anyway memang lawa konsep dia lah. This week turun KL kalau sempat nak singgah.
BalasPadamHarus singgah. Cuma takut sekarang dah ramai. Kalau boleh elakkan weekend lah kot.
PadamWah.. Menarik nie.. Leh la wat pose ala2 dlm komik tue.. Nnti AM pun nak dtg n cuba menu d sini..
BalasPadamHihi kena singgah kak. Memang menarik konsep dia!
PadamI saw so many ppl go there for photos, its so cool and i will dropby when i go to subang jaya.
BalasPadamIt is indeed so cool! But try to avoid weekend as I believe it will be packed its hard to get some shots!
PadamTinggalkan komen di sini.